Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, March 1, 2014

Bridal Shower 3 Queen - The Ascott Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Entry ni panjang , gambar banyak. 

Maaf maaf maaf. Dah nak masuk weekend lain aku baru sempat nak update cerita pasal bridal shower ktorg yang berlangsung dengan jayanya weekend lepas. Hiksss. Aku teramat sangat busy , lepas tu dengan kemalasan nak transfer gambar. YaAllah. Sabar jelah. Bukan apa , aku kena email each gambar thru another email yang connected dengan PC sebab PC office aku ni tak boleh detect Tab aku. Sedih. Memang bernanahlah kan nak tunggu gambar transfer by email. Dahla gambar semua besar besar. MashaAllah. Tapi demi korang wahai readers & followers --- aku turutkan juga. ^^


Pukul 3 petang baru boleh check in. Maka dengan itu , aku dengan Wan sempat pusing pusing and bercinta dekat NZ Garden dulu okay. Kemain tau nak makan berhadapan KLCC. Padahal makan maggi goreng je. Lempang karang. Lepak lepak kejap sementara menunggu Rina & Sarah sampai. Masing masing lambat. Membazir 2 jam. Amboi. Hahaha.



Disebabkan dorang macam agak lambat dan booking pun under nama aku. So , aku pergi check in dulu. And our home at Ascott is : 1506. Aku sempatlah juga naik pergi tengok bilik. Masuk masuk lif je dah rasa diperbodohkan. Hahahaha. Mana aku nak tahu kena swap kad dulu baru boleh tekan butang. Blerrrghhh ! Aku tahu tu pun sebab ada foreigner ni bagitahu. Sedih.








View bilik ktorg untuk 1 malam tu. Hihihi. Kecik je sebenarnya , tapi okaylah daripada takde. Yang dekat almari tu extra bed dia tapi sampai kesudah ktorg tak pakai. Sempit sempit je atas katil tu bertiga. Kekekeke. 








Sementara Sarah sebok nak masak , aku sempat test power nak jadi photographer partime. Miahahaha. Rina pun sebok dengan tab dia , aku sebok dengan DSLR. Kesian Sarah kena masak sorang sorang. Lepas dah habes snap snap. Aku dengan Rina continue dengan decoration untuk dinner. Yaiy !





 Decoration asal ada namanya. Sebab banyak gila benda tertinggal. Hahaha. So , kita pakai je apa yang ada. Sampai aku gam uhukan jugalah piring hotel tu semata nak buat decoration. Miahaahahaha.





Semput semput lari sebab nak set self timer. Aku dahla memang ditugaskan untuk snap gambar. Memang akulah yang penat lari sana lari sini. Memang malam tu pun aku ni macam runner. Kejap Rina panggil tolong deco , kejap Sarah panggil tolong potong bahan nak masak -- gaul ayam. 

Tapi tu semua tak penting , yang pernting kita enjoy !!! 



































Yang lagi penting ------- nanti aku sambung lagi. Penat nak masukkan gambar. Pitam. Y___Y

Thanks for your time , love ya people.


p.s : korang tunggulah eh , next week ke aku update next part. :P


xoxo


12 comments:

  1. Love all the pics lah kak nadiaaaaa
    Sangat cantik and ofcs memorable kan <333
    hihihihi nak seluar tu jugakkkk hihihihi.
    Btw why so pwetty n skinny ugh :DDDDD
    Hehehehehhe

    bila lah kak nadia nak kahwin niiiiii hihik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Exactly Qila. Qila muda lagi. Have fun with ur life first okay. ^^
      Nak seluar tu juga eh ? Dekat pasar malam Putrajaya ada jual. Hahahaha.
      Mana ada pweetty dik oiii , muka macam dulang. Skinny ? Perut lipat2 kot. :P


      Ehemmm soalan. Kalau akak kawen , akak ajak Qila. Qila kena dtg ok. Hiksss.

      Delete
  2. best2..girls nite kannn..ascott ni cam besttt je
    rasa nak pegi pulakkk..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bestlah Faezah , sebab bukan selalu. Cube kalau tiap minggu. Rabak. Hahaha. Silelah nanti hanimunggg. :D

      Delete
  3. nadddd ! bestnyer..hari tu fadh dgn kawan2 pown ade plan mcm ni..bt jgk tp bt bbq je..tidonyer berkampung rumah fadh je borak 3 4 pagi..haha

    nad nk tnyeeeee !!!! nk bt balloon mcm tu nad bawak dr luar ke o bt da smpai hotel?? gas tu gas tu yg nk tnye..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lagi best tido kampung ! Sejuk je , tenang je. Hihihihi. Oh yang belon tu kawan kita beli siap dekat kedai dekat Jalan Reko (boleh search dalam FB nama dia Glowing Party House). Gas tu kedai tu masukkan siap siap. Tayah tiup tiup sampai lebam. :P

      Delete
  4. Assalamualaikum nad, best gila wehh buat bridal shower! siapa yang kawin dulu antara korang bertiga ni? hiewhiew ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Yang kawen dulu Sarah 8 March ni. Rina bulan Mei nanti. Kita bulan November. Hahaha. Take turn masing masing. :D

      Delete
  5. masing2 nak menamatkan zaman bujang la nie.. ok lah.. pasni bile masing2 ada anak lagi meriah bile buat gathering kan.. kite enjoy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha amboii sampai ada anak dah dia bayang. Fast forward sangat tu. :P

      Delete
  6. salam nad..best la korg..happening sesangat..hewhewhew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Fif. Takdelah ktorg biasa biasa je. Tapi itulah masing masing pun sengal. Hahaha. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah