Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Sunday, March 9, 2014

Kisah Aku & Dia , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Actually enrty ni just untuk aku throwback. Kalau taknak baca --- tekan pangkah. Mudah.

Aku rasa aku pernah buat entry macam mana aku kenal Wan and macam mana boleh bercinta dengan Wan. Tapi itulah dia , aku pun tak ingat tajuk entry tu apa. Dah terdelete ke apa ke pun aku tak sure. Sebab aku tahu entry tahun 2011 aku semua aku delete tanpa was was. Kekeke.

**Throwback**

10 August 2011

Bertempat di Taman Warisan Putrajaya - empat orang sahabat memasang niat nak buka puasa bersama sama dekat Taman Warisan Putrajaya tapi malangnya kawasan tersebut fullhouse. Maka berbuka puasalah mereka berempat di dalam kereta sementara menunggu seseorang. To be exact ktorg berempat buka puasa dekat Putrajaya tu sebab nak temankan kawan ktorg yang sorang ni (Una) nak jumpa kawan lama dia (Wan). Dah lost contact beberapa tahun lamanyaaaaa.

Lepas habes ktorg sental kuih muih yang Una sempat beli dekat bazaar sebelum ke Putrajaya tu akhirnya Wan pun sampai ke lokasi yang dah dijanjikan. Next , Wan bawa ktorg pergi Alamanda sebab masing masing dah kebulur dah. Yelah , tujuan asal nak buka puasa. Last last jadi alas perut manja manja. Kekeke. Masuk masuk Alamanda je terus pergi Mcdonalds , kau mampu buka puasa makan Mcdonalds je ?? Kenyanggg sangattt !

Masa makan makan tu pun aku takdelah port sangat pasal Wan ni -- biasalah makanan depan mata. Motip nak kena pandang jeling jeling tempat lain walhal Spicy Chicken Mcdeluxe tu lagi menjejeskan air liur dan air hidung. Mihmihmih. Lagipun aku ada kawan aku yang lagi 2 orang tu , while Una borak borak dengan Wan -- aku borak borak dengan kawan kawan aku. Pandaikan bawa diri kat tempat orang aku ni. Kekekeke.

Dah kenyang mentekedarah Mcdonalds , ktorg request nak pusing pusing Putrajaya. Ibarat foreigner dah masing masing weh. Pusing punya pusing -- akhirnya melepak dekat Dataran Putrajaya. Aku ni pula memang spesies batak jumpa padang. Kalau boleh kuak lentang kat situ aku dah kuak lentang dah. Tapi tajam seh rumput tu. Sakit montot kite. Mihmihmih.

Lepak lepak -- tangkap tangkap gambar sikit. Terus chow gerak balik KL. 





Nak dijadikan cerita , aku add Wan dekat FB. Biasalah kononnya nak mengeratkan silaturahim. Kata kau. Lagipun aku ni memang suka berkawan dengan budak lelaki. So , aku add jela. Bukan ada problem pun. Masa tu pun aku ada boifren -- takdelah nawaitu nak curang dibelakang boifren aku tu walhal boifren aku tu sendiri curang 5 kali depan belakang aku. Mihmihmih.

Wan accept friend request aku !! Yaiy !!! ^^

Dah accept tu kenalah bermanis muka tegur tegur sikit. Konon nak tunjuk friendly la kawan Una ni. Lempang kau kang Nadia. Masa tu pun aku tahu Wan ni ada girlfren. So , kawan kawan jela. Dah set okay garis kat situ. Jangan melebihi had. Giitttuuuu. Tapi sempat jugalah gf Wan tu tanya apa yang aku conteng dekat wall FB Wan sebab aku guna simbol ***** untuk satu perkataan tu. Kira cam Da Vinci Code sikit. Mihmihmih.


Nampak tak ? Dia tanya kenapa. Bila dah in a relationship dengan Wan baru aku tahu rupanya gf dia yang tanya. Lol ! Kemain sampai suspen okay ,  takut girlfren marahlah tu. Miahahahaha.

Borak borak dekat Fb -- Wan ajak datang open house raya rumah dia. Suruh aku datang dengan Una. Tapi nak dijadikan cerita memang rezeki nak pergi open house rumah Wan tu takde. So , tak pergilah aku. Baik aku ataupun Una -- dua dua tak pergi. Naseb baik tak pergi , sebab girlfren dia ada. Hahahahaha. Kang gado plak baling baling barang. Tralalalalala.

Then , macam biasalah tukar tukar nombor tepon , ^^

Jangan ingat da tukar nombor tepon tu aku keje bergayut pula dengan Wan. Memang taklah. Tukar setakat tukar je. Lepas tu senyap sunyi membawa diri. Borak borak dekat FB pun dah jadi macam sebulan sekali. Tu pun tegur tegur gitu -- tanya tanya khabar -- bf sihat ? gf sihat ?. Lol !

Sampailah satu hari ni , kakak Una nak kawen (November 2011). Borak borak dekat FB -- Wan offer nak ambil aku dekat rumah. Kiranya attend wedding sesama dengan dia lah. Tapi time tu kan aku ada boifren , semestinyalah aku nak pergi dengan boifren aku. Kang kalau aku pergi dengan Wan kang apa pula kata boifren aku tu kan. Baik Nadia ni. Muahahahaha. Jual mahal itu penting okay.

And hari kakak Una kawen tulah first time aku call dia , nak tanye dia kat mana. Motip nak tanya kat mana sedangkan datang dengan boifren ? Nak mati budak ni agaknya. Hahahahaha. Wan pickup call -- dapatlah duduk setable dengan Wan. Una pun ada dengan boifren dia (sekarang suami dia). Masa tu aku duk layan borak dengan Una & Wan la opkos. Boifren aku tu ibarat macam patung cendana je kat situ. Naseb badan.

Kiranya baru 2 kali aku jumpa Wan. Lepas balik daripada wedding kakak Una tu ktorg mula ligat main sms. Biasalah boifren dah curang -- Wan ada problem dengan girlfren dia. Masing masing mengambil kesempatan dalam kesempitanlah nak berkenalan. Muahahahaha. Sampailahh............................

January 2012

Masa tu kebetulan Wan ada kat KL , hantar kakak dia interview dekat TNB Bangsar. Dia sms kata nak lunch sekali. Aku on je -- tapi masih ajak kawan aku (Rein) temankan. Yelah , boifren aku tu kerja satu office okay dengan aku (sampai sekarang) , kang tak memasal gosip gosip liar berkeliaran. Dah la office ni memang ada je mata mata yang memandang. Jaga jaga cik kiaaahhh. ^^

Masa lunch tu masih ada malu malu , ngeee ! Biasalah aku kan perempuan melayu terakhir. Kenalah malu malu. Mihmihmih. Lepas daripada lunch tu -- ktorg makin kerap sms. Macam macam panggilan ada , daripada Pakcik/Makcik - Saya/Awak - Kita/Orang - Pakcik/Aunty sampailah Syg/Bie. Eh malu pula ! :P

1 February 2012

Akhirnya setelah menyelesaikan segala hal berkaitan hati dan jiwa. Wan propose aku dekat Secret Recipe Sunway Pyramid. Bersaksikan New York Cheese Cake & Tomyam Noodle -- aku terima lamaran dia. Acececehhhhh. Kemain goli ketiak den nak menaip ni ha. Hahaha. Maka tersarunglah cincin silver 925 di jari manis aku. Gittuuuu !!

Akhirnya penantian Wan yang berbulan bulan cuba nak tackle aku -- berakhir dengan jayanya.


30 November 2013

Dan setelah setahun lebih menyulam cinta akhirnya hubungan kami disimpulkan dengan ikatan pertunangan. Gembira tu sudah semestinya , tapi lebih kepada rasa tak percaya. Sedangkan masa first met tu , aku memang tak pandang Wan. Wan je pandang aku -- aku tahu tu. Kekekeke. Alhamdulillah , selangkah sudah berjaya dilangkah. Doakan langkah terakhir kami ye semua. ^_^


November 2014

InshaAllah jika dipermudahkan semua urusan kami , akan bersatulah dua anak Adam ini. Doa aku semoga dipanjangkan jodoh aku dengan dia dan dipermudahkan segala urusan aku untuk menghalalkan hubungan kami ini. Amin.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorrylah entry ni panjang sikit. gambar first met tu nanti aku try cari yang hi-resolution eh.


xoxo


8 comments:

  1. Replies
    1. Ala ala , mana adalah yang. Biasa biasa je. :)

      Delete
  2. citer kite same la..kenal time masing2 dgn bopen dan gepren masing2..huhu sweet la both of u ! nnt nk imbas jgk la kisah percintaan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Imbas jangan tak imbas Fadh. Hiksss. Sweetlah sangat. Biasa biasa je Fadh. :D

      Delete
  3. hehehe...seronok aje baca entry throwback nih hah..klako...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha zaman muda mudi. Skrg dah besor. :D

      Delete
  4. wahhh..sweet gak love story nie...hehehe..anyway congratulation yer...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sweeeettt sangat la pun. Hahaha. Thanks Lan. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah