Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, March 20, 2014

Nikah dulu -- Sanding kemudian ??

Assalamualaikum & Hello.

Memanglah nikah dulu , sanding kemudian Nadia oi. Tapi actually is it okay kalau dinikahkan awal berbulan bulan dan kemudian baru buat majlis sanding ?? Hurm. Bagi aku macam normal je sebab aku tengok lately ni banyak pula orang yang buat macam ni.

Nak dijadikan cerita , mama nak suruh aku nikah awal. Katanya senang , tak kelam kabut since kalau mengikut plan asal aku -- aku nak nikah and sanding dalam satu hari yang sama. Which is memang akan kelam kabut teruk punya. Kekekekeke. ^^

Apa pendapat korang ? Okay ke kalau dinikahkan awal dan buat majlis di kemudian hari ? Bila bincang dengan Wan -- dia pun cam terkejut , yelah kenapa nak diawalkan pula kan. Tapi bila aku pikir pikirkan balik , okay juga. Atleast senang nak bergerak nanti untuk settlekan hal sanding. Tak payahlah aku seret mama & ayah untuk tolong aku settlekan hal berkaitan. Ye ke idok ?

Mungkin juga mama pikir daripada segi kesihatan ayah juga. Yelah , banyak benda dia nak kena pikir. Atleast kalau aku dah nikah , dah selesai dah satu hal. Bolehlah dia focus nak jadi nurse untuk ayah je. Pasal aku -- dia dah boleh let go -- almaklumlah dah ada laki. Hekssss. Gatal ! :P

Mama siap cakap tak payah ada hantaran semua. Senang katanya. Tapi aku - sedih. Hahahaa. Tapi tetap aku nak adakan juga beberapa dulang. Dalam kepala aku dah terbayang macam macam dah. Kekekeke. Yelah nanti kang orang ngumpat pula -- aku nikah takde hantaran. Mulut orang ni bukannya boleh percaya -- depan depan elok -- belakang kangggggg. Mengata !!! Haip.


Maka dengan itu , buat kesekian kalinya aku dengan Wan memikirkan tarikh untuk dinikahkan. Seawal manakah ? Sebelum puasa ke , sebelum raya ke , selepas raya ke , cuti sekolah ke ?? Jeng jeng jenggg !! Semoga semuanya dipermudahkan. InshaAllah. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : ai nak nikah dekat masjid besi putrajaya , sekian terima kasih. kekekeke.


xoxo


14 comments:

  1. kalau utk kebaikan on je nad.. bgs jgk nikah dulu, nk siapkan hal2 majlis sanding boleh berdua2 :) pasal hantaran tu bt yg simple2 je..esok dah kawen nak mintak apa mintak je kat Wan tu lagi best..mcm akak..hikhik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah tu kak , kita on je. Hahaha. Tapi tak novemberian baby la. Hahaha. Kan ! Hantaran simple2 jela nanti da setel majlis semua barulah demand. Kekeke. :P

      Delete
  2. ok jugak tu kalau nikah awal, nanti senang nak buat persiapan sanding pulak.. heret je laki gi sana sini.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan ? Senang sikit ye dok. Hiksss. Tapi takut juga wooo. :D

      Delete
  3. Omai2..siyesly??? Waaa..rs cm nk wat jgkkkkkk.
    Sbb now ade probs ngn tarikh ktorg..sdih :(
    Xtau nk wat cmne lg..nad fmli request..ni klu sndri yg request kat fmli..cmne? Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla cakap dengan family dulu Ayue. Sebab family Nad memang okay je. Family Wan pun okay je. Semua pun up to us nak proceed ke tak. :)

      Delete
  4. ok je..mane yg penting selesaikan dulu...yg penting nikah..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Itulah dia. Thanks for the support dear. :)

      Delete
  5. Ehem2..kita pun dicadangkan nikah dulu sebelum puasa lg..tapi tapi...kita x ready sebab byk menda kot..
    Ni pun lg 4 bulan pun rase cm x sempat jgk..ahaha..all the best Nad mana2 pun ok je asalkan nikah..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Larh yeke. Tapi tula kalau sebelum puasa memang kelam kabutlah. Kita lepas raya kot. Masih ada masa lagi nak prepare semua. Hiksss. :D

      Delete
  6. hihihi. Lepas raya lah ni eh? Hikhik nakkk giii plsss :((((( hihihi jemput qila pretty plsss heheheheheeh <3333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas raya ni nikah je kot Qila. Boleh je. Email akak awak punya number. Boleh borak borak. :P

      Delete
  7. tumpang tanya, tapi bagaimana caranya kalau parents belah ppn tak setuju dengan nikah dahulu terus sanding? ):

    ReplyDelete
  8. hemm tulah saya pon nak nikah dulu majis kahwin kemudian tapi orang tua saya tak setuju dengan cadangan saya nie ape patut saya buat ye

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah