Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370 - Kronologi

Assalamualaikum & Hello.

Kronologi MH370 KL-Beijing

8 Mac 2014

  • 12.41 am: Pesawat MH370 – Boeing 777 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing dan dijangka mendarat pada pukul 6.30 am.
  • 2.40 am: Pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang di ruang udara Vietnam.
  • 10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China. Disahkan tidak benar oleh pihak MAS tidak lama kemudian.
  • 12:00 pm : CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam satu sidang media, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria.
  • 12.45 pm: Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.00 pm: China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
  • 2.00 pm: Senarai penumpang didedahkan kepada umum (Sinar Harian).
9 Mac 2014

  • 3.15 am: Pihak berkuasa Itali dan Austria mengesahkan bahawa nama rakyat mereka, Christian Kozel (Austria) dan Luigi Maraldi (Itali) yang tersenarai sebagai penumpang sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut. Kedua-duanya mengesahkan bahawa passport mereka dicuri di Thailand sebelum ini (Reuters).
  • 1.00 pm [Kemaskini]: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.
  • 2.00 pm [Kemaskini]: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuriyang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
  • 3.00 pm [Kemaskini]: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan ada kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang AntarabangsaKuala Lumpur (KLIA) ekoran rekod rakaman radar tentera yang telah disiasat.
  • 8.00 pm [Kemaskini]: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa siasatan dalaman akan dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. ”Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,”
  • 9.00 pm [Kemaskini]: Pentagon mengesahkan tiada sebarang letupan yang berlaku di Laut Cina Selatan berdasarkan data yang mereka ada.
sumber : SINI





Thanks for your time , love ya people.


p.s : sama samalah kita doakan supaya MH 370 dan kesemua penumpang dan anak kapalnya terselamat.


xoxo


8 comments:

  1. :( kat FB baca doa-doa diaorang semua sebak sangat..
    Mintak selamat semua nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia babe , kita pun tengah duk dengar Astro Awani online ni. Huhuhu.

      Delete
  2. mendoakan semuanya selamat dan masih hidup, hanya allah mengetahui segalanya, sayu je bile dgr family members yang telibat bcakap dkt media, #prayformh370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ? Aku pun cerita dengan Wan dengan aku aku sekali nak nanges. Y__Y

      Delete
  3. Jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa agar pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya ditemui.

    ReplyDelete
  4. Sama sama.kita doakan.mereka selamat...jgn la org kt luar sana buat spekasi yg memburukkan lg keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak , tak sabar nak tunggu dorang balik. Y___Y

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah