Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, March 22, 2014

Sudoku -- always be my favourite

Assalamualaikum & Hello.

Sudoku (Bahasa Jepun: 数独 , sūdoku) , kadangkala dieja Su Doku , adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat.

Matlamat permainan kanonikal ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. 

Untuk menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya. (sumber : Wikipedia)


Siapa dekat sini yang suka main Sudoku angkat tangan. Aku adalah seorang Sudoku addict. Aku mula main Sudoku ni pun masa zaman sekolah , tahun 2005  tak silap. Tu pun selepas ex boifren ajar main. Miahahaha. Kalau tak sebelum ni memang tak tahu kejadah apalah Sudoku ni. Asyik nampak dalam suratkhabar je , tapi tak pernah try nak main. Yelah , dah tak tahu. Takkan nak pakai taram je ye dok.


Perangai Sudoku addict ni aku terbawa bawa sampailah dekat UiTM dulu. Sentiasa ada dalam beg aku , kadang kadang buku kuliah lupa bawa -- Sudoku tetap ada. Kekeke. Dan selalunya masa lecturer mengajar dekat depan , aku dekat belakang sebok uji IQ aku. Miahahahaha. Especially kelas Ekonomi yang mengantok gila tu. Lol !

Sampai kawan kawan kelas aku pun dah faham sangat dah dengan perangai aku yang satu ni. Aku suka beli buku Sudoku , kadang kadang buku satu tak habes buat lagi -- aku dah beli lagi satu buku. Kekekeke. Seronok ! Aku ada banyak koleksi buku Sudoku ni -- tapi tah mana aku campak tah. Nanti aku tangkap gambar aku upload dalam blog ni ye. 

Kenapa aku pilih untuk main Sudoku ? (sumber SINI)
  • Sudoku brings a sense of calm and order
  • Sudoku might help your brain stay healthy
  • Sudoku provides an escape
  • Sudoku is fun for all ages
  • Sudoku can help get rid of “earworms.” 

So , kepada korang korang yang belum start main tu -- apa kata belajar main Sudoku ni. Tak susah mana pun. Seriously. Kalau aku yang bengong bengong ni pun boleh main apatah lagi korang yang bijak pandai dekat luar sana tu kan. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku kembali menjadi Sudoku addict - parah !


xoxo


8 comments:

  1. tak reti main soduku.. kalau orang bagi main, jadilah saya seperti kera mendapat bunga..hahaha..eh, betul ke peribahasa ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha macam ada tak kena je peribahasa tu. Hahaha. Tapi lantaklah belakang kira. :P

      Delete
  2. reti main tapi tak pro mana. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama la ! Nama je addict. Tapi tak master master lagi. :P

      Delete
  3. heeee qila pun dedulu suka gilaaaaaaaaa hihihihi sekarang main dkt phone je sbb malas nak conteng conteng pastu padam :p hikhik

    sepppp kak nadia sepppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jyeahhh ! Sep sep sikit. Akak daripada dulu main dekat buku , pemadam tu memang besfren. Kadang2 padam sampai koyak2. Kekekeke. Ganas tak ganas. :P

      Delete
  4. Best2..cik mah pun suka juga...slalu main kat ipad ni..smpai stss2 kdng tu..hehehe...jemput join GA cik mah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa. Kan. Kite pun sampai stress stress. Baiklah. Nanti kita datang singgah blog Cik Mah ok. ;D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah