Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, April 30, 2014

Bila Cik Nad jumpa writer Aisa Linglung dekat PBAKL 2014 ,PWTC.

Assalamualaikum & Hello

Gara gara jadual cuti hari pekerja esok dan jadual weekend ni akan menjadi tersangatlah padat , dan kerana takut juga tidak berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 , akhirnya aku nekad untuk buat kerja gila. Ye kerja gila -- memang gila.

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Sebab tadi aku pergi pesta buku hanya dalam masa 30 minit sahaja. Hahaha. 15 minit dekat booth buku kanak kanak -- teman colleague aku beli buku untuk anak buah dia. Baki 15 minit aku habiskan dekat satu booth je -- Lejen Press. Ini semua gara gara pesta buku untuk hari Isnin - Rabu dibuka sampai pukul 7 malam sahaja. Stress. Huhuhu. Tapi demimu Lejen Press kuharungi semua.

Sebelum pergi tu aku dah siap siap tulis nombor booth Lejen Press atas kertas and aku pun dah siap hafal floor map lagi. Yelah , taknak buang masa yang memang limited gila tu. Kekeke. Dan , alhamdulillah dalam masa 15 minit tu -- aku sempatlah juga rembat laju laju 3 buah buku. Miahahaha. Siapa cakap 15 minit tak cukup untuk aku beli buku ? Hahahaha.




Inilah dia 3 buku yang berjaya aku rembat tu. Akak dekat cashier tu dah siap pekik pekik -- 'Last call , last call'. Yang aku dengan a few more gadis gadis masih lagi sebok pergi shelves sana pergi shelves sini. Hahahaha. Dan sedang elok aku kehulur kehilir , aku nampak Aisa Linglung -- ye Aisa Linglung. Writer Sengih Kerang , Sperma Cinta dan lain lain. Yang juga merupakan CEO Lejen Press. I'm impressed.



Maka dengan itu , janganlah dilepaskan peluang yang ada depan mata untuk minta dia sign buku yang aku beli ! Muahahahaha. 

Aku :  Boleh ke minta abang tu sign ?
Budak Cashier :  Minta je , dia okay.
Aku :  Ala tapi abang tu on call plak.
Budak Cashier : Kejap je tu.

Memang ngam ngam conversation tu habes , Aisa Linglung tu letak fon. Ngam ! Aku pun dengan muka tak malu terus minta Aisa Linglung sign buku.

Aku : Nak signnnn.
ALL : Sign ? Boleh boleh. Nama ?
Aku : Nadia (sambil hulur buku)
ALL : Sengih kerang ke sperma cinta ?
Aku : Both ! Hahaha.

Yeayyy ! Even though pergi dalam masa 15 minit terakhir and tak dapat nak pusing pusing booth lain yang ada dalam PWTC tu , but bila dapat jumpa Aisa Linglung -- aku rasa puas hati. Worth it ! Ngeee. Kalau dapat jumpa isteri dia Cikgu Vee tu mesti lagi best. Huhuhu. 

Punyalah selama ni aku pergi I Am Lejen dekat SS 15 tu banyak kali , tak pernah sekali pun aku terjumpa dengan tokey kedai tu. Aleh aleh , dalam 15 minit juga yang buat aku dapat jumpa tokey kedai tu. Malam ni sengih sengih keranglah tido. Kekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : blogger mini gathering besok -- siapa siapa yang pergi tu bawala camera best best. boleh ? :P


xoxo


4 comments:

  1. eh eh dia ah bawak camera hihihi <3333
    bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa dpt gak jumpa in 15 minutes hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Itulah dia , dapat jumpa walaupun singgah kejap. Luck gila kan. :P

      Delete
  2. Ingatkan perempuan aisa linglung tu..lelaki ea..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Miss Hidy - lelaki. Hihihi. Kita sebab tengok IG dia lah kita tau dia lelaki. Dulu pun ingatkan perempuan. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah