Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, April 9, 2014

Eh ! Masa sekolah aku baiklah , mana ada nakal.

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Panjang gila ! Serious. ^^

Harini takde mood nak wordless wordless , boleh ? Hahahaha. Daripada pagi tadi aku duk teringat zaman sekolah aku lepas terbaca entry Kak Elly yang cerita pasal zaman sekolah dia dolu dolu. Hikssss. Rasa macam rindu gila vavavava pula dengan zaman sekolah. How time flies , kejap je dah 8 tahun tinggalkan sekolah. Y__Y.

Zaman sekolah rendah aku tak nakal lagi , masih suci murni lagi. Pergi sekolah - belajar. Itu je yang aku reti. Masuk sekolah menengah , masa form 1 tu baik lagi. Masih mengekalkan ciri ciri suci murni. Sampai dapat masuk kelas KRK (Kelas Rancangan Khas) lagi okay. Nampak tak , memang dasar pergi sekolah - belajar. Hahahahaha.

Tapi

Masuk je tingkatan dua -- aku pindah KL. Maka dengan itu , sekaligus aku kena tukar sekolahlah. Daripada darjah satu sampai tingkatan satu aku sekolah dekat sekolah perempuan. Bila masuk tingkatan dua , sekolah campur pula dah. Nak kata aku tak biasa or culture shock tu takdelah pula since adik beradik aku pun dua dua lelaki. Sepupu sepapat pun ramai lelaki. Maka , takdelah istilah nampak lelaki je nak kenyit kenyit mata. Ai tak jakun ok nampak lelaki. Lol.

Kebetulan zaman aku masuk SMK Seri Bintang Selatan tahun 2002 , sekolah tu baru dibuka. So , tak ramailah student. Semua pun muka muka baru , masing masing takde genglah cerita dia. Semua muka datang sekolah nak belajar. Aku pun time ni dipilih jadi Penolong Ketua Kelas. Hahahaha. Masa ni siapa bising je aku tulis nama dalam buku. Kahkahkahkahkah. Patutlah semua orang annoying dengan aku time tu. Lepas tu dapat pula jadi pengawas sekolah. Awal awal memang aku berdisplin habes -- lepas lepas tu , dengan aku aku buat perangai. Hahahaha. Asal ada spotcheck je aku info kawan kawan aku awal awal. Mana yang bawak handphone semua bagi aku pegang. Tak pun ktorg semua bagi Cikgu BM ktorg. Cikgu BM ktorg best ! Boleh kawtim punya. :P

Masuk tingkatan tiga , aku poyo poyo letak jawatan daripada jadi pengawas sekolah. Acah acah nak fokus study untuk PMR. Macamlah jadi pengawas tu boleh terbengkalai study aku. Kahkahkah. Propa je lebih kau ni Nadia. Hahahaha. Aleh aleh result PMR macam hampagas juga. Muahahahahaha. Bukan pasal study sebenarnya aku letak jawatan jadi pengawas -- tapi tak freedom. Hahahaha. Celah mana aku nak panjat bumbung sekolah kalau aku pakai baju pengawas. Buat kena sebat dengan Cikgu Pengawas je oi. 

Disebabkan result PMR satu kelas macam hampagas , pengetua sampai buat keputusan suruh ktorg pindah sekolah weh. Katanya memalukan sekolah je. Sentap. Sampai buat petition ok , sign ramai ramai. Kahkahkah. Padahal sendiri yang tak belajar , buat perangai je tahu. Bila pengetua suruh pindah sekolah , mulalah menggelupur semua. Naseb aku baik , aku dapat tawaran sekolah teknik. Tapi , mama ayah pula tak bagi pergi. So , duduklah merayu dekat pengetua. Untuk adakan juga satu kelas untuk ktorg semua. Sedih.

Akhirnya , penantian ktorg semua berhasil bila pengetua setuju nak buka satu kelas lagi untuk ktorg walaupun studentnya adalah 14 orang je. 6 perempuan , 8 lelaki. So , ktorglah batch pertama kelas bukan sains. Kelas sastera bak kata orang -- tapi yang aku belajar : Akaun/Perdagangan/Geografi. No add math ! Sebab pengetua kata 'Math mod pun sangkut , camne nak belajar add math'. Sentap namploh kali. Nampak na bodo bebal dan seangkatan. Y__Y.

Tahun 2005 hingga tahun 2006 ktorg semua baik tingkah laku. Hahahaha. Takut kena pindah sekolah lagi. Semua belajar rajin rajin , aku pun daripada paper Prinsip Perakaunan tu 9G sampailah 1A aku buat okeh. Terror tak terror tak. Hahahahahaha. Tapi dalam pada baik tingkah laku tu , tak bermaksud nakal ktorg dah habes. Ada je lagi. Apa yang aku buat ? Sila teruskan membaca. ^^

Time ambil result SPM , taknak cuak pula. Makan minum langsung tak selera weh. Milo ais area mapley sekolah yang selama ni sedap nak mampos -- terus jadi tak sedap langsung. Hahahahaha. Masuk masuk sekolah je , aku dah selisih dengan Cikgu Perpustakaan. Dan memandangkan aku ni kaki ponteng je pergi library. Cikgu tu memang dah kenal sangat dah aku ni. Hiksss. Selisih dengan Cikgu tu boleh pula dia cakap ;

Cikgu : Nadia , saya dah tengok result awak. Banyak nombor ada. Satu sampai lima jela.
Aku : Alaaaaaa , kenapa cikgu cakap. Saya nak baliklah macam ni. Y_Y
Cikgu : Takde apalah , elok result awak. Hahahahaha.

Elok tak elok sangatlah Cikgu oiii kalau dah sampai nombor 5 tu pun ada. Nanges. Menyesal tak belajar pandai pandai. Hahahahahaha. Tapi menyesal kejap tu jela. Lol ! Tapi naseb baiklah dapat juga cari rezeki yang halal dengan result yang banyak nombor tu. Kekekekekeke. :P

Apa benda nakal atau jahat yang aku pernah buat dekat sekolah ? Ponteng sekolah tu tak pernahlah. Tapi ponteng ceramah agama adalah. Menyorok nyorok nak keluar pagar sekolah , aleh aleh Cikgu Displin tunggu depan pagar. Nak patah balik dah tak dan dah. Redho !! Hahahahaha. Daripada nak balik awal jadi balik lambat. Padanlah muka kau. Tapi aku bukan keseoranganlah , mestilah ada geng. Lalalalala.

Pernah juga naik atas bumbung sekolah , gigih ok susun kerusi dekat tembok. Nak panjat tengok KL daripada atas bumbung. Bangang. Kalau jatuh sia sia. Hahahaha. Pastu siap jerit panggil cikgu dekat bawah. Apakejadah tah perangai Nadia oi. As usual aku buat benda jahat jahat ni bukan sorang sorang. Wakakakaka. Pernah juga aku masuk kelas agama pakai telekung , sebab lupa bawa tudung. Kihkihkih. Memang ustazah suruh sarung telekunglah kan. Padan muka kau. Tapi kadang kadang kalau sedar awal aku tak bawa tudung , aku cari cousin aku je. Pinjam tudung. Almaklumlah sedara mara satu sekolah. Tapi bila selisih buat buat tak kenal. Bajet !

Aku pernah ponteng kelas. Ni sampai cikgu pun dah lali weh. Asal ponteng je pergi bilik kaunseling konon nak tolong kaunselor kemas bilik dia. Motip kau rajin sangat. Hahahaha. Kalau tak pun , pergi library. Tolong kemas library , tak pun lepak dengan Cikgu Perpustakaan tu. Kekekeke. Pernah lepak dalam koperasi juga , siap makan aiskrim lagi. Mampu ? Cikgu Koperasi tu paling awesome. Dia kata 'Ko kalau nak ponteng , kunci pintu tu. Kalau orang ketuk jangan buka. Aku ada kunci'. Kahkahkahkahkah. Rosak , rosak. Bersesak sesaklah ktorg dalam koperasi yang kecik cinonet tu. Kekekekeke.

Lagi , apa lagi aku pernah buat. Hurm. Aku dan kawan kawan aku pernah buat Cikgu BI ktorg menangis dalam bilik pengetua. Haaaaaa! Yang ni memang paling dasyat. Hahahaha. Havoc satu sekolah ktorg kerjakan. Ktorg mengadu dekat pengetua yang Cikgu BI tu tak reti mengajar boleh ? Ktorg cakap dia asyik suruh pergi library pastu salin essay dekat dalam mana mana buku yang ada dalam library tu. Salin salin salinnnn memanjang. Tu yang mengadu tu , teruk cikgu tu kena tibai dengan pengetua. Tukar cikgu BI lain. Langsung dapat tengok movie dalam kelas. Barulah best ! Hahahahahahahaha.


Ni kelas aku -- aku ulang -- kelas aku. Tempat aku belajar. Hahahahaha. Memang nampak macam kandang ba alip ba ya. Hahahahahahaha. Tapi inilah dia kelas yang berjasa buat ktorg semua berjaya. Eh ! Berjaya ke ? Hahahaha. Bolehlah daripada takde. Kelas aku ada 5 biji computer , 1 biji tv. Nampak tak betapa majunya sekolah. Ada tv ok setiap kelas. Siap ada locker lagi tau dekat luar kelas. So , semua buku ktorg tak bawa balik unless ada homework. Kadang kadang ada homework pun buku tinggal -- esok tiru jela budak cina yang buat homework. Hahahahahaha.

Dalam kelas nilah aku pernah kena rotan , aku pernah kena diri atas meja. Semua dalam kelas ni. Dalam kelas nilah juga aku dengan kawan kawan buat konsert. Hahahahaha. Buka winamp dekat computer , pasang speaker kuat kuat. Pastu menari nari tanpa hala tuju. Boleh ? Masa tu zaman lagu Axel F Crazy Frog tu. Haaaa kau bayangkan jelah betapa annoying kelas kelas sebelah. Hahahahahaha. Kalau kena time semua cikgu ada meeting , lagi teruk jadi kelas ktorg ni. Budak lelaki dah biasa dah main tomoi tomoi kat belakang kelas. Yang perempuan adalah yang sebok ikat rambut , sebok gossip gossip pasal hot guy dalam sekolah. Lol ! Aku kadang kadang join dak dak lelaki , tu rambut kemana aku kemana. Y__Y.

Nak dijadikan cerita , adik aku pun sekolah dekat sekolah yang sama. Ada cikgu yang sama juga mengajar dia. Maka , terbukalah rahsia aku yang selama ni konon konon baik dan nerd itu. Muahahahaha.

Cikgu : Kamu ada kakak sekolah sini dulu ?
Adik : Ada.
Cikgu : Nama dia Nuriesya Nadia ?
Adik : Aah cikgu , kenapa.
Cikgu : Oh , kakak awak tu budak paling nakal dalam sekolah ni dulu. Jangan ikut macam dia. Haha.

Balik rumah adik aku cerita dengan aku. Tersedak iollss. Iollss mana ada nakal okay. Baik baik je tau. Memandai je cakap kita nakal. Tak baik tau cikgu. Hahahahaha.

Pengajaran : Kalau nak buat jahat , jangan bagi adik masuk satu sekolah yang sama lepas tu. Kantoi !

Thanks for your time , love ya people.


p.s : korang jangan nak berpeluh sangat eh baca entry panjang gila vavavavava ni. ^^


xoxo


12 comments:

  1. ahhh ni zaman skolah, ce cite zaman kampus tgk! semua org ko nak gaduh!! menci menci menci.. nasib i masuk IMAD xde la terjebak ngan korang bhahahahahahaahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaahhahahaha ! Biadap gila. Aku paling baik kot. Kang aku tengok movie dengan kau Na. Kan marathon. Hahahahahaha. :P

      Delete
    2. hahahaha ehhhhh movie tu malam2 je, siang2 aku banyak program ngan IMAD, aku penat tau ceramah korang, sorang pun tak masuk dik ajar.. hahahahahahahaha

      Delete
    3. Hahahahahahahahahahaha bodoh ! IMAD , tak boleh blah. Hahahahaha. 'Nak join IMAD ?'. Lol !

      Delete
  2. hahahahaah berpeluh sikit tapi qila steadyyyy hahahaaha.
    ish banyak benda qila nak komen ni hikhik.

    seppp !!! Kita sama KRK <333
    hihihi KRK dari dulu lagi lah eh? :p ingat zaman qila baru ada hahaha.

    poyo sungguh kak benti jadi pengawas ekeke.
    alhamdulillah :D result tu lah yg buat kak jadi gempak sampai harini kan kan hihi <3

    maju gila vavavava ah kelas tu woiii pahal ada tv and pc whoaaa gila gila ah hahahaha.
    Kantoi :p
    hihihi. Ok kak, thank u. Sangat memorable ah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha chaiyalah Qila. Steady laaaa ! Hahaha.
      Yesss , KRK tu ada dari zaman akak lagi dik. Rasa tua lak haih. :P
      Memang poyo pun weh akak kat sekolah , rasa nak nanges kalau ingat balik. Y__Y.
      Majuuu kan ! Sekarang sekolah ni jadi sekolah kluster ok ! Hahahahaha. <3333

      Delete
  3. Siap nak letak jawatan jadi pengawas untuk fokus study,..terserlah kepoyoan di situ..hahaha,.. Dah terkantoi dengan adik !..kihkih.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaahahahaha ! Kannnn. Poyo gila. Gelabah. Bajet cikgu nak cakap 'kenapa nak letak jawatan'. lol ! Tulah dia , kesudahan dia kantoi dengan adik. Apa pun tak boleh. :P

      Delete
  4. hahahaha terbaik lah cerita akak masa zaman sekolah ni . berbaloi jugak sy baca panjang2 gini . hahaaa biasalah tuu budak sekolah memang macam-macam perangai tapi sekarang dah jadi manusia punn kann cayalahhh...kehkehh xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kan ! Naseb baik tak berpeluh eh bace entry panjang ni. Kekekee. Kenalah nakal dulu barulah berbaloi jadi manusia lepas tu. :D

      Delete
  5. tu lahhh.. risau gak kalau satu sekolah ngan adik ni.. nnti mesti salah seorang akan kena..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kan. Tapi selalunya adiklah yang kena bila kakak dah keluar sekolah. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah