Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, April 8, 2014

Gara gara nak nikah , akhirnya aku tukar alamat kad pengenalan

Assalamualaikum & Hello.

Semua orang ada kad pengenalan kan. Kalau takde bagitahu , senang aku buat report yang korang tu PATI. Hahahahaha. Gara gara nak nikah , akhirnya aku buat keputusan nak tukar alamat kad pengenalan. Hikssss. Sebab alamat kad pengenalan aku yang sekarang ni dekat Kuantan nu ha. Almaklumlah , masa buat kad pengenalan yang first time tu aku duduk Kuantan. Langsung sampai ke sudah alamat kad pengenalan aku yang tu tak tukar tukar. Y__Y.

Haritu pergi buat kad pengenalan baru (2 gambar) pun lupa nak pergi tukar alamat. Hahaha. Sengaja kan kau Nadia nak pergi JPN tu banyak banyak kali. Hahahaha. 

So , untuk buat permohonan tukar alamat kad pengenalan. Sila rujuk bawah : 

Penjelasan Permohonan 

  • Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang  seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

Syarat Permohonan

  • Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
  • Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.

Prosedur Permohonan

  • Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (Asal)

  • Dokumen pemohon asal - Kad Pengenalan

Bayaran Warganegara :

  • Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
  • Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru: RM2.00

Bayaran Bukan Warganegara :

  • Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00
  • Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru: RM2.00


Maka dengan itu , marilah kita pergi ke JPN Putrajaya Khamis ni dengan niat kad pengenalan boleh siap dengan kadar yang segera. Huhuhu. Kita kasi cantik sikit alamat dekat kad pengenalan tu semata mata sebab nak nikah. Miahahahaha.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : malas nak buat kerja hoi !


xoxo


23 comments:

  1. Wah...cik mah xtukar agi yg baru...bila ntah nk g nya...jemput join GA cik mah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Tukar jangan tak tukar cik mah. InshaAllah ada kesempatan kita join. :)

      Delete
  2. ehhh buat ic baru bukan kene bayar RM110 tak salah aku, mahal dh sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Tukar alamat pun ke ? Hish. Dalam website kate camtu. Y__Y

      Delete
    2. sbb yg aku kene ragut haritu kan aku g buat ic, pastu die kata kalau xde report polis kene bayar Rm110 untuk first time tukar, 2nd time tukar RM220, tp x tau la kalo ko kenyit2 mata dpt free ke hehehehe

      Delete
    3. Kalau takde report memanglah kena bayar gitu setahu aku. Takpela. Aku g tanya dulu nanti. Kalau agak agak cekik darah sangat , tayah tukar. Gasak !

      Delete
  3. salam perkenalan...eh,kena bayar ke??hihiiii...kalau cm tu pakai ic lama lah dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga awak. Hahahaha. Tula kalau kena bayar mahal , memang redho jela alamat tak cantik. Hahahaha. Y_Y

      Delete
  4. Kena tukar baru ka Nadia kalau ic takda 'imej turisan laser' tu? Sb ic fiza masi yang dulu2 waktu umur 20-an. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Valid lagi ic lama tu tapi kalau nak tukar pun boleh. Up to date sikit. Hikssss. :D

      Delete
  5. nak tukar jugak sbb gmbr buruk. boleh cmtu.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaahahah ! Tu lagi dialu alukan. Kahkahkah. Market Lyaa market. :P

      Delete
  6. dkna nak kawen ritu pon tukar ic..konon nak muka baru kat ic hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Semata kan ! Sabar jela. Nanti kalau photog snap gambar , lawo sikit. :P

      Delete
  7. haaa mmg kena tukaq alamat kalau tak kena lah buat majlis kat kuantan tu haaa naya je kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ! Tak memasal kang mak dara kena datang Kuantan. Eh ! :P

      Delete
  8. wah wah nak kahwin dah kak nadia kita ni.
    ahaahhaahah :PP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngok ngek kepala kemek budak ni. Hahahahahaha. :P

      Delete
  9. Assalamualaikum, sheila baru je amik IC baru. hahaha muka tembam gila okey. Al-maklonglah gambar mak buyong. hehehe singgah menabung lenovo sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Kita pun baru buat IC semalam. Tah apa rupa tah. Sedih ! Y___Y

      Delete
  10. Yg rm110 utk f1 time tu klu xsilap utk yg kehilangan je..utk rosak or tukar baru rm10..nak tanya,brpe lama dapat ic baru tu skrg??dpt trus ke brpe lm siap??xperlu bwk bil lektrik utk almt tepat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat dekat Putrajaya pagi pagi , petang tu juga boleh dapat. Kalau tempat lain tak sure la. Haritu buat takde pula dia minta bil eletrik , tapi bawa je in case.

      Delete
  11. salam. nk tnya tempoh nk siapkan kad yg nk tukar alamat shja ambil masa brape lama ye?

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah