Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, April 11, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : HIV Test

Assalamualaikum & Hello.

Aku kalau datang bab bab kesihatan ni , memang sumpah tak suka. Aku tak suka pergi klinik , apatah lagi hospital. Lagi menakutkan kalau aku sendiri kena libatkan diri. Kalau macam kena temankan orang tu aku consider lagi. Tapi kalau aku yang nak kena checkup , aku yang nak kena amek darah. Rasa nak lari pecut okay !!

Semalam aku amek cuti sebab nak setelkan tukar alamat kad pengenalan. Dah orang kata alang alang cuti , biar berbaloi. Aku cakap dekat Wan , kalau cepat habes hal dekat JPN. Kita pergi buat HIV test la eh. Nak dijadikan cerita , memang kejap je hal dekat JPN tu. Fuhhh ! Wan pun direct nak pergi buat HIV test.

Klinik Kesihatan Dengkil (KKD)

Mula mula ktorg pergi KKD. Masa tu baru pukul 11 lebih , bukanlah masa lunch hour pun. Tapi rasa macam nak carut je dekat sorang staff tu. Dahla muka hidup segan mati tak mahu , aku datang ni. Senyumlah sikit. Ni muka stress. Sebab ktorg kacau dia main game. Tssskkk !! Wan pergi tanya dia boleh buat HIV Test ke tak , dia sebok main game. Layan tak layan je soalan tu. Aku perati dari jauh je. Tapi lepas tu aku tengok macam lama sangat , aku pergi usha. Hish ! Ada makan kaki kangggg. Y_Y.

Boleh tak dia cakap dengan Wan , datang balik pukul 2 sebab dorang nak lunch dah pukul 1. Padahal masa tu baru pukul 11 lebih. Ada sejam setengah sebelum dorang lunch. Lepas tu dia cakap nak buat HIV test  ni lama juga , dalam sejam setengah. Pastu Wan cakap sempatlah kalau macam tu. Pastu staff tu dah berubah wajah dah -- terus hulur mak bapak borang lepas tu suruh ktorg fill up and bawa balik masa pukul 2 nanti. Haish kau ni !! Sabar jelah aku. So , kepada korang yang ada nawaitu nak buat HIV test dekat KKD tu -- lupakan jela. 


Untuk staff yang berjaya buat aku hilang sabar itu , nah !! Sila keluar klinik dan terjun tiruk daripada tangga yang ada sekerat depan klinik tu. Sila menyelam dalam longkang ! Sakit hati kita. Y__Y.

Klinik Kesihatan Precint 9 (KKP9)

Nak suruh ktorg datang balik pukul 2 ? Kirim salam jelah. Wan ajak pergi KKP9. Aku okay je , sebab kalau boleh memang nak setelkan terus je pasal HIV test ni. Sampai sampai KKP9 dah pukul 12. Risau juga tak sempat. Huhuhu.

Masuk masuk je pergi register , since aku tak pernah datang klinik tu. Bayar RM 1. Lepas tu tunggu nombor kena panggil. Amek 1 borang untuk HIV test. Siap siap isi , terus bawa pergi Bilik Prosedur 21. Tak lama dalam 10 - 15 minit ktorg tunggu. Staff nurse tu panggil untuk buat HIV test. Seram jah !!! Nama aku pula tu yang naik dulu. Seriau bhai ! :P


Nurse : First time kawen ? Bila nak kawen ?
Aku : Aah first , hujung bulan 8. Result valid sampai bila eh ?
Nurse : Oh. Valid 6 bulan.
Aku : Urm sakit tak buat HIV test ??
Nurse : Taklah , macam kena gigit semut je.

Sekali dia cucuk tu. Haaaaa ! Rasa nak menjerit juga. Hahahahahaha. Bila dah sakit -- aku jadi paniklah apa lagi. Nurse tu suruh aku tekan kapas dekat jari yang berdarah tu tapi aku pergi tekan jari yang berdarah tu dekat atas HIV test punya kit. Bagus Nadia bagussssss. Y_Y

Dah setel buat HIV test , marilah kita menunggu result dekat Bilik Pemeriksaan 5. Haaaaa. Part yang paling gerun adalah part nak tunggu tunggu result ni. Cuak kau tahu. Masa tu , aku dah doa macam macam dah. Janganlah result tak cantik ke , nak kena buat HIV test lagi sekali ke apa apa jela. Fuuhhh !! Cuak baq hang. And lagi sekali , nama aku naik dulu. Durhhhh !!! Masuk masuk je ;

Doktor : Datang dengan pasangan sekali kan ? Amek borang pasangan sekali.
Aku : Oh okay , kejap ye.

Masa ni aku dah pikir macam macam dah. Asal aku kena masuk jumpa doctor tapi Wan tak payah. Apakah yang akan berlaku ?? Kaki aku dah gigil gigil dah macam duduk atas kerusi urut Ogawa tu. Over !

Doktor : Okay , kamu berdua negatif HIV. Boleh kawen dahla. Hahahaha.
Aku : Alhamdulillah !!!
Doktor : Aik , takut nampak ?
Aku : Takutlah doktor , kita bukan tahu dalam badan kita macam mana.
Doktor : Hahahaa , takde apalah. Dah boleh kawen dah lepas ni. Jangan risau. 

Doktor tu pun fill up borang HIV test. Lepas tu ktorg pun cabut baliklah ! Tak sampai sejam pun dekat situ KKP9. Semuanya settle. Keluar klinik tu , rasa macam nak joget tahu ! Hahahahahahaha. Rasa syukur gila. Tuhan je yang tahu , leganya perasaan aku tu macam mana. Kekekekekeke.


Balik daripada KKP9 terus pergi mencekik dekat Medan. Hahahahaha. Lega baq hang. Makan sambil senyum senyum okay. Almaklumlah , lesen L (kursus kawen) dah lepas -- lesen P (HIV test) pun dah lepas. Memang syukur. Tinggal nak completekan borang borang nikah je lepas ni. 

Alhamdulillah , Allah permudahkan semua urusan ktorg. Alhamdulillah. ^^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini pun mood baik , kekekekee.


xoxo


16 comments:

  1. Eh nape kita dapat borang yang kaler2 ade 3 salinan..
    Lain eh..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha borang tu ada juga. Kena amek dekat Triange tu. Tapi tak sempat snap. Staff nurse dah amek. Y___Y. Nak snap yang copy punya macam tak cantik dah. Hahahaha.

      Delete
    2. Owh ye ke..bikin cuak je..ingat salah buat..ahaha...

      Delete
    3. Hahahaha. Takdela ! Mana mungkin salah. Sabar jela budak ni. Hahaha. :D

      Delete
  2. Dah settle satu checklist Nadia. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. gedik siot,, cucuk sikit je pun heeeeeeehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit dow ! Hahaha. Sebab jari aku takde isi. Bengkak tau rini. Sedih. Y__Y

      Delete
  4. alhamdulillah...selesai jugak dua-dua lesen . hahaa boleh dah kahwin lepasni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. InshaAllah. Doakan yang baik baik je Nasiha. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum nad, alhamdullilah. memang sekejap je buat HIV test ni. saja je nurse tu kencing korang. muahahhaha. bertabahlah, nasib baik dah settle kan. hehehe cepatlah bulan 8.. hihiii singgah menabung inti sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Tula nurse tu kencing Nad sorang je. Tahu Nad cuak , lagi kuat sakat dia. Sabar jela. Amboiii kemain nak cepat bulan 8 eh. Cuak ni ! Hahahaha. Thank you Sheila sebab menabung. :)

      Delete
  6. Yeay dah boleh kawen..dulu pun nebes tunggu result hiv...walaupun tau x buat pape tapi tetap takut.. hoho..kite check up dekat KD jugak...tapi Alhamdulillah la xpernah jumpe Nurse mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tak pernah jumpa Sheyla. Kalau jumpa , boleh dapat darah tinggi silap haribulan. Hahahaha. Kan cuak dia macamlah pernah buat apa. Sabar jela. :D

      Delete
  7. Good info. Ingatkan HIV test valid 3 bulan je. Dah boleh buat jugak la nie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Thank you ! Selamat berHIV test ye. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah