Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, April 28, 2014

Sample sum sum tulang belakang

Assalamualaikum & Hello.

Obviously harini aku takde mood sangat nak buat kerja. Padahal hari hari pun takde mood sebenarnya. Hahahaha. Tapi harini perasaan risau melebihi segala galanya. Badan dekat office , kepala dekat hospital. Ye hospital sebab harini ayah akan menjalani proses pengambilan sample sum sum tulang belakang dekat Institut Perubatan Respiratori.

Bermacam macam perasaan ada hoii , nak buat kerja pun tak aman. Aku ni daripada pagi tadi duklah google pasal sample sum sum tulang ni. Hasil pembacaan aku -- semua menakutkan. Huhuhu. Minta minta semuanya berjalan dengan lancar jela. Huhuhu. Takde lebih yang aku nak harapkan selain daripada proses tu berjalan dengan lancar and ayah tak sakit. Sobsss.

And just now , dalam pukul 12.10 tengahari -- ayah Whatsapp.

Ayah : Dr dah amik darah tulang belakang tadi sakit sgt.
Me : Yeke ? Sakit lagi tak ? Bila keputusan keluar ?
Ayah : Xtau lg.
Me : Oh yeke. Ayah rehat jela. Jangan banyak gerak.
Ayah : Dah kurang tadi dia x bg gerak 1 jam.
Me : Haaa jangan gerak. Nanti dia suruh makan tu makan. Jangan tak makan pula.
Ayah : Mama kata dia nk dtg lunch ni.
Me : Oh aah mama ada cakap tadi ni
Ayah : K

Ayah boleh Whatsapp aku cakap - SAKIT SANGAT. Hoiiiii meluap luap darah naik ke kepala. Rasa nak menangis pun ada - sebaklah hati ini hoiii. Napelah ayah boleh nak Whatsapp bagitahu aku dia tengah sakit. Cubalah sekali jangan bagitahu kita - kita susah hati ni. Huwaaaa. 

Ni tadi mama dah sampai dekat hospital , lagi menambahkan sedih aku bila tengok gambar yang mama anta. Alahaiiiii. Seriau rasa. Ngilu rasa. Patutlah ayah cakap sakit sangat. Hukhukhuk. Naseb baik ayah boleh Whatsapp boleh makan -- lega sikit hati , sikit jela tapi. Huhuhuhu. 


Ni esok ada kimoterapi pula , so maybe esok lepas chemo baru boleh discharge. Itu pun kalau chemo tu habes awal. Esok Wan cuti , ada aku suruh dia berkampung dekat hospital -- teman ayah borak borak. Hahahaha. Ayah tu kan sayang sangat dengan Wan tu. Sikit sikit 'Wan kerja bila' -- 'Wan cuti ke'. Hahaha. Sabor jela.


Part makan masih lagi win. Actually aku lagi senang hati bila ayah ada selera nak makan macam ni daripada takde selera. Bila ayah takde selera -- susah hati hoi takut dia sakit ke , masuk angin ke apa apa jela. Aku lagi tambah seronok kalau aku tengah makan dia paw aku punya makanan sampai habes licin. Kekekeke.

Apa pun aku harap ayah akan kembali sihat macam biasa. Tak sukalah bila dia masuk hospital. Dahla aku tak suka pergi hospital , bila ayah masuk hospital lagilah aku tak suka. Huhuhu. Sebab hospital tempat orang sakit -- bila ayah dekat hospital , aku tahu ayah sakit. So , I don't like. Sobsss.

Ayah get well soon , ayah kuatkan. Akak tahu ayah kuat ! ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa ada stok air zam zam angkat tangan ?? :D


xoxo


16 comments:

  1. adoiii sakitnya.. adoiiiii aku pulak yg terasa ngile wehh, get well soon ayah. tp aku ada jugak cousin aku keje lab kt KPJ ampang puteri kata kira air sumsum tu paling tepat la bacaan untuk tau kuman ke ape ke semua,, takyah buat banyak kali.. xpe wemoga ayah baik-baik aja ok,,

    *air zam-zam aku ada la stock tp tak banyak. nk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Wewoga tu nama tempat kat jakarta ke ? Lol ! Hahahaha. Itulah dia , minta minta cepatlah sihat. Huhuhuhu. Thanks tau kakak. Oh ada eh ? Nak !!!!

      Delete
  2. semoga ayah akak cepat sembuhnya....

    doakan mak mertua ina juga. dia pun akan di operate 15.05 sebab komplikasi buah pinggang.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. YaAllah. InshaAllah semuanya akan baik baik je okay Ina. Bertabahlah ye. :)
      Terima kasih untuk doa Ina.

      Delete
  3. Kita hari2 injectkan insulin dekat nenek kita...memula rase seram juga tapi tengok nenek ok je..okla kot..tapi kdg2 lembam2 jgkk..:( Hope ayah nad tabah hadapi penyakit..semoga cepat sembuh amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Takutnyaaaa. Huhu. Tula sebenarnya dorang ni lagi kuat daripada kita. Hahaha. Kita ni lembik , kena HIV sikit ritu pun da jerit telolong. Hahaha. Amin amin amin. InshaAllah awak. Thanks for the doa. :)

      Delete
  4. takde stok air zam zam tapi kat office ni ade kedai arab jual air zam zam..

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh..rasa ngilu pulak bila teringat crite selalu tgok kt tv kalau ambil air sum2 sampai merengkot2 org tahan sakit....mesti sakit gile tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia , sedih tengok. Terima kasih for your doa awak. :)

      Delete
  6. salam..moga awk n family tabah m'hadapi dugaan ini..inshaAllah didoakan moga ayh awk cpt sembuh amin..
    suke bce blog awk esp bile tngh stress2 stdy
    anyway, klu nk air zam zam botol besar inshaAllah pkcik sy ade jual, kat area msjd ubudiah,kampung tasek tambahan, ampang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Alhamdulillah. Thanks for the doa ye. Hahahaha. Kenapa suka baca bile stress. Boleh hilang ke stress tu. Miahahaha. Oh , pakcik awak ada jual eh. Nanti saya pergi carilah. Thank you so much. :)

      Delete
    2. u r welcome :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah