Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, May 24, 2014

Bolaria Bear Collection - 7 Eleven

Assalamualaikum & Hello.

Sekarang ni asal pergi mana mana 7 Eleven store mesti akan nampak anak anak patung beruang comel yang pakai jersey world cup tu kan. Hish. Mesti rasa macam nak beli lebih daripada RM 5 untuk dapat satu sticker. Kalau nak dapat dua sticker belilah product yang jadi partner untuk Bolaria Bear Collection. ^^


Nak dijadikan cerita , aku dah pun terjebak dalam sesi mengumpul sticker ni. Aku ni kan kalau bab bab macam ni memang senang betul terpengaruh. Ekekeke. Without fail hari hari aku mesti singgah 7 Eleven. Niat dalam hati sebenarnya nak beli air mineral je -- tapi tiap kali keluar tu mesti roti , jajan , cekelat semua ada dalam plastik. Muahahahaha.


Sampailah ke tahap ini.




Ye sampai ke tahap penuh sekeping kad Bolaria Bear Collection tu dengan 20 sticker. Hikhikhik. Dan harini another card aku penuhkan dengan 20 sticker. Lalalalala. Yang haritu punya pun tak redeem lagi , yang harini pun sama. Duklah takde stock manjang , stress tau. Wakakakaka. So later bila aku redeem , aku dapatlah 2 bolaria bear tu. Mihmihmih.

To be exact , aku beli barang takdelah hari hari RM 5. Banyak pula duit aku nak habeskan dekat 7 Eleven tu je semata mata nak sticker. Baik aku pergi beli tudung ke , baju ke , kasut ke. Ye ke idok ?? Dah tu camne aku dapat banyak banyak sticker ?? 

Hiksss. Ade pengkid sorang ni suka bagi aku sticker. Kadang kadang dia bagi 5 kadang kadang dia bagi 3. Dan pagi ni gara gara aku masuk 7 Eleven tak senyum langsung , terus dapat 8 sticker harini. Bodeklah tu. Kekekekeke. Terus penuh satu kad memandangkan yang aku kumpul baru ada 12 sticker je. ^^

Pengkid : Selamat pagi , awak ni cubalah senyum sikit.
Aku : Selamat pagi , hahaha. Okay dah senyum.
Pengkid : Semua sekali RM 9.30. 
Pengkid : (sambil pandang hujung mata dan senyum senyum) Nak tak ?
Aku : Ehhhh , of course.


Thanks for your time , love ya people.


P.s : Adakah sebenarnya  pengkid itu nak mengorat itteeww ! Hahahahaha.


xoxo


10 comments:

  1. Pengkid tangkap cintan dengan kak Nad..hahah.. Patutlah dah penuh sticker. Dulu ada gak kumpul sticker untuk redeem barang dekat 7eleven, tapi sekerat jalan. Kopak duit, kalau RM5 asyik terbang..hahaah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tangkap cintan sangat Azwar , kang satu 7e tu dia bagi akak pula. Hahahaha. Tula kalau hari hari RM 5 , memang kopak ! Tokey balak pun bankrap wooo. :P

      Delete
  2. nuri sila jauhkan diri dari peng kid itu... adoiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha , jangan risau akak. Kita tak berminat pun dengan peng peng ni. Hahaha. Kita kan ada Ash superboy. ^^

      Delete
  3. serammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ahhhh.. hahaha... wan ada pesaing.. cewahhh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakakakakakakaka ! Itu pun terowong juga makcik , tak payah bersaing dah tersingkir. Lol !!! :P

      Delete
  4. Apakah pengkid itu de udang di sebalik mee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha kan ! Sesuatu sangat kan pengkid tu. :P

      Delete
  5. Replies
    1. Hahahaha tak lalulah kita hoiii , geli ! :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah