Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, May 6, 2014

Food Review : Flora Kafe , AmpWalk

Assalamualaikum & Hello.

Makanan dah hadam lama baru kau nak buat food review kan Nadia kan. Kekeke. Tak Nadia la kalau update entry cepat cepat. Kita kena bagi basi siap berbuih buih dulu barulah best update. Muahahaha. Maaf diatas kelewatan entry. ^^

Seperti yang sedia maklum , haritu masa cuti hari pekerja aku sempat menghadirkan diri ke Bloggers Mini Gathering dekat Flora Kafe. Ala kafe yang cantik gila yang penuh dengan bunga bungaan tu. Ajet ajet Ariana Rose gitu kalau pergi makan dekat situ. Lol !

Decoration 

Decoration Flora Kafe sangat sangat win , sebab banyak gila bunga sampai tertutup tutup lubang air cond. Ngeehhh ! Sangatlahhhh sesuai untuk gegirl gegirl macam ai. Eh !! Gegirl ke kau Nadia oiii , kau kan bro bro. Eh tak kesahlah tu , tapi decoration dia cantik. Romantik je rasa. Nak candlelight dinner sini lah nanti. :P





Price

Kalau dari segi harga , sangat affordable dengan portion dia yang banyak tu. Tak mahal mana pun , harga mampu milik bak kata orang. Kalau tak percaya , sila rujuk gambar gambar di bawah. Walaupun blur , ala tengok jelah. Hahahaha. Camera murah , inilah hasil dia. Pasrah ! :P





Foods

Daily Set Asam Pedas Ikan Tenggiri - RM 20.

Kalau korang order daily set macam aku order ni , korang akan dapat - Nasi Putih , Asam Pedas , Sayur Goreng , Sambal Belacan , Ulam Ulaman , Telur Masin , Ikan Masin dan juga Air. Air korang boleh pilih nak Sirap , Sirap Limau , Oren Kordial dan sebagainya.

Asam pedas dia besttt ! Pedasss !! Terjuih juih jugalah bibir aku time tu , mengalir deras jugalah mukus dalam hidung time tu. Tapi serious sedap. Aku dah banyak kali dengar asam pedas dekat Flora Kafe ni sedap gila. Tu yang masa sampai sampai tu dah tak pikir panjang , nak asam pedas juga. I don't care! ^^


Sotong Kangkung - RM 7

Kau tengokkkk betapa banyak gila sotong dan kangkung dalam pinggan tu. Seriously big portion. Yang tak berapa nak kick untuk sotong kangkung ni ialah sebab kuah dia tu terlalu cair. Kalau kuah dia tu pekat , memang thorbaeeekkk ! Apa pun masih boleh consider untuk makan , rasa tu ada. Kuah je yang cair. ^_^


Pisang Sira dengan Aiskrim Vanilla

Yang ni aku tak tahulah berapa RM pula , Flora Kafe yang bagi. So , its free !! Maybe sebab manager dia tengok ktorg semua dah tak serupa orang , so dia kasi desserts untuk ktorg gain energy lagi dan lagi. Eeh eeh boleh ke gitu ? Kekekeke. Tapi aku tak makan sangat since -- MANIS. Aku sangatlah bukan penggemar makanan manis manis ni. Tapi aku tengok budak budak lain makan licin je mangkuk tu. Semestinya sedap la tu. ^^


Untuk sebarang soalan mengenai tempahan dan sebagainya , silalah hubungi pihak Flora Kafe. Jangan tanya aku. Sebab aku tak kerja kat situ , hahahahaha. So absolutely aku takkan boleh membantu apa apa. Kerja aku hanyalah makan dan buat review. Sekian terima kasih.

Flora Kafe Ampwalk
Ground Floor , The AmpWalk , 218 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
012-2070166/03-21810986 (Mel)
florakafe@gmail.com


Thanks for your time , love ya people.


p.s : alhamdulillah , dapat job untuk review satu produk lagi. ^^


xoxo


26 comments:

  1. yummy..tp sebenarnya nak menikmati bunga2 tu yg semangat tu..hehehe..
    tetiba rasa nak celebrate hari ibu kat sini lah pulak..okay gak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay juga tu ! Ramai je orang buat celebration kat sini. Daripada baby shower sampai ke bachelorette party pun ada. Makanan pun best. :D

      Delete
  2. tiba2 rasa nk mkn sotong kangkung pulak hari ni...wuaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboooiiii , dah jauh barulah nak makan. Y_Y

      Delete
  3. hoi hoi...lambat lagi lunch laa...adoiiiiii~ -___-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oi oiii. Kan ! Pastu cari pasal post gambar makanan camni. Y______Y

      Delete
  4. eh daily set asam pedas tu memang macam bom kebabom jer, kenapa akak tak nampak hari tu ek? ha ha ha...nak pergi makan baliklah boleh? siapa nak ikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eehhh memang kebabommm kak oiii. Hahaha. Akak tak nampak sebab mostly ramai mat saleh mase tu. Kekekeke. Jom jom kita repeat lagi. :D

      Delete
  5. bestnya.. deconya cantik-cantik menawan hati.. syok kalau nak buat sesi tangkap gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Memang sangat cantik. Cuba refer link Bloggers Mini Gathering. Boleh tengok keseluruhan kedai. :)

      Delete
  6. WAH nurie. meletops kebabom gitu review . hahaa. teringin nak amix set mcm nurie la. adoi. sape la nak join lg eh? hahhaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal boleh review , kita kasilah review. Gituuu ! Jom jom ! Jumpa kat Ampang park. Hahahaha. :P

      Delete
  7. esok pegi lagi jom ! tetibe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahnye kauuuu ni ! Tetibaaa sangattt. Pegi tanye laki. Hahahaha.

      Delete
  8. wahh.. cantik. such a lovely cafe.. teringin nk pergi. tapi jauh pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada dekat area berdekatan bolehlah cuba , tapi takut lupa je. Hahaha. :D

      Delete
  9. tetiba lapar tengok asam pedas tu.. hehe..
    cantiknya cafe tu, kalau pegi sana aktvt lain selain makan adalah selfie sampai bateri phone abis.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam pedas dia mmg sedap ! Pedas gilaaa. Hahaha. Cantikkan ? Itulah budak budak tu snap2 gambar sampai kene pakai powerbank la lepas tu. :P

      Delete
  10. sebenarnya sy memang pernah dengar sekali dua pasal flora cafe nie..cuma tak tergerak hati nak cuba..bila dah cuba makan, sedap rupanya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula , kita pun banyak kali dengar tapi asyik lalu depan tu je singgahnya tak. Haritu baru berkesempatan. :D

      Delete
  11. mcm tipu jer...haha...dh g dh...xpyh la nk beragan mkn kt bunga2 tu dgn hr mcm dlm menu tu...sbb dyorg akn letak kn korg kt luar jauh pulak tu...serious ak ckp klu korg nk mkm dlm tu kena tmbh duit rm75 mcm tu bru la blh mkn dlm kedai tu...klu x..xpyh la nk bergan...dh prnh kena dh...serious sdh.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak pernah pula dengar cerita yang macam ni , so tak boleh nak percaya sebelah pihak je kan. Maybe masa tu dah ada orang yang reserved belah dalam. :)

      Delete
    2. BETULLLLL..SETUJU..HARGA TAK BERPATUTAN..ADA SEMUT...RM700 UNTUK 6ORG...BODOH PUNYA FLORA....MAKANAN DA SEJUK

      Delete
  12. BAIK G VICTORIA STATION LAGI SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah