Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, May 26, 2014

Pembantu Perpustakaan Gred S17

Assalamualaikum & Hello.

Last week aku ada received email daripada pihak UPNM mengenai panggilan temuduga jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17. Terkejut juga aku time tu sebab seingat ingat aku , masa aku apply job dekat UPNM tu form aku memang tak lengkap -- gambar takde. Apply online , manalah aku nak ada gambar passport dekat PC office ni. So , bajet bajet memang nama tak naik , yelah isi pun main main. Kekekekeke.

Tapi itulah dia , Wan yang isi lengkap gila aku pula yang kena panggil. Mihmihmih. And now aku yang nervous dekat office ni haaaa. Apalah agaknya soalan yang dorang akan tanya. Kalau tanya pasal skop tugas tu boleh juga aku pikir guna logik. Tapi kalau kang dia tanya terms terms yang aku tak tau ?? Haaaaa. Masak masak !! T_T.

Deskripsi Tugas :
  • Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
  • Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
  • Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran; dan
  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.


Mula mula aku pikir macam taknak pergi , hahahaha yelah sebab macam tak tahu apa apa je kan. Kalau kerja macam pustakawan masa zaman sekolah tu aku tahulah. Suruh orang diam je. Hahahaha. Tapi bila tanya pendapat mama ,  mama cakap :

Aku : Ma , nak kena pegi ke intebiu pembantu perpustakaan tu ? Jauh tu nanti.
Mama : Pergi jelah , bukan confirm dapat pun kan.
Aku : Aah kan , memanglah tak confirm lagi dapat ke tak tapi............................
Mama : Ko kan suka sangat dengan buku , pergi jela duduk library tu. Dah kena sangat.
Aku : Hurmmm , kena pergilah ni eh ??
Mama : Pergi jelah! 
Aku : Okay okay.

Kena marah pula , hahahahaha. Siapa suruh tanya banyak kali. Memang minta kena marahlah kan. Hahahaa. Apa pun all the best to me , marilah balik kerja ni kita siapkan dokumen yang perlu. Huhuhu. Dah lama tak pergi intebiu , neves pula aku. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bulan june ni pun ada lagi satu interview , pheeww !


xoxo


24 comments:

  1. anne paling tak suka interview..
    mesti nebes yang amat.. hehe..
    btw, gud luck utk interbiu nanti!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann ! Sangat tak best kot interbiu , neves hoih. Thanks Anne. ^^

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk ! Terdelete pula. Naseb sempat baca , thank you Maria. ^^

      Delete
  3. siap la kak nurie..mesti org tu garang gila2 nanti..bahahaha..gudluck kak nurie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeeee sekeh kang Niesa ni. Naseb jauh. Hahahaha. Thank you sayang. <333

      Delete
  4. perghhhhhhhhhhhhhhh~ hebat hebat :D
    semoga dipermudahkan la ye :)

    ReplyDelete
  5. Kena tahu susunan buku kat library mcamana..sebab antara tugas penbantu library adalah susun buku..
    tapi kalau dr bukan bidang library maybe akan diajarlah kot..tips dari budak yg ade degree library..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susun buku tu selalu ikut code yang ada dekat buku tu kan ? No rak semua tu. Ke salah ? Hahahaha. Lagi tipsss ???? ^^

      Delete
    2. Betul la tu..Nama dia Cataloging..Nanti akan belajar la kot tapi kalau ada effort lebih boleh google..Kalau ditanya nanti as the bonus lah..hehe..Kalau yg guna nombor namanya dewey Decimal.. Kalau huruf campur dengan no LCC.( Library of Congress).Itu untuk akademic library.. kalau library bese je guna dewey je..:) Kena bukak Kelas tuisyen la camgini..ahaha..

      Delete
    3. Woooo woooo , serious takde basic ! Pitam pitam. Hahaha. Sebab dulu kat sekolah je pernah jaga library. Tu pun masa form 1 , sekarang ni dah umo berapa pulaaaa. T____T.

      Delete
    4. Rasenya takkan taye kot sebab bukan basic library..so xyh risaulah..hehe..all the best:)

      Delete
    5. Itulah pasal kan , takpela tahu sikit sikit tu perlu. Thanks awak. :)

      Delete
  6. tahniah,, semoga berjaya yer makcik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kakak ! Doakanlah ye. Amiinn. :D

      Delete
  7. Good luck Nadia..... Kalau dapat nanti mesti melekat dengan buku ni..... hehehehe..... Semoga berjaya ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you akak , hahaha. Itulah dia. Mau jadi ulat buku terus. Amiinn. :D

      Delete
  8. bestlah jadi ulat buku.. dikelilingi buku.. mama suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ulat buku takpekan ma , jangan jadi ulat bulu naik daun. Kekekeke. :P

      Delete
  9. Wahh akak akan jadi librian ? Hihi miza masa isi upu ada isi program ni. Tapi tak terpilih. Hihi masa tahun lepas jadi ketua librian seboleh-bolehnya miza ubah cara perpustakaan sek miza. Miza ikut style perpustakaan awam. Hihi tapi tula budak2nya je susah nak kawal TT________TT Dah bagi arahan kat librian lain susun buku ikut kod tapi dia orang tak nak. sabar jela. kutip balik susun balik ikut kod. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kalau ade rezeki bolehla jadi librarian. Hihihi. Biasalah tu nama pun perpustakaan sekolah. Mana ada yang nak dengar cakap pengawas pusat sumber ? Hahahaha. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah