Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, May 8, 2014

Perginya Wiwi The Cat , Y___Y

Assalamualaikum & Hello.

Semalam aku balik kerja aku sempat singah JJ kejap sebab nak cari garam bukit , katanya garam bukit boleh sembuhkan kucing sakit. So , aku pun gigihlah mencari dan akhirnya jumpa juga walaupun garam tu hat yang halus halus bukan garam laut kasar.

Sampai sampai rumah je aku tengok adik aku mata merah , dia cakap  ;

Adik : Wiwi dah takde. 
Aku : Bila ? Dekat mana ?.
Adik : Dalam bilik mama.

Aku terus laju laju masuk bilik mama , tengok tengok mama da balut dia dalam plastik beg. But I still can see his tail , I still see his legs and hands. YaAllah. Masa tu luluh hati aku , sebak terus. Fuhh ! Mama minta aku masukkan Wiwi dalam paper bag , tapi aku tak boleh -- tak boleh. Aku hanya mampu cakap 'Ma , akak tak sampai hati'.

Sebelum tu aku sempat tanya mama :

Aku : Ma , Wiwi mati bila ? Ma jumpa dia dekat mana ?
Mama : Entahlah , jumpa bawah katil. Tengok tengok dah keras.
Aku : Oh , mesti dia mati masa takde orang.
Mama : Tulah , semua orang kan takde tadi.
Aku : ..................................................... (sambil tengok plastik beg).






Two weeks sebelum Wiwi pergi. Kalaulah aku tahu yang Wiwi akan tinggalkan aku lagi dua minggu , aku takkan halau halau dia duduk dalam bilik aku. Aku takkan halau halau dia baring atas baju aku. Aku akan letak makanan dalam mangkuk Wiwi banyak banyak , so Wiwi takkan pandang pandang aku bila aku masuk dapur. Tapi , semuanya hanya kalau aku tahu.

Kemarin pukul 3 pagi aku bangun nak pergi toilet , aku nampak dia terbaring atas lantai toilet. Aku sempat angkat dia , alihkan ke bilik air lagi satu. Itu last yang aku angkat dan dokong dia. Lepas ni dah takde dah. Aku sempat juga cakap dengan Wiwi semalam sebelum pergi kerja pagi semalam. Aku pesan dekat Wiwi -- 'Nanti kita balik kerja , Wiwi mesti dah sihat tau'.

But.

Now , Wiwi dah takde. Dah takde siapa lagi nak kacau kacau aku baca novel , tengok korea. Dah takde siapa lagi nak panjat panjat badan aku bila aku baring. Dah takde siapa lagi nak masuk bilik and memekak suruh bangun tido. Dah takde siapa lagi nak robohkan buku yang aku susun susun. Dah takde siapa dah nak baring atas baju atas tudung aku sampai renyuk. Dah takde siapa lagi nak masuk dalam bakul hantaran. Dah takde siapa lagi nak minum air dalam mug aku. Aku rindu bau Wiwi. Y_Y

Aku redho.

Wiwi dah takde , Wiwi is no longer in the world. Wiwi tengah tengok kita semua dari atas sana. I know that Wiwi will be placed in a very good place since Wiwi is a very good cat to us. You'll be missed baby. We heart you very much from the bottom of our heart. Please be safe up there , jangan nakal nakal. Jangan lupa makan , jangan lupa minum. I've already miss you. Take care baby. Sobbsss. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorry kalau entry ni buat korang emosi sekali , this is how I felt for now. :')


xoxo


18 comments:

  1. Replies
    1. Sobssss , kita pun tengah berkabung ni. :(

      Delete
  2. Alo..baru je bace pasal wiwi semalam hari ni wiwi da xde..sedihnya..sabar ye nad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan , kita baru update entry semalam. Harini dia dah takde dah. Sobss. Yup. Sabarlah ni awak. Y_Y

      Delete
  3. alaaa tak sempat ke? ak ada kucing banyak ni,, nk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat , aku balik balik je mama kate die da keras. Taknak. Nak kucing Qila. :(

      Delete
    2. dah takyah sedih sangat dah.. dah sampai ajal die kan. nanti cari kucing lain. g jawab soalan aku sana aku dh tag ko dh wajib jawab ok wajib hahah :)

      Delete
    3. Weeehhh ! Tadi tak tag. Arghh ! Menyesallah komen. Hahaha. Tunggu aku jawab soalan soalan Mama dulu baru buat soalan soalan ko. :D

      Delete
  4. ala..sedihnya..part yg paling akak xsuka kalau bab kucing or haiwan ni part dia mati lah :( ingatkan dah bawak g klinik dpt ubat semua wiwi sembuh..akak xnak nangis so baca entry ni laju2 je. dah komen nak blah laju2.
    sobs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita !! Tak suka part mati and sakit tu , mama sampai kata 'taknak bela dah lepas ni , nanti mati nangis lagi'. Kita harini pun pergi keje mata rabak gila. Huhuhu. Amboiii lajunyaaa baca. :D

      Delete
    2. sama la,ibu akak pun..xnak bela dah pasni..tp bila ada kucing dtg, bela jgk..huhuhu! masa pekak mati mata rabak g keja..siap sound staff lagi, harini jgn tny nape mata bengkak, kucing mati mlm td..hahaha

      Delete
    3. Hahahahaha kita pun sama ! Dah whatsapp budak office semua. Jangan tanya apa apa. Nanti meroyan nanti. Kekekeke. :P

      Delete
  5. haii :) jejalan dari gr0up produk review n follow sini

    sedihnya.. yatt pun suka kucing.. bnyk kali dah hadap kucing sendiri mati.. sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiiii Yatt. Wah , ada ramai juga blogger suka kucing eh. Hihi. Itulah dia , bela bela -- bila mati. Macam orang gila. Y_Y

      Delete
  6. blogwalking from kaka hana sytieh. . kita pun suka kucing tapi tak bole bela kucing. . huhuhu btw nice blog n done follow blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpela Ria , nanti kang mati sedih macam kita ni. Huhuhu.

      Delete
  7. sdeynye.. tapi dia sngtlah comey.. :')

    http://www.norainyusoff.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comelkan , tapi tulah dah ajal dia. :(

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah