Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, May 16, 2014

Saufiville Janda Baik , Pahang

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Entry panjang sebab malas nak buat part by part. Hahahaha.

Sempena Hari Ibu yang lepas ktorg one big family (mama's side) sempat melarikan diri ke Saufiville Janda Baik for family day. Family day selama 2 Hari 1 Malam itu telah berlangsung dengan lancar dan berjaya sekali. Hamboii.

Actually aku sampai Saufiville pun dah petang juga sebab pagi tu aku pergi kelas yoga , lepas tu pergi majlis bertandang Rina & Irsyad pula. Only then baru sempat pergi ke Janda Baik. Naseb baik tak gelap lagi , kalau gelap ceritanya mahu sesat barat. Dahla line handphone dalam Janda Baik tu sangat tak baik. Jalan nak ke Saufiville tu pula memang orang kata macam tak masuk akal. Macam jalan yang kereta tak lalu sebenarnya. Lubang sana lubang sini. Tapi atas bukit tu nampakla Saufiville yang tersergam indah.

Sampai sampai je aku dalam area Saufiville tu , dorang semua tengah tangkap gambar family ramai ramai. 





Tema family day kali ni : Askar. Sebab tu semua berpakaian bertemakan askar. Yang pakai skirt pun skirt askar , yang seluar pun seluar askar. Hahahaha. Daripada yang paling tua sampailah yang paling muda semuanya beraskar askar. Hahaha. T-shirt pun dorang tempah warna hijau hijau askar. 

 

Dan itu aku dan Wan , the late comers. Hahahaha. Dahla lambat , tak pakai ikut tema pula tu. Muahahahaha. Lepas dorang habes sesi tangkap gambar ramai ramai baru aku masuk dalam rumah and tukar baju tanpa mandi sebab sejuk gila vavavavaava. Baru lepas hujan lak tu oiii.


Tadaaaaa !!! Kitorang dah pakai baju bertemakan askar dah. Barulah boleh masuk gambar , kekekeke. Adik aku yang bawah aku tak dapat join -- sebab tu dia takde dalam gambar. Dia kena kerja pula dah. Gelabah je kena kerja. Orang sebok holiday , dia sebok nak kerja. Wakakakakakaka.


Lepas solat maghrib ktorg terus start dengan Zara's birthday celebration dan disambung dengan mother's day celebration dan juga celebration birthday pakcik aku. Semua sekali jalan , lepas tu terus makan malam dan lepak lepak. 








Yang kaki karaoke , lepas lepas makan terus pergi bilik karaoke yang disediakan. Aku pun sempat join dorang karaoke kejap. Tapi as usual aku menyanyi tanpa mic sebab kalau pakai mic aku takut pula hujan lebat tak benti benti nanti. Hahahaha. Balik balik rumah terus -- membutaaaaaaa.

Pagi esoknya seawal 6.40 pagi aku dah bangun okay , semua gara gara dengar suara dorang dorang memekak dekat ruang tamu. Dan pagi pagi tu jugalah baru aku sempat nak snap environment Saufiville.







Cantikkan pemandangan awal pagi daripada Saufiville. Rasa macam taknak balik KL pun ada , hihihihihi. Rumah ni lengkap dengan infinity pool lagi tahu tapi malangnya aku tak sempat berendam dengan dorang semua sebab aku takut air tu sejuk. Hahahahahaa. So main celup celup kaki je. :P


Gigih tau aku pakai hooded sweater semata mata nak tangkap gambar muka bangun tido dan tak mandi pagi. Hahahahaa. Kang kalau aku free hair kang takut ada pula yang lari lintang pukang sebab ingatkan Juon datang bertandang. Lol !!




Sebelum balik kenalah selfie selfie dulu. Hahahaha. Habes satu rumah aku tawaf dengan batang monopod. Wakakakaka. Yang kaki karaoke pun sempat lari pergi karaoke sebelum balik (kittteww sekalilah tu). Eheksss. Sabor ajela. Dalam pukul 10.30 pagi ktorg semua gerak balik. Tapi ada yang singgah pergi Genting Highlands , ada juga yang tetiba terbabas pergi Cameron Highlands. Aku rasa aku dengan Wan je yang shoot balik KL terus. Muahahahaha. Semua gara gara -- WEDDING !!~ 

Untuk short escape ni ktorg book the whole bungalow tapi kalau nak book bilik je pun boleh. Makanan & minuman ktorg panggil catering since dapur Saufiville tak boleh masuk due to some reasons , hanya kakitangan sahaja yang dibenarkan masuk. Barbeque pun tak boleh juga walaupun memang dah cun dah kalau dapat barbeque dekat tepi pool. Kekekeke.

Saufiville
Lot 1223 , Kg Chempuruh , Janda Baik , Pahang.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku tak suke bila aku menulis entry dan ada org tegur 'tulis blog ke'. hilang idea aku ! Pffttt.


xoxo


14 comments:

  1. Replies
    1. Comelkan. Yang birthday girl sorang je tapi semua kena pakai headband. :D

      Delete
  2. hahahahahahhaah omg
    this is freaking loooong T_T
    penat aku baca ok.
    Hahaha
    bestnyaaaa nak join jugak TT_TT


    hihihi such a happy family!! <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahaha kan dah cakap panjang gilaaaaaa.
      Bestkan ? Belah mama akak je selalu camni. Huhuhu. Mehla join.
      Nak jadi adik ipar ke ? Adik akak kosong lagi. Kahkahkahkah. :P

      Delete
    2. Hamboiiiii , sorry ! One and only girl in the family. Lalalalala

      Delete
  3. Memg cantik view die...kalo pergi leh book nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik! Sangat cantik , rasa tak puas duk sehari je kat situ. :D

      Delete
  4. Syioknye weh! Tanah Aina pernah gi tak? Orang cakap situ sedap jugak. Btw, mesti segan kan tulis blog pastu orang tegur..? Tu yang terkujat n idea terus kaput tu en?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Belum berkesempatan lagi nak cari Tanah Aina tu. Later on la. Kekeke. Tau takpe ! Segan pastu memang rasa nak hempuk je PC ni kat kepala dia. Hahahaha.

      Delete
  5. Boleh bg info 1malam berapa eh villa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk : http://www.saufiville.my/ untuk maklumat.

      Delete
  6. Good writeup..bolih Jadi blogger.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah