Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, May 27, 2014

Sumbangan Ikhlas Untuk Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam

Assalamualaikum & Hello.

Kalau sebelum ni aku selalu baca cerita cerita baby yang ada masalah kesihatan daripada kecik through social network. Dan kali ni it happened to someone yang dekat dengan aku , anak kepada adik bestfriend aku (Blogger Rina Ellisa). Izinkan aku untuk sama sama kongsi masalah ini dengan korang semua. Aku tahu dekat luar sana ada ramai yang sudi membantu. InshaAllah.


Petikan dibawah ini diambil di status Facebook Ika sendiri.

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 
_________________________________________________________________________________

Semalam , aku terbaca update mengenai Izz dekat facebook Ika. Difahamkan doktor berjaya mengesan lagi 3 masalah pada Izz dan ini menyebabkan Izz memerlukan pembedahan dengan kadar yang segera.


"I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."
_________________________________________________________________________________

Latest news yang aku dengar adalah Izz memerlukan RM 50000 sebagai kos pembedahan pada minggu hadapan. Jumlah yang sangat sangat besar untuk sesiapa sahaja. Oleh itu , aku mohon jasa baik kalian yang terbaca akan entry ini sama sama dapat membantu meringankan beban keluarga adik Izz. Dan dibawah ini adalah status yang dipetik daripada Facebook Rina Ellisa. 

"Assalammualaikum wbt,


Sebulan selepas Izz di lahirkan, Doctor dapat kesan ada jantung berlubang pada Izz. Ya Allah.. Tuhan menduga anak kecil ini. Tuhan menduga keluarga kami. Kehadiran Izz dalam keluarga menjadi penguat kasih sayang antara kami. Izz terlalu kecik untuk tanggung sakit ni. Kalau ada kuasa, biarlah sakit Izz pindah kat maklong. Tak sanggup maklong tengok gambar-gambar Izz, video Izz yang ibu share dengan maklong. 

Izz menangis la selagi boleh nak. Bukan kuasa Izz nak bercakap mengadu pada Ibu Ayah yang Izz tengah sakit sekarang ni. Kuatkan semangat Izz.. Maklong tahu Izz kuat sekuat maksud nama Izz, KEKUATAN.

Beberapa hari yang lalu, Doctor kesan saluran darah Izz sempit dan perlukan pembedahan dengan segera. Hari ni Izz dan Ibu naik ambulans dari Hospital Tunku Jaafar ke IJN untuk temujanji dengan Doctor pakar. Doctor telah pon memberitahu kemungkinan minggu hadapan pembedahan akan di lakukan. Cuma tarikh je belum dapat lagi. 

Sy dan keluarga memohon jasa baik kawan kawan memberi sokongan moral kepada adik sy Nur Atika semoga dia kuat dan sabar dengan ujian ini serta bantuan kewangan untuk meringankan kos pembedahan anak buah sy minggu hadapan. Kos pembedahan di anggarkan RM50k.. 

NUR ATIKA RUSDAN - 162375700644 (MAYBANK)
MOHD NIZAM KASIM - 155108820401 (MAYBANK)

Tiada apa harapan kami sekeluarga selain mempercepatkan pembedahan dan melihat Izz Rizzqi sihat seperti anak-anak kecil yang lain.

Semoga dengan sokongan dan bantuan semua dapat meringankan dan memberi semangat untuk adik sy dan suami dia terus kuat di samping Izz Rizzqi..

Semoga tuhan membalas jasa baik semua mendoakan anak kecil yang tidak mengerti apa itu erti sakit dan dia hanya tahu senyum dan terus tersenyum menggembirakan hati ibu ayah dan keluarga kami..

Mohon sebarkan status ni.. Terima kasih semua..#prayforIzzRizqi"



Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Sama samalah kita doakan supaya adik Izz kembali sihat dan doakan semoga mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 50000 itu untuk melakukan pembedahan tersebut. Amiinn.

Untuk maklumat lanjut boleh PM Ika & Rina sendiri. Facebook Nur Atika , Facebook Rina Ellisa. Dan kepada sesiapa yang ingin menyebarkan maklumat ini untuk diblogkan di blog masing masing sila email aku nad301189@gmail. Aku akan bagi semua maklumat yang diperlukan inshaAllah , lagipun blog aku tak dibenarkan copypaste. Harap maklum. Terima kasih semua.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : alhamdulillah , Ika kata ada yang dah mula memberi sumbangan. Syukur. T_T.


xoxo


10 comments:

  1. Replies
    1. Thank you Humairah sebab sudi luangkan masa hantar email dekat kita. Kita dah email details. Thank you for your concern sayang. :)

      Delete
  2. Ya Allah...sedihnye tengok kecik lagi dah sakit.... semoga adik izz cepat sembuh....

    ReplyDelete
  3. try to transfer thru m2u..tp sistem kata acc not authorised..ada source lain???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try transfer to his dad and maklong. Refer sini : http://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/short-update-changes-of-bank-for.html?showComment=1401169290561#c7568366414857935729

      Delete
  4. Semoga bantuan yang diberikan dapat meringan beban mereka...kesian tengok budak ini.. :(

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul , kita yang tengok ni pun rasa berat. Apatah lagi yang sedang pikul masalah ni. T___T.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah