Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, May 7, 2014

Wiwi The Cat , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Sesiapa pencinta kucing macam aku yang nak baca entry ni , please tabahkan hati. ^^

Sobsss sobsss sobsss , belum tulis entry dah nanges dulu. Camne ni ? Hurm. Actually aku dah lama gila tak hadap situasi kucing sakit. So , bila tetiba kucing aku si Wiwi tu sakit. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Yelah masa dia start sakit tu pun aku takde dekat rumah , aku busy dengan wedding weekend haritu. Aku balik rumah hari Ahad tu , adik aku just inform 'Jangan kasar kasar dengan Wiwi , dia sakit'.

Selama ni pun kalau dia sakit , kejap je. Macam demam , esoknya dah okay dah. Kalau mata dia sakit sebelah pun sehari je , esok tu dah besar besar balik dah mata dia. Tapi bila kali ni dia sakit , hurm -- rasa tak sedap hati. Rasa macam ktorg bakal kehilangan Wiwi. Omaigod , nak menaip ke nak menangis ni. Confuselaaaa. Y_Y



Semalam , mama dengan ayah bawa Wiwi pergi vet kerajaan dekat belakang rumah ni je. Tapi memandangkan vet tu tak boleh nak xray Wiwi -- dorang tolak pergi vet dekat UPM. Mama kata doktor cakap yang paru paru Wiwi ada banyak cecair sebab tu Wiwi susah nak bernafas sebab paru paru dia tak boleh mengembang. Mama kata masa dia bawa pergi vet tu , Wiwi punya nafas berombak teruk sangat. Huhuhu.

Doktor suggest nak tahan Wiwi dekat ward sebab nak operate keluarkan lendir dekat paru paru tu. Tapi , hurm. Yessss , cost operation tu agak tinggi - RM 750. Di saat saat memang nak pakai duit teramat sangat , its kind of impossible untuk adakan duit sebanyak tu untuk operate Wiwi. Hurm. Sorry Wiwi , so doktor just bagi ubat antibiotik and ubat bengkak je untuk Wiwi makan.



Balik daripada vet tu terus mama bagi Wiwi makan ubat , sampai kena cakar cakarlah juga. Bila Wiwi makan ubat tu mama cakap nafas dia pun da slow sikit , tak berombak macam sebelum bawa pergi vet tu. Huhuhu. Tapi Wiwi still lemah , aku balik balik kerja pun aku tengok dia baring bawah katil. Kejap kejap lepas tu Wiwi baring dalam bilik air , maybe sebab lantai bilik air tu sejuk kot. Habis kuyup satu badan. 

Sedih gila hati ni bila tengok kucing yang selama ni sihat , yang selama ni nakal gila , yang selama ni selalu buat muka kesian sambil tunggu aku letak makanan dalam mangkuk makanan dia jadi sakit macam ni. Rasa macam tak sanggup nak tengok. Asal tengok je meleleh air mata , nak menaip ni pun air mata aku dah macam air terjun dah ni. Hurm. 


Nampak tak , dah kurus dah lembik dah badan Wiwi. Wiwi nak jalan pun dah tak larat dah , jalan sikit je baring. Huhuhu. Last night aku cuba bagi dia makan juga sikit , siap aku hancurkan lagi makanan yang lembik tu siap campur dengan air zam zam lagi nak bagi Wiwi makan tapi Wiwi lari. Macam terseksa sangat tengok Wiwi macam ni. Makan minum semua Wiwi taknak , semua Wiwi tolak. Last sekali , aku letak air zam zam je dekat mulut Wiwi. Bagi Wiwi jilat jilat sikit pun jadilah. Huhuhuhu. 

Pagi ni sebelum aku keluar pergi keje , aku sempat pegang Wiwi. Tengok Wiwi dah makin weak , terbaring je dengan kuyup kuyup badan dia. Oiiii , meleleh lagi air mato ! Dekat office ni tadi aku sempat juga roger dengan Helo Vet Disini lepas aku baca notes dia pasal FIP (Feline Infectious Peritonitis). Dan memang Wiwi ada ciri ciri FIP tu , hurm. Dan dalam notes tu juga cakap kucing yang ada FIP ni memang jarang survive. So , faham fahamlah. 

Nothing much that I can say , family aku dah cuba lakukan yang terbaik untuk Wiwi but if memang dah ditakdirkan Wiwi takde lagi lepas ni. Yess , kami terpaksa redha. Entah entah aku balik kerja ni Wiwi ada lagi ke tak -- aku harap masih ada lagi nyawa dibadannya. InshaAllah. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : penatlah sorok airmata daripada orang sebelah , penatlah tahan airmata daripada terkeluar. 


xoxo


20 comments:

  1. Replies
    1. Itulah kak , tengah bersabarlah ni. :(

      Delete
  2. babe, i just boleh bagi suggestion, tp semua tu kuasa allah kan,, kau try cari garam bukit,, bg die minum,, kalau die tak boleh minum pun,, ko spray2 kt muka die,, bg die dapat jilat air garam bukit tu,, ini ikhtiar la.. selebihnya serah pada Allah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku da tak pakai air garam dah , aku pakai air zam zam kau kasi ritu tu je terus. Tapi tak taulah pegi dia macam mana. Kalau okay alhamdulillah , tapi kalau dah ajal nak buat camne. Aku nak suruh Wan belikan aku sekor anak kucingla nanti kat Pets Wonderland. :P

      Delete
    2. die bkn pakai garam biasa tau garam bukit yang warne mcm oren2 sikit tu,, xpe kal kalo tak ok nk buat mcm mane kan.. mungkin dh sampai dh masa die.. tp dulu kucing aku,, aku ingt dh nk mati sangat dh,, wehhh mmg dh lebik buih2 mulut dh, mama aku bg ubat ape tah,, pastu smpi sekarang gemok!

      Delete
    3. Yeke ? Takpela nanti balik ni aku carilah garam bukit tu. Garam laut semua aku cari. Hahaha.

      Delete
  3. kesian nya wiwi..
    sedih pulak.. sabar ye nad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabar sangat ni Anne. Sobssss. Y__Y

      Delete
  4. Replies
    1. Alolololo. Qila kan nak kasi akak meow. Ehhh !

      Delete
  5. taknak baca. huhu. cukup lah kt whtspp td.. tak sangguppp nak baca dah. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Tapi baca ke tak ni , jujur ? :P

      Delete
  6. alaa...kesiannya baca pasal wiwi nie...hopefully dia akan get better soon.. #Pray4Wiwi

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah takde dah Lan. Y___________Y

      Delete
  7. alahai teciannya dia, gebunya wiwi ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia ma , tapi dia dah takde da. Y____Y

      Delete
  8. hello.. mama lupa nak beritahu, mama tag awak dear, jom main "games" mama.. hihi

    http://www.mamaniza.com/2014/05/the-liebster-award-saling-kenal.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh kita perasan dah , nanti kita buat eh mama. :D

      Delete
  9. alaaaaaaaaaahai gebusnya diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....dulu ada kucing siam kaler cenggini. tapi dah tak de dahhh T_T

    blogwalking from grup produk review n follow u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitty , now dia pun dah takde dah. Y___Y

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah