Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, June 2, 2014

Latest Update : Operation Baby Izz harini - 02 Jun 2014

Assalamualaikum & Hello.

Disebabkan weekend haritu aku super duper busy , katanyaaaaa. Tak sempat nak update berita mengenai baby Izz. Alhamdulillah dana untuk pembedahan baby Izz telah mencukupi. Syukur. Dan baby Izz telah selamat dimasukkan ke Gleneagles Intan Jalan Ampang untuk menjalani pembedahan pada hari ini -- 2 June 2014. Semoga si kecil ini terus kuat untuk melawan kesakitannya. ^^


Petikan daripada Facebook Rina Ellisa pada hari Sabtu.

UPDATE TERKINI ANAK SAUDARA SAYA MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHD NIZAM.

'Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Sy wakil pihak keluarga dan ibu bapa izz @ekarusdan @niezamkasim ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang membantu hebahan repost, doa-doa yang baik, sumbangan kewangan, kata-kata semangat serta pelbagai bentuk bantuan yang lain kepada bby izz.

Hari ni31 May 2014 (Sabtu) insyaAllah dengan izin Allah Bby izz akan berpindah ke Hospital Gleneagles lebih kurang jam 12tengahari. InsyaAllah dalam masa terdekat ni doakan bby izz dapat tarikh untuk pembedahan di Hospital Gleneagles Ampang. 

Ibu bapa bby izz perlu buat keputusan yang terbaik untuk menyelamat nyawa bby izz. Sehingga hari ni, pihak keluarga kami tidak menerima apa-apa tarikh untuk pembedahan bby izz di IJN. Oleh itu, ibu bapa bby izz sudah membuat keputusan, bby izz akan menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles Ampang. Bby izz perlu pembedahan secepat yang mungkin.

Bby izz di kuarantin tidak boleh dikunjungi oleh sesiapa kecuali ibu ayah bby izz sehingga tarikh pembedahan. Ini untuk mengelakkan bby izz dijangkiti demam batuk selsema serta sebarang penyakit lain. Bby izz perlu sihat untuk melakukan pembedahan.

InsyaAllah saya akan update info terkini bby izz sehingga ada perkembangan yang terbaru. Mohon maaf pada sesiapa yang pm,msg atau call adik sy tidak berbalas kerana adik sy sibuk menguruskan bby izz di hospital. 
TERIMA KASIH SEMUA DENGAN BANTUAN,DOA KALIAN.

Moga Allah membalas dan memberkati usaha kita membantu bby izz. Hari ni kita bantu bby izz. Esok atau lusa bby izz pula akan bantu kita. InsyaAllah.

Doakan bby izz cepat dapat tarikh untuk pembedahan di Gleneagles dan kuat semangat.

Semoga segala urusan bby izz dipermudahkan. Amin..'
_______________________________________________________________________________

Petikan daripada Facebook Nur Atika semalam.

Terjawab sudah lah segala pertanyaan di hati saya. InsyaAllah Isnin, 02/06/2014 Izz akan menjalani pembedahan. Doakan Izz selamat. Risiko pembedahan terlalu tinggi pd salur injapnya yg sempit. YA ALLAH doa kalian sgt diperlukan Izz. Bantu lah anak saya dgn doa kalian.. kami sekarang berada di hospital gleneagles ampang.sesiapa yg nak dtg melawat waktu melawat di antara pukul 12-2 pm dan 5-8pm. Terima kasih pd yg sudi dtg memberi sumbangan dan sokongan.. berkenaan jumlah terkumpul kos pembedahan akan diupdate kemudian kerana buat masa ini sy sgt2 tertekan..harap faham keadaan sy..sy tidak lah sekuat yg anda semua fikirkan.. kakak sy akan update news semasa.. sorry pd yg msj tak berbalas.sy sibuk menguruskan Izz..Allah..anak sy akan dibedah..adakah sy sedang bermimpi skrg? Semoga ada bahagia yg menanti kami nanti setelah diduga begini..abang bertahan ye syg..ibu syg cinta rindu abg..


Thanks for your time , love ya people.


p.s : banyak gila gambar pergi kilang Mamee haritu , pergh ! Nak edit. Serious. Malas !


xoxo


10 comments:

  1. semoga dipermudahkan semua urusan baby izz

    ReplyDelete
  2. moga2 baby Izz selamat yer... semoga segalanya dipermudahkan...

    *Nurie... edit jangan tak edit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , inshaAllah kak. Kita doakan sama sama ye. ^^

      p.s : nak tengok gambar kita ke sape ? Eh ! :P

      Delete
  3. semoga baby izz akan sihat seperti biasa hendaknya :D

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan mereka..InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , amiinn. Doakan baby Izz cepat sihat tau Sally. ^^

      Delete
  5. Alhamdulillah cukup dah duitnya. Semoga baby Izz Rizqi selamat dibedah. Come on baby Izz, auntie tunggu baby izz sembuh ni. :)

    -Dakpink-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , amiinn. Sama samalah kita tunggu Baby Izz habes operation ye. ^^

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah