Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, June 3, 2014

Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam , tenanglah di sana wahai anak

Assalamualaikum & Hello.

Allahuakbar , Allahuakbar , Allahuakbar. Masih mencari kekuatan untuk menaip entry ini sebenarnya. Seperti yang dimaklumkan melalui status Facebook Ika sebentar tadi , Muhammad Izz Rizzqi telah pergi bertemu dengan sang penciptaNya tepat pada jam10.20 pagi ini. Inalillahi wainailaihi rojiun.


Allahuakbar , berat sungguh dugaan dan ujian daripadaNya untuk Ika. Semoga Ika & Izam tabah dalam menghadapi ujian ini. Redhalah dengan pemergian Izz , Ika. Izz akan tunggu Ika & Izam di pintu syurga inshaAllah. Kita semua dah cuba lakukan yang terbaik untuk Izz dan Izz sendiri pun berjuang untuk terus hidup di bumi Allah. Tapi Allah lebih sayangkan dia Ika. Redha. YaAllah.

Allahuakbar. Terkejut , terperanjat. Tak tahu nak cakap apa lagi sekarang ni. Sebab malam semalam baru je Rina bagitahu ktorg semua yang keadaan Izz stabil. Sungguh tak sangka , sungguh tak terduga , sangat cepat semuanya. Terkilan tak sempat nak singgah tengok Izz semalam. YaAllah.


' Tak sempat Aunty Nad nak makan sambal tempoyak dengan Izz , sekarang Izz dah pergi tinggalkan kami semua. Hanya doa yang mampu kami semua iringkan untuk Izz ye nak. Semoga roh Izz ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman ye nak. Izz kena tunggu ibu ayah dekat pintu syurga tau. Dorang dah usaha yang sehabis baik untuk Izz , aunty tahu. Tenanglah Izz di sana wahai anak. :) '


Thanks for your time , love ya people.


p.s : tamatlah perjalanan seorang Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam di atas bumi Allah. Al- Fatihah.


xoxo


36 comments:

  1. masih lagi terkejut lepas baca status sya dekat fb tadi. allah lebih sayangkan dia. moga tenang di sana izz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , amiinn. Samalah kita ni Inani. Terkejut lagi. Banyak kali tanya kawan kawan -- 'betul ke' 'betul ke'. :(

      Delete
  2. yaAllah..ahli syurga tmpt izz..semoga die tenang disana..innalillahirajiun..sampaikan salam takziah ye nad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah Fadh , nanti malam Nad pergi ziarah Nad sampaikan salam takziah Fadh. Doakan Izz tenang ye Fadh. :)

      Delete
  3. Allah...
    Allah sayangkan Izz. Sedih dengar berita dia :'(
    Harap parents Izz banyakkan bersabar sebab banyak pahala dia kalau bersabar di atas kematian anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan ibu ayah Izz sabar dan tabah ye kak. T_T.

      Delete
  4. Ya Allah..sedih ya tgk anak kecil ni :( Baru2 ni anak kpd cousin pun baru saja pergi. :( Kecil masih yang amat. Allah lebih menyayangi mereka :'( Al - Fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah , biarkanlah dia pergi daripada menanggung sakit yang tak terhingga. Doakan ibu ayah Izz redha ye. :)

      Delete
  5. Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga roh Izz tenang di sana.

    ReplyDelete
  6. al fatihah. salam takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  7. moga ibu dan ayah anak syurga ini tabah...

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar... Al-Fatihah buat ahli syurga ini... dan takziah buat keluarga izz... Allah tahu apa yg terbaik utk mereka... moga tabah hdpi dugaan Allah...

    ReplyDelete
  9. Innalillah.. Macam tak percaya je kan? Al-Fatihah buat adik Izz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Nad , akak pun tak sangka ni ha. T_T.

      Delete
  10. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. al fatihah.. moga keluarga izz tempuhi dengan penuh kesabaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , amiinn. Doakan ibu ayah Izz tabah ye. :)

      Delete
  11. Kesian dia kan...
    <3333333
    Tenang dah cutie pie baby tu :)))

    :(((
    </33333
    Innalillah...
    Alfatihah.
    May Allah kuatkan hati parents baby izz ;)
    Kak Nad jgn Sedih hm qila Sedih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah akak okay je. Qila jangan sedih sedih , sian baby Izz. :)

      Delete
  12. agak terkejut bace whtspp nurie pagi tadi. huhu.
    Allah lebih sygkan dia..
    salam takziah buat keluarga baby Izz.
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ajal dia Aisya , siapa kita nak kata dia tak boleh pergi kan.
      Kita dah sampaikan dah salam semorang dekat family baby. :)

      Delete
  13. takziah buat rina n family..bru sempat nk bace2 psl bby izz ni..mntak maaf sgt..moge ibu ayah bby izz kuat terima dugaan ni..amenn.

    alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , amiinn. Doakan ibu ayah dia kuat hadapi ujian ni ye Ayue. :)

      Delete
  14. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Sebak. Allah. Macam tak sangka hari tu baru baca staus kak Nur Atika yang baby soleh, Muhammad Izz Rizzqi selamat dibedah dan keadaannya makin stabil. Tup tup Allah ambil nyawanya semalam. Allahhuakbar. Moga dirimu tenang di sana sayang. :'( :'(

    Ya Allah berikan ibu ayah anak soleh ini kekuatan untuk hadapi semua ni. Allah. Allah :'(

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miza untuk doa doa Miza. InshaAllah ibu ayah baby Izz kuat. Kak Ika memang sangat kuat. :)

      Delete
  15. I tahu kisah Izz Rizzqi ni dari IG Fynn Jamal, i tahu Izz Rizzqi tiada pun dari IG Fynn Jamal, takziah, sebak :'(

    **I tahu blog U ni pun dari Fynn Jamal :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar , terima kasih banyak banyak. Doakan ibu ayah Izz terus kuat dan tabah ye. :)

      p.s : terima kasih follow kita. muah muah. :)

      Delete
  16. Innalillahi wa inna ilaihi roji'uunn.. Sakit ape Nad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantung berlubang awak. Huhu.

      Delete
    2. alahai.. sedih..tapi bila mengenangkan dia akan tunggu mak ayah kat syurga nanti.. InsyaAllah..bahagialah mak ayah dia :')

      Delete
    3. Betul betul , tu je cara ibu dia bertenang sekarang ni. Alhamdulillah. :)

      Delete
  17. Sedihnye.. Allah sayangkan dia.. Al-Fatihah buat arwah Izz... salam takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah Izz pergi daripada dia tanggung sakit yang dia sendiri tak dapat nak cakap. Kan ?

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah