Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, June 4, 2014

Tahlil malam pertama , Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam

Assalamualaikum & Hello.

Semalam lepas kerja terus shoot pergi Salak Tinggi (rumah Rina) sebab Eshat cakap ada tahlil lepas Isyak. Masa sampai sampai tu aku takut nak masuk rumah , aku takut nak tengok muka Ika. Aku tak tahu nak cakap apa dengan dia. Aku tak tahu macam mana nak handle kalau Ika melalak tetiba. Pffft.

Alhamdulillah , masuk masuk rumah Adib terus bawa aku jumpa Rina and Rina yang bawa jumpa Ika , masa tu aku tengok Ika termenung sambil pegang topi dan bantal arwah Izz. Memang runtun hati aku tengok keadaan Ika yang macam tu. Dengan tak makan apa seharian , risau. Ika duduk tengok handphone , tengok gambar arwah tengok video arwah. Sentap hati aku yang melihat ni. Hanya Ika yang tahu apa yang dia rasa -- kehilangan.

Masa aku duduk temankan Ika , aku nampak mak Rina (aku panggil Mak) -- seperti biasa mestilah salam peluk cium dan ucapkan takziah.. Yang paling menyayat hati aku bila Mak peluk aku sambil cakap - 'Anak Ika dah takde' dan terus menangis , terduduk. I just can't digest it. Aku tak tahu nak buat apa , aku tak tahu nak keluarkan perkataan apa untuk comfortkan mak masa tu. YaAllah sungguh berat ujianMu untuk keluarga ini. T_T.

Alhamdulillah , kenduri tahlil malam pertama Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam berjalan lancar. :)


Petikan diambil daripada Facebook Rina Ellisa

'Alhamdullilah selesai pengkebumian Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam.


Hari ni Izz rizzqi pergi ikut arwah onyang. Syukur Allah pinjam kan seorang anak yang baik untuk kami sekeluarga.

Izz tunggu ibu ayah di syurga yea nak. Izz ada dalam hati maklong sampai bila-bila. Maklong senang hati dapat jugak buatkan izz baju melayu raya masa maklong kawen haritu. 

Terima kasih semua tak henti-henti mendoakan bby izz. Semoga kalian dirahmati.

Jemput semua datang ke rumah (salak tengah sepang) malam ni untuk kenduri tahlil Muhammad Izz Rizqi Bin Mohd Nizam.

Alfatihah.'
____________________________________________________________________________


Oh ya , semalam Ika pesan dekat aku untuk sampaikan terima kasih dia kepada korang korang semua yang sentiasa dan tidak putus putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan arwah Izz. Kepada yang memberi sumbangan , hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda semua. Terima kasih banyak banyak daripada aku sebagai wakil kepada keluarga mereka. Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa untuk ke majlis tahlil malam kedua Muhammad Izz Rizzqi Bin Mohd Nizam , bolehlah lakukan yang sedemikian di rumah Rina - Salak Tengah Sepang. Tahlil harini akan bermula selepas Maghrib. InshaAllah kalau aku ada kelapangan , aku akan turut serta. Mungkin ini adalah entry aku yang terakhir untuk arwah Izz , semoga semua dapat mendoakan kesejahteraan pari pari syurga ini. Assalamualaikum. :)

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Aunty Nad akan tengok tengokkan Ibu Izz , bagi ibu Izz kuat ye nak. ^^


xoxo


20 comments:

  1. :') Comel.. InsyaAllah, kehidupan y manis menunggu Izz n parent die nti Nad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju , Izz da tahu dah jalan dia macam mana. Kita ni ? Wallahualam. T_T.

      Delete
  2. In syaa Allah, arwah akan tunggu ibunya di syurga nanti.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu , sama samalah kita doakan untuk Izz ye. :)

      Delete
  3. may allah give them strenght :)

    ReplyDelete
  4. Comelnya izz pakai baju melayu mak long dia buatkan. Untung izz kan kak. Menghadap Allah tiada membawa dosa. Untung ibu ayah izz dapat anak soleh macam izz. Alfatihah :')

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk Izz..

    Izz di sana doakan kami semua dapat ditempatkan di sisi Izz nanti ya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , inshaAllah kak ain. Doakan ibu ayah Izz tabah ye. :)

      Delete
  6. sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Izz..Takziah kepada keluarga family Izz dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang diberi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn , amiinn. Doakan mereka kuat dan tabah ye. ^^

      Delete
  7. akak bkn xnak update atau komen kat ig rina ke, ig nad ke..akak x boleh. akak xtau mcm mana perasaan ika..tp akak boleh rasa kalau akak kt tmpt ika. anak ada dengan kita sejak dlm perut, lahir,
    tgk mata dia, tgk dia senyum2 tiba2 dia takde. akak xboleh lah. pedih2 mata ni tgk ig korang. sorry ye,bkn akak x alert. tp xboleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpela kak , dah selesai pun. Its okay. Ktorg faham. :)

      Delete
  8. Sedihnya baca...sampaikan salam untuk Ika ye.anak kecil ini akan menanti ibu bapa mereka di syurga nanti, In Sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah. Akan sampaikan salam semua dekat Ika nanti. :)

      Delete
  9. Allahuakbar...Sedih akak baca entry nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamo sedih sedih ye kak. Izz dah happy dekat atas sana. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah