Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 3, 2014

Lempeng Kelapa , Lempeng Nyior

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini peminat tegar lempeng kelapa , cepat say haiiii. Dekat KL ni seriously susah gila nak jumpa lempeng kelapa ataupun lempeng nyior ni. Aku selalu dapat makan lempeng kelapa ni masa balik kampung ayah je. Tu pun hanya pada setiap pagi hari Ahad dekat kedai makcik aku. Kalau ayah ajak balik KL hari Ahad , seboleh bolehnya aku paksa dapatkan lempeng kelapa lepas tu baru balik KL. :P

But now , aku pun dah jarang gila balik kampung. Huhu. Plus makcik aku tu pun dah tak sihat , tak taulah ada lagi ke tak dia jual lempeng kelapa dekat kedai dia. Sobssss. Sedih sedih. Teringin gila , sampailah hari Jumaat lepas aku cakap dekat ayah.

Aku : Ayah dekat KL ni dekat mana ada jual lempeng kelapa ?
Ayah : Dekat pasar kampung pandan (pasar wirawati tak silap aku nama dia).
Aku : Ayah tak nak pergi pasar tu ke ? Kalau pergi belilah. Heee.

And kebetulan ayah keluar pagi Jumaat tu hantar adik aku pergi sekolah. Balik balik je nampak ayah bawa plastik. Dalam hati dah melonjak gembira dah , sambil doa -- minta mintalah lempeng kelapa. Hehehehe. Teruk gila mengidam , macam pompuan ngandung je. Teheee! :P

Aku : Apa tu ayah dalam plastik ?
Ayah : Roti canai abang !

Huwaaaaaaaaaaa !! Nak nanges hentak kaki boleh ? Tapi dalam pada nak nanges tu , gigih juga sekodeng 'roti canai' tu. Aleh aleh , aku nampak ada juga lempeng kelapa. Ohyeah , ohyeah , ohyeah !!! Ada 3 keping weh. Gembiranya breakfast aku hari Jumaat lepas. ^^


Orang kata kalau dapat cicah dengan sambal -- best ! Tapi aku ? Makan kosong macam tu je pun dah sangat gembira okay. Hahaha. Ingatkan pagi tu nak balun 2 keping , sekali Wan sampailah pula sebab nak pergi JAWI and interview. Tak dan nak rembat untuk kepingan kedua. Sobsssssss. 

La ni aku duk google google resepi nak buat lempeng kelapa ni. Senang je rupanya. Takdelah pakai banyak sangat barang. Chait ! Kalau tahu , daripada dulu buat sendiri je dekat rumah. Amboi berlagak dia tak agak agak. Ekekekekee. Boleh ke buat lempeng tak pakai baking powder tu ?? Kita tak tahulaaaaaaa. Nanti salah beli kanggg , haaaaa jadi cam kes onde onde bulan puasa tahun lepas. T_T.

Thanks for your time , love ya people. 


p.s : ye selera kita memang makanan kampung je. hihihihi.


xoxo


24 comments:

  1. Nyior...kampung ayah kat mana?

    Sedap2.. makan saja ka tak boleh ja bedal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Kuantan je pun ! Beheee. Sedap kan. Nyum nyum. ^^

      Delete
  2. pasar wirawati tu dekat dengan rumah kawan saya..hehehe..tatau plak situ ada jual lempeng yang sedap..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah sedap sangat tapi bolehlah lepaskan gian. Amboii. Hahaha. :P

      Delete
  3. Sal pun suka gak lempeng kelapa ni. Mak selalu buat, dalam 2 minggu dapatlah sekali. sila jeles sekarang.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omo omo omo , jelesnya ! Cuba tanya mak , buat lempeng tu pakai baking powder ke tak pleaseee. :D

      Delete
    2. Tak pakai rasanya..dah lama rumah Sal tu takde stok baking powder.nanti balik rumah kang Sal dabel confirm.

      Delete
    3. Okeh Sal , nanti bagitahu tau. Kalau takde senanglah kerja. Hikhikhik. :D

      Delete
  4. kat sini setiap hari selasa ade pasar tani, ade org jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini tu mana kak ? Nak terjah nak terjah. :D

      Delete
  5. lempang kelapa..eh eh ..lempeng kelapa kalau makan tak perlu cicah apa2..nanti hilang rasa aslinya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jyeah ! Betul , takyah cicah cicah -- barulah best. :D

      Delete
  6. Sya suka lempeng plain. Lepas tu cicah dengan susu or gula. Pergh, meleleh! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh , kita suka yang ada kelapa. Hihihi. Oh cicah susu cam sedap jeee. :D

      Delete
  7. first time dgr kelapa lempeng . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aigooo , orang KL sungguh Maria ni. :D

      Delete
  8. Wah bestnya..harga lempeng ni agak mahal..ada yang sampai RM12 sekeping..macam-macam cicah ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makhaih ! Mahalnya sampai RM 12 ?? T_T

      Delete
  9. hahaha...ngidam ngalahkan pmpn peknen...nih lpas kawen truk la wan nak.lyn fiil bini die ngidam nti...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tahu takpe , naseb badanlah. Ekekeke. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah