Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 25, 2014

Majlis berbuka puasa dengan Wan dan kawan kawannya at Bangi Golf Resort

Assalamualaikum & Hello.

Dah nak last last puasalah baru sempat nak berbuka puasa dengan geng 14 ni. Itu pun naseb baik sempat juga buat majlis berbuka puasa ni , kalau tak ? Carry tahun dopan jolah ha. Hahahaha. Lokasi yang dipilih untuk majlis berbuka puasa kali ialah Bangi Golf Resort.

Semalam sampai sampai je dekat BGR , makhaih ! Dah banyak kereta dah , masuk masuk dalam je orang dah sibuk queue up untuk makanan. Queue pula tak mainlah pendek pendek , queue semua panjang panjang stok macam makan malam dekat hostel pula hoih. Memang masa tengah queue nak amek nasi tu , baik punya azan. Dengan nasi habis pula. Eish. =_="

Start start je dah rasa tak best sebab too crowded. Yess !! Penuh sangat. Melimpah ruah orang dalam tu , nak makan minum borak pun tak selesa. Orang duk langgar langgar kerusi , dengan risau takut makanan ke air ke tumpah kat baju. Arghh. Sesak.



Sampaikan nak pergi ambil gambar makanan dekat setiap stall yang ada pun aku malas. Sebab yelah orang punyalah beratur , kau boleh pula nak snap snap gambar makanan bagai kan. So , tak payah ! Lupakan jelah niat tu. Maka dengan itu , jangan risau entry ni takde gambar makanan. Yang ada semua muka ktorg ktorg yang gojes. ^^






Tu dia aktiviti ktorg selepas kenyang. Selfie , wefie semua ada. Hahahaha. Apa pun masing masing have fun makan dan beratur pergi amek makanan. Kahkahkah. Kebetulan meja ktorg dekat gila dengan stage dan betul betul bawah speaker , hahahaha ! Bertabahlah kau borak terpekik terlolong. Heh.

About the foods , aku tak sempat nak rasa semua sebab malas nak beratur. Kambing bakar pun aku tak sempat nak rasa since queue yang tak putus putus. Maka dengan itu , marilah kita berputus asa. So far makanan dia bolehlah , takdelah superb sangat. Tapi bolehlah diterima oleh tekak ni. Dalam banyak banyak yang aku makan semalam , aku suka Western dia je. Hahahaha. Biasalah ai kan tekak mat saleh. Ehek. Terngiang ngiang Pasta with Carbonara Sauce tu , nak try Mac & Cheese -- habesss !! =_="




Sebelum balik kita kasi snap gambar lagi satu round. Hahahaha. Oh ya , lagi satu BGR kenapalah parking kau jauh sangat hoih. Kemain mendaki jalan berbatu batu tau. Huwaaaaa. Aku dengan skirt aku pun dah tak mana mana dah nak jalan punya pasal. Naseb tak pakai high heels , kalau pakai dan terpeleot ? Malu dapat sakit dapat. Huwaaaa. =_="

Apa pun tahniah untuk penganjuran majlis berbuka puasa kali ni. Next time rasanya kene survey tempat yang less crowded. Barulah semua orang boleh makan dengan gembira. Takpelah , yang penting kita semua dapat berkumpul and makan makan. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : masih bekerja lagi harini dan esok. gggrrrr.


xoxo



16 comments:

  1. Hehehehe..

    Suka gambar yang last tu.. Happy je semua..
    Tahun dopan berderet lak gambar anak kat depan berbaris.. ekekekeke :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii ! Anak terus. Anak awak dengan anak sarah la kot. Kita hanimun lagi. Ehhhh. :P

      Delete
    2. tak payah nak honeymoon sangat.. Sama sama process biar collect duit raya sama2 kat uncle2 semua.. hahahaha..

      Delete
    3. Wakakaka ! Lek lek lu , jangan gelojoh. Kasi otai otai yang dah kawen jalan dulu. Ekekeke.

      Delete
  2. Hoi dik, kerja lagi?
    Kahkahkah.

    Bulan puasa ni, takdenye tempat makan yang tak crowded deh.
    Semua full house sokmo.

    Selamat Hari Raya ye. Kosong-kosong taw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerjala kak ain , dah serupa bangla da ni. Bangla kat office pun da balik bangla dah. Sobsss.
      Tapi BGR ni bukan full house dah , memang dia sumbat ! Untung ma. T_T

      Selamat hari raya juga akak. Mana duit raya ? :P

      Delete
  3. Assalamualaikum nad. wahh bestnya. tahun ni sheila langsung tak dapat berbuka kat luar dengan kawan. Adam ni takleh tinggal woah. in shaa Allah, tahun depan boleh kot. Adam besar sikit. hihi. ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Ala takpe , tunggu Adam besar sikit bolehlah berbuka kat luar. Buat masa ni Adam kecik lagi. :)

      Delete
  4. Nurie keje lg esok???kak dd keje arinih pon da malassssss sangatttt dahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keje lagi kak tapi esok halfdaylah. Huhu. Harini kita pun dah malas , esok ? Hahaha. Jangan EL je. :P

      Delete
  5. seronoknya dapat iftar ramai2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia , sekali sekala seronoklah. Kalau hari hari ? Pengsan. Hahaha. :D

      Delete
  6. wow.. sesaknya.. selamat bekerja akak.. dan selamat ary raya.. hehe.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesak sangattttt ! Selamat hari raya juga Fatin.

      p.s : gila basi baru nak reply komen harini. :P

      Delete
  7. seronok berbuka reramai nih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak , gelak memanjang. Makannya tak juga. Hahaha.

      p.s : basi tak basi tak kita reply komen lambat ni. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah