Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 18, 2014

Sunsilk Lively Clean & Fresh , Heliza Helmi

Assalamualaikum & Hello.

Seperti yang semua sedia maklum aku telah dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis Sunsilk Ceritera Hijaku pada 8 Julai 2014 yang lepas , sila rujuk entry Media Invitation Sunsilk Ceritera Hijabku. Kemain gigihlah aku ni sampai ambil annual leave semata mata nak ke event tersebut. Ehek! Dan partner aku untuk event kali ni , Mama. Hahahahahaha ! 

 

Tak masuk tema betul kau ni Nadia , patutnya pakailah warna hijau oii. Hahaha. Barulah kena dengan teman Sunsilk Lively Clean & Fresh. Aigooo ! Takpe takpe , next time kalau ada lagi invitation macam ini aku akan make sure aku ikut tema boleh ? Ekekeke. :P

Dalam pukul 6 petang majlis pun bermula dengan ucapan daripada pihak Unilever (Malaysia). Kemudian majlis disambung pula dengan sesi pengenalan dan penceritaan pengalaman oleh duta Sunsilk Lively Clean & Fresh iaitu Heliza Helmi dan diikuti dengan sesi fotografi. Akhir sekali , sebelum mengakhiri majlis pada hari tersebut kami telah dihiburkan oleh penyanyi Najwa Latif sementara menunggu waktu berbuka puasa.


Heliza Helmi, duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, berharap untuk memberi inspirasi kepada wanita berhijab yang lain dalam mengecapi impian dengan penuh keyakinan dan berkongsi pengalaman mereka bersama Sunsilk. 

 

Heliza Helmi, duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, menerangkan pengalaman bermakna beliau bersama Sunsilk dengan menceritakan bagaimana Sunsilk telah memberi sokongan dalam mengecapi impiannya. 

 

(Dari kiri ke kanan) Nell Yee, Penolong Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Heliza Helmi, Duta Jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, dan Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. bersama rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, salah satu peneraju produk penjagaan rambut untuk wanita berhijab.
 

 

Rakan-rakan dari industri hiburan turut serta menyokong Heliza Helmi sebagai duta terbaru Sunsilk Lively Clean & Fresh di sidang akhbar semalam.

(Dari kiri ke kanan) Najwa Latif, penyanyi, Nell Yee, Penolong Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Heliza Helmi, Duta Jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh dan Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. menunjukkan rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, Faatin Akib, Pengacara TV dan Hatta Dolmat, pereka tempatan yang terkenal


 

Khususnya direka khas untuk wanita berhijab, rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, direka bersama dengan Dr Francesca Fusco untuk memberikan kulit kepala yang bersih dan segar kepada wanita bertudung.
 
“Setiap wanita yang berhijab mengalami pelbagai masalah penjagaan rambut unik yang disebabkan dari pemakaian hijab. Sebagai wanita yang berhijab, saya sentiasa mengambil berat tentang bau rambut saya selepas sepanjang hari bekerja di luar, dan ini boleh menjejaskan keyakinan diri saya. Hakikatnya, Sunsilk merupakan satu-satunya jenama penjagaan rambut yang saya dapati menyediakan rangkaian khusus untuk wanita yang berhijab, ini juga satu jenama yang saya tertarik dengannya, kerana saya telah membesar dengan jenama tersebut, bukan sahaja dari segi kerjaya, tetapi juga dari segi keyakinan diri saya. Selepas semua peluang bekerja dengan Sunsilk selama ini, saya amat berbesar hati kerana kini saya adalah duta jenama Lively Clean & Fresh,” dijelaskan oleh Heliza Helmi.



 

Antara bloggers yang hadir pada majlis tersebut ialah Yana Yassin , Yuyu Zulaikha , Sabby Prue. Yang lagi dua I can't recall. Feel free to left your comments untuk ditag ye. Hiksss.

 

Goodies yang aku dapat untuk event Sunsilk Ceritera Hijabku : 1 botol Shampoo , 1 botol Conditioner & 1 Tudung Ariani. Memandangkan aku datang dengan Mama , so ktorg dapat dua beg goodies. Yeay! Tak payah beli shampoo dah buat masa terdekat , stock ada banyak. Ekekekee.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : yang penting masa event ni dapat nampak Hatta Dolmat depan mata. Ahakssss. :P


xoxo



12 comments:

  1. lmbt beno updatenye..puas tgu..haha..syok la dpt ariani.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takde mood woo nak update sekarang. Asal tah. Huhuhu. T_T.

      Delete
  2. seronoknya...... jumpa sicantik manis tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi , memang cantik memang manis kak orangnya. :)

      Delete
  3. kenapa eh baca entri ni teringat kak Aj dan wak doyok? haha! pelik2 la perempuan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kenapa kene ingat #bloggerretis tu. Hahahaha. :D

      Delete
  4. hamboi, pakai ariani la raya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mama la kot pakai , kita kurang berminat. :D

      Delete
  5. huhu..cantikye kamu..

    SK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , thank you ! Mane ade lah , biasa biasa je. :)

      Delete
  6. wahhh bestnye dpt invitation sunsilk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi tak ramai geng la kak. Huhuhu.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah