Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, August 26, 2014

Alahai ayah , ayah oooo ayah !

Assalamualaikum & Hello.

Makin nak dekat hari nikah ni , makin kalau boleh aku nak elak benda benda yang tak elok dan tak baik ni. Tapi itulah , kita ni manusia kita boleh merancang tapi masih DIA yang akan tentukan semuanya. And that is what happen malam semalam.

Ayah tetiba mengadu dekat mama yang dia rasa sakit dada.

Apa lagi , aku yang konon konon nak buat lulur beras + kunyit malam tu terus tunda aktiviti spa di rumah tu. Terus ikut mama bawa ayah pergi HKL. Emergency terus perginya. Yelah , ayahkan ada kanser paru paru stage 4. So takut dengan sebarang kemungkinan yang lain tu terus laju ke emergency. 

After a few hours waiting. Biasalah HKL. 

Akhirnya ayah pun masuk jumpa doctor dekat zon hijau. Aku tak ikut mama and adik aku masuk jumpa doctor. Yelah , aku takut nak dengar apa apa perkhabaran yang tak elok. Kang aku stress , haaa kang allergic lagi satu muka. Jenuh. Sambil menunggu tu doa juga dalam hati. Janganlah jadi benda benda yang aku taknak terjadi tu. Sobsss. T_T

Alhamdulillah. Allah dengar doa aku.

Ayah just kena muscle pain. Yes ! Muscle pain. Fuhhh ! Lega hati ni bila dapat tahu just muscle pain. Ni semua gara gara dia join group cina cina asoh dekat taman haritu. Ini mama lah yang cerita since mama yang pergi jogging dengan ayah. Mama kata ayah sibuk join aerobik , lepas tu taichi. Kemain beriya dia taichi mama kata. Aleh aleh. Ini makan dia. Hailah ayah.


Apa pun aku masih berharap sakit otot ayah tu berkurangan. Bukan apa. Hazab sangat aku tengok dia nak angkat tangan semua. Bergerak sikit pun sakit. Hish. Itulah , takde keje cari keje. Kan dah mendapat. Ayah oooo ayah. Pengsan kita macam ni. Doakan ayah aku cepat baik ye semua. =_="

Thanks for your time , love ya people.


p.s : last day kerja harini , esok dah cuti ! semoga Allah permudahkan semuanya. Amiinn.


xoxo


30 comments:

  1. ayah ni risau weh abah aku pun mcm dh mule gak tu... saje nak bagi stamina nak kenduri kan.. takpe semoga ayah baik-baik je eh.. ckp kat mama, sabooo je lah maaa. hahahaha mama cun! ok selamat bercuti yer.. esok insyaallah aku datang melawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katenya stamina , tapi terus buat yang berat berat. Kalau dah hari hari exercise takpe. Ni kemain lama tinggal. Mengejutlah badannya pun. Hahaha mama cun tayah sebut !!! Baiklah. Pape roger. Aku ada je kat umah esok.

      Delete
    2. please make baby fast ok! hahahaha ayah nak main ngan cucu dah tu

      Delete
    3. Kalau tak merepek dah boleh dah kau ni. Hahahaha

      Delete
  2. semoga ayah nurie get well soon yer...akak doakan... lepas ni cakap kat ayah tak payah taici2 sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak , itulah pasalnya. Kalau dia nak taichi juga. Kita karate dia. Hahahaha. :D

      Delete
  3. Assalamualaikum nad. semoga pakcik cepat sihat. jangan lupa makan ubat, rehat banyak sket .. awak tu, jgn stress2 okey ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Itulah , cuba untuk tidak stresskan diri walaupun on last day keje ni boss kemain torture kita. Nanges.

      Delete
  4. Replies
    1. Tenkiu kakak korea. Eh ! Hahaha kak ain. :P

      Delete
  5. alhamdulillah ayah Nad tak apa-apa.dia nak keep fit agaknya, hari istimewa nanti mesti banyak terkejar ke sana-sini, tu yang join taichi dan jogging tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sal , tapi masih juga risau risau. Minta minta dah kuranglah sikit. Macam macam hal tau. Hahaha. :D

      Delete
  6. haihhh la ayah pun....dah nak dekat majlis dia pun makin excited gamaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahnya Sally oiii. Kemain ligat pula dia.

      Delete
  7. Get Well Soon Ayah Nadia..jaga diri baik2 pakcik...semoga semua baik2 saje ye?Amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Liyana. Amiinn. Doakan yang terbaik ye. :)

      Delete
  8. semoga cepat sembuh ye..nak kenduri ni,jaga le kesihatan baik2..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak , alhamdulillah sembuh sudah. ^^

      Delete
  9. dah aerobik, taichi lg.. tak reti duduk diam jugak ayah Nurie ni ye. hehe..

    insyaAllah semuanya akan baik2 aje. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok anaklah Aisya oiii. Anak pun tak reti duk diam. Hahaha. Alhamdulillah dah sembuh pun. :D

      Delete
  10. mgkn sbb terlalu kuat bersenam kot. bersenam dgn load tinggi pun boleh jatuh skt gak. semoga ayah anda cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu , alhamdulillah dah sembuh pun. Thank you for your doa. ^^

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah