Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, September 20, 2014

First time suami isteri berdobi dekat CleanPro 24 Hour !

Assalamualaikum & Hello.

First week nikah haritu nothing much yang aku dengan Wan nak buat , maka dengan itu kedua dua laki bini ni pergilah ke Seri Kembangan. Pergi usha usha dobi layan diri 24 jam. Gitu. Almaklumlah , masing masing kerja tak tentu masa -- entah bila nak cuci baju , nak sidai baju , nak lipat baju. Tssk. 

Jadinya , kita gunakanlah khidmat dobi layan diri ni. Dahla 24 jam buka , lepas tu lepas basuh terus boleh keringkan guna dryer. Tak payahlah kau nak risau kot kot hujan lebat lepas tu semua baju baju kau kepam sebab tak kering. Hahahaha. 


Amboi habang nak pergi mana muka serius serius tu. Hahahaha. Okay. Okay. Serius. Kenapa ktorg pilih CleanPro dan bukan dobi dobi layan diri yang lain ? Ehem. Ehem. Jawapan dia bukan seperti yang tertulis dekat background biru belakang tu ye.

Ktorg pilih CleanPro sebab


Sebab


Sebab 


Sebab Clean Pro je dobi layan diri yang kosong time tu ! Kahkahkahkah.


By the way , semua machines dalam CleanPro ni pakai 50sen yang baru tau. But jangan risau , kalau korang tak cukup coins - korang tukar je dekat mesin atas ni. Kalau agak agak tak bawa sabun pun boleh beli sabun dekat vending machine ni. 


Macam aku dengan Wan memang dah prepare siap siap dah sabun and softener. Jadi tak payahlah bersusah payah nak beli dekat vending machine. Guna je yang sendiri bawa. Bila tengok sabun Daia dengan softener Downy ni. Teringat masa belajar dulu , dua brand ni jugalah yang aku pakai. Hahahaha. Kekal sepanjang zaman uollsss. :P


Baru seminggu kahwin , pakai yang 9kg jela. Sebab tak banyak baju lagi , iyelah tak start keje lagi kan. Harga untuk yang 9kg ni kalau guna air sejuk RM 4.50 , air suam RM 5.50 , air panas RM 6.50 (dibaca tak silap aku)


Yang ini pula dryer , selesai basuh baju terus campak dalam dryer untuk keringkan. Balik rumah tinggal nak lipat je. Senang je hidup sekarang ni. Hahaha. Dryer pun ada tiga pilihan suhu , sama macam mesin basuh. Dryer pula berharga RM 4 untuk 24 minit. Tambahan RM 0.50 untuk tambah 3 minit

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak lagi jimat , basuh dekat rumah then hantar dobi untuk dryer je. Hiksss.


xoxo


16 comments:

  1. kalau dh start bekeje bertingkek tingkek lah baju kotor nt. cikji kalau ujung minggu 2 round mendobi, fuhhh tp mendobi kt umah ler, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe cikji , hujung minggu jela ada masa. Kalau tak ? Memang penuhlah bakul baju kotor tu. Hahaha. :D

      Delete
  2. romantik sangat mendobi dengan suami. Dah lama tak pergi cleanpro sejak beli mesin basuh baru hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii beli mesin basuh baru terus. Romantik lagi. Hahaha. Dah habes selekeh kot. :D

      Delete
  3. zaman study je g dobi layan diri. skrg basuh kat umah je lah.. lg best. free tgh malam pun tgh malam jugak lah sesi mendobi kt rumah. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah rajin Aisya ni , bagus pakcik gemok dapat Aisya ni. Ehhh. :P

      Delete
  4. mudah je sekarang ni..lagipun elok la hantar kat dobi ..sekarang kan asyik hujan je..tang mana nak menjemur nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak , cuaca tak menentu. Baju tak banyak. Hahaha. So cara mudah , drykan terus je. :D

      Delete
  5. haha..slalu jgk ke dobi mcm ni..tp name die Laundrybar~ syok oh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh oh laundrybar pun cam meriah juga. Tapi area Putrajaya cam takde. T_T

      Delete
  6. lepas ni boleh la jadikan rutin mingguan kan? hehe..
    kalau la ada dobi macam tu kat sebelah umah ni, alangkah bestnyaaa.. takyah risau baju lambat kering.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rutin dah ni Anne. Tak payah pening kepala. Hahaha. Alangkah bestnya kan. Apa lagi pergi buka 1 branch laaa. :D

      Delete
  7. Di presint 9 putrajaya dah ada dobi layan diri. Fasa 11 kuarters kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Cik mah xpernah try lagi..nmpk snng je kan..seronok pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang sangat sangat ! Rasa nak bawa dobi tu balik rumah. Hahaha.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah