Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, October 8, 2014

Nadia Wan Jalan Jalan : Dinner for two at Glory 78

Assalamualaikum & Hello.

Eh rasa cam apa pula dah bila kejap update entry akad nikah , kejap update entry honeymoon. Hahaha. Mohon semua jangan pening kepala. Kalau nak pening pun biar aku sorang je. Ekekekeke. So , last night dekat Cameron Highlands , nothing much pun yang ktorg buat. Pergi pasar malam pun sekadar nak beli sayur sikit nak bawa balik KL. 

Lepas balik dari pasar malam , terus ke Glory 78. Dinner for two katanya , mestilah for two mana ada orang ketiga lagi. Lalalalalala. So , menu kita malam tu tak lain tak bukan mestilah steamboat since Glory 78 ni memang famous gila dengan steamboat dia. Actually before pergi pasar malam lagi ktorg dah pergi reserve untuk dinner. Sebab setiap hari ramai okay kat sini. Aku tahu pun sebab sekodeng tiap kali turun hotel , hotel dengan Glory 78 ni jalan kaki je kot. ^_^


Disebabkan ktorg reserve awal dua jam , dapatlah meja yang port best. Selesa. Sampai bersila bersila aku menikmati steamboat. Dengan keadaan yang nyaman , cuaca yang sejuk. Makan steamboat panas panas pun aku still boleh menggigil sejuk. Tak faham. Macam mana nak pergi Korea ni. =_='




Set untuk dua orang makan. Mula mula nampak macam 'Eh cukup ke ni ? Macam tak cukup je.' Sekali bila dah letak dalam periuk tu , rasanya macam nak muntah juga nak habeskan. Hahahaha. Kesudahan dia yang paling banyak ktorg tak habes makan ialah Sayur. Wakakakaa. 

Steamboat , RM 23 per person tidak termasuk air. So air silalah order lain ye. Disebabkan aku ni poyo , maka aku pun order Strawberry Tea Hot. Kemain ! Feeling feeling Cameron sangat nak minum teh pun nak rasa stroberi. Lempang satu kali. Brah. Lepas tu bila pedas , menyesal sebab takleh nak hirup air. Ekekeke. :P


Nah selfie satu. Ini nama dia selfie lapar , selfie kenyang takde sebab dah kenyangkan mestilah lupa diri , lupa camera. Kahkahkah. So far aku suka makan dekat sini , sedap and murah. Bila dah kenyang , jalan seminit dah sampai hotel. Gitu. 

Glory 78 Steamboat & Snack Corner
S-1 Batu 39 , Jalan Brinchang , Cameron Highlands.
(Landmark : Bersebelahan Hotel De La Ferns)
05-4915778
Facebook : Glory 78

Thanks for your time , love ya people.

xoxo


28 comments:

  1. tak minat sangat ngan steamboat,tapi kalau orang belanja terus minat,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii. Part belanja tu yang tak minat memang terus jadi favourite kan. :P

      Delete
    2. kahkah...please awakkkkkkkkkkk,haha

      Delete
    3. Kita belanja makan dekat kenduri Ana jela wiken ni okay tak awaaaa ? Hahaha.

      Delete
  2. Replies
    1. Takdelah Amiizaa. Sweet sweet masin sikit. Hahaha. :P

      Delete
  3. ok best!.. nk g jugak.. tp mcm eemmmmm *cantumkan jari telunjuk dan pandang pada jari tersebut sambil muke sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pergi. Sila tutup kedai roti jala. Hahahaha. Takkan tokey taknak cuti kot. Hahahaha.

      Delete
    2. tokey buzy nowww tak kasi tutup kedai katanya kalo cuti sale lari.. heeeehhhhh *.*

      Delete
    3. Jangan kejar duit sangat tokey ! Hahahaha.

      Delete
  4. Im a steamboat lover toooo. Sep lima sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay ! Sep 5 dengan kakak korea. Hahaha. :D

      Delete
  5. akak tak pening sebab akak layan je kepeningan ko ni dik..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redho gila bunyi akaknya pun , hahaha ! :P

      Delete
  6. Betul2 sedap nih sebab tengok dalam tu pun macam ramai je pelanggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak , ramai gila ! Tu yang reserve dulu sebelum kempunan. :D

      Delete
  7. Hai salam kenal, nice place.
    boleh try ni kalo g CH hihi :)
    love steamboat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai hai hai ! Salam kenal juga. Yesss. Sila cuba kalau berpeluang ke CH. Seppp sikit geng steamboat. :D

      Delete
  8. kalu dah lawpor semua nampak sedap. nasib baik tadi dah makan, kalu tak bergelora perut tengok gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh ! Naseb baik. Kalau tak jenuh nak lap air liur meleleh kat blog ni. :P

      Delete
  9. Sejuk2 kat CH , dapat mkn Steambout mmg best la... dgn org tersayang pula... hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia Ty , kenyang makan steamboat ke kenyang tengok muka dia pun tak tahu. ekekeke. :D

      Delete
  10. murah lah tu rm23 kan.. tapi sy ni kalau g makan steamboat mcm rugi je.. makan seciput je.. bukan byk pun. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruginyalah ! Makan banyak banyaklah best. :D

      Delete
    2. takpe cik abg makan byk, rasa sikit itu dan ini, bila tak habis tolak je kat dia.. hahaha!

      Delete
    3. Part tak habes tu mmg camtu. Main tolak je. Hahaha. Lepas tu die membesar kita menyampah. Ahahaha

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah