Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, December 2, 2014

Food Review : Ana Ikan Bakar Petai , Bangi

Assalamualaikum & Hello.

Sambungan daripada entry surprise birthday card haritu , malam birthday aku tu aku dibawa untuk makan malam di Ana Ikan Bakar Petai Bangi oleh Wan dan juga in laws. Ye Ana Ikan Bakar Petai Bangi , bukan Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan , jauh sangat tu hoi. Hahahaha.

Disebabkan masa aku sampai tu hujan. Memang tak kuasalah aku nak keluarkan phone untuk tangkap gambar. Kang phone masuk air , siapa pula nak replace yang baru keeennn. So , kita terus ke gambar makanan. Eh terus jump ke makanan. Ekekeke. Gasak. Eh tak tak , gambar happy familylah dulu.


One happy family at home. Hahaha. Chacha dah macam zombi dah. Orang sebok tangkap gambor dia sebok geleng geleng kepala. Nah pergi jadi zombi dekat sana. Masa ni meja makan masih lagi suci dalam debu , kau tunggu gambar last nanti. Hahahahahahaha.

MENU

Ikan Pari Bakar (1 Ekor)


Specialty dekat Ana Ikan Bakar Petai. Pilihlah ikan apa sekalipun , rasa dia takkan mengecewakan. Kuantiti petai banyak dan rasa petai pun tak pahit. Lemak lemak gitu. Tapi mulut dan air kencing bau petai lepas tu tetap sama. Hahahaha. Tak payah makan dengan air asam pun takpe sebab dah ada rasa. Sedap.

Ikan Siakap Stim (1 Ekor)


Bagi aku penggemar siakap stim , aku agak kurang gemar dengan siakap stim dekat Ana Ikan Bakar Petai ni. Mungkin disebabkan rasa kuah yang tak masam dan tak pedas membuatkan isi ikan siakap ni rasanya muak. Kalau siakap stim limau mungkin lebih power. Tapi aku habeskan juga sebab aku yang gatal nak juga order siakap stim. Ekekekeke.

Sotong Goreng Tepung (2 ekor) & Sotong Goreng Pedas (1 Ekor)


Menu yang sampai paling awal walaupun nasi belum sampai. Hahaha. Sotong goreng tepung , sedap sebab rangup tepungnya dan rasa sotong yang tak hilang ! Sotong goreng pedas pun sedap tapi takdelah pedas sangat. Mild je. Lauk yang paling laku malam tu. Habis licin tak sempat pun nak paksa habeskan. Hahahaha.

Ketam Goreng Pedas (1 Ekor)


Menggunakan kuah yang sama dengan sotong goreng pedas. So refer komen dekat atas jela eh. Hahaha. Ketam goreng pedas ni order seekor je sebab orang lain taknak makan. Aku sorang je yang nak makan. Special untuk birthday girl bak kata mak mertua aku. Rasa ketam dia tu lemak , isi ketam pun banyak. Puas hati sebab dapat makan sorang diri. Mihmihmih.

Kerabu Mangga


Masam gilaaaaaaa mangga yang dia guna. Tapi. Habes juga dikerjakan aku. Hahahahaha. Aku memang paling sukalah makanan pedas pedas dan masam masam ni. Memang seleralah kan. Teringat kerabu mangga ni rasa macam nak suruh Wan tapaukan je. Hush. Dapnyaaaaa.


DAH HABES MAKAN



Inilah dia rupa meja makan ktorg malam tu. Dan seperti biasa , akulah yang paling lambat makan. Sebab aku kan pinses. Kahkahkah. Tak tak , sebab aku punya partime job memang meratah lauk lauk yang tak habis. Miahahahaa. Geleng kepala mak mertua ai uollsss. Muahahaha.

Total damage untuk semua lauk pauk dan minuman ktorg malam tu : RM 129 ! Berbaloi baloi. Mana nak dapat makan seafood murah macam gini dalam KL ni hoi. Tak rugi rasanya bagi aku untuk korang travel sikit pergi Bangi untuk rasa sendiri makanan dekat Ana Ikan Bakar Petai Bangi.

Alamat : Lot 29991 Persiaran Kemajuan (Sebelah Balai Bomba Bandar Baru Bangi) 43650 Bandar Baru Bangi.
No  Telefon : 0192177668
Email : aimanbbb7@yahoo.com

Thanks for your time , love ya people.


p.s : korang tak terliurkan tengok gambar , kan baru lepas lunch. hahahaha.


32 comments:

  1. Aini org kuantan...tg lumpur tu memang da abes tawaf da...hehe tp kt cni ana ikan bakar dye ada 4 kedai...tp biase2 je..nad dtg la kuantan...aini bwk pegi 1 kedai fav aini n ridzuan kt cni...memang kalah ana ikan bakar...plus harga lg murah...mlm ni nak pegi hoi....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Aini orang Kuantan ke. Kita pula kampung kat Beserah. Hahaha. Tapi once a year baru balik sana. Aini Kuantan kat mana je ? Wahhhh. Bestlah ada port lain selain Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. :D

      Delete
    2. Beserah?dekat sgt...hehe sy kuantan kat teluk chempedak...btol2 kt tc...lepas ni g la mail ikan bakar pulak..bila blk kuantan lg?

      Delete
    3. Larh dekat TC tu je ke , tahu tahu sebab dulu sekolah rendah kat Assunta. Hahaha. Nanti kalau Nad balik sana Nad roger Aini okeh ? ^_^

      p.s : banje makan seafood ok. :P

      Delete
    4. kciknye dunia,,,hehe...sila roger ye :) tp dtg mse cuti skolah lah...hehe beres je bab belanja..tp jgn mkn cm dlm entry ni la..haha

      Delete
    5. Wakakaka ! Mungkin tak makan macam dalam gambar ni tapi mungkin lagi teruk. Hahahaha. InshaAllah. ^_^

      Delete
  2. amboi, lawa blog..ingat salah rumah tadi.sedapnya Nad!baru lepas lunch pun nak terliur jugak..ketam tu nampak sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam tu best ! Makan pula sorang sorang kan , memang lupa diri. Hahaha. Tak salah rumahlah , rumah renovate sikit. :D

      Delete
  3. Da dekat sangat da dgn rumah ni tapi tak penah pegi ahaha..
    Sedapnye ketam tu nyum2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Larh ! Pergilah try , sedap weh ketam tu. Pengsan. T_T

      Delete
  4. kenapa rasa macam familiar je kedai ni ek..hahahaha...rasa pernah g 2-3 kali masa zaman diploma...

    p/s : baru sempat nak komen blog baru..wuwuwuwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun bolehla rasa macam familiar. Hahaha. Dah lama sangatlah tu , lupa.

      p.s : amacam okay tak kakak ? wuhuuu. :D

      Delete
  5. Replies
    1. Best bila masam masam pedas sikit , kalau tak ? Muak. Hehehe.

      Delete
  6. Akak pernah pergi tapi macam tak sesuai je bawa anak kecil. Dengan ramainya, dengan sesaknya, dengan berebut tempatnya.

    -Kak korea-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kita setuju ! Budak kecik dalam gambor kita pun kemain mencicit lari nak pergi playground. T_T

      Delete
  7. tetibe aku ralit baca komen suruh mkn kat mail ikan bakar..hahaha..15-17 ni nak pegi kuantan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu mesti tengah Google tu kan kak baca review. Eleh macam tak tahu. :P

      Delete
  8. ehhh mengancam betul betul kerabu mangga tu.. :D

    ReplyDelete
  9. badan kecik tapi kuat makan rupanya..untung ni kalau bawak bejalan..tangki besar,,eekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss ! Itulah specialty kita. Makan makan makan tapi nak gemok tu susah sikit. :D

      Delete
  10. emm, suka2, tringt time makan seafood kat kuching..yum3, hrga brpatutan dan sedap..tetiba mcm rasa je semua mknn tu dlm tekak..hehe..dasat benor byangannya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar cerita seafood dekat KK pun murah. Nak pergi tu entah bilalah. Hahaha. Amboii bayangan gurauan sangat. :P

      Delete
  11. Tak pernah pegi lagi, nampak sedap sampai licin pinggan..hahaha.. Happy birthday kak Nurie.. :)

    p/s: Cantik template baru..hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dik , should go and try. Hehe. Thank you Azwar ! :)

      Delete
  12. tak suka g sini. member2 pun ckp tak best. haha..
    zaman2 ukm dulu suka lepak d'kenali ikan bakar layan kerang bakar dia.. dulu mmg terbaik lah, skrg dah lama tak pergi tak tau lah mcm mana.. last pergi sedap lagi.. dekat je dgn ana ikan bakar ni.. tepi sony depan traffic light tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Ade lagi port selain Ana ni ? Hahaha. Naye ! Mau kita terjah ni kanggg. :P

      Delete
  13. Huweeiii ni sumpah murah uiiii
    Dap pulak ishh nakk :((((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah Qila ! Satisfy la dengan apa yang kita makan and bayar. Dap dap. :D

      Delete
  14. huih... terliur tengok lauk2 tu. harga pun boleh tahan. tak mahal sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mengundang air liur menjejeh kan. Haha. Yup yup harga affordable. Shah Alam mane port best ?

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah