Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 11, 2014

Food Review : Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru , Tanjung Piandang

Assalamualaikum & Hello.

Selesai je majlis bertandang , keesokan harinya sepupu Wan ajak ktorg pekena Mee Udang Berasap dekat Sungai Baru , Tanjung Piandang. Aku yang masa tu perut tengah berasap pun kemain teruja nak pergi cuba. Nadia kalau dah cakap pasal makan , memang lupa terus dengan diri sendiri yang 7 8 kali ke jamban sebelum tu. Wakakakaka.


Daripada kampung Wan (Permatang Keling , Nibong Tebal) nak ke Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru ni takdelah amek masa sangat , dalam setengah jam je. Dan kedai Kak Ros Mee Udang Berasap ni memang dekat tepi jalan. Landmark : berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Baru.



Plan asalnya hanya Aku , Wan & Sepupu Wan je yang nak pergi. Sekali ? Amek kau , pakcik makcik semua join. Hahahaha. Barulah function pergi ramai ramai macam ni. Meriah. Dan naseb ktorg baik sebab ktorg sampai awal sikit kalau tak ? Full house. So , siapa yang cadang cadang nak pergi ramai ramai tu better buat reservation dulu. ^_^



Dan inilah dia specialty kedai Kak Ros Mee Udang Berasap ni , memang betul betul berasap dia serve dekat korang. Hahahaha. Aku biasalah. Teruja. Hahaha. Kemain terpercik terpercik lagi kuah Mee Udang tu. Tapi dekat sini bukan takat ada jual Mee Udang je , macam macam ada. Harga sangat mampu milik.


Haaa nampak ? Mampu milik kan harga makanan dekat sini. Murah weh ! Dekat sini dorang jual dalam 3 kategori : Biasa , Sederhana , Banjir. Dan masa ktorg datang tu , semua orang dekat meja order yang sederhana. Tapi. Aku ? Aku je yang order BANJIR. Miahahahahahaha. 


 Mee Udang Sederhana : RM 7.50


Mee Sotong Sederhana : RM 12.50 


Mee Ketam Banjir : RM 16.50

Serious aku puas hati gila babeng dapat makan dua ekor ketam besar gabak ni. Fresh pula tu. Voila. Sambil menaip entry ni sambil telan air liur okay membayangkan kesegaran ketam tu. Haiz. Kalaulah Kak Ros Mee Udang Berasap ni buka cawangan dekat KL , memang aku serbu tapi dengan syarat nak harga yang sama macam dekat Sungai Baru. Miahahahaha.




Thanks for your time , love ya people.


p.s : lupa pula sekarang dah ada watermark , kenalah guna pakai. sorryla sebab draftkan balik tadi.


18 comments:

  1. wah..berasap kitorang yang membaca ni.kalau ada kat KL, makin kronik resdung ku ini

    ReplyDelete
  2. huwaaaa boleh pergi ni nanti... tak tahu pun ada kedai ni..harap jea orang sana... hahahahaha ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah pergi Meeya , dekat je kot kan ? Hehehehe. Best !

      Delete
  3. OO..kenduri kat pematang keling ye..Tak ajak akak pun..ekekek..
    Akak dok simpang Ampat je..:p
    ok. tau tak tanya pun..ehheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Larhhh ! Dekat je , kalau kita tahu kita jemput dah akak haritu. Cisdel betul. Takpe next time kita balik kampung , kita gathering eh. Hahaha. Makan mee ketam. :P

      Delete
  4. Wahhh, memng berasap ehh.. sedap sgt tengok..kecur liur..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berasap asap. Aippp. Lap sikit air liur tu. :P

      Delete
  5. kedai tak setaraf 5 bintang takpe,yang penting makanan deme tip top kannnnnnnnnnnnnnnnnn! iolsss tengok gambar pun tahu dah sedap...ngundang seh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly ! Don't judge a book by its cover kata omputih. Memang thorbaek. Nak pergi lagiiiii. Tapi. Napeeee jauhhh. T_T

      Delete
  6. apesaalll banyak gambar makanan ni. lapor weh lapor. hahaha. * telan air liur *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tuan blog ni memang suka makan , nak buat macam mana. Hehehe. :D

      Delete
  7. Alahai dik..terliur sangat tengok mee2 tu..klau dekat dah lama terjah..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii , maafkanlah kak. Hahaha. Tahu takpe kalau dekat ni mau hari hari muka kita je. :D

      Delete
  8. Huwei mmg ketam tu besaq gila!!!!
    Dapnyaaaaaaaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ! Besar gilaaa lepas tu sedap gilaaaaa. Fuuhhh. :D

      Delete
  9. Wow...sedapnyer..k..save jugak..hehe

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah