Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, December 16, 2014

Food Review : Medan Renong , Padang Kota Lama

Assalamualaikum & Hello.

Lepas keluar je daripada tempat yang buat aku trauma sampai sekarang tu , ktorg balik hotel semula. Yelah , kenalah freshen up sikit. Takkan dah berlengas tu pun nak sambung jalan jalan kan. Tak kuasa jah. So , lepas Isyak tu ktorg keluar balik tapi ke Batu Ferringhi kejap.

Aku asal pergi Penang mesti nak singgah Batu Ferringhi. Bukan sebab aku nak beli handbag ke , wallet ke , tshirt ke , lampu lip lap lip lap ke. Bukan , bukan. Tapi semata mata sebab aku nak beli CD. Hahahaha. Murah kot weh CD lanun dekat sana. Miahahahaa. 6 keping CD RM 20. Kau ghaseeeee. Mihmihmih.

Dah selesai beli CD barulah ktorg gerak ke Padang Kota Lama.


Buat apa ?


Eh.


Macam biasa.


MAKANLAH ! Hahahaha.


Beberapa tahun yang lepas aku dah pernah dah sampai Medan Renong , Padang Kota Lama ni. Tapi very very long time ago la kan. Dulu datang dengan family , cousin semua. Kali ni aku datang dengan husband. Anyonyonyooo.

Sebelum aku datang makan dekat sini , kawan aku da siap pesan dekat sini dorang memang suka tekan harga especially dengan orang luar. Kawan aku pesan lagi , kalau nak dapat harga murah pergilah speaking bahasa Utara.

Actually masa aku datang dengan family dulu ktorg dah kena dah. Mahal gilaaaaaaa padahal makan tak seberapa pun. But now dah bijak sikit dah , hehehe. Harga yang ktorg dapat masa pergi makan haritu , harga standard bak kata kawan aku. Hihihihi. Berhasil juga Wan speaking utara celup tu. Kakakakaka.

Tips : Nak dapat harga murah , cakaplah dalam bahasa Utara.


Hussain Pasembur : RM 19

Since there is a lot of stalls yang jual makanan yang sama , so before datang makan tu aku dah google siap siap stall mana yang orang duk suggest suruh try. Maka dengan itu , aku pilih Hussain Pasembur. Mula mula ktorg pilih pilih item dalam pasembur tu nampak macam sikit , sekali bila sampai dekat meja ? SELAMBAK ! Makanlah kau laki bini sampai kembung. Kahkahkah!


Iqbal Makanan Laut : Sotong Kangkung Sederhana - RM 10

Ktorg tak pilih stall yang jauh daripada Hussain Pasembur untuk order sotong kangkung sebab aku malas nak jalan. Aku rajin bab makan je. Wakakaka. So , ktorg pilih stall sederet dengan Hussain Pasembur. Mula mula aku nak pilih yang size kecil je , tapi boleh pula takde. Tsskkk. Amboii sangat tau takde size kecil. Jadinya , pilihlah size sederhana. But no worries , tetap habes licin ! Gagagagaga.


Muka gembira si isteri dapat makan apa yang dihajati. Gitu. Terima kasih suami sebab sudi melayan kerenah si isteri. Mihmihmih. By the way , orang yang tengah queue dekat belakang tu semua duk pakat beli pasembur dekat Hussain Pasembur. Aku tengok kedai pasembur dia je pun yang laku. Lol ! Hahahaha.

Medan Renong , Padang Kota Lama
Alamat : Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang


Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku cari location ni semua guna Waze , terima kasih Waze. ^^


26 comments:

  1. RINDU OIIIII NAK MAKAN KAT MEDAN TU,GRRRRRRRRRRRRRRRRRR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ! Caps lock. Hahahahaha. Nanti kita pergi jalan jalan sana okay mek ? ^_^

      Delete
  2. Orang atas , nak ikut... hahahahahaha ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom Meeya , kita sewa bas sekolah sinchan nanti. Hahahahaha. :P

      Delete
  3. benci btl tgk sotong kangkung tu! dengan kau sekali aku benci sbb post mcm ni waktu aku lapar! hah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pagi pagi dah lapar , breakfastlah ! Tak reti reti. Hahahahaha.

      Delete
  4. makanan again! aiyoyoyo. perut dah nyanyi lagi dondang sayang dah ni. bhahahhah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikittttt lagi entry pasal makanan on the way , hahahaha. :P

      Delete
  5. Wah...nnti nk g penang umah mil..le r singgah..lama xg makan situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jangan tak pergi , sedap baq hang. Hahaha. :D

      Delete
  6. amboi sedap nampak pasembot tu,., Mujuq husben leh cakap utaqa kan .,. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah kak ada bunyi juga , tapi bila tengok muka mesti cam hahahahahaha. Tipu ni. :P

      Delete
  7. Jap nape rambut laki nad cm gitu style eh..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAHAHA ! Ada kepala orang lainlah dekat belakang tu. Kita pun baru perasan.

      Delete
  8. Aaaa lapar... Sedapnye sotong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang go la oii sotong tu Anis. Thorbaekkk !

      Delete
  9. Aini teka next entry pasal makan lg...2 next entry pasal makan jugak...hahaha mana makanan tu pegi nad?tak besar2 pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakakaka ! Lepas ni memang entry makan lagi. Bertabah jela. Makanan pergi mana ? Itulah musykil. :P

      Delete
  10. sotong kangkung tu nampak macam menari2 di bebola mata. oh stress. haha

    okay tu tips paling senang. bg kt cik abg je lah. kalau harap sy mau bunyi utara versi sarawak jadinya. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menari kauuu ! Hahahaha. Berjoget ala ala squidward tak ? Hahahaha. Yesss serahkan saje kepada yang pakar bab bercakap tu. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah