Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 18, 2014

Food Review : Makanan sedap dekat Pak John Steamboat & Yong Tao Foo

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Entry ni panjang sangat dan diminta lap air liur sepanjang pembacaan. Wakakaka!

Sebenarnya sebelum pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pak John Steamboat & Yong Tao Foo , agak banyak kali juga aku lalu lalang depan Pak John ni. Baik Pak John E-Curve sampailah ke Pak John Wangsa Walk.

Tapi itulah , asyik lalu lalang je tapi tak sempat sempat nak masuk dan cuba sendiri. Sampailah ke satu hari aku dijemput oleh Halim Brothers untuk mencuba sendiri kesemua makanan di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo. Arigato Halim !!


Yeeaah !! Makan time !!



Apa yang ada dekat Pak John Steamboat ? 



Macam macam ada weh ! Daripada kepelbagaian perasa sup sampailah ke pilihan bahan bahan steamboat. Terlalu banyak sebenarnya nak aku cerita satu satu , so korang tengok jelah gambar ye.


Antara pilihan sup yang ada di Pak John !


Antara bahan bahan steamboat yang ada untuk korang pilih dan campak di dalam periuk steamboat. Oh tak lupa juga untuk korang grill ! Ye aku ulang suara untuk grill - untuk grill - grill - grill - grill (gema suara , kah!). Bukan semata mata steamboat je yang ada dekat Pak John ni , grill pun hado juga.




 Daging & Ayam yang telah siap diperap. Ready to grill people !!



Antara pilihan seafood yang ada ! 


Yang paling istimewa dan yang tak jumpa dekat tempat lain !


SALMON !!!



Amboi abang baju hitam tu , photobomb nampak ! Ehek.






Bukan itu je yang ada ooii , ada lagi macam macam ni.



Hokaloh !! Ada pula Premium Abalone Slices , New Zealand Lamb Slices , Australia Beef Slices & Smoke Duck Breast. Si itik smoke ni teramat sangatlah sedap , tekstur yang lembut dan tak liat. Aku suka.


Makan steamboat tak sah la kan kalau tak ada sauce ! Sauce pun banyak pilihan , ambil je semua. Semua pun sodaappp. ^_^


Corn cup pun ada , self service ya. Tuanglah banyak mana mentega , jagung yang korang nak. Semua pun boleh telan dalam satu harga.


Agak agak dah hampir tercekik tu , nah pergi ambil air ! Air pun banyak pilihan , tssskk. 


Mulut dah berasap ? Dah habes melahar dah mulut tu ? Nah makan pencuci mulut -- Ais Krim !!


Tapi sebenarnya kan , bukan ini je tujuannya aku dijemput datang ke Pak John ni.


Tujuan aku ialah 


HAHAHAHAHAHA ! Nak dengar abang abang ni nyanyi live. Lol ! Mujurlah suara abang abang ni sedap , kalau tak -- hurm -- mungkin terkeluar balik semua yang aku telan. Kahkahkah! :P


Okay tipu , tipu. 


Kedatangan aku ke Pak John ni bukan untuk abang live band tu , bukan bukan.



Tapi



Untuk memperkenalkan kepada korang menu istimewa khas dari Pak John sempena kedatangan Krismas ni. Wiwiwiwi. 


CHRISTMAS BUFFET SPECIAL MENU


CHRISTMAS ISLAND
Pulut nasi yang dilimpahi dengan seafood sup berkrim.


NEW ZEALAND RIB EYE WITH BLACK PEPPER SAUCE
Daging rusuk yang digoreng bersama sos lada hitam , cili benggala , bunga kobis dan cendawan.


SEAFOOD BREAD LOAF
Kepingan Baguette dan makanan laut yang disaluti keju.


RAMEN VONGOLE OLE
Ramen istimewa dan HALAL dimasak bersama lala , sejenis makanan laut. 


GRILLED SLICE CHICKEN WITH CREAMY SPAGHETTI
Dada ayam yang dipanggang sempurna dihidangkan bersama spaghetti berkrim.


BAKED POTATO WITH MINCE BEEF
Kentang bakar yang dihidangkan bersama daging cincang dan krim (maaf time ni krim nan hado).


BLACK TANGERINE CHICKEN
Kepak ayam goreng rangup disiram sedikit sos buah nenas.


GRILL SUTCHI FILLET
Fillet ikan Sutchi tanpa tulang bersama brown sos.



CHRISTMAS HOT PLATE

Selain daripada menu menu yang dekat atas tadi tu , Pak John juga bagi korang 11 jenis bahan perapan dengan pelbagai perisa. Antaranya :

Coffee Beef
Tangerine Beef
Black Pepper Beef
Sweet Soya Beef
Coffee Chicken
Tangerine Chicken
Black Pepper Chicken
Ginger Chicken
Sweet Soya Chicken
Lemongrass Chicken
Spicy Fish Fillet


CHRISTMAS HOT POT

Ditambah pula dengan sup istimewa daripada Pak John -- Creamy Butter Broth. Sedap ! Tak muak walaupun nama menggunakan butter.

Amacam ? Hahaha ! Banyak gila kan menu istimewa Pak John sempena Krismas ni. Dan korang semua boleh makan kesemuanya yang aku cerita dekat atas ni bersama dengan steamboat dan grill dengan harga hanya

RM 46++ per person !!!
(only applicable sempena perayaan Krismas) 

harga untuk hari hari biasa

Weekday (Isnin - Jumaat) : RM 36++
Weekend (Jumaat - Ahad) : RM 39++

Maka dengan itu , jemputlah semua pembaca pembaca blog aku untuk mencuba sendiri kesedapan , keunikan , kelazatan dan kebaboman kesemua menu yang aku bagi dekat atas ni di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo eCurve bermula 15 Disember 2014.

Oh ya , kepada sesiapa yang teringin nak buat family day - company dinner - gathering member member sangatlah sesuai kalau korang buat dekat Pak John Steamboat eCurve ni sebab keluasannya 4700sqft dan boleh memuatkan 260++ pengunjung pada satu masa ! Kalau korang rasa nak privacy sikit , ada 2 bilik menanti untuk korang. Tapi. Book awal awallah ye. ^_^

Hurm. Seriously , memang terlampau banyak sangat pilihan makanan dekat Pak John ni. Aku sampai rambang mata , tak tahu nak pilih yang mana satu untuk campak dalam periuk steamboat aku. Hish. Pak John ni , tak baiklah buat gegirl konfius macam ni. Tsskkk. T_T

So , untuk mengelakkan aku konfius dan gemok sorang sorang. Mohla korang terjah ke :

Restaurant Pak John Steamboat & BBQ eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898


Waktu Operasi : 10 am - 10 pm

Last but not least , kenalah tampal gambar bukan makanan tapi gambar budak budak kaki makan. Kah!




Thanks for your time , love ya people.


p.s : akhirnya selesai update entry ni , mujurlah boss aku takde harini. kekekeke. :P


38 comments:

  1. Assalamualaikum nad, tsk tskk.. tak baik tau buat gigirl lapar diwaktu tengahari yang belum masuk lunch time ni. hahahhaha perghhh telan air liur ahh. nyesal tak joined nad haritu T____________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Masalahnye bukan orang yang baca je lapar , kita yang tengah update pun kruk krak kruk krak apa cite ? Hahaha. Itulah kan , siapa suruh baca email lambat. Ekekekeke. :P

      Delete
  2. awak nak belanja kannnnn kannnnnnnnn?hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onie sayam , jom pakai vocer ! Hahahahaha. :P

      Delete
  3. Aduhai...terus craving balik ni...acaner...sabarjer la......Nad...moh banje akak moh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann ! Terus telan liur sendiri balik , jom kak kita paksa Sally belanja. Kahkahkah! :P

      Delete
    2. kejadahnya adik sally yg comel kena belanja?? hahahaha....hoi mana voucher!

      Delete
    3. Sebab adik sally kan comel , lagi comel ganda ganda kalau belanjae. hahahaa. oiii. minta halim ar ! :D

      Delete
    4. Mohon pakai voucher sendiri...sekian...jgn nak menghabiskan duit adinda!

      Delete
    5. Okaylah nanti kita pakai vocer Sally yang Halim nak kasi tu. Wakakakaka. :P

      Delete
  4. arrhhhh sory tak baca pun entry ni.. terpaksa scroll laju2 sbb tak tahan godaan makanan.. hahahahah

    p/s: i ada header baru lagi hahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puiiii ! Kau bape juta kali nak tukar header !!! T_T

      Delete
  5. makkk aiiii.. tak pernah tau pon pasal steamboat pak john,, perghh nak gilerr tengok banyak gilosss pilihannn.. nak pegi laaaa.... kalau harga biasa berapa RM???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau harga biasa pun tak mahal sangat , below RM 40. ^_^

      Delete
  6. Tlg la bkak cwgan kat kuantan pak john hoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat pergi suggest dekat Pak John. Suruh buka dekat ECM. Hehehee. :D

      Delete
  7. Bila agaknya pakjohn nak jemput dkna review hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum review eh ? Kalau tahu haritu seret Dkna sekali. Amboii. Seret tau. Hahahaha. :D

      Delete
  8. nak menanges tengok makanan ni semuaaa. . mohon belanja makan dekat Park John e-curve. Mohon. bhahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon belanja dengan duit sendiri , pleaseeeee. Hahaha. :D

      Delete
  9. saya da rasa dulu, jadi x ada unsur jelez disini yew.. hahahaha

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Uiii mestilah yang terpaling sedap ! Hahaha.

      Delete
  11. baca sambil meleleh2 air liur!wuaaa...tgk gmb je dh sedapppp...

    ReplyDelete
  12. pak john..mu tunggu aku datang! chef yang pegang ikan besar tu macam comel je.ok bai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii ! Mata kona ke tempat lain nampaknyaaaa. Hhehehe. :D

      Delete
  13. ni kedai makan ke pasar... semua nan hado sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha everything you can eat ! Nanti datang KL mohla terjah.

      Delete
  14. nurie !! bella baru balik dari pak john bbq beberapa jam yg lalu .. hahha. memang terliurr ni =)
    walaupun tadi da mkn sampai boncettt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha , pun bolehla. Tula nampak gambar halim repost. :D

      Delete
  15. Perghh.. sedapnya. Kita makan tapi xsempat amek gambar bebanyak camni. huarghhh. .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tahan nafsu dik ! Lol. Sebab tu boleh snap banyak banyak ni. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah