Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, December 17, 2014

Nadia Wan Jalan Jalan : Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.

Its our second and last day dekat Penang. So , seawal mungkin bangun tido sebab itinerary pack gila untuk last day. Huhuhu. Tapi biasalah , awal pun takdelah awal sangat kalau dah siap pun terhegeh hegeh terkial kial. Miahahahaha !

Maka dengan itu , lepas breakfast aku dengan Wan jalan jalan pantai kejap. Kejap sangat. Lepas tu terus laju laju pergi Bukit Bendera , guna Waze. Tapi Waze ni boleh tahan bongok juga , ada ke dia bagi aku route yang minta naik Bukit Bendera tu guna kereta instead of pergi tempat cable car tu. Sobsss. Memang ai ni naik 4x4 , memang ! Sobsss. T_T



Sampai sampai je dekat Bukit Bendera punya cable car station tu , tengok tengok takdelah queue menggila sangat. Sebab dulu aku pernah nak naik Bukit Bendera ni tapi time tu tengok orang queue je dah loya. Hahahahaha. Mungkin juga itu petanda kena naik Bukit Bendera first time ni dengan suami. Anyonyonyooooo.

Entrance Fee : Adult (MyKad) : RM 8 , Child (4-12 years) : RM 4

Masa beli tiket tu , silalah tunjuk MyKad ye. Kalau tak , get ready jela bayar harga yang lebih mahal. Manalah tahu kan korang nak feeling feeling foreigner dekat negara sendiri. Wakakakakaka.



Lepas beli tiket tu teruslah pergi masuk tempat tunggu cable car. Sebab nampak macam tak ramai orang kan , sekali ? Hambekkk ! Penuh kot dekat dalam tu. Ai is sad. Lepas tu biasalah kena tunggu cable car dari atas Bukit Bendera turun , katanya 30 minit.

Naseb baiklah not exaclty 30 minit. Dorang just estimate time je selama 30 minit. Kalau tak aku buat buat sawan babeng je kat situ. Hahahahaha. Biar dapat potong queue sikit. Kihkihkih.



First time aku naik cable car Bukit Bendera ni , perasaan aku ? Perasaan aku sama je macam aku sumbat kan diri aku dalam LRT/ERL ramai ramai setiap hari bila pergi kerja. Hahahaha. Bezanya cable car ni mendongak je. Tsskkk. 

Kapasiti penumpang yang sepatutnyalah kan , macam yang aku baca dekat dinding cable car tu : Duduk 8 orang , Berdiri 13 orang. Tapi. Masa aku naik ni ? Kapasiti dia , sumbat selagi boleh. Hurm. Geleng kanan geleng kiri.




Dekat atas Bukit Bendera ni suhu agak sejuk. Tapi takdelah sampai kena pakai sweater bagai. Suhunya selesa bak kata aku. Hehehehe. Seriously terpegun aku bila boleh nampak satu Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera ni. Sawah bendang nun dekat seberang pulau pun boleh nampak weh. Teruja teruja.



Jangan betulkan mata korang , ye sekarang kami berada di Namsan Tower , Korea. Lol ! Hahahahaha. Bukan dekat Namsan Tower jela ada love lock ni haih. Dekat Bukit Bendera pun ada. Tak payah korang susah payah fly ke Korea semata nak tangkap gambor dekat kerusi patah tengah tu. Pergi je beli tiket naik Bukit Bendera. Kekekekee. :P




Aku siap amek pamphlet Bukit Bendera sebab dalam tu ada maps Bukit Bendera. Kononnya tahulah kan nak pergi mana bila dah sampai dekat atas Bukit Bendera tu. Hehehe. Memang ada banyak tempat nak pergi , tapi semua tempat pun kene bayor. So , tak payah ! Mihmihmih. Kita jalan jalan cuci mata je. ^_^ 



Dan disebabkan aku dengan Wan ni bukanlah kaki berjalan so ktorg rent buggy. Hehehe. Naik buggy je pusing Bukit Bendera tu. Senang. Lagipun Bukit Bendera tu memang besar tempatnya kalau korang nak berjalan kaki hoi. Mau korang turun Bukit Bendera , size korang dah boleh saing saing size Tyra Banks. Wakakakaka!

Ktorg pun tong tong dengan uncle Cina ni , so takdelah bayar mahal sangat. Hehehe. Bila korang naik buggy tu nanti buggy driver tu akan cakap tempat apa yang korang akan lalu. Buggy pun ada stop stop , bolehlah tangkap tangkap gambar. Tu part aku suka. Hehehehe.

Sewa Buggy : RM 30 (max 6 orang)

Antara tempat yang aku singgah , tu ha dekat post box tu. Umur post box tu je da 196 tahun okay ! Haaaaa. Antara tempat lain adalah lereng lereng bukit untuk tangkap gambar satu Penang. Dalam perjalanan pusing satu Bukit Bendera naik buggy tu , korang akan nampak banyak rumah. Rumah besar besar , rumah orang kaya habaq hang. Salah satunya rumah tokey Magnum. Haaaaa. Kurlasss kau rumah atas Bukit Bendera.



Last but not least , sebelum balik kenalah stop dekat sini. Tengok satu Penang guna teropong. Teropong dia power oi. Boleh nampak sebiji sebiji kenderaan yang lalu dekat jambatan. Hahahaha. Ai suka ai suka. Berapa banyak kapal dekat laut pun korang boleh kira. Hebat !

Sewa teropong : RM 1 - duit kertas (2 minutes)

Maaflah ye entry ni banyak gila gambor syiok sendiri. Hahahaha. Tak sempat nak hire photographer minta tangkapkan gambar. So gambar semua tangkap sendiri dan syok sendiri. Kahkahkahkah! Moga ada info yang dapat membantu. ^_^

Bukit Bendera Cable Car
Jalan Stesen , Bukit Bendera , Pulau Pinang , 11500 Ayer Hitam


Thanks for your time , love ya people.


16 comments:

  1. ehhh atas tu ad hotel kann.. nape tak stay situ je.. tgk mcm syokkk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke ? Aku tengok macam takde je. Haha. Aku tak suke hotel dalam hutan. Kakakaka.

      Delete
  2. rasanya last naik bukit bendera masa form 5. bhahahhaha :P gilaaa lama dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ! Lama sangat tu. Hahahaha. Nak kena kirakan ke berapa tahun sudah berlalu ? :P

      Delete
  3. wehhhhhhhhhhhhhhhh..... time naik cable car memang tak penah fefeeling nak melancong langsungkan weh...stresss...tapi kira okay lagi,cable car baru ni ada air cond,tu pun rasa air cond dia acuh tak acuh,bhahahahaha...dulu takde air cond rasa macam nak gigit sensorang manusia dalam tu,belengaihhhh badan iols masa tu,k..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha betullah tu air cond acuh tak acuh ! Menitik nitik peluh jantan iollss dalam gerabak sekangkang kera tu. Tssskk. Dengan aroma badan manusia sekeliling. Pahit manis kutelan jua demimu Bukit Bendera. Kahkahkah!

      Delete
  4. Nak lagi best, naik bukit bendera sambil jungle tracking, thorrbaik bang ang!
    Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki pun malas , nak jungle tracking ? Yang paling rajinnnnn. Hahahahaha.

      Delete
  5. Last time naik masa cable car yg lama... yg baru ni belum pernah try... view kat atas tu mmg cantik...
    Join join giveaway di blog. Menang RM100 dengan komen banyak banyak
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul sangat cantik. Hehe. InshaAllah nanti kita ada masa kita join ye GA.^_^

      Delete
  6. takpe la...kita dah g Namsan...so x yah g bukit bendera..hahahaha

    *tiup tudung macam budak sekolah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHADAP ! Hahahahahahaha. Sakit pula hati kitaaaaaa. Eh. :P

      Delete
  7. Patut la hari tu akak perasan jugak la ada orang dok intai2 akak tengah sidai kain...rupanya Nad..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa kann ! Kita nampak akak sidai kain , kemain pakai kain batik lagi. Lol ! :P

      Delete
  8. tahun lepas pergi penang tapi tak sempat naik bukit bendera.. tahun depan la kena pergi lagi

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah