Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, December 12, 2014

Nadia Wan Jalan Jalan : Sentral Seaview , Tanjung Tokong

Assalamualaikum & Hello.

Alang alang dah balik kampung Wan dekat Nibong Tebal tu agak rugilah kalau aku tak paksa Wan masuk Penang kan kan kan. Hehehehe. Maka dengan itu , sebelum majlis bertandang lagi aku dah siap book hotel Almaklumlah kerja dengan travel agent , semudah ABC je aku book hotel. Pilih je nak duduk hotel mana asalkan duit hado. Mihmihmih.


Disebabkan Isnin tu ktorg singgah sana singgah sini , maka dengan itu dalam pukul 2 petang jugalah baru ktorg masuk Penang. Jalan jem tu tak payah ceritalah ye. Sama level je dengan KL , masuk sini jem masuk sana jem. Dahla dua dua tak expert jalan dalam Penang tu , naseb baik ada Waze. Thank you Waze yang berjasa. Ehek!


Hotel yang menjadi pilihan aku Hotel Sentral Seaview yang dulunya dikenali dengan nama Hotel Naza Talyya. Located dekat Tanjung Tokong. Untuk ke hotel ni ktorg lalu jalan yang sama untuk ke Batu Ferringhi. Sebab hotel ni memang satu jalan nak ke Batu Ferringhi. Since ktorg stay pun 2D1N je so aku choose hotel 3 bintang jela sebab dah tentu tentu banyak masa akan habes duk merayau so takpayahlah nak berbintang bintang sangat. (Gambar ni aku snap malam , bukan sebab aku sesat dan sampai malam ye) Hahahaha.


View dari balkoni bilik aku. Nice weh !! Laut kottttt. Tapi malangnya aku tak sempat nak mandi laut pun. Ai is so sad ! Kau tengok jelah laut tu dari jauh Nadia oiii. Serious dah mula rasa rindu dengan laut , huwaaaa. Ikutkan hati nak je jadi nelayan boleh tengok laut hari hari tapi apakan daya , ahkak mabuk laut dik. Wakakakaka.






Bilik Deluxe yang sangat selesa untuk ktorg dua orang membongkang tak sedar diri. Hahahaha. Just yang lack dekat sini sebab iron and ironing board tak provide dalam bilik. So kau kena call front desk untuk minta iron. Mujurlah service cepat , kalau tak memang ahkak jadi singa la semata nak minta iron. Wakakakaka.

Masa sampai sampai tu Wan terus tengok toilet 'Ala takde bath tub'. Amboii bie , bayar bape posen je nak bath tub segala. Nanti lain kali kita bawa besen eh ? Buat ganti dengan bath tub. Miahahaha. Yang terpaling penting toilet dia ada PAIP , kalau tak ? Mau aku tak boleh buat urusniaga. Tssskkk.

Oh lagi satu yang kureng sebab dorang tak provide list number phone (room service , front desk dan sewaktu dengannya). Aku dapat call front desk tu pun sebab luck aku main tekan tekan terus kena. Tips : Dekat telefon tu ada button bujur yang tak bernombor. Tekan yang first row and first column dari kiri. InshaAllah tu front desk ! Selain daripada tu semuanya okay. ^_^


Masa ktorg check in tu front desk staff ada includekan sekali voucher untuk dapat welcome drink (percuma). So , lepas da settle campak luggage dalam bilik ktorg terus redeem welcome drink. Table ikut suka hatilah nak duduk kat mana , tu yang ktorg pilih duduk tepi laut ni. Seronok !! 

Esoknya breakfast pun dekat sini juga tapi table ni dah ada orang duduk. Sobsss. Terpaksalah pilih table yang menghadap swimming pool. Hahahaha. Breakfastlah kau sekali dengan bontot orang tertonggeng tonggeng duk kuak lentang kuak kupu kupu tu. Puiii ! Hahahaha.

Hotel Sentral Seaview
No 555 Jalan CM Hashim Tanjung Tokong 11200 Pulau Pinang
No. Telefon : 04-8909300
Fax : 04-8908600
Email : hssvinfo@hsm.my

Thanks for your time , love ya people.


p.s : malam ni date dengan suami tengok Manisnya Cinta tapi nak singgah BBW dulu !


24 comments:

  1. 3 bintang pon comel gak bilik dia ye.. sejuk mata memandang tengok laut terbentang mcm tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan ? Tula kak , rasa relax sangat tengok laut macam tu. La ni hadap keje ? Stress. T_T

      Delete
  2. haha..toilet kat negara omputih je takde paip..hihi.kalau ada bath tub nanti tak berjalan kot..dok berendam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Sal , mau berkubang dia dalam tu. Hahaha. Tapi Malaysia pun da start ada mall yang toiletnya takde paip. T_T

      Delete
  3. tak dapat mandi air laut dapat minum menghadap ke laut pun bolehh. hahaha :D

    ReplyDelete
  4. wahh bercuti di penang. kampungkuuu tercinta. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah jerit dah kat kampung Kak Rina yang Kak Rina rindu ! Hahahaha. :P

      Delete
  5. Berape RM .. KITA NAK P HONEYMOON. NK DAPATKAN BABY MOON

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita book haritu special price travel agent lor. Ce tengok agoda. Hehe. Baby moon terusss !

      Delete
  6. tak menyempat nak jejak penang lagi tapi relax2 je lah sebab lepas kahwin mahu jemu agaknya jejak penang. eh. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa ! Lek lek lu kasi setel kawen dulu baru jalan jalan. Hehe.

      Delete
    2. ha tu la pasal penang simpan dulu buat modal jalan2 lepas kawen sebabnya bakal kampung no 2 pejam mata je dah smpai penang. skrg merayap pusing tempat lain dulu. hahaha!

      Delete
    3. Hahahaha bakal kampung kan , nanti tiap tahun pun balik sana. Dah dah pergi jelajah tempat lain dulu. :P

      Delete
  7. dah dah lah date nya hmm
    Hahahahahha
    Kak nurie thanks for the review hehe.
    Takleh belah kupu kupu kuak hahahahaahhahhahhahhahhahhah ngadap pool uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh datang dengan bakal suami Qila eh eh. Tapi jangan amek port orang tengah berkuak kuak. Wakakakaka. Tak feeling nak makan. :P

      Delete
  8. First time nak g holiday penang hill hujung May ni.. N book hotel ni.. Baca review kt agoda seme +ve huhu

    ReplyDelete
  9. Nak tnya, pool dia xleh pakai tudung ke? Baca review strict rule. Tqq

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah