Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, December 26, 2014

Orang nak pakai kereta kau pun nak , tapi ?

Assalamualaikum & Hello.


Orang kalau bodoh pun bila keluar berjalan tu , simpanlah bodoh tu dekat rumah. Malu kat orang je hoi.

Location : Taman Warisan Putrajaya

Sedang elok aku laki bini kenyang lepas melantak , turun turun tangga Wan dah 'Alamak' , aku ingatkan pasal apa lah. Rupa rupanya dia nampak ada tukun blocking jalan keluar masuk motor. Sumpah tak kelakar. Sebab masa tu dah start kilat ! Tsssk.

Kalau korang tengok gambar ni pun , memang there is no way out. Nak panjat divider ? Motip pula nak panjat divider sedangkan masa ktorg parking tak payah pun nak panjat divider. Tapi. Disebabkan owner tukun ni agaknyalah kebulur nak mampos. Agaknya sampai nak pergi makan pun kena mengengsot. Itu pasal sel sel otak dia tak boleh berhubung dan tak tahu baca P dan lambang motor tu maksud dia parking motor.

Mula mula macam nak panjat juga divider tu , puas cari batu bata -- takde !

So , nak taknak kenalah juga tunggu owner tukun ni kenyang. Kot kot sel sel otak dia baru boleh berfungsi. Kot kot lah kan. Maka , menepeklah aku laki bini tunggu dia habes makan dengan anak beranak dia. Aku kalau tak ramai orang dekat tempat makan tu bolehla juga tanya satu table , satu table. 

Tunggu punya tunggu , turun pun owner tukun. Dengan muka tak bersalah , dia tanya bini dia 'Kunci kereta kat mana ?'. Cuba husnuzon yang kereta dia mungkin bukan tukun tu. Sekali , eh eh memang tukun tu dia yang punya. Wan pun laju laju pergi tegur owner tu. Aku malas nak join , satu sebab hujan -- dua sebab mulut aku. Hanya yang kenal je yang tahu. Hurm.

Aku masa ni , masih lagi menjadi pemerhati dekat tangga.

Nampak cara dia cakap dengan Wan , nampak betul kerek dia. Bila tukun tu dah blah , baru aku tanya Wan apa dia cakap. 

'Kalau aku ni , dah boleh keluar dah bro'.
'Aku dah minta maaf , dah ar. Kecoh plak'

Ehhh ! Marah ? Sekarang ni yang salah parking tu aku ke ? Lepas tu boleh pula dia ignore Wan lepas tu cakap dekat security sorry. Hahahahaha. Memang yang kau blocking tu motor security. Bingai. Memang aku laki bini keje tunggu orang habes makan. Biadap. Memang aku suka balik dalam hujan , memang romantik sangat dapat balik dalam hujan sebab kebodohan orang macam kau.

Yang aku tak boleh blah , dia cakap kalau dia bawa motor -- dia boleh keluar dari parking motor tu. Kepala otak kau. Kau tak duduk dekat tempat ktorg bolehlah cakap , binatang. Cuba kalau kau yang kena ? Aku rasa pancit juga tayar tukun tu kau kerjakan. Eh. Bengang pula aku. Nila first time aku jumpa orang dah buat salah , tapi boleh menjawab pula.

Biar muka hodoh , tapi jangan bodoh !

MORON !


Thanks for your time , love ya people.


p.s : Jumaat please be nice , janganlah jumpa orang bodoh lagi harini.


26 comments:

  1. Memang hangin stau badan kalau kena macam ni. heh. buat salah lepas tu sombong nak mapus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ! Memang naik angin betullah , menjawab tu yang tak tahan. T_T

      Delete
  2. Replies
    1. Memang bingai gile Meeya , bengang betullah kita ni. Hish.

      Delete
  3. lesen tangkap muat ler tu..hahaha..

    ReplyDelete
  4. wow..memang hangin.dapat bayangkan kalau time tu Nad yang bukak mulut instead of Wan.boleh gaduh kot..semoga tak jumpa orang macam ni.

    p/s:mesti Wan penyabar orangnya kan..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Sal , memang angen betullah. Yang bini duk jeling jeling. Hekeleh ! Pikir ada anak je malas nak gado. Kalau tak ? Eeeeeeee.

      p.s : antara nad dengan dia , hahaha aah dia memang penyabor. :D

      Delete
  5. pergh memang berangin weh...memang dasar orang yang letak otak kat lutut..agaknye dia tak pernah naik motor tu pasal berlagak..jenis pentingkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttt selfish , kalau dia tahu dia salah. Dia takkan menjawablah kita marah. Eeeee. Benci betul.

      Delete
  6. Baca pun dah sakit hati ,... memang berlagak lah tue, konon dia pakai kete, kita pakai moto kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe YY , berlagak dia. Rasa macam nak kerat je rambut dia. Eeeeeeee.

      Delete
  7. biasalah Nad..sel otak tak berhubung lagi tu. sekali sekali laki bini balik rumah dalam hujan baru romantik.. tak sweet jagung manis gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha manis memang manis da BBL , tapi lepas tu haaa sakit kepala terus. :P

      Delete
  8. amboiii..dia ingat tu parking bapak dia kot..kuang ajaqq...jgn nangis kalau nnti sok lusa keta dia calar balar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ! Bertabah jela , dengan berlagaknya. Eeeee.

      Delete
  9. Nad...sori to say...kalau aini,memang da kne kaw2 ni...kalau jmpe batu bata ni,agkt moto pnjat divider...tp sblm tu,pancitkan 4 4 tayar kete dye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Wan nak buat macam tu , tapi kita cam kesian pula. Takut orang buat kat kita balik nanti. Hahahaha. :D

      Delete
  10. mau di lempang muka nya..biar dia terencat kat situ..hahahah...manusia macam ni kalau diajak bergaduh sekali pun memang dia tak kan mengalah..memang jenis ego..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak oiii. Bukan mau di lempang , kang mau dihelmetkan juga orang tu. Haihlaaaaa.

      Delete
  11. haaaaa dugaan tu wehh. aku kene ngan laki aku aritu..malas nk up entry.. siap di butokan pulak laki aku.. padahal laki aku ckp baik2 je.. nasib tak kene penumbuk je pakcik tu sbb pikir warga emas hahahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu warga emas bolehla tahan lagi , ni ? Eishhh !

      Delete
  12. ini memang mengundang. org bebal mcm ni kalau cari gadoh dgn dia kang kita jugak yg terbangang sekali. ni pesen yg kita kias je dgn ayat pedas kaw2. double confirm ini manusia atau kambing sebenarnya. kalau sy mmg tak lah nk duduk diam je. ini lah lesen asah lidah bagi paling tajam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu , tapi kalau Nurie cakap alamatnye memang tak jejak dah orang tu ke Putrajaya. Kakakakaka. Ai is garang okay. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah