Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 30, 2014

Nad's Kitchin : Bihun Sup

Assalamualaikum & Hello.

Hari Selasa haritu ayah request nak makan Bihun Sup , mama malas nak masak. Ayah kata taknak beli dekat luar , membazir katanya. Lagipun barang barang nak masak tu semua dah ada. Tinggal nak masak je. Lepas tu ayah pandang pandang aku. Alamak nak suruh masaklah tu. Fail ! Hahahaha. Aku tahu masak Bihun Sup Pama yang instant tu je. Kekekeke.

Maka malam itu , berkelentang kelentunglah aku dengan adik aku. Hahaha. Aku paksa dia beli fishball fishcake semua sebab ayam masa tu beku lak dah. Tak kuasa aku nak rendam , nak tunggu ais tu cair je dah boleh pergi tido dah satu rumah. Hahahaha.

Bahan - Bahan (Sup)
  • Fishball/fishcake (boleh tukar guna ayam/daging dan lain lain)
  • Sawi
  • Tomato
  • Bawang Merah (tumbuk/blend)
  • Bawang Putih (tumbuk/blend)
  • Telur Ayam (ikutlah nak berapa biji)
  • Halia
  • Sup Bunjut ADABI
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Minyak
Cara - Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih , bawang merah , halia , segala bunga dan juga kayu manis. 
  2. Masukkan fishball/fishcake dan air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Pecahkan telur ayam.
  5. Masukkan tomato & sawi. Biarkan mendidih.
  6. Kalau nak masuk daun bawang , korang masuklah. Aku tak suka. SIAP !!
Bahan - Bahan (Sambal Kicap)
  • Cili Padi
  • Bawang Putih
  • Limau Nipis/Limau Kasturi
  • Kicap Manis
Cara - Cara
  1. Tumbuk cili padi & bawang putih halus halus. Nak kasar pun boleh.
  2. Letakkan dalam mangkuk , tuang kicap & perahkan limau. SIAP

Maka makanlah kami anak beranak dengan penuh berselera. Padahal takdelah sedap mana. Tapi bolehla untuk tekak darurat ayah malam tu. Lol. Hahahaha. At least , aku tahulah juga masak Bihun Sup. Ye dok ? Ni ayah kata nanti dia nak beli ayam pencen , nak suruh aku masak macam ni lagi. Ayoyoyo. Bagi betis mau peha ka Encik Radzif ? Kekekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bie , jangan risau eh. nanti kite kawen bie tak kebulur punya. Kahkahkahkahkahkahkah. :P



xoxo


Apa itu Nuffnang ?

Assalamualaikum & Hello.

Una ! Entry ni khas untuk kau. Hahaha. Harap harap dapat membantu. Kalau tak dapat membantu pun kau redho jelah ye. Aku ni pun ingat ingat lupa camne tah aku register Nuffnang ni dulu. Hahahaha.

First off all , pergi bukak website Nuffnang.


Kau akan nampak ni once kau dah tekan link yang aku kasi tu. LOG IN hanya untuk orang yang dah ada account Nuffnang , macam aku. Kalau takde ? Nampak tu - Join Nuffnang. Ko isilah segala isi alam yang dia minta dekat dalam tu.


Bila dah siap register , log in la. Sebab kau dah dikira ada account dengan Nuffnang. Check email semua takut kalau nak kena verify email address ke apa ke. Aku serious tak ingat sangat. Mihmihmih.


Pergi dekat Blog Manager tu , ko tekan Manage Blogs. Kau masukkanlah nama blog kau , blog url dan segala. Okay ? Dah boleh proceed belum ? Next , kau tengok kotak yang aku highlightkan sebelah kanan tu. Tekan je antara Large Rec , Leaderboard or Skycrapper tu untuk ke next stage.


Haaa kau akan nampak ada 3 ad types. Ada Leaderboard , ada Skycrapper & Large Rectangle. Nampak tak bulat dekat bawah 3 ad types tu ? Kau tekan untuk dapatkan code dia. Code ni untuk kau tampal as HTML dekat blog kau. Once kau dah settle letak code dekat blog , ia akan berubah jadi iklan. Bila orang datang blog kau , orang click iklan dekat blog kau then kau dapat duit. Ada faham ?

Next , get ready nak tampal code yang kau copy tu masuk ke dalam blog pula eh. Tapi untuk placement ads ni aku tak buat tutorial la eh sebab Nuffnang sendiri dah buat tutorial. Kau just follow step by step. InshaAllah berjaya. Nah klik sini - Placement Nuffnang Ads.

Bila dah settle semua , kau pergilah tengok dekat blog kau. Dekat mana yang kau placekan ads tu , dekat situlah dia muncul. Refer blog aku. Aku letak satu dekat atas header , satu belah kiri and satu lagi dekat bawah post. Total ada 3 ads. Ngam !! All the best. Nanti aku datang click iklan kau yeeee. ^^

Bila dah ada account kira dah settle ke ? Mestilah dah settle. Tapi mesti ada yang nak tau. CPC tu apa , CPUV tu apa. Macam aku , setiap kali Nuffnang kasi CPUV mesti orang yang tahu CPUV tu apa akan tertanya tanya 'Menatang apa pula ni ?'. Hahahahaha.


Ye aku tahu , ayat dekat Nuffnang ni kalau kau ulang baca lapanploh kali pun belum tentu faham kan ? Kahkahkah. So , meh sini aku mudahkan. Ni based on apa yang aku faham eh , kalau salah. Maaf !!

CPC - Setiap blog akan diberi CPC campaign once dah register as Nuffnangers. Tapi bezanya CPC dengan CPUV. CPC ni blogger yang datang visit blog kau yang akan click. Daripada setiap click tula kau akan dapat duit. Kalau ada yang datang tapi tak click ads tu. Kau tak dapat apa apalah. 

CPUV - Berbeza dengan CPC. CPUV ni ads yang advertiser bagi dekat kau. Tak payah nak click click macam CPC tu. Cukup sekadar ada blogger datang blog kau time advertisement tu tengah jalan. Daripada situ kau dapat duit. Dan nak dapatkan CPUV ni pun ada criteria dia. Refer gambar atas tu ye. Hahahaha

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harap cerahla explaination tak berapa nak explain ni. kkekekeke.


xoxo


Wednesday, January 29, 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta (Lyrics)

Assalamualaikum & Hello.

Aku rasa ramai yang dah dengar lagu Fynn Jamal - Arjuna Beta kan ? Kepada yang tak dengar lagi. Bolehlah dengar kat sini. Aku setiap kali dengar lagu Arjuna Beta , setiap kali tu juga meremang bulu roma. I can feel your love upon Juna Kokping. 

Siapa siapa yang pernah baca cerita Fynn Jamal dan Arjuna absolutely memang tertunggu tunggu nak dengar lagu ni. Efek lagi kuat bila sambil dengar tu terbayang bayang keletah si Juna tu. Haip. Omey omey. ^^

Arjuna beta.

Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
Datang petir menyambar--
Jengking dan ular–-
Bonda takkan berundur.

Nyamanlah arjuna beta,
Mimpikan yang indah saja,
Nanti bila kau buka mata,
Semua tak serupa.

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
Ambil yang sarat duri.

Hiduplah arjuna beta,
Biarkan jasad yang luka,
Selama tuhanmu ada,
Takkan engkau tercela.

Ngeri tak terbayang mata,
Bonda takkan ada sentiasa,
Nanti moga kau tak lupa,
Bonda memujukmu, anakanda.

Hiduplah arjuna beta,
Biarkan jasad yang luka,
Selama tuhanmu ada,
Takkan engkau tercela.

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa




Thanks for your time , love ya people.


p.s : kenapalah mak aku tak ada idea buat lagu gini untuk aku. erk. Hahahahaha.


xoxo


Book Review : Gantung - Nadia Khan

Assalamualaikum & Hello.

Aku dah lama tak buat review buku kan ? Bukan bermaksud aku malas baca buku ke apa. Hahaha. Baca tu masih lagi membaca tapi itulah dia , malas nak review. Kekeke. Please jangan marah eh. Tapi kali ni aku datang buat review balik untuk satu buku. GANTUNG by Nadia Khan. Publisher - Buku Fixi. 

Tips nak beli buku daripada publisher Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab dan others indie writer : Buat research dulu pasal buku yang korang nak beli (google help much nowadays). Sebab publisher macam Buku Fixi , Lejen Press , Terfaktab ni dorang takkan simply buat sinopsis the whole chapter of the book dekat belakang buku macam publisher lain. Semuanya dalam maksud yang tersirat , korang kena faham betul betul sebelum beli which is aku always tak faham. Sebab tu aku akan buat sikit research sebelum beli. Hihihi. Mudahkan ???


Orang nama Nadia ni memang tak pernah mengecewakan. Eh eh !! Macam masuk bakul angkat sendirik je nampak. Miahahaha. Okay okay serious. Nadia Khan , aku dah baca dua buku karya minah ni. Takde satu pun yang mengecewakan aku. Sumpah. 

Whole book ni aku boleh summarizekan pasal love and friendship. Tapi main dia friendshiplah. Friendship of 4 guys yang bersekolah lagi. Buku ni sebenarnya kalau korang baca betul betul , dia ada past and future. Watak watak dalam ni sebenarnya ada past and ada future. Mula mula memang korang takkan dapat detect , sebab location dia semua sama. Tapi nanti bila kemunculan Khalil you will find out the difference. Buku ni bukan buku saja saja. You need to use your brain , to think ! Siapa dia ni , siapa dia ni. Fun. Agak menakutkan juga. Sampai 2 malam aku tido tak tutup lampu. Kenapa ? Beli dan bacalah. 

From 5 star aku boleh bagi. 4.95. Amek !!! Again Nadia Khan buat aku impress dengan gaya penulisan dia. Even bersahaja , tapi sebenarnya dia ajak korang sama sama pikir dengan dia. Terbaik. Memang si Nadia Khan ni akan jadi favourite writer akulah gamaknyaaa.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kezen Nadia Khan ni satu office dengan aku tapi tak bermaksud aku bias nak puji tulisan kezen dia. ^^


xoxo


Wordless Wednesday : Stud !

Assalamualaikum & Hello.


Stud tu stud tu ! Haish. Y____Y.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok last day kerja. yeszzaa !!


xoxo


Tuesday, January 28, 2014

Monthly therapy aku bukan handbag , bukan kasut , bukan baju. Tapiiiii................

Assalamualaikum & Hello.

Setiap perempuan yang dah bekerja , yang dah merasa pegang duit sendiri , yang dah nampak duit asyik tergolek masuk akaun bank setiap hujung bulan. Mesti akan ada monthly therapy session. Setiap bulan nak therapy kau kan. Bajet bajet macam kerja stress sangatlah pun nak therapy bagai. Nak shopping tu cakap jelah nak shopping keeenn. Takyah nak guna perkataan therapy tu kekdahnya. Hahahahaha.

Dan monthly therapy aku bukanlah handbag , bukanlah kasut , bukanlah baju mahupun tudung. Yang tu semua bila aku ada mood nak beli dan tukar je aku beli dan tukar. Kalau tak ? Pakai jelah yang sama tu je. Mihmihmih. Bukan kedekut , bukan bajet. Tapiiii......................................



Aku lagi suka.............



Beli BUKU........



Seriously , walaupun aku ada banyak lagi buku yang tak habis baca. Yang tak start start baca pun ada. Tapi aku suka beli buku. Taktaulah apa yang best sangat tah bila beli buku ni. Hahahahaha. But , aku sangat satisfy bila dapat beli buku. Lagi satisfy bila dapat beli banyak banyak sekaligus. Miahahahaha. Beli buku boleh diclasifykan sebagai membazir dan boros tak ? Tak kan ? ^^

Macam semalam. Colleagues aku ajak dinner dekat JJ Maluri , aku ulang suara ajak dinner ye. Tapi dalam kepalotak aku dah nampak MPH Book Store melambai lambai. Hahahaha. Horror gila. Dalam kepala , aku dah pikir pikir dah nak beli buku apa. Bukan pikir nak makan apa ye. Tapi pikir nak beli buku apa. YaAllah.

Masuk masuk je MPH , aku pandang dulu dekat hotseller untuk minggu ni. Nak juga tengok buku apa yang hot untuk dibeli. Padahal dalam kepalotak dah ada dah list buku panjang berjela. Hahahaha. Tapi biasalah , cuci mata kata orang. Apa salahnya ye dok. 

Aku siap sempat doa lagi ok 'Minta mintalah buku Gantung Nadia Khan tu ada stok'. Over kaaaannn. Kekekeke. Sekali pandang ! In Stock. Kelam kabut okay lari pergi tengok dekat rak buku. Hahahaa. Bila nampak tu , terus sambar! Dah macam helang sambar makanan. Padahal bukan ada orang lain pun kat rak buku tu. Takut sangat orang amek buku yang aku nak tu. Mihmihmih.


Alhamdulillah !!! Dapat pun aku buku ni. Kau gilaaaaa. Banyak kali okay aku jejak MPH tu , duklah out of stock. Bila tanya staff MPH tu bila buku ni nak in stock , duklah dia cakap 'Tak tahulah kak'. Hahahahaha.

Apa korang ingat aku nak cari satu buku tu , satu buku je ke aku beli ? No way ! Wajiblah aku usung lagi satu dua biji lagi. Miahahahahaha. Aku dah cakap , aku tamak. Nak buat macam mana. Wan siap warning aku lagi 'Beli 2 3 jelah eh , bajet 50 je k syg'. Hahahaha. Ye bie , sayang beli 3 je ni tapi bajet lebih sikit. Hahahaha. Amek yang paling maksimum punya. Kalau dia cakap beli 3 4 , aku belilah 4. Wakakakaka.



Kenapa aku pilih Jangan Baca Novel Ini ? Sebab aku ada baca review , cakap buku ni best. Tapi from the cover , aku dah seram. Haaa acane ?? Kenapa aku pilih Ulu Yam di Liverpool ? Sebab aku ternampak dekat Instagram Fynn Jamal. Kau tau jelah kalau Fynn Jamal punya review. Daripada taknak beli , daripada taknak tengok , daripada nak beli taknak beli terus terbeli. Hahahaha.

So , nanti ada masa lebih sikit aku buat review ye. Aku ada 2 buku nak buat review , tapi tak buat buat. Maaflah !! Lately ni rasa malas nak tulis entry bermanfaat , yang mencarut lagi mengarut aku rajinlah. Ha sudah. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : disebabkan 3 novel ni , aku tutup novel english yang currently aku baca. hahahahaha.


xoxo


Food Review : TGI Friday , Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.

Rabu lepas aku bawa family pergi makan makan. Aku kasi Mama pilih sendiri dekat mana dia nak makan. Macam mana aku tak bagi dia pilih sendiri , dah bila aku bagi suggestion semua dia pangkah. Sabar jelah. Y__Y.

Akhirnya , ke TGI Friday Wangsa Walk. Dulu ktorg pernah makan dekat sini. But quite lama dah weh. Hahaha. Masa tu boss mama yang sponsor , kali ni anak dara yang nak kawen ni pula sponsor. Lalalalala.



Gambar cliche tiap kali pergi makan kedai makan yang mahal , yang ada tissue sendiri. Kau hado ?? Puas setting nak nampakkan juga perkataan TGI Friday tu.

Masa pergi makan makan ni pun Ayah taknak ikut. Satu , sebab dia tak sihat sangat. Dua , sebab dia tak boleh makan apa apa yang grill. Tiga , sebab dia pun memang kurang sikit western western ni. Selalunya pun dia cuit cuit ktorg punya je sikit sikit. TGI Friday ni pula memang nan hado benda yang boleh dia makan. Takkan nak bagi dia tengok je kan. Maka dengan itu , sebelum ktorg keluar tu aku belikan makanan untuk dia. Jangan pula yang ingat aku tak ingat apak aku. Tampor karang. ^^






1. Grilled Lamb - RM 36.90
2. New York Strip with Wild Mushroom Butter Sauce - RM 54.90
3. Sizzling Chicken & Cheese - RM 31.90
4. Garlic Marinated Grilled Lamb Chops - RM 51.90
5. Championship BBQ Chicken - RM 29.90 


Yang mahal mahal belaka tu semua adik aku yang order. Hahaha. Biasalah setahun belum tentu sekali kau  dapat ketuk kakak kau kaaannn. So , kita kasi chancelah. Mihmihmih. Aku punya yang terpaling murah tu , tapi terpaling banyak. Sampai muak , lalu tak habis. Setengah ayam ok !! Hahahaha. Seram pula membayangkan setengah ayam. Lol. :P


Dan minuman wajib aku , semestinya Lemonade. Harga dalam RM 9.90 seingat akulah. Hahahaha. Dorang yang lain punya order air semua pun nak yang termahal. Watermelon Spa la bagai. Dan dan nak spa sangat kaaannnn. Padahal tembikai tu campur madu je. Tsssk. Sentap.

Total damage ? Usahlah ditanya , kau kira kira jela sendiri. Barang yang lepas usah dikenang. Kekekeke. Oh ya by the way , siapa yang ada Membership Card Pinch of Salt. Bolehla dapatkan rebate 10%. Aku haritu dapat berapa tah. Tak hengat. Mihmihmih. Asyik lupa pun tak boleh juga Nadia weh.


Untuk maklumat lanjut , bolehla refer : Pinch of Salt. Aku tahu pasal Pinch of Salt ni pun masa makan dekat Bulgogi Brothers itu hari. Hiksss. Orang dah berpuluh ratus rebate collected , aku pula baru register. Apa pun tak boleh.

TGI Friday Wangsa Walk
Lot G02, Ground Floor, Wangsa Walk Mall
Wangsa Avenue, Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 4142 7366 / 016 – 2018594
email: usersupport@fridays.com.my

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Gantung by Nadia Khan , superb ! Padahal baru baca sampai chapter 5. :P


xoxo


Sunday, January 26, 2014

Laptop oh Laptop , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Jangan terperanjat , jangan terperanjat. Ye aku tahu aku jarang gila nak update entry time time weekend macam ni. Nak buat macam mana , laptop pun ada satu je dekat rumah. Dengan adik aku sibuk nak online pesbuk nak main poke poke. Hahahaa. Dengan uzur bebenor laptopnya teman kabor ke kamu yeop. Huish. Nak tulis entry pun boleh jadi meradang. Lain yang aku taip lain pula yang keluar dekat screen. Haaa camne tu. Tsskkk.

But today , aku menaip live from laptop uzur aku Compaq Presario V3000 yang mama belikan untuk aku dengan bayar ansuran lebih kurang 6 7 tahun yang lepas. La ni dah habes bayar la yeop. Dah boleh dah buat buat baling ke dinding tatkala dia heng meminta carut. Lol. 

Actually aku nak cari another laptop. Yang baru. Yang lama ni kita kasi jelah adik aku buat online pesbuk sambil tengok utube cara cara nak gedangkan badan. Puuuiii. Aca aca nak jadi abang gedang , adik aku yang bongsu sorang tu. Kekekeke. Korang ada suggestion tak brand laptop apa yang best sekarang ni ? Yang orang kata meletup letup kat pasaran ?? Kalau boleh nak yang warna warni. Muahahaha. Motip nak laptop kaler maler. Mihmihmih. Bosan sey 6 7 tahun pakai laptop kaler hitam ni jeh.







Perghhhh !!! Warna warni seyh. Geram je ahkak tengok dik non hoi. Haiz. Yang mana satu akan menjadi pilihan aku nanti ?? Ehem ehem ehemmmm. Dulukan masa zaman study ahkak suka tauuuu berhangan nak pakai laptop Vaio ni. Sampai satu tahap , tak dapat ahkak yang pakai. Ahkak cari boifreng yang ada laptop Vaio. Kau hadoooo ??? Kekekeke. :P

Tapi aku dengar cerita yang Asus sekarang ni brand yang agak tip top. Saja sajalah aku usha Asus ni ada tak laptop kaler merah. Nak jugek tau warna merah. Barulah merah membara semangat waja. Hamboiii. Aku pun Googlelah apa yang patut , sekali ni haaaa yang keluar.



Omo omo omooooo ! Pitam ahkak dik non. Sangat menepati citarasa ahkak hoi. Ini kalau dapat ni , setiap hari ahkak update entry. Sampai muak muak korang nak baca. Miahahahaha. Amacam cun tak ? Cun kannn. Macam warna air sirap orang kawen dah ahkak tengok dik oiii. Sesuailah dengan tema kita Getting Married Soon. Kahetannn. :P

Reason sebenar benarnya kenapa aku nak beli laptop ni ialah sebab aku join Jobdirumah. Baru join tapi dah berhangan nak tukar laptop bagai. Lol. Bukan apa , kalau join Jobdirumah ni aku dikehendaki buat kerja gunakan komputer/laptop. Maka dengan itu , adalah lebih baik aku tukar laptop aku siap siap sebelum aku mencarut tak dapat hantar job yang dioffer. Tak gituuu ?? Siapa siapa yang nak cari duit lebih , ala partime job gitu. Bolehla feel free klik : Jobdirumah. Registration RM 50 sahaja !! Sebarang pertanyaan boleh email aku dekat : nad301189@gmail.com. Aku join ni pun sebab nak try luck , nak kumpul duit kawen weh. Apa kau ingat duit datang tergolek masuk akaun bank ? ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : minta minta adalah rezeki aku sikit dengan Jobdirumah , tak banyak pun sikit jadilah. Amin. :)


xoxo


Saturday, January 25, 2014

Pencinta kucing , Meeoowww. ^^

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang suka kucing ? Eeerrr , yang tak suka ? Kalau tak suka kucing , kita tak boleh geng. Sebab aku pencinta kucing. Daripada kecik weh dah hidup dengan kucing , bila takde kucing rasa macam serba tak kena. Hukhukhuk. Sebab tu , kalau kucing aku mati mesti ada kucing ganti. Hahaha.

Dulu masa aku duduk dekat Kuantan , family aku pernah bela sampai berbelas ekor serentak. Yelah , dulu duduk rumah ada tanah. Ayah siap buat rumah kucing tau , bukan sangkar dah. Rumah 2 tingkat okay. Over gila kucing kucing aku duduk double storey. Aku pun duduk rumah setingkat je. Tsssk. Hahahaha. 

Asalnya dulu masa mama dengan ayah baru kawen , dorang ada bela sekor je kucing. Kucing kampung. Dorang selalulah cerita yang kucing tu pandai , kejut dorang bangun pergi kerja semua. Dah serupa alarm clock , tapi kesudahan kucing tu tak tahu pula aku. Mati barangkali. 

Bila dah mati , mesti ada yang ganti. Bela lagi kucing , orang kasi. Bawa pergi vet , terjumpa dengan sorang brader ni. Katanya dia nak pindah jauh. Oversea ke Sabah Sarawak tah , so takleh bawa kucing kucing dia. Katanya lagi kalau nak kucing , datanglah rumah. Maka pergilah mama , ayah dan aku ke rumah brader tu. Masa tu aku pun kecik lagi weh , apa pun tak tahu. Tahu tahu banyak anak bulu je. Hahaha. Semua minta digomol. Gggggrrr.

Amek kucing brader tu sekor and then kawenkan dengan kucing lain. Maka , ada banyaklah anak bulu aku. Macam macam keturunan ada weh. Ada parsi , ada siam , ada yang tak dapat dikenalpasti. Hahahaha. Tu yang sampai berbelas ekor sekali bela. Hahahaha. Macam macam nama ada. Ada gegirl , ada Sera , ada Frosty. Eh macam macamlah weh. Tak ingat aku. 

Tapi sekarang , dekat rumah ada 3 ekor je kucing annoying. Hahaha. Serious kucing yang aku bela sekarang ni. Annoying ! Rasa macam nak tarik je telinga kucing kucing tu. Hahahaha. Aku suka pegang telinga kucing bila telinga dorang sejuk. Hahaha. Best weh !! Siapa ada kucing trylah pegang pegang telinga dia , kalau sejuk tu feeling weh pegang. Kekekeke.







Ni kucing aku paling bongsu , nama dia Cici. Kucing ni kezen aku bagi. Asalnya pun dia amek dekat tempat kerja dia. Sebab katanya takut anjing makan. Yelah anak kucing kecik kecik ni kalau tak anjing makan , keretalah yang langgar. Sedih. Masa Cici datang rumah aku pun , dia kecik lagi. Still menyusu dengan mak dia. So , untuk gantikan susu mak dia aku sampai gigih pergi cari dekat Pets Wonderland susu formula ibu kucing. Mihmihmih. Kau ingat baby manusia je ke ada susu formula formula. Kucing pun ada ok. Right after amek Cici datang rumah , kezen aku bagitahu yang mak si Cici ni kena kokak dengan anjing. Perghhh ! Sakit betul hati beta. Y___Y.

Dalam tiga ekor kucing aku kat rumah , Cici ni yang paling annoying. Suka masuk bilik aku , lepas tu menyorok bawah katil. Memang idokle aku nak cari kau kat bawah katil tu. Muahahaha. Last 3 days , aku pergi kerja. Aku tak perasan yang dia masuk bilik and duduk bawah katil tu. Aku pun dengan selamba , tutuplah pintu bilik. Naseb tak kunci. Balik balik kerja tu adik aku cakap 'Kak ko pergi kerja ko kurung Cici dalam bilik eh?'. Hahahaha. Itu makan diaaaaa. Menyoroklah lagi ! Malam tu juga , masa aku dah ralit nak tido tetiba dia keluar daripada bawah katil. Bila masa kau masuk daaaa Cici weh !. :D





Ni nama dia Wiwi. Yang ni asal dia , kawan mama kasi. Masa dia awal awal datang rumah dia buruk je weh. Hahahaha. Bulu tak lebat macam sekarang ni , dahla perangai macam monkey. Panjat sana sini. Sekarang dah gemok kekdahnya , dia lepaskan tahta dekat Cici. Mihmihmih.Wiwi ni perangai dia dua. Satu , kalau kau pergi dapur. Dia pun dan dan nak sibuk minta makan , duduk dekat mangkuk dia sambil pandang muka kau. Selagi kau tak letak makanan dalam mangkuk dia , selagi tu dia dekat situ. Walaupun sebenarnya dia baru makan. Tsssk. Patut gemok. Dua , once kau sudah mandi. Kau jalan dari bilik air nak masuk bilik , dia dah kelam kabut lari ikut kau kat belakang. Hahahaha. Kadang kadang sampai tergelincir , licin punya pasal. Perangai perangai. Bila dah kasi masuk bilik , itulah lagak dia. Berbaring santai dekat atas katil , lagak macam ada share sekali beli katil tu. Puiiii. Tapi Wiwi nila yang selalu teman aku bila aku tengah layan korea , tengah baca novel. Mesti dia ada menempel atas katil tu. 






Yang ni yang ketiga , yang paling aku tak sayang. Kekeke. Sebab dia suka benor cakar aku , apalah dosa aku dengan dia ni. Nama dia Kiki. Kiki ni ayah jumpa dekat bawah blok , ayah kata ayah jumpa dia duduk dekat motor ayah. Tu yang ayah bawak dia naik atas. Kucing jalanan jadi kucing rumah , tu yang keje nak baham kaki aku je. Menyampah ! Hahahahaha. Aku suka Kiki ni bila dia datang mood nak mengawan je , sebab dia suka gesel gesel and dia tak cakar aku. Kalau tak , konfem berdarah darah kaki tangan aku dibuat dia ni. Kalau lambat bagi makan sikit , cakar. Itu jelah modal insan dia Haktuih. Hahahaha. Aku sampai takutlah nak jalan depan muka dia. Kang kena sambar. Miahahahaha. Selalu kalau aku jalan , dia jalan. Aku tetap bagi dia jalan dulu. Hahahahaha. Ni bukan respek kekdahnya adik adik. Ahkak takut dik non. :P


Inilah lagak mereka dalam rumah , tergolek ikut mana dan. Blocking jalan pun , ada aku kesah ?? Mihmihmih. Even kucing kucing ni annoying much , tapi kalau mati kalau hilang. Meroyan okay !! Buat buat kerja pun boleh nanges. Psiko !! Dulu pernah dah hilang sekor tapi bukan 3 ekor ni. Yang batch lain. Aku dengan adik aku sampai print posterlah weh tampal kat block. Hahahahahaha. Siapa tak sayang kucing woi ! Selagi tak jumpa , selagi tulah melalak lalak macam bodoh. Pergi sekolah bengkak biji mata , bila member tanya :

M : Kau asal , bengkak mata bagai ? 
N : Kucing aku hilang weh.
M : Larh , kucing je pun.
N : Kucing je pun , kau takde kucing kau tak tau. *emo*

Tapi serious , siapa yang tak bela kucing yang tak suka kucing takkan rasa apa apa. But once kau tu pencinta kucing. Apa jelah jadi kat kucing kau , kau takut. Aku , kucing muntah ke mata sakit ke mata sepet sebelah ke nafas turun naik lain macam ke. Aku dah gabra tahap 7 petala langit dah. Bagi aku , kucing ni pun dah macam ahli keluarga aku. Tak boleh apa apa pun jadi dekat kucing aku.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Kata orang , siapa yang suka kucing ni hati dia lembut. Ye ke ???


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah