Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, February 28, 2014

Boleh cashout Nuffnang dah !!! Yaiyyy !! ^^

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah , hasil titik peluh membebel , merepek , meraban dekat blog ni akhirnya membuahkan hasil bila butang cashout Nuffnang aku dah muncul. Yaiyy !!! Itu tandanya boleh dah cashout duit dalam Nuffnang aku tu. Hip hip hooray !


Ni first time aku nampak butang Cashout dekat bawah jumlah earnings tu. Selama ni tak pernah tahu pun. Yelah jumlah pun tak layak nak cashoutkan. Hahahaha. Alhamdulillah , rezeki nak kahwin kot. Dah cukup dah untuk cashout. Tapi , aku pilih untuk tak cashout lagi buat masa ni. Simpan dulu. Kalau dah cashout kang aku boros. Laju je nak guna kat tempat tak patut. So , duduk elok elok dalam Nuffnang tu dulu ye cik earnings. Kita kasi kumpul sikit lagi eh. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : lama tak nak process kalau aku nak cashout ? aku ada baca macam berbulan juga. Y__Y


xoxo


Wednesday, February 26, 2014

Rombongan Cik Sarah ke Tesco Ampang

Assalamualaikum & Hello.

Sebelum aku buat entry full pasal bridal shower dekat The Ascott tu , aku nak cerita dulu time ktorg shopping groceries nak cilok bawa masuk bilik hotel. Mihmihmih. Bukan apa , kalau aku sekalikan dalam satu entry , sure entry tu panjang berjela jela. Serious.





Yang tukang snap gambar (Rina) stress je sebab aku dengan Sarah sibuk gerak sana gerak sini. Lalu menghasilkan gambar yang blur. Miahahahaha. Lepas tu semua muka aku acah acah serious macamlah selalu beli barang dapur. Kalau Sarah tu yela kot selalu beli barang dapur. Mihmihmih. Propa je lebih. Dahla beli capsicum pun sebiji je. Nak pergi timbang pun segan. Lol !



Haaaa buat perangai buat perangai. Siapa cakap pergi Tesco beli groceries tu tak fun ? Fun okay ! Unless kalau kau pergi sorang sorang. Motip plak kau nak selfie selfie dekat tempat ikan tu kan. Kahkahkah. Mau ada yang ikan tu kena libas dekat muka korang. Mihmihmih.


Inilah dia orang yang diberi tanggungjawab untuk snap gambar gambar yang blur dan acah acah candid itu. Nampak macam banyak je barang ktorg beli tu kan ? Eh taklah. Tak banyak pun. Masih layak untuk beratur dekat lane 'Kurang daripada 10 barangan'.


Apa yang ktorg nak masak (dibaca : Sarah yang masak) untuk dinner bridal shower ? Teka teka. Jawapan hanya diterima bagi yang tak tengok instagram Aku , Rina ataupun Sarah sahaja. Hahahahaha. Siapa yang dah tengok instagram tu diam diam eh. Jangan jawab. Gittuuu ! Apa kau ingat ni Giveaway ke apa orang nak kena main teka teka. Lempang sekali. Dussshhh. Eh tu lempang ke tumbuk ? Whateverlah ! Kbaiiii.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak layan Heartstrings malam ni , lalalalala. enjoy ! ^_^


xoxo


Wordless Wednesday : Jung Yong Hwa

Assalamualaikum & Hello.



Jung Yong Hwa - Boifreng ahkak !! Jangan rebut rebut. Pergi pilih yang lain dalam CN Blue tu ye. Yang ini ahkak yang punyaaaa. Hahahahaha. Nak layan Heartstrings semalam , tapi boleh bantai tido. Bengong. Malam ni kita sambung. Aja aja fighting !!! ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa sini layan korean drama. meh sep sikit.


xoxo


Tuesday, February 25, 2014

Asal pergi IKEA je berangan , Asal berangan je pergi IKEA

Assalamualaikum & Hello.

Jumaat lepas aku dengan sengaja apply cuti , padahal hakikatnya yang sebenar sebab nak pergi bridal. Tapi memandangkan ktorg dah pergi awal bridal tu haritu , so takpayahlah pergi lagi. Muahahaha. So , lets berjimbalah ceritanyaaa. Yaiyyy !! ^^


Dah namanya pun keluar hari Jumaat , Wan dah tentu tentu wajib pergi sembahyang Jumaat kan. Maka dengan itu aku selfie selfie la dalam kereta. Lepas sembahyang Jumaat dekat Masjid Negara baru ktorg gerak pergi Ikea. Pergi Ikea pun sebenarnya sebab nak beli hadiah untuk exchange gifts. Ngeee ! (Jangan ditegur perut yang buncit tu. Aku memang saja buncitkan. Kalau pregnant takdelah meregang sangat. Kahkahkahkahkahkahkahkah).




Memandangkan sooner or later nanti nak kena pergi cari bedroom set. So , ktorg pun usha usha mana yang patut. Lepas tu berangan. Miahahahahaha! Bodo ni. Berangan jela keje kau laki bini (dibaca : tunang tunangi. eh ada ke tunang tunangi ?) kalau macam ni. Siap bergado -- 'Ala kita suka yang ni'. 'Tapi bie suka yang ni'. 'Hitam ke putih'. Eh eh eh ehhhh. Memang kita datang Ikea haritu tu dengan duit berkodi kodi. Lol. :P


Dah puas berangan , kita posing posing feeling feeling dulu. Lepas tu baru boleh gerak balik. Gituuu ! Padahal beli barang tak sampai bape ringgit pun. Kahkahkah. Dan memandangkan memang tak ramai orang on weekdays ktorg dua orang pun sempat register Ikea Family. Kemain ! Mula mula ingat nak kongsi je kad. Tapi biasalah aku kan tamak. Nak kad untuk aku juga. Kekekeke.


Nah ! Last but not least. Kami dah sampai pergunungan Alps. Hahahahahahaa. Tetibaaaa !!! Lokasi dekat mana ? Adalah. Rahsia. Nanti kalau bagitau , korang sebok je nak datang dan feeling feeling dekat pergunungan Alps. So. Tak boleh bagitahu. Lalalalalala.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : marilah bekerja. sikit lagi aku nak install software dalam badan. aku kan robot. tsssk. Y__Y.


xoxo


Monday, February 24, 2014

Teaser : Bridal Shower 3 Queen ! ^^

Assalamualaikum & Hello.


Tak sempat nak buat entry panjang , sangat busy. Mana dengan sakit kepala macam nak pecah. Mana dengan OT wajib. Ooiiiii , sikit lagi boleh MC kalau macam ni jawabnya. Tssskkk. Tunggu aku ada masa nanti aku buat full entry ye. Tungggguuuuu tauuu.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : lagi 30 minit nak balik , perghhh ! kepala wa da ting tong ni bhaiii.


xoxo


Wedding Faizul & Nabilla - Ampangan

Assalamualaikum & Hello.

Ni cerita weekend lepas , bukan weekend semalam nu ha. Another weekend sebelum weekend semalam. Haaa banyaknyaaa perkataan weekend. Mohon fahamlah ye. Hahahaha. Cerita orang kawenlah seperti biasa. Bila umur dah menginjak 25 ni , asyik pergi orang kawen jelah ceritanya.


Sebelum pergi orang kawen , sempat jugalah pergi basuh kereta dulu. Wan la kecoh nak basuh kereta , aku follow je. Naseb baik pengantin berarak pukul 2 petang , bolehla sampai ngam ngam kan. Pengantin ni bukan kawan aku tapi kawan tempat kerja Wan. Tapi budak lelaki ni pun bukan selalu datang kerja. Kahkahkah. Manjang EL , MC segala. :P



First time weh pakai baju tunang selepas tunang. Dah tak tahu sangat nak pakai baju apa kan. So , mari kita pakai baju tunang kita pergi wedding orang. Yeay ! Hahahahaha. By the way , jangan tertipu dengan kulit muka aku yang halus gebu ituuuuu. Camera 360 semata mata. Muahahaha.


Ha ni baru warna kulit yang asal. Kahkahkah. No filter. Gituuu ! Hiksss. Selamat pengantin baru Faizul & Nabilla. Semoga kekal hingga ke Jannah. Congrats to both of you.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : not feeling well , tsssk. Y__Y


xoxo


Thursday, February 20, 2014

Besfriend kita dah tukar status sama dengan kitaaaa , peewwwiiitttt !

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah. Besfriend aku (dibaca : dayah tapi aku panggil dia Yaa tak pun katik. hahahaha) yang sorang ni pun dah bertunang juga. Yaiy ! Dah sama sama status dah masing masing. Kurlassss. Beza birthday aku dengan dia dahla 2 hari je , beza hari tunang pun 2 bulan lebih sikit je. Hiksss. Sebok je tiru. Lol.



Nak dijadikan cerita , Sabtu masa dia bertunang tu aku kena kerja. Deym ! Tak dapatlah nak jumpa and takut takutkan dia. Hahahahaha. Ingatkan lepas kerja tu terus nak pergi Shah Alam , kot kotlah sempat kan. Sebab majlis start pukul 12 lebih juga. Tapi , aku terpaksa dahulukan pergi block date dekat bridal. Hahahaha. Bukan kau tak penting Yaa , tapi bridal tu pun sama penting. Miahahaha. Janji aku datang ok !

Sampai sampai je terus gelak besar aku tengok dia. Tak sangka yang dia jadi tunangan orang. Wakakaka. Kalau orang lain tak percaya aku dah tunang , haaa macam tu jugalah aku tak percaya bestfriend aku yang sorang ni dah tunang. Hikssss. Mana taknya , dulu dia dengan tunang dia ni berapa kali gado besar siap break. Tapi tulah orang kata -- Kalau dah jodoh tak ke mana. Gittuuuuu. Tunang bestfriend aku ni pun bukan orang lain , budak sekolah aku. Kelas je lain. Dorang kenal pun masa ktorg sama sama dekat UiTM Seri Iskandar dulu. Kecik sangat dunia kau Nadia. Pusing pusing situuuuu juga. ^^

Apa apa pun tahniah tu both of you. Tapi please jangan potong queue kawen eh. Kau beratur belakang aku. Bagi aku jalan dulu. Jangan tamak Yaa. Tak baik dow tamak tamak. Hahahahaha.



Masa aku on the way datang Shah Alam tu aku sempat juga roger Piqa kotlah kalau dia ada masa terluang untuk dibuang dengan aku and Dayah. Yelah dah berkurun kot tak lepak sekali. Kalau jumpa Piqa kadang kadang tak jumpa Dayah , jumpa Dayah kadang kadang tak jumpa Piqa. Asyik tak cukup korum je. Tssskkk. Dan haritu memang rezeki aku , dapat juga ktorg 3 orang jumpa and lepak sekali walaupun tak lama.

Aku sampai sangguplah suruh Wan drive sorang pergi PKNS , aku dengan the girls follow belakang. Kehkehkeh. Maaflah ye encik tunang , kita jarang jumpa bestfriends kita ni. Hiksss. Pergi PKNS pun sebab Wan duk sebut 'Cheese Tart , Cheese Tart'. Kang kalau tak dapat kang mengidam sampai sudah kan.



Aku tak ramai kawan perempuan yang betul betul rapat dengan aku. Tapi ini 2 orang memang kamceng dengan aku. Daripada dulu sampai sekarang. Zaman study dulu , 3 orang ni la yang suka buat perangai nak overnight la nak pergi Teluk Batik la. Tah pape tah. 3 orang ni jugalah yang dah langgar sekor anjing sampai mampos masa on the way balik kampus daripada Lumut. Kahkahkah. Lawak !! Too many things to be shared. Banyak sangat.

Siapa cakap dalam pada boleh senyum boleh gelak macam ni bermaksud ktorg tak pernah gado ? Aku dengan Piqa yelah tak pernah gado. Foreber baik baik je. Dengan Dayah ni , tak payah cakaplah. Gado sampai tahap claim balik eh setiap perbelanjaan yang dia keluarkan. Biadap. Hahahaha. Masa kawan kawan kau cakap 'Takpe , aku bayar. Aku belanja'. Bila tak kawan , kau tuntut balik eh ? Kuajaaaaa. Hahahaha. Tapi tulah , gado macam mana pun -- baik juga akhirnya. Ngeeee ! ^^

Ehhh ! Ni nak cite pasal friendship ke pasal engagement day dia ? Arghhh ! Lantak. Entry campur aduklah sekali sekala. Miahahaha. Lagipun takde gambar masa dia tunang , so takyah cite banyak banyak. Boleh gitu ? Lalalalalala. Suka hati akulah blog aku. Kekekeke. Seriously tak puas lagi nak lepak lepak dengan korang 2 ketul. Takpe , nanti sebelum aku kawen kita pillow talk dulu puas puas okeh ??? I love you both to the moon and back (nak juga guna sentence urban gini. gasak).

Nota kaki : dia bukan Uqasha Senrose. hahahahahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nanti ada masa aku story pasal bridal aku pilih untuk wedding aku & wan eh. 


xoxo




CPUV 4 2014 : Ikea February Sales 2014

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah. Syukur syukur. Murah rezeki blog picisan aku ni diawal awal tahun. Pagi ni aku buka Nuffnang , ternampak satu lagi ads masuk dalam list On Going. Alhamdulillah. Terima kasih banyak banyak Nuffnang. Kalau macam ni , kan bagus (dibaca : simpan niat nak menduakan Nuffnang buat masa ni). Kekekeke.


Kebetulan nak ajak Wan pergi Ikea besok , dapat pula ads daripada Nuffnang untuk Ikea February Sales 2014. Makin tambahlah teruja nak pergi sana. Ewah ! Alasan kauuuu. Hikssss. As usual , kalau ada ternampak ads ni -- click clicklah ye. Menabungkan amalan mulia. Muahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini last day keje , esok aku annual leave. gasak ! :P


xoxo


Wednesday, February 19, 2014

NadiaWanEday : Makeup

Assalamualaikum & Hello.





Actually aku takde gambar close up yang nampak makeup aku berapa inci. Miahahaha. Bagus juga tau , kalau ada close up silap haribulan tak nampak makeup --- nampak peluh jantan je. Lol. Mihmihmih. Aku pun takde gambar yang tengah makeup since aku makeup dekat rumah and event berlangsung dekat rumah atok aku. So , yang ada hanya hasilnya sahaja. Alah korang macam tak biasa tengok muka aku takde makeup kan. Pfftttt.

Orang yang bertanggungjawab mencantikkan aku dan memakaikan bulu mata pelesu (bulu mata ai , ai beli sendiri ok. bukan seponsor macam che ta. kbaiii) masa aku bertunang haritu tak lain tak bukan colleague aku sendiri. Sebab dulu dia pernah makeupkan aku untuk annual gala dinner masa company tripdekat Phuket. Cantik. So , kali ni aku taknak pikir banyak. Aku minta dia tolong aku. Ngeee !! Tapi colleague aku ni tak buka business mengandam orang ye. Maaf. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : pageview 1k semalam , wah ! terima kasih korang korang. :)


xoxo


CPUV 3 2014 : Visa Travel Happy

Assalamualaikum & Hello.

Buka buka Nuffnang harini ternampak satu lagi CPUV masuk. Alhamdulillah. Rezeki datang dari Allah dalam pelbagai cara ye dok. Terima kasih Nuffnang sebab masih lagi bagi iklan untuk blog aku walaupun aku ni nak update blog pun ikut kadar kerajinan. Miahahahaha.


So , siapa siapa yang blogwalk dekat blog aku ni kot kotlah ternampak ads ni tengah berjoget riang ria korang click clicklah sikit eh. Hahahaha. Kesian ads tu kalau takde orang nak click dia. Nak harapkan aku yang click , kalau tak dikira fraud --- aku dah click dah weh. Kekekeke. 

Macam tahu tahu je yang aku berniat nak mendua tigakan Nuffnang ni , dan dan dia kasi ads. Pandai pula tu , pilih Visa Travel Happy. Mentang mentang kita kerja travel agency. Bodek eh ! Haippp. Biasaaaaa dia. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : ayah tanya 'hari hari ke kena ot skrg ?'. jawab aku 'aah yah , hari hari'. ^^


xoxo






Tuesday, February 18, 2014

NadiaWanEday : Photography Session

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Entry ni pun banyak gambar juga , kalau agak slow. Maaf.

Bila dah official jadi tunang Wan tu , barulah hilang peluh peluh jantan aku weh. Miahahaha. Barulah ada selera nak makan , nak tangkap tangkap gambar dekat atas pelamin. Kalau tak , sebelum tu kemain taknak naik atas pelamin lagi. Miahahahaha.





























YaAllah betapa malasnya nak tulis caption untuk satu satu gambar. Hahahaha. So , korang tengok jelah ye aksi masing masing bila camera dah dihala depan muka. Masing masing macam kena rasuk je bila nampak lens camera. Kahkahkah.

Official photographer yang aku hire untuk rakam setiap detik manis , pahit , kelat sepanjang majlis berlangsung ialah HAFIFIHADI. Official photographer ni Wan punya contact. Aku hire dia untuk 5 hours include outdoor session tapi Wan pula ada hal , so cancel outdoor session. Sentap. Apa je lagi yang aku dapat ? Aku dapat CD & storybook tapi for now storybook belum dapat dapat lagi. Katanya kedai printing tu ada problem. So , tunggu jelah yeeee. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : semalam boss aku OT sekali , harini takde dah ? Hahaha. Sehari je boss ? :P



Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah