Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, March 31, 2014

Engagement Day Syazreen + Mohd Noramin

Assalamualaikum & Hello.

29 March 2014 telah berlangsungnya majlis pertunangan bakal adik ipar aku dengan pasangannya. Actually majlis ni last minute plan , maka dengan itu habes segala benda jadi kelam kabut. Daripada decoration hantaran , decoration pelamin sampailah ke baju aku dengan Wan. Semuanya last minute. Tsskkkk.


Hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki. Haaaa nampak familiar kan bunga bungaan atas dulang tu ? Kahkahkah. Mak Wan recycle je bunga bungaan yang aku kasi untuk hantaran ktorg haritu. Yelah , dah lagi 3 hari nak tunang baru nak bagitahu. Ini makan diaaaaa. Go green ! ^^


Hantaran daripada pihak lelaki. Aku tengok sirih junjung dengan desserts tu cam sepesen je. Ni mesti tempah dekat tempat yang sama ni. Kantoiiii. Hahahahaha.


Perbincangan antara dua belah pihak , perghhh !!!! Lama gila vavavava. Aku daripada duduk dekat depan tu sekali sampai masuk bilik siap tergoleklah barulah dorang dorang ni habes bincang. Muahahahaha.

 


Masa disarungkan cincin merisik and cincin bertunang. Masa berbincang tu dorang tunjuk/tengok cincin cincin. Aku pun kepochi , panjangkan leher -- nak tengok sama. Lepas tu lari masuk bilik.

Me :  Dik , besar weh batu cincin tunang kau , kalah aku punya.
Adik : Serious ke ? Orang tak tengok lagi. Mak Amin yang beli.
Me : Larh seriouslah , buat apa aku tipu. Besar. Tunggg ar.
Adik : Weh neves. Hahahaha.


Future Father In Law Aku + Future Sister In Law Aku + Future Mother In Law Aku.


Future Mother In Law Reen + Adik + Future Mother In Law Aku. Amboii. Future saja ayat sekarang. :P



Future family Reen ! Hidup Banting. Tetibaaaa. Hahahahaha.


Reen + Encik Tunang. Untunglah dah ada Encik Tunang juga. Muahahahaha. All the best to both. ^^




Last but not least , kenalah ada muka aku. Miahahahah ! Tak gunalah aku beli baju baru yang cantik iteewww kalau takde muka aku dekat dalam entry ni kan. Kahkahkah. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak survey kain untuk baju nikah , lalalalaala. ^^


xoxo



Putrajaya International Book Fair 2014 : Bookerville

Assalamualaikum & Hello.

Fuuuhhh !! Fuuuhhh !! Berdebu weh blog. Kahkahkah. Ni blog ke rumah hantu ni. Miahahahaha. Sorry , last week mood tak berapa cantik sangat. Nak transfer gambar malas , nak tulis entry malas , nak blogwalking malas. Semuanya malas. Apa nak jadi Nadia oiii ? Traffic merudum dengan jayanya. Tahniah. Y___Y.


Siapa yang sempat pergi book fair ni haritu ? Aku mulanya ingatkan tak dapat pergi , yelah busy weekend kan. So , orang kata macam pasrah jela ternampak poster - bunting - banner segala. Huwaaaa. Tapi on the 22nd tu , dapat juga pergi. Kebetulan nak pergi rumah Wan dekat Putrajaya. Kalau dia tak bawa aku maknenya tempah balalah tu kan. Hahahahaha.

Dan disebabkan few days before tu aku ada ternampak post Lejen Press yang menunjukkan location dorang dalam PICC tu , tanpa berlengah -- 22nd tu terus aku tuju ke location tersebut. Tak kuasa aku nak tawaf satu hall tu. Dahla ramai orang , jadi kita beli apa yang kita nak beli jelah ye. Senang. Tak sampai sejam dah settle beli buku dan keluar daripada PICC. ^^





Actually aku nak cari buku lain , tapi takde pula. Ni je antara yang ada. Bak kata Wan 'Dah bersesak macam ni , kalau tak beli. Siaplah'. Errkkk ! Tanjat gegirl okay. 'Baiklah kita beli ye , kita beli. Nanti kena marah'. Terus laju laju pilih buku yang ada je. Tak boleh memilih , nanti tak beli kena marah pula. Hahahahaha. Alasan ! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : rina , sila puas hati. kita dah update blog dah. :P


xoxo


Saturday, March 22, 2014

1st Giveaway by Puan Husna

Assalamualaikum & Hello

Dulu aku rajin juga join giveaway giveaway yang dianjurkan olah para blogger dekat luar sana , tapi since sekarang ni aku nak berak pun takde masa -- maka aku terpaksa untuk stop sekejap. Dan harini aku comeback untuk join 1st Giveaway by Puan Husna dengan niat nak support bestfriend aku yang sorang ni. ^^


Kebetulan pula GA Una ni takde banyak syarat , semudah ABC lah nak join. Takat buat 1 entry , apadahal ! Kekekeke. Demimu kakak , aku sanggup tahu luangkan masa sikit. Sila terharu.

Kau minta cadangan ye kakak , ni cadangan aku - Sila kurangkan TYPO ! Arghhh kauu , daripada SMS -- Whatsapp merata kau punya TYPO. Ni dekat blog pula kau lebarkan sayap , sekeh kang !! Hahahaha. Sebelum kau publish entry tu -- baca banyak kali. Tengok ada tak ayat yang kau taip tu buat orang confuse or ada tak TYPO (memang ada punya , jangan kelentong aku. aku perati je kau ni. kekeke.)

Sekian itu sahaja , please jangan pilih aku jadi winner. Sebab ai always be a winner in your heart. Muahahahaha. Kasi chance orang lain menang -- aku join untuk support kau je. Love you sista ! ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa yang belum join tu pergi join cepat , pergi pergi !


xoxo


Sudoku -- always be my favourite

Assalamualaikum & Hello.

Sudoku (Bahasa Jepun: 数独 , sūdoku) , kadangkala dieja Su Doku , adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat.

Matlamat permainan kanonikal ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. 

Untuk menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya. (sumber : Wikipedia)


Siapa dekat sini yang suka main Sudoku angkat tangan. Aku adalah seorang Sudoku addict. Aku mula main Sudoku ni pun masa zaman sekolah , tahun 2005  tak silap. Tu pun selepas ex boifren ajar main. Miahahaha. Kalau tak sebelum ni memang tak tahu kejadah apalah Sudoku ni. Asyik nampak dalam suratkhabar je , tapi tak pernah try nak main. Yelah , dah tak tahu. Takkan nak pakai taram je ye dok.


Perangai Sudoku addict ni aku terbawa bawa sampailah dekat UiTM dulu. Sentiasa ada dalam beg aku , kadang kadang buku kuliah lupa bawa -- Sudoku tetap ada. Kekeke. Dan selalunya masa lecturer mengajar dekat depan , aku dekat belakang sebok uji IQ aku. Miahahahaha. Especially kelas Ekonomi yang mengantok gila tu. Lol !

Sampai kawan kawan kelas aku pun dah faham sangat dah dengan perangai aku yang satu ni. Aku suka beli buku Sudoku , kadang kadang buku satu tak habes buat lagi -- aku dah beli lagi satu buku. Kekekeke. Seronok ! Aku ada banyak koleksi buku Sudoku ni -- tapi tah mana aku campak tah. Nanti aku tangkap gambar aku upload dalam blog ni ye. 

Kenapa aku pilih untuk main Sudoku ? (sumber SINI)
  • Sudoku brings a sense of calm and order
  • Sudoku might help your brain stay healthy
  • Sudoku provides an escape
  • Sudoku is fun for all ages
  • Sudoku can help get rid of “earworms.” 

So , kepada korang korang yang belum start main tu -- apa kata belajar main Sudoku ni. Tak susah mana pun. Seriously. Kalau aku yang bengong bengong ni pun boleh main apatah lagi korang yang bijak pandai dekat luar sana tu kan. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku kembali menjadi Sudoku addict - parah !


xoxo


Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.

This is the reason why kenapa aku tak update blog on Tuesday & Wednesday. Aku on leave. Teman ayah dekat IPR buat first chemo. Aku ni tak tahula spesies loser ke apa , aku ingatkan chemo ni macam fisioterapi. Kekekekeke. Duklah aku bayangkan ayah kene berlatih jalan bagai bagai. Lol ! Rupanyaaaaa. Masukkan ubat chemo je. Tssssk. 

For the first time , chemo dia hanya ambil masa 2 jam je. For next one will be 12 hours. Mengikut yang doctor cakap dekat mama -- mama cakap dekat aku. Miahahaha. Next will be 8 days lepas daripada yang first (Selasa/Rabu next week). 



Tercongok dekat hospital adalah benda yang sangat tak fun. Aku ni pula memang spesies tak suka masuk hospital. Walaupun tak bau ubat -- tetap aku cakap ada bau ubat. Miahahaha. Padahal sebenarnya aku takut tengok pesakit pesakit kat situ. Yelah , kita sihat walafiat. Dorang pula terbaring sebab sakit. Macam tak fair. So , aku tak suka. Boleh ?

Hari first aku berkampung dekat IPR tu dengan Mama & Wan. Ayah pun masa tu belum dimasukkan air or ubat lagi. Kira macam short escape pula dah , baring baring relek relek makan buah atas katil sambil baring. Boleh ? Dah tersedak baru reti makan sambil duduk. Ayah oooo ayah. ^^

Second day , aku datang dengan mama je -- Wan kerja. Second day baru nurse tu masukkan ubat chemo dan masa nurse masukkan ubat chemo tu keluarga tak dibenarkan dekat dengan pesakit sebab ubat chemo tu ada bahan radioaktif. Tapi kalau nak dekat tu -- atas risiko diri sendirilah ye. But kalau ibu mengandung memang dorang tegah terus. Takde kasi chance kasi chance dah. Huhuhu. Maka dengan itu , aku dengan mama pergi pusing pusing dekat area Restoran Haslam -- cari cari buah , roti. Aku beli buku Sudoku -- sebab da boring tahap gila dah dekat situ. 


A little knowledge yang aku dapat masa second day tu. Process chemotherapy itself. Mula mula , nurse akan masukkan air + ubat tahan muntah -- lepas tu ubat chemo -- masukkan air balik -- ubat chemo lagi -- masukkan air and done for the day. Boleh balik dah lepas tu. 

Kesan chemo ? Bila ayah discharge keesokan harinya , memang nampak dia okay. Berselera makan semualah. Siap boleh buat peace lagi. Mampu ? Kekekeke. Tapi the next day (Jumaat) -- dia dah mula sakit sakit badan , gatal gatal , muntah muntah and tak selera nak makan. Huhuhu. 

Jenuhlah aku dengan mama paksa suruh minum air. Dia boleh jawab :

'Eh dah minumlah tadi , nak minum bape banyak lagi'. 

Hurh. Nak marah ayah. Tapi degil , hish. Lepas tu sebok cakap :

'Gatallah , luka doh ayah garu garu'.

Bila kita kata jangan garu -- letak minyak angin , dia kata :

'Huh , mu dok rase. Mu dok tahu. Gatal. Aduh aduh aduh'. 

Nak cakap apa lagi ? Cakap banyak kang gadoh. Gggrrrr. So tolonglah dia garu garu sikit. Tu pun kena marah lagi. Gggrrrrr. Serba tak kenalah , tapi layankan jelah. Sebab ramai orang kata kalau lepas chemo ni pesakit tu akan jadi much more sensitive. Yelah dorang tengah sakit kan. Kita yang tak rasa ni manalah nak tahu. So , ikutkan jelah labu. 

Get well soon ayah. Akak sayang ayah ! ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : to those yang mendoakan ayah aku cepat sembuh , thanks a lot. Muah muah ! ^^


xoxo


Friday, March 21, 2014

CPUV 8 2014 : DiGi - Project Red

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah , alhamdulillah. Rezeki tekan butang cashout pagi tadi. Tengok tengok masuk satu lagi ads. Kali ni ads DiGi - Project Red. Macam tahu tahu je tuan blog ni suka warna merah. Pandai dia buat ads Project Red ye. Hiksss. Thank you Nuffnang ! ^^


Semoga lepas ni blog aku ni akan kerap dicurahkan dengan ads ads macam ni. Barulah takde niat nak berpaling tadah tukar advertiser company yang lain. Kekekekeke. Alhamdulillah , syukur. 4 ads yang masih on going. Kalau kalau korang ternampak tu , macam biasalah. Click click tabung kahwin aku tu ye. Semoga rezeki korang dimurahkan. Amin. Thank you korang.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : first time buat cashout , tak sabar nak tunggu cek sampai. kekekeke.


xoxo


Thursday, March 20, 2014

Nikah dulu -- Sanding kemudian ??

Assalamualaikum & Hello.

Memanglah nikah dulu , sanding kemudian Nadia oi. Tapi actually is it okay kalau dinikahkan awal berbulan bulan dan kemudian baru buat majlis sanding ?? Hurm. Bagi aku macam normal je sebab aku tengok lately ni banyak pula orang yang buat macam ni.

Nak dijadikan cerita , mama nak suruh aku nikah awal. Katanya senang , tak kelam kabut since kalau mengikut plan asal aku -- aku nak nikah and sanding dalam satu hari yang sama. Which is memang akan kelam kabut teruk punya. Kekekekeke. ^^

Apa pendapat korang ? Okay ke kalau dinikahkan awal dan buat majlis di kemudian hari ? Bila bincang dengan Wan -- dia pun cam terkejut , yelah kenapa nak diawalkan pula kan. Tapi bila aku pikir pikirkan balik , okay juga. Atleast senang nak bergerak nanti untuk settlekan hal sanding. Tak payahlah aku seret mama & ayah untuk tolong aku settlekan hal berkaitan. Ye ke idok ?

Mungkin juga mama pikir daripada segi kesihatan ayah juga. Yelah , banyak benda dia nak kena pikir. Atleast kalau aku dah nikah , dah selesai dah satu hal. Bolehlah dia focus nak jadi nurse untuk ayah je. Pasal aku -- dia dah boleh let go -- almaklumlah dah ada laki. Hekssss. Gatal ! :P

Mama siap cakap tak payah ada hantaran semua. Senang katanya. Tapi aku - sedih. Hahahaa. Tapi tetap aku nak adakan juga beberapa dulang. Dalam kepala aku dah terbayang macam macam dah. Kekekeke. Yelah nanti kang orang ngumpat pula -- aku nikah takde hantaran. Mulut orang ni bukannya boleh percaya -- depan depan elok -- belakang kangggggg. Mengata !!! Haip.


Maka dengan itu , buat kesekian kalinya aku dengan Wan memikirkan tarikh untuk dinikahkan. Seawal manakah ? Sebelum puasa ke , sebelum raya ke , selepas raya ke , cuti sekolah ke ?? Jeng jeng jenggg !! Semoga semuanya dipermudahkan. InshaAllah. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : ai nak nikah dekat masjid besi putrajaya , sekian terima kasih. kekekeke.


xoxo


CPUV 7 2014 : Tesco Online March Mother...

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah. Rezeki. CPUV yang ke 7 untuk tahun 2014. Alhamdulillah. Thank you Nuffnang untuk semua ads yang diberikan. Huarghh ! Seriously walaupun jarang update blog , tapi masih dapat ads. Rasa bersyukur yang tak terhingga. Gittuuuu. ^^


Adakah sebab aku pernah update entry pergi Tesco beramai ramai haritu maka aku diberikan ads daripada Tesco pula ? Hahahaha. Kaitan sangat Nadia weh ! Hahahaha. Kalau tahu sekarang Tesco dah boleh beli secara online , tak payah aku , Sarah & Rina bersesak sesak dalam Tesco Ampang haritu. Kekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : ada benda nak cerita dengan korang , tapi lepas ni lah. 


xoxo


I've got my Clinicell Oral Skincare Trial Pack. Lalalala !

Assalamualaikum & Hello.

Sebenarnya dah lama dah Clinicell Oral Skincare Trial Pack ni sampai , tapi disebabkan aku poskan ke rumah Wan -- so tunggu aku ada masa jumpa Wan barulah aku boleh kutip barang aku tu kan. Hiksss. Dan selepas quite so long , Selasa haritu Wan jumpa aku -- bawa sekali trial pack ni. Yaiy !!


Taaaadaaaaaaa !! My trial pack from Clinicell. Dalam trial pack ni ada 15 sachet -- cukup untuk 2 minggu. Siap dengan shaker sekali dia kasi. Aku baru je start minum malam semalam (Rabu) , minta minta putihlah kulit mukaku ini. Kekekekee. 

Kepada korang yang berminat nak dapatkan trial pack ni , korang boleh je email admin Clinicell (admin@clinicell.com.my). Cakaplah korang ni blogger -- interested nak review produk dorang -- nanti admin dorang akan reply email tu dengan segala butiran yang dorang perlukan. Korang isi je semua maklumat tu. Nanti dorang akan reply email korang dengan tracking no poslaju terus. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku memang suka sebenarnya apa apa produk yang berkaitan dengan kulit ni. Hahahaa. 


xoxo


Monday, March 17, 2014

CPUV 6 2014 : McDonald's Spicy Chicken

Assalamualaikum & Hello.

Punyalah aku tak berapa nak update blog sekarang ni , tapi Nuffnang masih lagi berbaik hati nak bagi ads dekat blog aku ni. Alhamdulillah. ^^


McDonald's Spicy Chicken punya ads pula kali ni. Ermm !! Sedapnyaaa. Tetiba lapar , hahahaha. Padahal baru je lepas lunch kot. Lol ! Kalau korang korang ada ternampak iklan ni joget joget , rajin rajinlah tekan eh. Mekasih. Hikssss. Thanks again Nuffnang.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kemalasan nak update blog adalah kerana ralit melayan You Who Came From The Stars. :P


xoxo


Friday, March 14, 2014

Wedding Sarah & Aizat - Dewan Bunga Kertas TTDI Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.


Last pose sebelum bergelar isteri orang. Sarah time ni aku tengok relax je , macam takde apa apa je nak jadi lepas tu. Hahahaha. Wajib dicontohi ni. Kekeke. Dapat kat aku kang nervous beriya. Lol ! 



Masa ni Ijat tengah kena tanya beberapa soalan , biasalah nak uji pengantin lelaki. Naseb baik berjaya jawab dengan jayanya. Kawan kawan Ijat dah menganjing nganjing dah kat tepi. Sabar jelah aku. Ganggu konsentrasi tahu ! Jangan buat lagi macam tu November ni. Aku sekeh sorang sorang nanti. :P

Lepas dah kena soal dengan 2 3 soalan , terus sesi akad nikah. Pheeww !! Ai nervous lebih daripada pengantin perempuan okay. Sarah sah menjadi isteri kepada Aizat dengan sekali lafaz je. Alhamdulillah. 12 saat je weh lafaz akad nikah , teruja iollss yang jadi tukang tengok ni. Kekekee. Dahla aku sorang je , takde geng. Wan dengan kawan kawan dialah. Takkan nak berkepit pula. Y___Y. (Gambar masa akad nikah takde , biasalah handphone minta kena baling dalam longkang - heng je keje.)


Lepas majlis akad nikah , dorang masing masing terus bersiap siap untuk majlis sanding pula tengahari tu. Nikah and sanding dalam satu hari yang sama. Jimat ! Tak payah makan banyak hari. Buat penat badan je , penat satu hari je takpe. Ye dok ?







Macam biasa 'adik beradik' Ijat ni mesti nak tangkap gambar meriah meriah atas pelamin. Kita kasi chance la. Aku dengan Rina macam biasalah -- ikut je apa dorang buat. Muahahaha ! Padahal memang suka menyebok kan. Lol.

'Sarah & Ijat , selamat pengantin baru. Semoga kekal sampai Jannah. Cliche punya pesanan -- cepat cepat bagi ktorg semua anak buah. Kekekeke. Gurau. No pressure. Walaupun takdelah rapat sangat dengan awak sebelum ni Sarah , but I'm happy to see you up there at the dais dengan dress yang meghelip gituuu. Rasa macam akak kawasan TTDI dah jadi gegirl pula. Miahahaha. All the best to both. To Ijat , jangan risau -- Sarah pandai masak ! Gerenti tak kebulur. Hahaha.'

Thanks for your time , love ya people.


p.s : selama ni aku gelakkan orang gila Kpop , sekarang aku terjebak dengan CNBlue ni apekes ???


xoxo


Thursday, March 13, 2014

Wedding Dee + Lan - Taman Metropolitan Batu

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah , maharaja codol dah selamat bergelar isteri orang. No longer orang bujang macam aku dengan yang lain. Hahahaha. Selamat pengantin baru maharaja. Lol ! Kenapa panggil Dee ni maharaja ? Sebab dia gila kuasa , daripada dulu sebok nak jadi maharaja. Ambiklah ambiklah ! Hahahaha.


Sepatutnya ktorg geng geng codol akan gather ramai ramai dekat wedding Dee , tapi itulah dia. Tak semua yang kita nak tu akan berlaku ye dok. Nak dijadikan cerita , Sabtu haritu aku attend wedding Sarah and Ijat dulu dekat Shah Alam. Dan nak dijadikan cerita lagi , Sarah ni satu batch degree dengan Dila. Aku duklah tercongok tunggu Dila datang wedding Sarah sebab katanya nak gerak sekali pergi wedding Dee. Aleh aleh minah tu lambat , dahla lambat lepas tu nak pergi wedding Dee pula jalan JEM ! KL kan !! Pfffttt.

Una pula time tu dah touching touching , dah balik awal dah. Yang Noni kereta pula rosak. Piqa ada wedding dekat Melaka. Dayah tak tahu kesudahan dia apa. Last last memang aku dengan Dila jela. Tssskk. Sampai sampai pun da pukul 4 juga rasanya. Memang majlis pun dah habes woiii ! Nasi , lauk pauk semua dah dalam plastik. Tapi itu semua tak penting , yang penting kena tunjuk muka je. Hihihihihi.


Yang ramai ramai ni kawan kawan ktorg masa diploma dulu. Naseb dorang ni ada lagi takdelah segan silu sangat. Cuba kalau dorang tak , serious segan ! Kekekeke. Pengantin lelaki time ni pun tah mana mana tah , so kita tangkap gambar dengan maharaja jelah ye.

'Selamat pengantin baru Dee & Lan , semoga kekal sampai Jannah inshaAllah. Dee , please jadi perempuan sikit. Hahahaha. Please pakai pink sikit , ni asyik hitam hitam hitam tak pun purple. Tssskkk. Apa pun aku doakan yang baik baik untuk kau. Cepat cepat lumba dengan Una , bagi ktorg anak buah codol dengan kadar segera. Aja aja fighting ! Hahahaha. Love ya. Muah muah muah.'

Thanks for your time , love ya people.


p.s : pakai baju hitam buat aku nampak gemok - kenapaaaaa !! Y__Y


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah