Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, April 30, 2014

Bila Cik Nad jumpa writer Aisa Linglung dekat PBAKL 2014 ,PWTC.

Assalamualaikum & Hello

Gara gara jadual cuti hari pekerja esok dan jadual weekend ni akan menjadi tersangatlah padat , dan kerana takut juga tidak berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 , akhirnya aku nekad untuk buat kerja gila. Ye kerja gila -- memang gila.

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Sebab tadi aku pergi pesta buku hanya dalam masa 30 minit sahaja. Hahaha. 15 minit dekat booth buku kanak kanak -- teman colleague aku beli buku untuk anak buah dia. Baki 15 minit aku habiskan dekat satu booth je -- Lejen Press. Ini semua gara gara pesta buku untuk hari Isnin - Rabu dibuka sampai pukul 7 malam sahaja. Stress. Huhuhu. Tapi demimu Lejen Press kuharungi semua.

Sebelum pergi tu aku dah siap siap tulis nombor booth Lejen Press atas kertas and aku pun dah siap hafal floor map lagi. Yelah , taknak buang masa yang memang limited gila tu. Kekeke. Dan , alhamdulillah dalam masa 15 minit tu -- aku sempatlah juga rembat laju laju 3 buah buku. Miahahaha. Siapa cakap 15 minit tak cukup untuk aku beli buku ? Hahahaha.




Inilah dia 3 buku yang berjaya aku rembat tu. Akak dekat cashier tu dah siap pekik pekik -- 'Last call , last call'. Yang aku dengan a few more gadis gadis masih lagi sebok pergi shelves sana pergi shelves sini. Hahahaha. Dan sedang elok aku kehulur kehilir , aku nampak Aisa Linglung -- ye Aisa Linglung. Writer Sengih Kerang , Sperma Cinta dan lain lain. Yang juga merupakan CEO Lejen Press. I'm impressed.



Maka dengan itu , janganlah dilepaskan peluang yang ada depan mata untuk minta dia sign buku yang aku beli ! Muahahahaha. 

Aku :  Boleh ke minta abang tu sign ?
Budak Cashier :  Minta je , dia okay.
Aku :  Ala tapi abang tu on call plak.
Budak Cashier : Kejap je tu.

Memang ngam ngam conversation tu habes , Aisa Linglung tu letak fon. Ngam ! Aku pun dengan muka tak malu terus minta Aisa Linglung sign buku.

Aku : Nak signnnn.
ALL : Sign ? Boleh boleh. Nama ?
Aku : Nadia (sambil hulur buku)
ALL : Sengih kerang ke sperma cinta ?
Aku : Both ! Hahaha.

Yeayyy ! Even though pergi dalam masa 15 minit terakhir and tak dapat nak pusing pusing booth lain yang ada dalam PWTC tu , but bila dapat jumpa Aisa Linglung -- aku rasa puas hati. Worth it ! Ngeee. Kalau dapat jumpa isteri dia Cikgu Vee tu mesti lagi best. Huhuhu. 

Punyalah selama ni aku pergi I Am Lejen dekat SS 15 tu banyak kali , tak pernah sekali pun aku terjumpa dengan tokey kedai tu. Aleh aleh , dalam 15 minit juga yang buat aku dapat jumpa tokey kedai tu. Malam ni sengih sengih keranglah tido. Kekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : blogger mini gathering besok -- siapa siapa yang pergi tu bawala camera best best. boleh ? :P


xoxo


Wordless Wednesday : Glad to have you ! ^^

Assalamualaikum & Hello.


You know who you are.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa lagi yang dapat pergi yoga class for 10th may session ??


xoxo


Tuesday, April 29, 2014

Whisper Yoga Class Invitation

Assalamualaikum & Hello.

In my previous entry aku ada cakap kan aku receive call from Nuffnang tapi aku tak clear sangat dengan butir bicara conversation tu. Kekekeke. Serious harini pekak teruk + speaker handphone tak membantu + orang memekak buat construction. Pffftt !

Dan naseb baik aku ada email address Sam from Nuffnang , so laju laju email Sam tadi minta Sam advise siapa yang call aku. Muahahaha. Yang aku petik nama - Janice. Sekali yang call tu orang lain. Vanessa yang call ! Hahahahaha. Apa pun tak bolehla kau Nadia. Muahahaha.

By the way , that is not the main point here. Main point is :

Whisper Yoga Class Invitation 

Time: 12.30 pm to 1.30pm.
Date: 10th May 2014 
Venue: mYoga Plaza Damas (Sri Hartamas)

As per Vanessa , aku dijemput untuk ajak sorang lagi rakan perempuan untuk join aku for yoga class ni. Tak kisahlah dia blogger ke tak blogger ke. Tapi preferable bloggerlah. Kekekeke. So , anybody interested ?? And preferable lagi kalau yang boleh drive , sebab aku takleh drive nak pickup korang ke apa. Aku sendiri pun minta Wan yang hantar pergi sana. Lol ! Kalau ada yang interested , cepat cepat tinggalkan komen ye. Muahahahaha ! Tak sabar nak jumpa Ayue dekat sana. Lalalalala. ^^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : ingatkan nak ajak mama pergi -- sekali dia ada wedding to attend. lupa. :P



Nuffnang Premiere Screening : The Other Woman (Review)

Assalamualaikum & Hello.

Dah lama gila tak dapat nak join event dengan Nuffnang , haritu dapat invitation pergi Nuffnang Lovin' @ Aloft pun aku tak dapat nak attend. Sobsss. So , kali ni untuk Nuffnang Premiere Screening - The Other Woman ni memang tak boleh kalau tak attend. Kekekeke.


Seriously masa aku terpandang bunting movie The Other Woman ni , aku memang dah pasang niat nak ajak Wan pergi tengok. Tetiba tengok Nuffnang buat contest pula , semestinyalah aku nak cuba nasib kan. Hahahahaha. Kalau ada rezeki , jimatlah duit tengok wayang. Muahahaha. Dan ternyata , ada rezeki aku nak tengok movie ni for free. ^^


Synopsis

Carly (Cameron Diaz) discovers her new boyfriend Mark (Game of Thrones’ Nikolaj Coster-Waldau) is a fraud – and worse – when she accidentally meets his wife, Kate (Leslie Mann). Kate then realizes they have much in common, and her sworn enemy becomes her greatest friend. Carly suddenly finds herself comforting Kate, and their unlikely friendship solidifies when they realize that Mark is cheating on both of them with yet another “other woman,” Amber (Kate Upton). The three women join forces plotting an outrageous plan for revenge. This romantic comedy film was directed by Nick Cassavetes and written by Melissa Stack.

Review 

The reason why kenapa aku nak tengok movie ni ialah sebab Cameron Diaz. Hahahaha. Gila lesbo dow ! Kekekeke. But who cares , dah dia best. For the movie itself -- sangat best! Tak rugi duit kalau pergi tengok. Aku pun rasa nak repeat lagi je ni aih. Pendekkan kata movie ni -- kelakar & naughty ! Movie ni seriously 18sx jela yang tengok ye. Boobs is everywhere. Kekekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Received call from Nuffnang just now regarding an event this Saturday -- malangnya si pekak Nadia tak mendengar dengan jelas. Y_Y.


xoxo


CPUV 10 2014 : Whisper Mesh & Cotton

Assalamualaikum & Hello.

Harini srcoll scroll list blog aku tengok kemain ramai lagi yang dapat CPUV Whisper Mesh & Cotton. Bukan mash potato eh -- tu makanan !! Hahahaha. Terdetik juga nak tengok Nuffnang punya account , kot kotlah dapat juga CPUV macam dorang dorang tu.

Alhamdulillah , rezeki. ^^


Aku pun dapat juga Whisper Mesh & Cotton. Hihihi. Padahal aku bukanlah pengguna Whisper pun. Lol !! Minta minta bertahanlah dengan lama ye wahai Whisper. Thanks to Nuffnang obviously sebab bagi ads dekat blog aku yang semakin lama semakin jarang update. Kekekeke. :P 


Kalau korang nak tau lebih lanjut , klik je dekat muka blogger femes a.k.a mommy to be - Yuyu Zulaikha tu ye. Kot kotlah korang ada minat nak attend yoga class dengan blogger kegemaran korang ke. Tapi mustahillah aku , aku tak femes. Lol ! Nanti aku buat kelas makan -- aku ajak korang eh. Kekekeke. Plusss , kalau nampak iklan Whisper Mesh & Cotton ni terbang terbang ringan dekat blog ni , sudi sudilah klik ye. 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : The Other Woman memang thorbaeeekk !! ^^


xoxo


Monday, April 28, 2014

Sample sum sum tulang belakang

Assalamualaikum & Hello.

Obviously harini aku takde mood sangat nak buat kerja. Padahal hari hari pun takde mood sebenarnya. Hahahaha. Tapi harini perasaan risau melebihi segala galanya. Badan dekat office , kepala dekat hospital. Ye hospital sebab harini ayah akan menjalani proses pengambilan sample sum sum tulang belakang dekat Institut Perubatan Respiratori.

Bermacam macam perasaan ada hoii , nak buat kerja pun tak aman. Aku ni daripada pagi tadi duklah google pasal sample sum sum tulang ni. Hasil pembacaan aku -- semua menakutkan. Huhuhu. Minta minta semuanya berjalan dengan lancar jela. Huhuhu. Takde lebih yang aku nak harapkan selain daripada proses tu berjalan dengan lancar and ayah tak sakit. Sobsss.

And just now , dalam pukul 12.10 tengahari -- ayah Whatsapp.

Ayah : Dr dah amik darah tulang belakang tadi sakit sgt.
Me : Yeke ? Sakit lagi tak ? Bila keputusan keluar ?
Ayah : Xtau lg.
Me : Oh yeke. Ayah rehat jela. Jangan banyak gerak.
Ayah : Dah kurang tadi dia x bg gerak 1 jam.
Me : Haaa jangan gerak. Nanti dia suruh makan tu makan. Jangan tak makan pula.
Ayah : Mama kata dia nk dtg lunch ni.
Me : Oh aah mama ada cakap tadi ni
Ayah : K

Ayah boleh Whatsapp aku cakap - SAKIT SANGAT. Hoiiiii meluap luap darah naik ke kepala. Rasa nak menangis pun ada - sebaklah hati ini hoiii. Napelah ayah boleh nak Whatsapp bagitahu aku dia tengah sakit. Cubalah sekali jangan bagitahu kita - kita susah hati ni. Huwaaaa. 

Ni tadi mama dah sampai dekat hospital , lagi menambahkan sedih aku bila tengok gambar yang mama anta. Alahaiiiii. Seriau rasa. Ngilu rasa. Patutlah ayah cakap sakit sangat. Hukhukhuk. Naseb baik ayah boleh Whatsapp boleh makan -- lega sikit hati , sikit jela tapi. Huhuhuhu. 


Ni esok ada kimoterapi pula , so maybe esok lepas chemo baru boleh discharge. Itu pun kalau chemo tu habes awal. Esok Wan cuti , ada aku suruh dia berkampung dekat hospital -- teman ayah borak borak. Hahahaha. Ayah tu kan sayang sangat dengan Wan tu. Sikit sikit 'Wan kerja bila' -- 'Wan cuti ke'. Hahaha. Sabor jela.


Part makan masih lagi win. Actually aku lagi senang hati bila ayah ada selera nak makan macam ni daripada takde selera. Bila ayah takde selera -- susah hati hoi takut dia sakit ke , masuk angin ke apa apa jela. Aku lagi tambah seronok kalau aku tengah makan dia paw aku punya makanan sampai habes licin. Kekekeke.

Apa pun aku harap ayah akan kembali sihat macam biasa. Tak sukalah bila dia masuk hospital. Dahla aku tak suka pergi hospital , bila ayah masuk hospital lagilah aku tak suka. Huhuhu. Sebab hospital tempat orang sakit -- bila ayah dekat hospital , aku tahu ayah sakit. So , I don't like. Sobsss.

Ayah get well soon , ayah kuatkan. Akak tahu ayah kuat ! ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa ada stok air zam zam angkat tangan ?? :D


xoxo


Saturday, April 26, 2014

CPUV 9 2014 : Clinique Even Better Essence Lotion

Assalamualaikum & Hello.

Actually haritu dah terperasan dah ada satu lagi CPUV masuk on 15 April 2014 -- Clinique Even Better Essence Lotion. Tapi kan , lepas tu lupa update. Harini tengok amount earnings , baru perasan. Apekesss ! Hahahaha. Thank you Nuffnang. ^^


Aku tengok ramai blogger yang buat review pasal Clinique Even Better Essence Lotion ni. Huhuhu. Nak juga buat review , kekekeke. Tapi nak beli tak mampu. Kahkahkah. So , kita baca jela blogger lain review ye dok. Nampak cam bestttt je cam bessstttt je. :P


Kalau korang ada ternampaklah iklan Clinique Even Better Essence Lotion ni , sila silalah klik eh. Hahaha. Aku tahu korang semua baik. Hahahaha. Bodek. Okbai !!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kena kerja sabtu -- hoi tepu hoi ! layan runningman ada baiknya. kekekeke.


xoxo


Friday, April 25, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Craft Paper Kad Kahwin

Assalamualaikum & Hello.

Siapa pernah tengok kad kahwin yang gunakan craft paper ? Ala kertas yang macam cover buku latihan tu. Yang macam adik beradik brown paper tu. Tau tak ? Tau tak ? Sebenarnya aku adore gila kad kahwin yang guna craft paper ni. Sebab nampak macam vintage gila. Kekekeke. Akukan ala ala old school. Benda benda vintage ni aku sukalah. Mihmihmih.




Haaa yang macam ni. Korang pernah nampak tak ? Sekarang intrend kot pakai craft paper ni. Aisey ! Aku dah tergoda dah. Hoihlah ! Tapi Wan macam tak minat , dia lagi suka macam cliche kad kahwin. Kahkahkah. Takde seni betul dia tu. Sedih. Hahahahahaha. Cite dia macamlah aku ni berseni sangat. Kwang kwang kwaaaanggg. :P

Kalau aku ni terror design design ni aku dah buat dah design sendiri lepas tu beli craft paper ni then print sendiri. Hahahaha. Jimat teruk. Tapi itulah malangnya bila aku ada citarasa je tapi bab design design ni aku memang tahap kayu. Hahahaha. Korang rasa okay ke kad kahwin macam ni ? Ke too fancy ? Aku rasa simple je. Teeheee ! 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : untuk goodies pun aku nak pakai brown paper. hahahahaha. :P


xoxo


Fruits , Veggies , Spices & Green Tea for Cancer

Assalamualaikum & Hello.

Macam dah lama aku tak share info cancer dengan korang. Memandangkan harini aku pun takde idea nak cerita apa , so here we go. Tambah knowledge sikit eh , asyik entry merepek je pun tak boleh juga. Muahahaha.

Anti Cancer Superfruits


Ada satu lagi buah takde dalam gambar -- BETIK. Yes , currently dekat rumah aku tu betik memang sentiasa ada. Sebab apa betik ? 

1. Murah
2. Senang dapat
3. Bagus untuk sembelit 

Orang yang dah buat chemo ni selalunya memang susah nak membuang. So , kenalah cari solution untuk bolehkan dorang membuang. Huhuhu. 

Cancer Fighting Spices


Nothing much to explain. Sebab aku bukan pandai masak. Nak cerita pasal rempah ratus ni seriously I'm not into it. Tapi ini adalah antara rempah ratus yang good untuk fight cancer. Kayu manis , halia --- errkk ! Memang paling aku tak sukalah tu. Muahahaha. Yang tang pepper tu je aku suka. Lalalalala. Garlic , aku telan yang kapsul je tu pun main skip skip. Ayah yelah suka makan bawang putih dengan halia , kalau aku masak sayur mesti dia nak aku extrakan bawang putih dengan halia. Baguslah tu ayah ! Good for your health. ^^

Cancer Prevention Veggies


Dalam gambar ni memang kata for breast cancer prevention , tapi bukan ke semua cancer ni sama je ? Tehee ! So , kita apply je ye. Tak salah pun makan sayur , kulit pun boleh cantik apa. Tralalalaa. Sekarang favourite ayah -- Brokoli. Asyik asyik beli brokoli dan naseb baik ktorg satu rumah memang suka makan brokoli. Cuba kalau sawi , kelat kelat muka aku adik beradik nak telan. Kekekeke. Haritu kawan office mama (Chinese) cakap -- ayah dia pun ada cancer and dorang try daun keledek. Katanya ayah dia sihat lepas tu. So , maybe kita boleh try juga ? Ritu ada sekali mama masak -- manis sayur tu. 

Green Tea


Siapa dekat sini tak suka minum green tea/teh hijau takleh kawan dengan aku. Hahahahaha. Aku sangat suka green tea and chinese tea. Tehee! And now , no more lipton/boh teh dekat rumah untuk ayah minum. Aku just bagi ayah minum green tea/teh daun durian belanda sahaja. But sometimes , kalau dia nak Horlicks tu kasi jela -- Milo is a no no no. Doctor dah pesan , so tak boleh Milo Milo biar aku je yang telan Milo tu. Muahahaha.

sumber : Google

Oh ! One more thing , sekarang ni mama masak pun dah tak pakai garam halus/garam kasar yang biasa biasa tu dah. Since ayah kena cancer , mama gunakan garam laut yang macam dalam gambar dekat atas tu. Dekat supermarket ada jual , kalau cari dekat kedai runcit ah seng bawah rumah tu takdelah ye. Giant/Cold Storage dan sebagainya should have.

sumber : Google

Kalau tadi garam -- guna garam laut. Kalau gula pun ktorg satu rumah terpaksa tukar. Or lagi senang dalam bahasa mudah dia , ayah tak payah makan gula. Hahahaha. Sebab gula ni salah satu yang orang cancer kena pantang. Kalau nak guna gula pun -- sikit je. Tak boleh amek berlebih lebihan , nak bagi sesedap rasa tu memang tak dapatlah jep. Banyak je gula kiub dekat pasaran ni , rembat je mana mana. Sama je. Janji bukan pakai gula kasor tu. Ada paham ! Hiksss.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : perhaps this entry helps !


xoxo


Thursday, April 24, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Lea Henna Artist

Assalamualaikum & Hello.

Ingat tak haritu aku ada buat satu entry untuk henna kahwin nanti. Kali ni aku buat another entry untuk henna juga. Since haritu ktorg plan nak nikah and sanding dalam satu hari je kan -- but now plan sudah ada amendment. So , kenalah book another henna artist sebab kebetulan henna artist yang aku book haritu dah pack on August. Maka tidak boleh nak pindah pindah tarikh. Sobsss. Tapi takpe ;

Ada solutionnya. Solution dia , book jela henna artist lagi satu. Kekekekeke. :P

Pilihan aku kali ni ialah Lea Henna Artist. Lea ni dah berbelas tahun inaikan orang , dah beribu kaki dan tangan dia jumpa. So , I considered her to be a part of my wedding story. Ngeeee. Lea ni bukan setakat pernah inaikan orang orang biasa macam je -- inaikan artis pun dia juga. Yang paling latest dia inaikan Zarema haritu. This week dia inaikan Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Bulan August nanti inaikan Nuriesya Nadia ye Lea. ^^





Antara artis artis yang pernah Lea inaikan. Ada lagi aku tengok , tapi malas nak copy banyak banyak. Muahahaha. By the way , aku dah minta izin tuan dia ye nak masukkan gambar dalam ni. Jangan berani berani kata aku rembat suka hati je gambar gambar. ^^


Ini pula harga yang Lea kenakan. Ada banyak pakej okay , pilihlah mana yang korang nak. But , ni tak masuk dengan transportation charges. So , bergantung pada lokasilah ye. Kalau jauh -- lebih sikitlah dia punya charges. Haipp ! Jangan nak berkira. Nak kahwin nak cantik jari jemari kaaannn. Apa salahnya melabur sikit. Bukan selalu ye dok. For more info korang boleh contact Lea sendiri.

Instagram : Leahenna_artist
Whatsapp : 017-2840975

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau ada yang nak book tu , cepat cepat. Lea ni dah macam goreng pisang panas. :P


xoxo


Wednesday, April 23, 2014

Invitation for Nuffnang Lovin’ @ Aloft

Assalamualaikum & Hello.


Alkisah , maka tersebutlah kisah di mana aku mendapat official invitation daripada Nuffnang untuk ke Nuffnang Lovin' @ Aloft - Jumaat ni. Huhuhu. Actually , masa aku join contest untuk dapatkan invitation ni , aku takde niat pun nak menang. Seriously ! Sebab aku dah tengok kalendar awal awal yang date tu jatuh hari Wan kerja.

Tapi..............................................................

Aku join juga , jawapan aku pun tak kick mana weh. Serious. But now , dah menang pula. Dah dapat pula invitation. Korang nak suruh aku buat apa ni ?? Maka dengan itu , aku dengan berbesar hati nak tanya - kot kotlah ada orang lain yang dapat. Bolehlah bersua muka. Kekekeke. Plus , aku nak tanya juga -- kot kot ada ke orang nak jadi partner aku nak pergi Aloft ni (dibaca HANYA PEREMPUAN YE) ?? ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau siapa serious nak ikut , bagitahulah ye. boleh bawa sorang je. yang bertuah je terpilih. lol. :P


xoxo


Bridal Shower Ell Ninos - Taman Tasik Empangan Putrajaya : Part 2

Assalamualaikum & Hello.

Entry ni entry sambungan daripada Bridal Shower Ell Ninos Part 1. Sebenarnya malas nak update , sebab mengantok gila babas. Tapi kalau tak update kanggg , jadi pekasam pula. Langsung hilang hilangg daaaann hilang. Hahahaha.

So , selesai ktorg setup balloon , banner , makanan , minuman dan cake. Ktorg memang takde buat apa pun , hanya menunggu ketibaan mangsa. Hahaha. Sambil tu adalah ktorg Whatsapp Rina tanya dia dekat mana , sebab yelah meeting ktorg sepatutnya start pukul 8.30 malam dekat Dataran Putrajaya. Tapi dalam Whatsapp , Rina kata dia lambat sikit sebab ada emergency , dalam pukul 9 malam dia kata dia akan sampai lokasi. Kekekekee. Dia tak tahu lagi kes lokasi ditukar. Lalalalalaa.

Ktorg pun kemain la push tanya dia mana mana mana mana sampai dia stress. Ktorg provoke cakap ktorg lapar lah , itulah inilah. Sampai naik hantu juga minah tu. Hahahaha. Patutnya dalam 9.15 malam camtu dah boleh dah sampai dekat lokasi kejadian , tapiiii............................Eshat tu haaaaa. Sesat barat. Namplohpat kali pusing pusing , tu yang buat Rina makin hijau tu. Yelah , dahla memang dah lambat. Eshat plak buat perangai kata nak jumpe member kejap tapi tempat tak tahu. Lol !

Sampaikan Emma dengan Sarah surrenderlah nak pergi cari dorang , elok kereta Sarah keluar je taman -- kereta Eshat masuk dengan laju turun bukit okay !!! Yang tinggal masa tu bape kerat je. Apa lagi mencicit semua lari macam apa. Kahkahkahkah. Yang aku dengan adik pun tak tahu apa ktorg buat , tetiba pekik kat tingkap ---- SURPRISEEEE !!! Hahahahahaha. Cake pun tak sempat pasang lilin. Padahal sebelum tu dah tiga empat kali pasang tiup pasang tiup. Muahahaha.

Lepas tu adalah drama airmata yang berlaku , biasalah surprisekan. Mestilah kena nangis nangis dulu. Dahla memang mood Rina tak baik dah time tu. Hahahahaa. Tapi itulah yang ktorg nak , ktorg memang nak mood dia rosak teruk. Hahahaha. Habes dia baling spek mata dia dekat Eshat , habes dia amukkan juga si Eshat. Sorrylah Shat , sebab plan ni ko plak yang kena amukan puaka niyang rapik. Kekekekee.



Kemain tau , sampai 2 orang tolong pakaikan crown. Ngade sangat , padahal sebelum tu nanges nanges. Tengok tu muka cebik cebik. Kekekekeke. Dalam kereta Eshat cakap - Rina bising bising dekat dia nak jalan kaki pergi jumpa ktorg. Hahahaha. Semua sebab Eshat duk main pusing pusing banyak kali. Wakakakaa.





Tengok tu , nak potong kek pun sorang sorang. Kemain merajuk lagi. Hahahahaha. Ke malu Eshat tengok kek bra sepende awak tu ? Muahahaha. Haritu asalnya dorang nak beli cake lain. Tapi nasib baiklah aku teringat yang Rina ni hanya makan kek cokelat je. So , tempahlah chocolate cake je. Sedap ke tak tah , aku tak makan malam tu. Ai nak cheese cake je. Mihmihmihmih. ^^


Lepas tu si bride to be ni buat perangai , pffttt ! Habes dikejarnya semua orang semata nak calit kek. Aku yang kebetulan masa tu sebelah dia , memang kena dululah. Hahaha. Tapi yang best , sambil kena calit kek tu aku sempat bawa roti lari okay ! Yang si Leen bawa lari sambal cili padi. Elok !!! Hahahahaha.


Dah settle makan makan , borak borak dan bagi bagi barang. Ktorg pun continue dengan sesi photography. Macam biasalah. Kenalah ada gambar kenang kenangan kaaannn ! Masa ni jugalah si Adik sebok nak masuk dalam gambar. Orang nak berdua , dia sebok juga selit. Yelah kembor weh , selitlah selitlahhh. :P



Yeay ! Ada gambar berdua. Hihihihi. Lepas snap gambar ni , Rina sempat tanya lagi -- 'Kenapa awak macam tinggi makcik ?'. Hahahaha selipar kenalah memainkan peranan oiii. Kalau pakai yang rendah rendah , mahu terpijak kain dress yang berjela kat lantai tu. Y__Y.


Dan tak dilupakan , mestilah dengan Eshat. Thanks a lot bro for your help. Walaupun masa ko main pusing pusing sebab tak jumpa tempat tu pun ko dah berbulu. But , thanks for make it happen and tak terbocorkan rahsia. Gigih okay on call dengan Sarah sampai keluar daripada kereta. Hahahahahahaha. Thorbaeeekk !!



Last but not least , mestilah bergambar dengan bridal shower ell ninos team ! Hahahaha. Ktorg ni punyalah takut salah Whatsapp dekat group lagi satu , sampai berhati hati gila sebelum hantar Whatsapp. Kadang kadang siap masing masing jadi reminder -- 'Jangan salah hantar' , 'Jangan salah taip' , 'Qila , aku dah risau dah kau terlepas cakap tadi'. Hahahahaa. Macam macam hal ! Yang penting semua orang happy dan dapat buat Rina happy. ^_^



Tapi part yang paling win malam tu -- part masa Rina buka card yang ktorg bagi dekat dia masa dia on the way balik rumah. Hahahahahahahahahahaahahahahaha. Dia cakap -- ADA ULAT BULU DALAM SAMPUL KAD !! Hahahahahahahahahahahaha. Dia siap cakap dia menjerit jerit sampai menangis nangis dalam kereta , sampai dia paksa Eshat benti cari ulat bulu tu sampai dapat. Kahkahkahkahkahkah. 

Entah mana datang tah ulat bulu tu , kekekekekeke. Ulat bulu pun nak prank awak , kesian. :P


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sorang cuti , sorang EL , sorang no show. harini aku keje sorang sorang. bagus.


xoxo



Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah