Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, June 30, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Prosedur borang perkahwinan Kuala Lumpur (Part 2)

Assalamualaikum & Hello.

Jumaat lepas jadual aku memang hectic gila walaupun Jumaat tu aku cuti. Hahaha. Pagi pagi lagi dah keluar untuk panggilan temuduga SPA dekat area Tanglin. Lepas settle temuduga , singgah kejap dekat JAWI sebab dah alang alang satu kawasan dengan tempat temuduga. ^^

Sampai sampai je JAWI terus tanya orang dekat kaunter pertanyaan tu dekat mana tempat nak dapatkan kelulusan untuk berkahwin ataupun dalam bahasa mudah surat kebenaran berkahwin. Ngam ngam sampai kaunter dah nak dekat pukul 12 , naseb sempat ! Hihihi. Amek nombor dan tunggu turn.


Tengok ni , borang aku tak dapat approval lagi. Macam mana nak kahwin kalau tak dapat approval lagi oiii. Huhuhu. So , gigihlah menunggu dekat JAWI sambil tengok gelagat orang. Ada yang nak ambil gambar untuk kad nikah , ada yang kehulur kehilir dengan borang samalah macam aku. Kekekeke.


Tak sampai 30 minit , JAWI selesai check borang aku dan borang Wan. Buat bayaran kebenaran berkahwin and done !! Dapat dah surat kebenaran berkahwin. Next ialah mendaftarkan perkahwinan dekat pejabat agama Putrajaya since akad nikah akan berlangsung dekat Putrajaya.

Bayaran kebenaran berkahwin di dalam Wilayah Persekutuan : RM 25
Bayaran kebenaran berkahwin berlainan Wilayah Persekutuan : RM 5

And now , aku tengah menunggu khabar daripada Wan pula untuk urusan pendaftaran perkahwinan , jurunikah dan segala yang berkaitan. Lepas settle semua barulah boleh tarik nafas lega. Sikit je lagi , go go chaiyok Nadia & Wan. Aja aja Fighting ! We can do it bebeh :D


Thanks for your time , love ya people.


p.s : i don't know what is your motive , if you're happy with your life now. you won't interfere anymore.  


xoxo


2 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum & Hello.


Kejap je dah 2 Ramadhan kan. Tup tap tup tap kang dah habes dah Ramadhan. Lepas tu dah masuk Syawal , habes je Syawal ada orang tu nak kawen dah. Sape tah budak tu. Hahahaha. Cuak bhai !! Tahun ni last berpuasa sebagai orang bujang , tahun depan berpuasa dengan title isteri orang inshaAllah. Doakanlah ye. ^_^

Apa pun , selamat berpuasa kepada semua. Jangan ponteng ponteng puasa. Yang ada gastrik tu jangan jadikan gastrik sebagai alasan nak ponteng puasa ye. Selagi larat , puasa tau tau tau. Semoga Allah mempermudahkan ibadah puasa kita semua pada tahun ni inshaAllah.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : macam dah lama tak update blog je , sobssss. T_T.


xoxo


Saturday, June 28, 2014

Media Invitation : Ceritera Hijabku bersama Sunsilk

Assalamualaikum & Hello.


Semalam buka buka email ternampak satu email media invitation untuk Ceritera Hijabku bersama Sunsilk. Terus macam , woah !! Semestinyalah aku terujakan sebab aku ni kan blogger hado hado saje. So , macam tak percaya aku akan receive this kind of invitation. Ngeee. Terus tanya dekat Whatsapp group Bloggergilahashtag ada tak sape sape lagi yang receive invitation ni. Nak cari geng. ^^


Dan dengan selamba pula aku pergi reply email -- 'I'm going' , sebab nampak date 5 Julai which is hari Sabtu. Padahal aku yang salah tengok date. Huwaaa. 8 Julai weh which is hari Selasa a.k.a hari bekerja. Dahla event start pukul 5 petang. Ggggrrrr. Mane nak dan hoi. So , in case aku ada geng -- baru aku pikir pikir nak ambil cuti. In case aku takde geng -- sila nangis laju laju. T_T.

Siapa lagi yang dapat invitation ni , kasi halo halo dekat komen. ^^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau boleh bawa partner kan best , boleh ke tak agak agak ? 


xoxo



Thursday, June 26, 2014

Thank You Wedding Stamp ! ^^

Assalamualaikum & Hello.

Ingat lagi tak aku pernah share pasal Wedding Stamp , Business Stamp haritu ? Nak dijadikan cerita , pihak Wedding Stamp (WS) terjumpa pula entry aku review tu. Ekekekek! Malu kita. Lol. Aku tahu WS jumpa entry tu pun selepas WS tag aku dekat Instagram WS. Hikhikhik.


'Another blog review found online. Thank you so much dear @nuriesyanadia. Do contact us sebab kami nak bagi thank you gift'.

Masa baca ni rasa macam yaAllah syukur syukur. Gift apalah agaknya yang WS nak bagi , sebab aku share pasal WS tu pun suka suka dan tak harapkan untuk dapat apa apa daripada pihak WS. Alhamdulillah. Hihihihi. Seronok weh , dahla aku memang cadang nak tempah wedding stamp pun untuk guna masa preparation doorgifts nanti. Ekekeke !!

Maka dengan itu , semalam aku laju laju email WS. Yelah nak tahu juga apa gifts yang WS nak kasi tu. Memang unexpected sangat sangat giftsnya. Syukur. Syukur. Nanti aku reveal apa gifts yang dorang kasi tu eh. Buat masa ni biarlah rahsia dulu. Lalalalalala. Thank you so much Wedding Stamp. Semoga murah rezeki korang. ^^



And now WS tengah buat promo yang bermula daripada 16 June hingga 16 July 2014. So apa lagi , cepat cepatlah tempah Wedding Stamp korang. Kalau tak wedding pun boleh tempah juga la. Best best. ^_^

Promo A : Buy 2 rubber stamp Free 1 rubber stamp at RM 70
Promo B : Buy 4 rubber stamp + Stamp Pad at RM 100

Facebook : Wedding Stamp
Instagram : Wedding Stamp

Thanks for your time , love ya people.


p.s : rezeki nak kawen. syukur alhamdulillah.


xoxo


Nuffnang berwajah baru -- cantik !

Assalamualaikum & Hello.

Semalam petang sempat tengok Facebook Nuffnang , Nuffnang nak release brand new look - cantik. Tapi masa ni aku tak tengok Nuffnang sendiri lagi. Tengok apa yang Nuffnang post je. Hikss. Sampai sampai rumah je semalam terus buka Nuffnang. Memang cantik. ^^


Nampak tak ? Kemas gila weh. Teruja rasa bile first time tengok tu. Hihihii. Rasa macam makin rajin nak check earnings , walaupun bukan banyak mana. Ekekekeke! Simple but nice , less is more kata orang. Amboiii nak speaking sajo. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : esok interview SPA , huwaaaaa. T_T.


xoxo


Wednesday, June 25, 2014

30 Minutes VS 5 Minutes

Assalamualaikum & Hello.


Pernah kena macam ni ? Pernah ? Aku sampai dah lali dahla kena benda benda ni. Hahahaha. Kalau kita datang awal setengah jam , ada orang nak cakap -- 'Bagus Nadia ni datang kerja awal setiap hari'. Tapi bila kita balik awal 5 minit , ada je bunyi bunyi 'Eh Nadia kerja free sangat ke boleh balik awal ?'. Eh eh eh , yang aku bertenggek pepagi buta dekat depan monitor ni kau tak nampak , tang aku jalan laju macam lipas kudung sebab nak balik kau nampak. Busuk hati.

The best part is sampai satu building ni tahu aku balik awal , kalau takat level level aku je tahu takpe. Ni tak. Daripada tingkat 4 sampai ke bangla cleaner tu pun la tahu. Lek lek la. Korang kerja tak siap , korang kerjalah. Aku kerja dah siap aku baliklah. Ekekekeke!

Sampai ke satu tahap aku pernah kena sound dengan Agogo (manager aku) gara gara aku balik awal. Katanya 'Nadia , everyone is talking now about you going back early. Can you please stay for a few minutes to avoid people's talking'. Gulp. Gulp. Gulp. Masa sign kontrak dulu , tak pernah pula aku nampak dalam kontrak tulis working hours 9.00 am to 6.++ pm. Lol ! :P

Nak balik pun susah , puuii !!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : takde mood dah nak kerja sini sebenarnya. T_T. penat dah makan hati. T_T.


xoxo


Wordless Wednesday : Is Afraid Of

Assalamualaikum & Hello.


HAHAHAHAHAHAHAHA !!!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : mengantok oi , blogspot ni dah boleh elok tak. nak bw pun susah. T_T


xoxo


Tuesday, June 24, 2014

KakiMotor SNCT Gathering 2014 - Satria Neo Club Team

Assalamualaikum & Hello.

Rasanya ada dekat setahun juga Wan tak join aktiviti SNCT , seingat ingat aku last ktorg join pon masa TT Kemaafan 2013. Lepas tu nan hado dah , almaklumlah sibuk kumpul duit nak kawen. Kalau tak memang dah pergi laju laju dah TT Teluk Batik haritu  , ekekeke!

Nak dijadikan cerita Ahad lepas ktorg berkesempatan untuk join KakiMotor SNCT Gathering 2014 dekat KakiMotor Sri Muda Shah Alam. Sebab dekat je bolehlah join , cecuba ajak konvoi pergi Selatan ke Utara ke ? Memang tak dapatlah jep. :P


RV Point dekat Stadium Shah Alam Go Kart untuk amek t-shirt dan juga car sticker. Lepas tu baru semua konvoi gerak ke KakiMotor Sri Muda. Sebenarnya kalau compare aku dengan Wan , aku lagi suka konvoi konvoi ni. Best. Sebab tu aku yang semangat kejut Wan pagi pagi semata nak join gathering ni. Lalalalala. ^^


Sesuka hati je nak beratur satu line macam ni sampai makan satu jalan. Hahahaha. Buat jem je keje korang kan. Ekekeke! Tapi yang tak best bila kereta Wan dah tak vroom vroom gara gara dia cabut ekjos besor lubang hidung dia tu sebab nak pergi inspection haritu. Tengok dah tak best dah. T_T. 

Lepas kawen sila pasang balik ekjos tu. Wakakaka. Kita bagi green light ni. ^^





Sampai sampai je dekat KakiMotor Sri Muda , dorang dah get ready parking lot semua untuk SNCT park their cars. Lepas tu terus sambung dengan aktiviti dekat KakiMotor. Kira macam family day la juga , ada games , ada cabutan bertuah dan juga makan makan.



Antara games yang ada pada hari tersebut ialah Kerusi beracun , Isi air dalam botol guna span ,  Makan epal yang digantung dan pasang adjustable absorber KYB. Games lain aku malas nak snap gambar , melampau pemalas tapi nak update entry. Lantak. :P


Tapi aku dengan Wan tak tunggu sampai event habes sebab petang tu nak pergi cari barang barang untuk hantaran. So , lepas makan and tangkap gambar group ktorg terus cabut. Lagipun panas der ! Terbakor kulit teman , walhal duduk bawah khemah je pong. Ekekeke. Ai kan puteri lilin. Sila faham. Lol !


Apa pun nombor ktorg naik pula untuk cabutan bertuah , kemeriahan berganda uollss ! Hahahaha. Dapatlah Wan brake pad untuk kereta dia. Suka la tu , suka la tu. Naseb baik dia tak TERBELI adjustable absorber KYB tu. Kalau tak ? Ai tumpang suka. Ahahahahahaha. :P

As co pilot aku pun dapat t-shirt juga , tapi disebabkan takde tempat nak tukar t-shirt tu sampai kesudahlah aku tak pakai. Takpelah nanti pakai pergi keje jelah , ajet ajet budak kereta. Wakakaka. Padahal lesen pun takde. Teheee! 


Apapun event kali ni best , best , best !! Lepas kawen nanti kami join dengan lebih ligat lagi. Eh , boleh ke camtu ? Mihmihmih. Padahal Wan bukannya nak aktif sangat pun dengan kelab kereta ni , aku je yang lebih lebih. Lalalalala. Beli kereta sendiri nanti tahulah , aku buat cam kereta paria. Lampu pink biru hijau striking striking. Okbai !


Thanks for your time , love ya people.


p.s : siapa yang ada neo dan nak register jadi ahli SNCT  pergi tekan link atas tu. Eh dah macam admin dah aku ni. :P


xoxo


CPUV 16 & 17 : Invest Smart Campaign & Bulgogi Brothers Korean Burger

Assalamualaikum & Hello.


Sebenarnya minggu lepas lagi dah nampak CPUV ni masuk , tapi tak dan langsung nak buat entry. Bajet manusia yang paling busy atas muka bumi. Hahaha. Aku tengok ramai juga blogger yang dapat CPUV Bulgogi ni haritu. Now , its my turn. Ngeee!

CPUV 16 : Invest Smart Campaign ni aku tak sure pasal apa sebab aku tak nampak lagi iklan tu berpoco poco dekat blog aku ni ha. Korang ada nampak ?? 

CPUV 17 : CPUV Bulgogi Brothers Korean Food ni semestinyalah iklan makanan. Hihihihi. Untuk yang sedia maklum , aku pernah juga pergi makan dekat Bulgogi Brothers ni tapi takdelah makan burger sebab masa tu dorang belum ada lagi burger burger ni -- boleh tekan link sini untuk entry. Sedap boh ! Portion besar , banchan boleh refill. Seronok. ^^



Apa pun , thank you Nuffnang sebab pujuk kita yang tak dapat PPP pergi FIFA haritu. Hahahaha. So , korang korang yang tersayang ni apa lagi -- kalau nampak iklan tu joget samba ke zapin ke apa -- kasi tekanlah. Doa doa CPUV kali ni tahan lama sikitlah ye. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bile semua benda nak kena ikut standard , matilah. tang kau semua kau langgar. gelabah.


xoxo


Monday, June 23, 2014

Product Review : Maybelline New York's White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder SPF34 PA+++

Assalamualaikum & Hello.

Siapa yang suka makeup makeup tu semestinya dah familiar dengan cake powder la loose powder la semua semua kan. Macam aku ni , yang aku tahu compact powder je. Tehe! Tu pun untung aku tahu , kalau tak tahu tu tak gadis okeh. Ekeke. 

Meh sini aku share satu good news untuk korang penggemar makeup yang mencari cari cake powder yang membolehkan kulit korang rasa bersih dan segar sepanjang hari ? Haaaa macam best kan. Eh mesti bestlah.

Maybelline New York White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder SPF34 PA+++



Maybelline New York telah memperkenalkan produk baru mereka yang boleh meninggalkan permukaan ultra-halus pada kulit korang. Amacam syiok tak ? Produk baru ini juga mempunyai Clean Touch Powder System's Mineral Perlite yang mempunyai 5 kali kuasa penyerapan yang mempercepatkan proses pengeringan peluh dan penyejatan supaya kulit kekal bersih. Kurlasssss.

Selain daripada semua yang aku sebut dekat atas tadi. Produk baru daripada Maybelline New York ini juga memberikan penggunanya Instant Brightening Effect. Ataupun dengan bahasa mudah , korang apply je produk ni dekat muka gerenti terus cerah kulit muka korang. Tak payah dah nak selfie pakai camera 360. Hehehe. 


Oh oh oh , satu lagi kelebihan produk baru daripada Maybelline ini ialah sangat sesuai untuk korang korang yang busy yang tak sempat langsung nak touch-up muka. Sebab apa ? Sebab produk ini memberikan korang 12 jam kesegaran dan juga 12 jam perlindungan daripada sinaran UV. Pheeww !! Best gilaaaaaa , so lepas ni dating takdelah muka pucat lesi. Sebab 12 jam tu ketahanan. Ekekeke. Aku sukaaaa.


Korang suka ?


Kalau korang suka , apa lagi pergilah dapatkan Maybelline New York's White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder SPF34 PA+++ korang dengan kadar yang pantas kerana produk best ini telah berada di pasaran mulai June 2014. So , apa tunggu lagi be the first one yang dapatkan kelebihan daripada produk terbaru Maybelline ini. Hikhikhik.

Maybelline New York's White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder SPF34 PA+++ boleh didapati pada harga RM 23.90 manakala RM 11.90 untuk refill. Tak mahal pun , harga mampu milik untuk produk yang terbaik ni. Ehek !! Apalah sangat sekali sekala berbelanja untuk muka sendiri. Tak gitu ? ^^



Review : Tersangat best ! Even dalam tengah panas pun muka tetap nampak dan rasa kering. Tak berminyak dan sangat soft tekstur dia. Memang aku akan beli refill la kalau dah habes. Hehehe.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sila abaikan cermin yang pecah tu , huwaaaa. thanks Lion and Lion. 


xoxo


Saturday, June 21, 2014

Oh , I'm The Best !

Assalamualaikum & Hello.


Kalau macam inilah gayanya , memang aku ni The Best Ever lah. Hahahaha. Dah memang aku suka makan , nak buat macam mana kan. Kadang tu Wan pun geleng kepala tengok nafsu makan aku yang membara. Ekekeke. 

Orang lain kalau dah nak dekat majlis kawen semua dah start diet  dah start takde selera makan , aku ? Masih lagi macam biasa , mana mungkin aku skip makan. Tapi tulah pelik , macam mana boleh dapat gastrik pula. Wakakaka. Apa pun tak boleh !

Bila ditanya macam mana aku makan banyak tapi badan masih lagi macam plywood , obviously aku takde jawapan. Tanyalah banyak kali , jawapan dia tetap -- ENTAH. Dan satu perangai aku , bila aku lapar dan orang tak bagi aku makan -- aku boleh moody. Spoil ! Hiksss. Teruk.

Nak jadi orang yang the best ? Cintailah makan dan makanan ! Teheee! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak lipstik merah mak ngah satu please.


xoxo


Awesome trick to eat chocolate , yang pasti bukan Cadbury ! Ehek.

Assalamualaikum & Hello.

Aku assume semua pun suka makan coklat kan , aku je yang tak berapa nak gemar. Wakakaka. Sabar jelah. Orang sampai kata hilang nikmat dunia sebab tak makan coklat. Takpelah dik , ahkak tak kesah. Mihmihmih. ^^

Nah aku ada satu trick untuk penggemar coklat bar. Tengok ni cepat , cepat , cepat !


Awesome gila kan ? Boleh curi seketul coklat yang kecik tu tanpa ubah apa apa pun dekat coklat bar korang yang besar tu. Memang terbaik kot trick ni. Serious. Haaaa nak try la tu , ececeh. Macamlah kita tak tahu. Wakakaka. Selamat bercoklat coklat dihujung minggu ye semua. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini ada photoshoot , beheee! tak reti pose weh. tolong.


xoxo


Friday, June 20, 2014

No.1 chicken brand in South Korea now in Malaysia - KyoChon Malaysia

Assalamualaikum & Hello.

Ini semua salah Sally , Sally , Sally !! Kalau bukan sebab terbaca status Facebook Sally pasal KyoChon Malaysia ni mesti aku takkan terjebak dengan korean food dah. Tapi apakan daya , dasar ingin tahu sangat apakah KyoChon Malaysia ni. Aku pun baik punya klik link dekat status tu. Teheeee ! :P

Sekali , tu diaaaaa. Korean food lagi dan lagi dan lagi. Maigad. Kali ni , ayam goreng pula dah. YaAllah tolonglah selamatkanlah nafsu makan aku yang macam ada bela anak blue hippo dalam perut ni. Wakakakaa.


Siapa yang selalu tengok drama Korea mesti pernah ternampak scene dorang makan ayam goreng (eg : My Love From The Star). Korang mesti nampak ayam tu macam memanggil manggil korang untuk cuba kan ? Now korang boleh alaminya sendiri dekat KyoChon Malaysia. Hip hip hooray !! ^^


Dekat KyoChon Malaysia ada 4 series untuk fried chicken : Original Soy Series , Red Series , Honey Series & Sal Sal Series (Sal Sal Series using chicken breast).



Selain daripada fried chicken , ada juga menu untuk ala carte dan juga salads and side dishes. Even tak pernah pergi pun aku dah rasa best ni. Aiyokkk macam mana ni. Sally !!!


Oksusu-cha haritu aku dah rasa dekat Gomonae Ampang Point , sedap !! Memang tekak orang yang suka minum Green Tea je yang boleh telan air macam ni sebab tak berapa nak ada rasa. Yang penting baik untuk kesihatan. Tetiba sangat. Beheee! :P

Kalau tengok daripada segi harga memang korang akan cakap 'Alah kepci lagi murah , ayam besar plak tu'. But come on lah , sekali sekala tukar selera apa salahnya ye tak ? Takkan asyik asyik nak makan ayam goreng uncle rambut putih muka putih tu je. Teheee. Apa salahnyaaaaa sesekali feeling feeling makan ayam goreng plastic surgery. Wakakaka.

Okaylah nak bodek Wan pergilah Ahad ni. Ewah.


Thanks for your time , love


p.s : alang alang pergi shah alam , pleaselah singgah damansara eh bie. :P


xoxo


Cara cara membeli application di Play Store

Assalamualaikum & Hello.

Ehem ehem , tutorial membeli application di Play Store katanyaaaa. Hahaha. Ni semua gara gara aku terbabas beli Vscocam effect untuk Vscocam aku. Mihmihmih. For the begininng belilah effect yang $0.99 , kalau convert RM baru RM 3.50. Teheee !!

Most important thing yang korang kena ada ialah : Google Wallet. Then register.

* Expiration Date : Pada bahagian depan card yang tertera 'Valid Thru'.
* Security Code : 3 angka yang ada dekat belakang kad (tempat korang sign).


Dah sudah register , automatic korang boleh beli apa apa juga applications yang ada dekat dalam Play Store tu. Macam aku haritu , aku beli effect untuk Vscocam je. Takut takut juga nak beli yang mahal mahal , so kita beli yang $0.99 je. Mihmihmih. :P


Setiap kali korang membeli , transactions akan direkodkan dalam Google Wallet korang. So korang boleh tengok apa yang korang dah beli. Disebabkan aku baru beli satu benda maka dengan itu dalam transactions list aku ada satu jela transaction. ^^


Setiap pembelian akan disertakan dengan resit pembelian. Standardlah tu kan. Tapi yang membezakannya , resit itu akan dihantar terus ke email korang yang korang daftar Google Wallet tu. Once duit korang dah ditolak , automatically korang akan dapat email resit ni. 

So apa lagi , jemput jemputlah shopping. Hahahaha. Aku kalau ada duit banyak , aku dah pulun dah beli effect Vscocam yang $5.99. Hoiii sabar jelah wahai hati , tunggu lepas kawen la. Tukar handphone sekali , amboiii. Kau nampak tak semangat dan keazaman Nuriesya Nadia bershopping walaupun dekat Play Store. Beheee! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : sape sape terjebak jangan salahkan aku , salahkanku jangan salahkanku. Ehek.


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah