Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 25, 2014

Majlis berbuka puasa dengan Wan dan kawan kawannya at Bangi Golf Resort

Assalamualaikum & Hello.

Dah nak last last puasalah baru sempat nak berbuka puasa dengan geng 14 ni. Itu pun naseb baik sempat juga buat majlis berbuka puasa ni , kalau tak ? Carry tahun dopan jolah ha. Hahahaha. Lokasi yang dipilih untuk majlis berbuka puasa kali ialah Bangi Golf Resort.

Semalam sampai sampai je dekat BGR , makhaih ! Dah banyak kereta dah , masuk masuk dalam je orang dah sibuk queue up untuk makanan. Queue pula tak mainlah pendek pendek , queue semua panjang panjang stok macam makan malam dekat hostel pula hoih. Memang masa tengah queue nak amek nasi tu , baik punya azan. Dengan nasi habis pula. Eish. =_="

Start start je dah rasa tak best sebab too crowded. Yess !! Penuh sangat. Melimpah ruah orang dalam tu , nak makan minum borak pun tak selesa. Orang duk langgar langgar kerusi , dengan risau takut makanan ke air ke tumpah kat baju. Arghh. Sesak.



Sampaikan nak pergi ambil gambar makanan dekat setiap stall yang ada pun aku malas. Sebab yelah orang punyalah beratur , kau boleh pula nak snap snap gambar makanan bagai kan. So , tak payah ! Lupakan jelah niat tu. Maka dengan itu , jangan risau entry ni takde gambar makanan. Yang ada semua muka ktorg ktorg yang gojes. ^^






Tu dia aktiviti ktorg selepas kenyang. Selfie , wefie semua ada. Hahahaha. Apa pun masing masing have fun makan dan beratur pergi amek makanan. Kahkahkah. Kebetulan meja ktorg dekat gila dengan stage dan betul betul bawah speaker , hahahaha ! Bertabahlah kau borak terpekik terlolong. Heh.

About the foods , aku tak sempat nak rasa semua sebab malas nak beratur. Kambing bakar pun aku tak sempat nak rasa since queue yang tak putus putus. Maka dengan itu , marilah kita berputus asa. So far makanan dia bolehlah , takdelah superb sangat. Tapi bolehlah diterima oleh tekak ni. Dalam banyak banyak yang aku makan semalam , aku suka Western dia je. Hahahaha. Biasalah ai kan tekak mat saleh. Ehek. Terngiang ngiang Pasta with Carbonara Sauce tu , nak try Mac & Cheese -- habesss !! =_="




Sebelum balik kita kasi snap gambar lagi satu round. Hahahaha. Oh ya , lagi satu BGR kenapalah parking kau jauh sangat hoih. Kemain mendaki jalan berbatu batu tau. Huwaaaaa. Aku dengan skirt aku pun dah tak mana mana dah nak jalan punya pasal. Naseb tak pakai high heels , kalau pakai dan terpeleot ? Malu dapat sakit dapat. Huwaaaa. =_="

Apa pun tahniah untuk penganjuran majlis berbuka puasa kali ni. Next time rasanya kene survey tempat yang less crowded. Barulah semua orang boleh makan dengan gembira. Takpelah , yang penting kita semua dapat berkumpul and makan makan. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : masih bekerja lagi harini dan esok. gggrrrr.


xoxo



Thursday, July 24, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Baju Nikah

Assalamualaikum & Hello.

Selain daripada borang borang nikah , part yang paling gerun ialah part baju nikah. Hahahaha. Sampai terbawa bawa dalam mimpi lagi haritu. Kemain mimpi baju nikah tak siap weh , tak kelakar langsung mimpi. Hish. 

Dua minggu lepas aku dah pergi butik , nak ambil baju nikah aku dengan Wan. Tapi masa fitting tu baju aku memerlukan alteration since badan aku susut pula dah. Aigooo. Kena kecikkan 1 inci setengah jugalah.  So dua minggu lepas tu pergi ambil baju nikah Wan jela. Jeles. Gggrrrr. Jangan lepas raya ni kau mengembang balik sudahlah wahai badan. -_-"


Selepas dua minggu.


Baju aku pun dah siap semalam !! Jyeah. Dua minggu lepas tu kemain aku request dekat akak tu buat veil sekali. Aku suruh guna je lace and manik yang ada balance daripada baju nikah aku. Naseb baik ngam ngam dapat buat satu veil. Yeyeah. Jimat duit , tak payah susah cari or beli veil yang beratus ratusan ringgit dekat Jakel ke Gulatis ke. Tinggal nak cari tudung je pula lepas ni. Weeee !!~

Pakej pengantin (kain lelaki dan kain perempuan) : RM 550
Upah jahit baju lelaki : RM 130
Upah jahit baju perempuan (include veil) : RM 120

Total damage : RM 800


Motip letak gambar ni dalam entry baju nikah ? Hahahahaaaaaa! Sebab aku tak snap gambar baju nikah , ala tak surprise la kalau letak awal awal dekat sini. Mihmihmih. So , tunggu lepas nikah jela aku review baju nikah yang biasa biasa tu eh.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bila office mula riuh pasal aku nak kawen , gggrrr. =_="


xoxo


Wednesday, July 23, 2014

Teaser : Save The Date

Assalamualaikum & Hello.


Bila tengok gambar pre wedding sendiri , rasa macam hahahahaa dah nak kawen ke aku ni oiii. Lol ! Dengan orang kiri kanan yang semakin sebok momokkan aku dengan ayat ayat :

'Tinggal sebulan je lagi'
'Eh bulan depan jela'
'Bape hari je lagi nak masuk bulan 8'
'Camne preparation ? Dah siap ?'

Tak baik tau korang. Rasa macam nak luruh jantung tau tak tiap kali kena momok dengan ayat ayat camtu. Sampai peluh peluh tapak tangan tau nervous punya pasal. Sampai waktu tido aku sekarang ni pun dah tunggang langgang. Huish. Eye bag berkilo tu tak payah citelah kan. Dah tak tau nak buat apa dah ni. Huwaaaa. Balik ni nak hiris timun , ekekekee. Tak memasal.

Its going to be 37 days left , 37 hari je lagi. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 8 dah pun. Lepas tu marilah kita menanti hari nak sampai ke 29 Ogos 2014. YaAllah semoga semua urusan kami dipermudahkan hendakNya. Cuak cuak cuak. Hahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : Wan dah beli sampin nikah dah , aku baju nikah pun tak kutip lagi. :P


xoxo


Tuesday, July 22, 2014

Agar Agar VS Onde Onde

Assalamualaikum & Hello.

Jumaat malam haritu saje buat agar agar tali tu , bukan agar agar instant okay ! Konon konon sweetlah kan nak bagi Wan rasa buka puasa hari Sabtu tu. Buat punya buat , alamak ! Sekali keras sikitlah pula. Bukan takat keras , tak manis pula tu. Hahahaha. Sesuai betul dengan Wan yang familynya ada history kencing manis. Cover baik punya. Ekekeke. :P

Disebabkan agar agar yang tak berapa menjadi tu , aku terus proceed dengan plan B plak -- buat onde onde. Sebab haritu awal awal puasa lagi Wan ada sebut sebut pasal onde onde. Dan terus seawal pagi Sabtu tu aku pergi kedai beli barang nak buat onde onde. Konon surprise. ^^


Sebelah kiri : Agar Agar
Sebelah kanan : Onde Onde

Gigih tak gigihlah siap buat dua bekas macam ni. Hahahaha. Agar agar tu nampak je cantik tapi indah khabar dari rupa. Mihmihmih. Sebelum kawen ni kenalah tayang sifat rajin dalam diri , lepas kawen nanti kalau Wan teringin nak makan -- kita pergi bazar ramadhan jela eh. Main tunjuk tunjukkan seronok. Wakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : #KamiBukanCadbury


xoxo


Monday, July 21, 2014

Bila Wan kena prank !

Assalamualaikum & Hello.

Sabtu lepas Wan cakap kawan kawan dia budak budak Poli Shah Alam ajak buka puasa sama sama macam tahun tahun lepas. Tapi cadangnya tahun ni takde book mana mana restaurant untuk berbuka , just berbuka ramai ramai dekat Dataran MBSA. 

So sebelum ke Dataran MBSA semua berkumpul dekat bazar ramadhan shah alam yang dekat dengan Stadium tu. Beli makanan semua lepas tu baru gerak pergi dataran , tapi ada sorang kawan Wan yang memang dah standby dekat dataran sebab takut penuh ! And yess masa ktorg sampai 7 lebih tu -- parking pun takde. Kena double park. Huhuhu.


Gambar view keadaan dataran tu esok lusa aku update , gambar dalam handphone Wan. Hahahaha. Lupa nak transfer masuk handphone aku. Semua gara gara bila dah azan je terus ngap. Lapo ! Kueytiaw goreng dengan cili jeruk pun dah terbaik dah time tu. Wakakaka. :P




Makan punya makan punya makan.




Malam pun tiba.





Tetiba salah sorang daripada kawan Wan keluarkan sebiji kek and siap nyalakan lilin. Masa tu aku dengan Wan dua dua pun tak tau kek untuk siapa. Sekali bila letak , oh ! Nama kita ! Hahahahaha. Kemain sweet sangat tau budak budak ni buat surprise macam gini. Naseb tak kena kencing manis okay sebab sweet sangat. Teheeee.


Sebelum sesuatu terjadi , mari kita potong kek dulu. Haaaa nampak , belum sanding pun dah boleh potong kek sama sama. Kahkahkah. Sabar jela. Yang penting kek ni sedap , tak manis sangat. Dap dap dap , tapi kek ni yang makan aku rasa sepotong je. Yang lain ??





Yang lain jadi kat bawah ni ha :







Jyeah !! Dorang main tepek tepek dekat muka dekat rambut semua. Naseb baik aku tak kena , kalau kena ? Masak masak. Ada yang balik daripada berbuka puasa tu free hair kang. Ehek! Sebelum Wan kena prank ni dia sempat juga imbas kembali yang dia pernah kenakan si baju turqoise tu sebelum ni. Dia tak expect pula yang dia nak kena tahun ni. Padan muka. Hahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau budak budak ni ajak aku prank Wan haritu , memang dah cun dah. Hish ! 


xoxo


Friday, July 18, 2014

Sunsilk Lively Clean & Fresh , Heliza Helmi

Assalamualaikum & Hello.

Seperti yang semua sedia maklum aku telah dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis Sunsilk Ceritera Hijaku pada 8 Julai 2014 yang lepas , sila rujuk entry Media Invitation Sunsilk Ceritera Hijabku. Kemain gigihlah aku ni sampai ambil annual leave semata mata nak ke event tersebut. Ehek! Dan partner aku untuk event kali ni , Mama. Hahahahahaha ! 

 

Tak masuk tema betul kau ni Nadia , patutnya pakailah warna hijau oii. Hahaha. Barulah kena dengan teman Sunsilk Lively Clean & Fresh. Aigooo ! Takpe takpe , next time kalau ada lagi invitation macam ini aku akan make sure aku ikut tema boleh ? Ekekeke. :P

Dalam pukul 6 petang majlis pun bermula dengan ucapan daripada pihak Unilever (Malaysia). Kemudian majlis disambung pula dengan sesi pengenalan dan penceritaan pengalaman oleh duta Sunsilk Lively Clean & Fresh iaitu Heliza Helmi dan diikuti dengan sesi fotografi. Akhir sekali , sebelum mengakhiri majlis pada hari tersebut kami telah dihiburkan oleh penyanyi Najwa Latif sementara menunggu waktu berbuka puasa.


Heliza Helmi, duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, berharap untuk memberi inspirasi kepada wanita berhijab yang lain dalam mengecapi impian dengan penuh keyakinan dan berkongsi pengalaman mereka bersama Sunsilk. 

 

Heliza Helmi, duta jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, menerangkan pengalaman bermakna beliau bersama Sunsilk dengan menceritakan bagaimana Sunsilk telah memberi sokongan dalam mengecapi impiannya. 

 

(Dari kiri ke kanan) Nell Yee, Penolong Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Heliza Helmi, Duta Jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh, dan Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. bersama rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, salah satu peneraju produk penjagaan rambut untuk wanita berhijab.
 

 

Rakan-rakan dari industri hiburan turut serta menyokong Heliza Helmi sebagai duta terbaru Sunsilk Lively Clean & Fresh di sidang akhbar semalam.

(Dari kiri ke kanan) Najwa Latif, penyanyi, Nell Yee, Penolong Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Heliza Helmi, Duta Jenama Sunsilk Lively Clean & Fresh dan Phoenix Ho, Pengurus Jenama Sunsilk, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. menunjukkan rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, Faatin Akib, Pengacara TV dan Hatta Dolmat, pereka tempatan yang terkenal


 

Khususnya direka khas untuk wanita berhijab, rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh, direka bersama dengan Dr Francesca Fusco untuk memberikan kulit kepala yang bersih dan segar kepada wanita bertudung.
 
“Setiap wanita yang berhijab mengalami pelbagai masalah penjagaan rambut unik yang disebabkan dari pemakaian hijab. Sebagai wanita yang berhijab, saya sentiasa mengambil berat tentang bau rambut saya selepas sepanjang hari bekerja di luar, dan ini boleh menjejaskan keyakinan diri saya. Hakikatnya, Sunsilk merupakan satu-satunya jenama penjagaan rambut yang saya dapati menyediakan rangkaian khusus untuk wanita yang berhijab, ini juga satu jenama yang saya tertarik dengannya, kerana saya telah membesar dengan jenama tersebut, bukan sahaja dari segi kerjaya, tetapi juga dari segi keyakinan diri saya. Selepas semua peluang bekerja dengan Sunsilk selama ini, saya amat berbesar hati kerana kini saya adalah duta jenama Lively Clean & Fresh,” dijelaskan oleh Heliza Helmi.



 

Antara bloggers yang hadir pada majlis tersebut ialah Yana Yassin , Yuyu Zulaikha , Sabby Prue. Yang lagi dua I can't recall. Feel free to left your comments untuk ditag ye. Hiksss.

 

Goodies yang aku dapat untuk event Sunsilk Ceritera Hijabku : 1 botol Shampoo , 1 botol Conditioner & 1 Tudung Ariani. Memandangkan aku datang dengan Mama , so ktorg dapat dua beg goodies. Yeay! Tak payah beli shampoo dah buat masa terdekat , stock ada banyak. Ekekekee.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : yang penting masa event ni dapat nampak Hatta Dolmat depan mata. Ahakssss. :P


xoxo



Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah