Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, August 29, 2014

Selamat Hari Lahir Bakal Suami , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Its 29 August 2014 , selamat hari lahir bakal suami. Semoga dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Tahun ni no birthday celebration , no birthday present untuk bie. Sorry ya ! Hahaha. But tahun ni kita raikan dengan hari bahagia kita which is fall on your birthday. Fair tak kalau kira our akad nikah tu as birthday present. Aci tak , aci tak ? Ehek!

 

A few more hours to go sebelum kita diijab kabulkan. Nothing much yang kita nak cakap kecuali thank you for choosing me to be with you forever inshaAllah. Lets grow old together darling. Semoga semuanya yang kita rancang harini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Jangan lupa practice lafaz akad dengan nama ai yang macam retis ni ye. Behe! Jangan gagap , jangan gabra. Me love you very much future husband. 😸😸

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bila tengok inai dekat jari ni , haish tak percaya pula rasa. 


xoxo


Tuesday, August 26, 2014

Alahai ayah , ayah oooo ayah !

Assalamualaikum & Hello.

Makin nak dekat hari nikah ni , makin kalau boleh aku nak elak benda benda yang tak elok dan tak baik ni. Tapi itulah , kita ni manusia kita boleh merancang tapi masih DIA yang akan tentukan semuanya. And that is what happen malam semalam.

Ayah tetiba mengadu dekat mama yang dia rasa sakit dada.

Apa lagi , aku yang konon konon nak buat lulur beras + kunyit malam tu terus tunda aktiviti spa di rumah tu. Terus ikut mama bawa ayah pergi HKL. Emergency terus perginya. Yelah , ayahkan ada kanser paru paru stage 4. So takut dengan sebarang kemungkinan yang lain tu terus laju ke emergency. 

After a few hours waiting. Biasalah HKL. 

Akhirnya ayah pun masuk jumpa doctor dekat zon hijau. Aku tak ikut mama and adik aku masuk jumpa doctor. Yelah , aku takut nak dengar apa apa perkhabaran yang tak elok. Kang aku stress , haaa kang allergic lagi satu muka. Jenuh. Sambil menunggu tu doa juga dalam hati. Janganlah jadi benda benda yang aku taknak terjadi tu. Sobsss. T_T

Alhamdulillah. Allah dengar doa aku.

Ayah just kena muscle pain. Yes ! Muscle pain. Fuhhh ! Lega hati ni bila dapat tahu just muscle pain. Ni semua gara gara dia join group cina cina asoh dekat taman haritu. Ini mama lah yang cerita since mama yang pergi jogging dengan ayah. Mama kata ayah sibuk join aerobik , lepas tu taichi. Kemain beriya dia taichi mama kata. Aleh aleh. Ini makan dia. Hailah ayah.


Apa pun aku masih berharap sakit otot ayah tu berkurangan. Bukan apa. Hazab sangat aku tengok dia nak angkat tangan semua. Bergerak sikit pun sakit. Hish. Itulah , takde keje cari keje. Kan dah mendapat. Ayah oooo ayah. Pengsan kita macam ni. Doakan ayah aku cepat baik ye semua. =_="

Thanks for your time , love ya people.


p.s : last day kerja harini , esok dah cuti ! semoga Allah permudahkan semuanya. Amiinn.


xoxo


Monday, August 25, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Mandi Bunga , Lulur dan Air Mawar

Assalamualaikum & Hello.

Actually , aku banyak terima soalan -- 'Dah mandi bunga ke belum ?' , 'Dah pergi spa buat pakej naik seri pengantin ?'. Hurm. Maybe pada segelintir orang , mandi bunga dan pergi spa naik seri pengantin ni dah jadi macam perkara wajib buat sebelum kahwin. Tapi bagi aku macam tak wajib je buat semua tu , sebab iollss memang dah berseri seri ape. Ekekekekee. :P

Mandi Bunga


Semalam dah alang alang keluar dengan mama pergi Jalan Tar. Terus terbeli sikit rose petals. Sampai 3 4 warna aku beli rose petals weh , ada warna merah , ada warna pink , ada warna putih dan juga kuning. Nak juga aku rasa apa yang best sangat mandi bunga ni. Ehek! Manalah tahu tetiba aura daripada minah brutal jadi minah bunga ke. Ekekeke. Rujuk gambar , macam ginila agaknya rupa mandi bunga tu. Tapi rumah aku takde bath tub , takpe kita fefeeling jela dalam besen (dibaca kalau muat). Kalau tak pun , kita cebok jela sendiri. Hahahahaa. 

Lulur


Lulur. Serious bila aku dengar perkataan lulur ni , tak tahu nak imagine macam mana kekdahnya. Aleh aleh bila aku google -- larh macam skrub badan je. Ciskek betul ! Bezanya lulur ni kalau buat dekat spa , adalah orang yang tolong sental badan korang. Kalau kat rumah ? Kau sentallah sendiri sampai tergeliat urat bahu. Mihmihmih. Kau mampu nak lulur badan guna coklat ? Hahahahaha. Takpela , ai lebih rela makan coklat tu daripada dibuat lulur rupa ini. Kita back to home basis jela , guna beras , kunyit hidup and halia. Settle ! Tak payah nak coklat sangat. Lempang laju laju. :P

Air Mawar

sumber : Google

Air Mawar ni yang tahu kalau siram dekat kubur je. Untuk kegunaan kulit muka ke dalam masakan ke semua aku tak tahu. Tapi tula , bila Bella cakap dengan aku haritu. Untuk naik seri pengantin boleh pakai air mawar aku pun gigihlah pergi beli semalam dekat Mydin Jalan Tar tu. Tapi bila tengok harga dia RM 2.90 , aku jadi takut pula nak sembur. Bella siap cakap kalau nak sembur tu baca sekali surah yusof. Baiklah Bella ! Kita ikut. Mohon esok lusa tulat muka kita akan gojes macam Che Ta. Lulzzz !! 

Thanks for your time , love ya people. 


p.s : alhamdulillah , muka yang berbiji biji gara gara allergic da mula surut.


xoxo


Saturday, August 23, 2014

Wedding stamp from iKahwin.my , thank you !!

Assalamualaikum & Hello.

Bulan enam haritu aku ada share yang pihak ikahwin.my ada nak bagi aku token sempena promotekan ikahwin.my dalam blog ni kan. Dan nak dijadikan cerita , disebabkan aku sedikit busy dengan preparation nikah. Langsung tak sempat nak update dengan ikahwin.my mengenai token tersebut.

Mujur last week aku teringat , terus rujuk balik email sebelum ni. Pihak ikahwin.my kata once aku dah book wedding stamp yang aku pilih (token yang diberi) aku kena update dengan dorang. So , selepas pilih punya pilih. Akhirnya 3 design wedding stamp menjadi pilihan aku.


Tadaaaaa !! Aku buat order 14th August (Khamis) , 15th August (Jumaat) reconfirm design and 19th August (Selasa) parcel sampai rumah. Cepat tak cepatlah dorang buat kerja kan ? So lepas ni tinggal nak cari stamp pad je. Weee !! Lepas tu kita boleh main cop cop dah. Yeyeah. Nanti aku buat full review ye sebab stamp ni nak pakai untuk majlis bulan November nanti. ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : 6 hari lagi weh , perghhh gilalah. hahahaha


xoxo


Friday, August 22, 2014

Shopping barang bilik dekat IKEA , ehek !

Assalamualaikum & Hello.

Part yang paling aku tunggu tunggu semestinya part membeli barang barang nak decorate bilik tido lepas kawen nanti. Yelah , since aku akan duduk dekat rumah mertua untuk sementara waktu. Takkanlah nak kene tido katil bujang dan bilik 'lelaki' kan. Mestilah kena adjust apa apa yang patut. Tak gitu ? :D

So , semalam alang alang aku MC dan kebetulan Wan pun cuti. Mohla kita ke Ikea. 





Pusing pusing Ikea sebenarnya semata nak beli bedsheet and some decoration thing je since bedroom set ktorg dah pergi order dekat kedai perabot lain. Tak cukup kaya lagi nak pergi beli bedroom set dekat Ikea ni oii. Ekekeke. Sambil pusing pusing cari bedsheet tu , sajalah usha usha rak buku -- side table -- rak tv segala. Hihihih. Survey survey harga , kalau nak beli semua selambak -- memang tak bernapas aku kang. 


Selfie dekat Ikea ni memang dah jadi perkara wajib. Aku suka decoration bilik dekat tempat aku snap gambar ni. Simple je. Cozy je weh , rasa nak tido je kat situ. Over. Nak buat bilik macam ni juga boleh tak ? Bolehla bolehla. Ada tak orang nak lanje kita beli furniture dekat Ikea ni ? Eheheheeee.


Selepas 2 jam berhempas pulas , akhirnya kami keluar dengan muka ada sinyum. Mihmihmih. Nak dijadikan cerita , sementara tunggu Wan pergi toilet boleh pula terserempak dengan kawan lama. Yang dah 3 4 tahun tak jumpa. Gilalah. Such a long time akak tak jumpa awak Ty. Dahla makin kurus awak tu Ty , kasilah berisi sikit macam dulu. Ini tak , dah macam skeleton dah akak tengok awak tu Ty. Please jangan caras title skeleton tu daripada akak please. Wakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : muka kena allergy , terus tukar pencuci muka pakai Cetaphil balik. mahal. T_T.



xoxo


Thursday, August 21, 2014

Gomonae dengan Sally dan JYH !

Assalamualaikum & Hello.

Memandangkan semalam last day puasa ganti dan tekak aku ni secara tetiba meminta untuk menjamah makanan korea untuk juadah berbuka puasa. Over. Hahaha. Lalu dengan pantas Whatsapp Sally , mengajak beliau pergi ke Gomonae bersama sama. Ehek!




Sampai sampai terus order makan sebab aku dengan Wan dah lambat sebenarnya. Ye watak tambahan semalam adalah Wan. Hahahaa! Biasalah bila bini bini Jung Yong Hwa ni dah berkumpul. Yang dekat sebelah pun nampak tak nampak je. Ekekekeke! Maafkan kita ye. Kita janji lepas ni kita tak buat lagi. Mihmihmih.

Lepas makan tu , kengkonon nak terus geraklah sebab aku ada date dengan Una pula dekat Bukit Ampang. Nak bagi dia dress untuk dulang girs nanti. Tapi. Salahkan Sally , salahkan Sally ! Siapa suruh dalam handphone ada video konsert CNBLUE. Haaaaa kan dah tersadai lebih lama dekat Gomonae tu. Rase nak nanges tengok video tu. Sobssss. Almaklumlah ai kan tak dapat pergi konsert tu haritu. Sentap!



Sebelum balik , seperti biasa -- kenalah tangkap gambar. Barulah ade bukti pembelian , hahahhaa! Lepas tu jumpa Una dekat Bukit Ampang tak sempat nak snap snap gambar. Biasalah dah malam pulak , kang mau entiti yang muncul dalam gambar. Wakakaka!

Thanks for your time , love ya people.

p.s : harini boss takde tapi aku plak boleh bantai mc , kahkahkah.


Xoxo


Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday : A New Life , A New Start

Assalamualaikum & Hello

Every story has an end, but in life every end is a new beginning.

And this is what will happen soon. 
May Allah ease the journey of my new life inshaAllah.
9 days to go , perhaps I'm ready for what's coming next.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : last day puasa today , iftar mana ? Gomonae please. ^^


xoxo


Tuesday, August 19, 2014

Oh macam ni rasanya nak jadi pengantin , wooo !

Assalamualaikum & Hello.


10 hari lagi - ya - 10 hari lagi nak jadi isteri orang. Perasaan nervous tu tak payah cakaplah. Asal pikir pasal akad nikah je terus sakit sakit perut , berpeluh tapak tangan. Hish. Teruk. Macamlah aku yang nak kena lafaz akad tu. Mihmihmih. Over.

So far alhamdulillah , persiapan semua berjalan dengan lancar dan almost complete pun. Tinggal tunggu masa nak cuti panjang and get married. Ehek ! Untuk akad nikah ni takde banyak benda pun nak buat since reception ktorg pun ada gap 2 bulan selepas akad nikah. Maka dengan itu , untuk preparation reception -- kita pause dulu. Lepas settle akad nikah kita continue balik. ^^

Daripada segi fizikal dan mental , hurm. Nak kata prepare sangat pun takdelah , just go with the flow. Tapi yang penting external hard disk tu aku dah kasi clear daripada gambar gambar ex boifren mahupun scandal. Lulz ! Hahahaha. Kang tanjat boboi pula laki kita tengok , ehek ! 

Tapi serious , bila aku duduk melamun tu kadang kadang terpikir juga. Macam manalah kehidupan aku lepas kahwin nanti. Hish. Makin elok ke , makin teratur ke , makin kelam kabut ke ataupun terus kelaut ?? Yelah , selama ni hidup dengan family sendiri je , lepas ni ada hati lain yang nak kena jaga. Fuh ! Fuh ! Fuh !

But the most important thing now , I need to let go all the past and come forward to my future. Lupakan semua yang dah terjadi in the past and learn from mistakes. Sebab aku bukannya nak hidup lagi dalam masa lalu , aku nak hidup dalam masa sekarang dan akan datang. So , just let it go. Usah dikenang barang yang lepas. Masing masing ada life masing masing -- so kita enjoy !!

Apa pun , yang penting sekarang ni jangan serabutkan kepala otak dengan benda yang tak sepatutnya. Just enjoy hari hari terakhir aku untuk bergelar seorang Cik dan seorang anak perempuan sulong dan tunggal untuk family aku sebelum gelaran aku ditukarkan menjadi seorang Puan dan seorang menantu perempuan tunggal. But my status in my own family masih remains ye. Ai takde adik perempuan nak caras title tu. Ekekeke. May Allah ease everything , inshaAllah. Amiinn Ya Rabbal Alamin.

From 2012 till now , ^^

Thanks for your time , love ya people.


p.s :


Monday, August 18, 2014

Merchandise CNBLUE , thank you Sally !! ^^

Assalamualaikum & Hello.

Daripada sehari ke sehari kononnya nak pergi jumpa Sally , nak amek merchandise CNBLUE. Tapi itulah dia , asyik ada hal -- asyik tak jadi. Fuh !! Hati dah la membara bara je nak tengok apa yang Sally berjaya belikan untuk aku dengan RM 50.

Nak jadi cerita , Jumaat lepas. Settle je beli barang hantaran - makan makan - terus shoot pergi Ampang. Jumpa Sally dekat rumah je. Sebab macam dah lewat kan. Anak dara tak baik keluar malam malam. Ehek! Lepas bersesat sesat cari rumah Sally. Akhirnya sampai pun luar pagar.

Terus histeria bila nampak paper bag gambar CNBLUE. Ke histeria tengok gambar Yong Hwa. 


Pitam.


Bangun.


Pitam.


Bangun.



Auchhh !! Auchhh !! I'm in love. Gitu. Walaupun tak dapat tshirt yang original , tapi dapat yang imitation pun takpelah. Ada rezeki lebih nanti kita beli yang original okay ! Thank you so much maduku Sally sebab sudi tolong belikan merchandise CNBLUE untuk kita. Me heart u deep deep. Amboi. Over.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : amboi sharpnya gambor Nadia sekarang , apa rahsianya. ehem.


xoxo


Sunday, August 17, 2014

Sunday Morning !!

Assalamualaikum & Hello.

Good morning guys , actually aku saje saje test nak update entry guna handphone aku ni since tetiba rasa macam tak produktif pula tak sebab tak pernah nak update blog on weekend. Hahaha! Nak buat autopublish pun malas kerah kepala otak untuk berfikir tapi lepas tu kecoh nombor Alexa makin tinggi. Ehek! Gedik santai sangat tau kau ni Nadia. ^^


Nah ! Current view aku. Kucing yang menyebok masa orang lain sebok menggodek gubahan hantaran. Kang ada yang aku letak kucing ni jadi hantaran nanti. Hish.

Thanks for your time , love ya people.


P.s : akhirnya boleh pun update gune handphone. Yaiy!


xoxo


Thursday, August 14, 2014

Kerana aku obses dengan Runningman !

Assalamualaikum & Hello.

Okay cerita minggu lepas lagi untuk kesekian kalinya. Maafkan hamba , hamba tak sempat nak update kerana menghabiskan sisa sisa cerita hari raya hamba di kampung itu. Ekekeke! Gini gini , minggu lepas telah berlangsungnya K Festival selama 3 hari berturut turut iaitu pada 8 hingga 10 Ogos 2014 anjuran Korean Tourism Organization.


Tapi


Tapi


Bukan itu yang aku menariknya pun la adoi. Hahahaha! Yang menariknya adalah dengan kehadiran HaHa dariapada gameshow yang famous gila seantero malaya , amboi hiperbola. Hahahahaha. Siapa lagi kalau bukan Haha daripada gameshow Runningman. *clap clap clap* Annyeong Haseyo.


Tapi


Tapi 


Macam kurang ajar pula tak tunjuk gambar opening celebration tetiba terus tunjuk gambar HaHa kan. Biadap biadap. Ekekekeke. So , nah sedikit view yang aku dapat daripada tingkat 2 Pavilion. Mihmihmih.



Disebabkan pada hari yang aku pergi K Festival aku puasa ganti , so aku tak tengoklah opening celebration tu sampai habes. Sebab HaHa Fans Meeting start pukul 8 malam , maka dengan itu aku pun pergilah cari makan dulu untuk alas perut dan alas perut aku tu pun menu dia mestilah Korean juga. Over. Eh eh kita mestilah menjiwai watak ok.


Ddukbokkie ataupun Spicy Rice Cake untuk alas perut. Memang mengancam , naseb baik perut tak meragam. Almaklumlah Ddukbokkie ni kan pedas oiii. Tengok warna pun dah tahu pedas , tapi serious sedap. Memang juih juih bibir aku lepas tu. Wakakaka ! Lagi nikmat bila makan kongsi dengan Wan , fefeeling Korea tu terus memuncak. Ewah.

Lepas habis makan , sambung balik cari port nak usha HaHa. Tapi itulah , port cantik ktorg yang awal tadi tu dah ada orang amek. Chis bedebah. Terus dapat port tak cantik , bila tangkap gambar -- sedih sangat rasa. Nampak HaHa tu macam sebesar semut je. Tak percaya. Nah tengok !




Eh takde HaHa lagi eh ? Hahahahaa. Okay okay sorry ! Kali ni mesti ada , mesti ada. Ehek. :P



Nampak tak ?? Sebesar tu je aku boleh bagi korang tengok. Kalau zoom lebih lebih nanti gambor pecah , cukuplah ni pun dah cukup pecah dah kualitinya. Tak hamak aku nak pecahkan lagi. Hahahahaha. Kang nampak macam entiti pula. 


Tapi


Tapi


Si gagah dan si obses ni turun ke centre court okay. Demi nak update entry. Aku gagahkan juga kaki turun ke centre court. Padahal masa tu Wan pun dah malas nak layan obses aku ni. Wakakakaka.




Amacam clear tak ? Cukuplah tu eh , yang penting aku nampak depan mata -- korang nampak dalam gambor. Hahahahaha. Fair and square okay. Dah dah jangan nak tarik tarik muka , jangan nak jeles jeles. 

Kalau korang nak tengok HaHa , Kim Jong Kook , Ji Suk Jin dengan Song Ji Hyo depan depan. Bolehlah kumpul duit daripada sekarang sebab aku dengar cerita dorang empat orang nak turun Malaysia lagi bulan November nanti.

running man


For more details pergi je tengok dekat Facebook One TV Asia and wait for their updates. Sementara tu bolehlah kumpul duit sikit sikit kan ? Tapi nampak gayanya aku macam tak boleh pergi lagi je , tssskkk !! Selagi belum settle majlis resepsi semua -- memang taklah aku nak pergi semua benda berbayor ni. Sabor ajelah teman. T_T.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : pergi K Festival ni sebenarnya dengan harapan CNBLUE ada sebagai artis jemputan. Ehek!


xoxo


Wednesday, August 13, 2014

Aku tanpa korang boleh diibaratkan seperti kera sumbang , eh !

Assalamualaikum & Hello

Actually cerita yang aku nak cerita dekat korang ni cerita Khamis minggu lepas. Tapi disebabkan aku kengkonon nak habeskan cerita raya aku tu , haaaa memang harinilah baru boleh nak update cerita ni pun. Sedih. Dah basi baru nak update , takpe takpe. Tarik napas -- lepas -- tarik napas -- lepas. Ekekeke.

Siapa siapa yang dah baca entry Una minggu lepas mesti dah tau apa yang jadi kan. Tapi ada aku kesah , aku nak update juga. Lantak. Maka dengan itu , terimalah cerita dongeng aidilfitri ni daripada aku. ^^


Yang plan nak datang rumah sebenarnya Una dengan husband dia je. Tapi dah namanya Una , habes semua kaum kerabat dia ajak. Aku dahla takut takut makanan tak cukup , sobsss. Sabor jela aku. Dia yang plan pukul 8 malam dekat rumah aku tapi dia yang paling lambat. Syabas mere betey syabas. 







Dyla datang bawa cupcake , kengkonon nak bachelorette party and bridal shower sangattt !! Party sangat kan sebab orang yang diraikan pula yang kena masak. Sengal !! Tak kesahlah yang tu , yang penting ktorg dapat kumpul ramai ramai. Dapat borak borak lepas tu huru harakan rumah aku. Bagus. Hahahaa. 


Dyla manusia pertama yang sampai rumah aku. Siap beli seluar baju baru lagi -- over dow ko Dyla ! Thanks for the cuppies girls. Sorang satu katanya , padahal lepas tu ? Tak makan pun. Jadi prop tangkap gambar je sampai ke sudah. Hahahaha. Seminggu lepas majlis nikah aku nanti , Dyla pula nak bertunang. InshaAllah aku try datang eh. ^^


Lepas tu Noni sampai dengan Piqa tapi Una masih belum kunjung tiba. Hahahaha. Noni kemain ayu dengan baju kurung sebab nak ngorat bf Dyla. Wakakaka. Macam haram rebut bf orang dekat rumah aku. Lol ! Lepas aku cabut gigi besi , Noni pula sambung legasi bergigi besi. Lepas ni siapa nak take over ? Una ? Hurm hurm hurm. Hahahaha.


Piqa ni geng aku masa kat UiTM dulu , geng rempit Ipoh - Lumut.. Tapi dia la yang rempit , aku sopan je jadi pembonceng. Hahahaha. Selalu gak jumpa Piqa kalau compare dengan yang lain lain. Yelah , asal pegi Shah Alam je mesti teringat kat dia lepas tu mesti ajak lepak. Kalau dia free dapatlah jumpa , ekekeke. Kalau tak ? Lupakan jela. 


Ini ketua dia , jembalang punya Una yang set plan tapi yang paling lambat sampai. Hahahaha. Tapi apa pun aku tetap sayang Una poreber and eber. Sebab Una la aku jumpa Wan , omomomomo. Match maker sangat Una ni tau , agak agak kalau dekat luar sana ada yang belum jumpa jodoh. Bolehlah jumpa Una. Hahahahaha. Motip promote si sakai ni dekat sini. Pengsan.


I'm blessed to have this bunch of annoying people in my life. Sobsss. Sepatutnya ada lagi 2 orang dalam gambar ni tapi disebabkan sorang lagi dekat Kuala Pilah dan sorang lagi balik Melaka maka yang ada malam tu hanya 5 orang je. Kalau tak total geng geng codol ni 7 orang kesemuanya. 

Thanks girls for this mini bridal shower and bachelorette party. Thanks sebab korang sudi datang malam malam sampai tak ingat nak balik rumah masing masing. Hahahahaha ! Thanks sebab sudi huru harakan rumah aku dengan gelak tawa mengilai korang yang macam pontianak gila tu. Hish. Me love you , muah muah !!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini huru harakan rumah Una pula , jaga jaga cik kiah. hahahaha.


xoxo

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah