Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, September 30, 2014

Nadia Wan Jalan Jalan : Cameron Highland Part 2

Assalamualaikum & Hello.

Day 2 in Cameron Highland started with breakfast dekat hotel di dalam kabus tebal yang membuatkan aku feeling feeling dekat Korea. Almaklumlah bila cakap keluar asap. Hahahaha. Teruja mak jah. Semua gara gara malam semalam hujan turun dengan sangat lebat. 



Memang jarak penglihatan amat sangat terhad ye pagi tu. Ktorg yang konon konon nak pergi naik Gunung Brinchang terpaksa membatalkan niat kerana faktor cuaca. Sedih. Lalu suami isteri tersebut menyambung mimpi indah mereka. Kahkahkah. Hampeh. =_='

As soon as ktorg bangun lepas tu , cuaca dah okay. Dah nampak matahari. Yeay !! Barulah bermula aktiviti ktorg untuk hari kedua dekat Cameron Highlands. Kembali kepada perancangan awal , ktorg tetap nak ke Gunung Brinchang. Ala Mossy Forest Gunung Brinchang yang acah acah macam Lord Of The Rings punya environment tu. Hihihihi.


Tapi


Tapi


Jalan punya jalan , tempat lain yang ktorg sampai dulu. Kahkahkah !! Siapa suruh takde signboard nak ke Mossy Forest tu. Tak memasal ktorg sampai tempat lain. Wakakakaka. Tapi takpe kita pergi tempat yang kita sampai ni dulu lepas tu baru tanya orang macam mana nak ke Mossy Forest tu.


Tadaaaaaaaa , tetiba ktorg sampai BOH Tea Centre Sungei Palas. Hahahaha. Takpela , dah alang alang sampai tu kita pekenalah dulu secawan teh kan. Nak kena bajet bajet Hombak Hindu lagi. So , kenalah amek mood siap siap. Wakakakaka.


Mula mula sampai , aku dah memang expect orang akan seramai belakang tu. Hish. Menyampah je. Maka dengan itu , aku suruh Wan yang queue beli air and foods meanwhile aku jaga tempat. Tempat yang aku pilih ni pun luck luck je kebetulan ada orang bangun. Tssk. T_T



Tapi disebabkan suami ai hebat ! Ktorg dapat meja dekat belah luar. Yeay ! Yeay ! Yeay !! Hahahaha. Barulah feeling Lisa Surihani tu masuk dalam badan. Kemon. Jangan muntah. Mihmihmih. Barulah terasa nikmat minum secawan teh sambil melihat kehijauan ladang teh. Gitu.



Senyum senyum juga , selfie selfie juga. Tapi. Sesuatu telah berlaku. Ehem. Ehem. Apa dia ? Ehem. Ehem. Ye. Holder monopod aku patah pula !! Jyeah. Itulah yang kita mahukan ye kawan kawan. Di saat saat nak selfie , holder monopod membawa diri. Tak pasal kena panjangkan tangan sendiri. Sedih. Naseb baik holder je yang patah , kalau buatnya dengan handphone handphone aku bawa diri ? Heh. Memang berhombak juga tempat tu aku buat nanti. Wakakakaka.


'My husband is one of my greatest blessings given by Allah. His love is a gift that I open everyday.'

Thanks for your time , love ya people.


p.s : adakah ktorg berjaya ke Mossy Forest ? Sila tunggu next entry !


xoxo


Monday, September 29, 2014

Happy 1st Monthsary Suami !

Assalamualaikum & Hello.

Ehem. Dalam pukul 5.30 petang ni , alhamdulillah kami telah sebulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Actually banyak lagi yang lack sana sini , biasalah kalau dulu semua benda buat pakai redah je. Sekarang ni ? Nak buat pun kena pandang pandang sebelah. Hikhikhik.

So far semuanya masih cantik di dalam kawalan captain kesayangan hamba. Syukur. Alhamdulillah. Hehehe. Actually ktorg ni masih lagi dalam mood pengantin baru , almaklumlah majlis belum habes lagi. Maka dengan itu , ktorg masih lagi officially pengantin baru. Mihmihmih.

Even baru je kahwin sebulan , tapi dah ada yang pegang pegang perut sambil tanya 'Bila'. Maigod. Baru sebulan kot aku kahwin , tumbuk karangggg ! Kasilah chance kite nak anje anje dulu dengan ami aye. Bahahahaha. Tidak sanggup kasih sayang ini dibahagi bahagi. Eh ! Hahahaha. Tapi kalau dah ada rezeki , ktorg terima seadanya. Tak gitu ? Ai is okay je. Ehek!


Hey Suami.
Since this is our first marriage and this is our first month together as husband and wife , syg tahu banyak lagi yang masih kurang. Masih banyak lagi yang perlu dibaiki. But I know that both of us will fix it time by time kan. Thank you so much for being a good husband sepanjang sebulan perkahwinan kita ni. Yela. Ada orang tu first time tengok bini die terbaring sebab demam and gastrik. Brah ! Hahahaha. Thank you for accepting me , my strength and my weakness. Can't help to say that I love you very much. May Allah bless our marriage until Jannah , InshaAllah. Hugsss.

Okay too much sugar in this entry ! Thanks for your time , love ya people.


p.s : kita jumpa hari Rabu okay suami. r-i-n-d-u ! kbaiiii.


xoxo


Nadia Wan Jalan Jalan : Cameron Highland 1.2

Assalamualaikum & Hello.

Hahahahaha , kemain ada point point lagi tajuk kau kan Nadia. Behe! Actually entry ni takde apa sangat pun , tapi sebabkan nak juga kasi blog ni ada benda untuk diupdate maka dengan itu aku cerakinkan satu hari punya aktiviti jadi dua tiga entry. Bijak bijak. Mihmihmih.


Balik daripada makan dekat Restoran Erra tu terus ktorg check in dekat hotel , ngam ngam pula hujan memang sejuk gila and langsung tertido. Wakakakaka ! Bangun bangun terus siap siap nak pergi pasar malam Tanah Rata. By the way , tu view daripada balconi bilik aku. Cantekkan ? Aku tau , memang cantik macam aku. Brah ! :P



Satu yang aku tak enjoy nak pergi pasar malam ni ialah , jalan jem. Huwaaaa. Daripada hotel nak ke pasar malam tu rasa macam jauh sangat je. Padahal bila balik daripada pasar malam , rasa macam dekat gila. Menyampah. Disebabkan petang tu hujan lebat , maka malam tu dekat pasar malam berlecaklah ye. Dengan kaki aku 2 kali kene gilis dengan stroller orang belakang. Haih. Bertabahlah nak.

Wan : Taknak selfie ke kat pasar malam ni ? Hahaha.
Aku : Eh kejap , bie pegang ni jap. *sambil oter monopod*
Wan : Ala tangkap gambar kat sini sama je macam dekat pasar malam lain.
Aku : =_=". *tadi suruh , ni kutuk pulaaaaa*

First night dekat Cameron , ktorg just pusing pusing je dekat pasar malam tu and tapau makan malam. Second night baru beli sayur mayur , stroberi , jagung dan segala untuk bagi keluarga aku and keluarga mentua. Seriously masa beli sayur tu , dengar apek tu cakap 3 item RM 10. Terus menggelijat beli sayur itu sayur ini. Hahahaha. Dahla besar besar semuanya , seronok ! Rasa nak bawa Cameron tu masuk dalam peti ais. Wakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kan dah cakap. takde ape pun entry ni. bye.


xoxo


Saturday, September 27, 2014

Akhirnya dapat pun makan Mee Ketam , Nyumsss !

Assalamualaikum & Hello.

Actually dah lama sangat tau aku dengar orang duk sebut sebut Maggi Ketam la , Mee Ketam la sampai aku ni jadi cam telan telan air liur je. Disebabkan aku ni memang ketam lover , so bila dengar perkataan ketam je aku dah drooling. Hish. Susah betul. Menaip ni pun dah hampir merembes dah air liur aku ni. Adik ipar aku pula cakap ada Mee Ketam sedap dekat Nilai. Pfftt. Lagilah membuak buak perasan aku kan.

Conversation ini telah berlangsung di dalam kereta ;

Aku : Bie , jom kita pergi makan mee ketam.
Wan : Nantilah , ketam tengah busuklah sekarang.
Aku : Oh , kalau nanti dah mengandung. Kita mengidam pun nanti ketam busuklah ketam matilah ketam itulah inilah eh ?
Wan : Ish takdela , jomlah kita pergi.
Aku : Taknak !! *pandang luar tingkap*

Kahkahkah ! Dah reti sentap dah , puiii. But , kemarin akhirnya 'ketam busuk' dah tak busuk dah. Jyeah ! Kebetulan semalam adik ipar aku nak keluar makan dengan tunang dia , aku ajak Wan tumpang menyemak. Tunang adik ipar aku kasi option , nak makan Sup Ekor ke nak Mee Ketam ? There you go ! Hahahaha. Mee Ketam lah sudah semestinya. Yareeba yareeba.

Maka dengan itu , ktorg berempat ke MMA Santai Corner Nilai. Sampai sampai terus pilih tempat duduk and terus order makan. Btw , nama kedai Mee Ketam ni ialah Mee Udang D'Laila MMA Santai Corner.  Ada banyak menu dekat kedai ni sebenarnya. Antaranya : Mee Udang + Ketam , Mee Kupang , Mee Udang Galah , Mee Ketam , Mee Udang + Kupang dah sebagainya.



Saje je belanja sampai dua gambar Mee Ketam. Mihmihmih. Yang Mee Ketam tu aku punya dan Mee Udang tu Wan punya. Serious ketam dia besar gila , lembut pula tu isi dia. Sedapnya yaAllah. Rasa macam nak repeat lagi je malam ni. Eh ! Hahahaha. Rasa macam nak request  dua ekor ketam dalam satu mangkuk. Haahahaha. 

Harga pun affordable , untuk Mee Ketam RM 10 je. Harga Mee Udang pula mengikut size , kalau Mee Udang Galah RM 12 , Mee Udang + Ketam RM 17 , Mee Udang L RM 12 , Mee Udang M RM 7. Murah kan ? Sedap pula tu. Berbaloi baloi rasanya. 

Untuk ke MMA Santai Corner ni , korang boleh ikut direction pergi ke Seng Heng Nilai. Dekat dekat situ je , kalau tahu Tesco and Giant Nilai pun dah okay dah. Tak jauh mana pun , tapi kalau korang malas -- nah ikut sini : http://4sq.com/bKyfyC.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : ala Wan kerja malam pula minggu ni , T_T


xoxo


Friday, September 26, 2014

Nadia Wan Jalan Jalan : Cameron Highland Part 1.1

Assalamualaikum & Hello.

Selepas puas berselfie selfie dekat Cameron Lavender , maka sepasang suami isteri ni pun bergerak menuju ke lokasi hotel untuk bermalam selama 2 malam itu. Konon konon nak survey jalan nak pergi hotel. Padahal hotel tu tepi jalan je kot. Tehe! Mustahil sangat kalau tak nampak. Jadinya , suami isteri tersebut melajakkan perjalanan mereka ke Cameron Valley.


Tapi 


Tapi


Bukanlah bertujuan nak menghirup secawan teh panas berlatar belakangkan ladang teh. Nehi. Nehi. Nehi. Hahahaha. Tujuannya ialah untuk selfie semata mata , ye - sampai terlupa nak beli teh buat souvenir. Tak memasal sebelum balik KL kena singgah lagi sekali. Kekekeke.




Walaupun cuaca petang masa ni tak berapa nak sejuk , tapi tetap rasa nyaman gila bila nampak kehijauan ladang teh ni dekat depan mata. Rasa sejuk sangat hati bila tengok ladang teh. Hehehe. Tapi yang panas hati tu sebab ramai orang. Brah. Kalau nak ladang teh yang tak ramai orang silalah pergilah tanam sendiri Nadia. Mihmihmih.




Yang suami isteri ni pula , walaupun dah tahu dan dah nampak orang ramai dekat sekeliling tu tapi tetap -- menjulang naik monopod iollss. Kahkahkahkah. Yelah , tanpa bantuan monopod tak cantiklah view selfie suami isteri iolls. Ekekekeke. 

Tak lama pun ktorg dekat Cameron Valley tu , memang betul betul untuk selfie semata mata. Lulz. Lepas tu ktorg terus mengagau cari kedai makan , baru nak datang feel kebulur tu rupanya. Pusing keliling sampailah terjumpa satu tempat ni. Cantik. Singgah untuk tangkap gambar je. Lagi sekali ye singgah untuk tangkap gambar je. 


Haaa nampak ? Cantikkan ? Dekat dengan Klinik Veterinar , berdepan dengan tempat tu ada padang bola. Itu jela landmark yang aku nampak dekat situ. Tapi ni bukan place of attractions pun , aku dengan Wan je yang rasa tempat tu attraction. Bahahahaha.

Pusing punya pusing punya pusing , akhirnya ktorg jumpa satu kedai makan. Dekat shoplot baru dekat Brinchang tak silap aku. Landmark , sebelah Bank Rakyat dan sederet Watsons. Nama kedai Restoran Erra. Yang best pasal Restoran Erra ni ialah buffet lunch berharga RM 10 seorang. Even choices takdelah banyak sangat , tapi serious sedap !! Tak rasa rugi langsung. Sedap sedap. 

Source : Restoran Erra

Aku dengan Wan , dua hari berturut lunch dekat sini. Hahahaha. Nampak tak betapa sedapnya semua makanan yang ada dekat Restoran Erra ni. Oh ya , kalau korang nak datang tu sila datang awal awal sebab makanan buffet dia cepat habes. Biasalah buffet , semua bantai amek tak ingat orang belakanglah kan. Hehehehe.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : lepas ni ada ke sambungan cameron highland part 1.2 ?


xoxo


Thursday, September 25, 2014

Nadia Wan Jalan Jalan : Cameron Highlands Part 1

Assalamualaikum & Hello.

Sebelum kahwin lagi sebenarnya aku dengan Wan dah plan nak pergi honeymoon. Tapi nak pergi tempat yang jauh jauh , yang best best tu nampak gaya macam takde rezeki lagi. So , kita pergi tempat dekat dekat jela dulu. Lagipun banyak duit nak pakai untuk majlis bersanding nanti. Maka dengan itu , kami memilih Cameron Highlands sebagai lokasi honeymoon kami. Sejuk sejuk baru ah syiok ! Kuikuikui. 

13 September 2014

Kononnya nak gerak pukul 4 pagi , kononnyalah kan. Tapi bila dah tido tu , wajiblah terbabas. Pukul 7 pagi baru gerak daripada Cheras. Naseb baik jalan tak jem but still banyak kereta. Singgah R&R Tapah pun , pergh takde tempat duduk. Penuh. Jadinya takdela singgah lama lama dekat R&R. Terus ke Simpang Pulai. Ktorg naik Cameron ikut Simpang Pulai sebab aku tak suka ikut Tapah. Nanti pening - muntah - takde mood.


Cameron Lavender

First tempat yang ktorg singgah bila sampai Cameron ialah Cameron Lavender. Ni pun Rina yang bagitahu aku haritu. Katanya tempat tu cantik sangat. So , bila dah cantik. Wajiblah singgah. Untuk ke Cameron Lavender ni , kalau korang naik daripada Simpang Pulai memang korang akan nampak Cameron Lavender ni dekat sebelah kanan korang. Tersergam indah gitu. Ehek!

Entrance Fees : RM 5 Dewasa/Adult















Cantik kan kan kan kan kaaannn ? Feeling feeling dekat Switzerland sangat duduk dikelilingi bunga bungaan. Hahahahaha. Dekat Cameron Lavender ni pun ada kedai kedai kalau nak beli souvenir. Monopod pun ada jual weh. Hahahaa. 






Sebenarnya dekat Lavender House ni dia kata No Photography. Tapi macam mana nak promote tempat dia kalau tak boleh tangkap gambar. Maka dengan itu , aku snap senyap senyap. Hahahahaha. Lantak. Dekat Lavender House ni banyak barang berasaskan lavender yang dijual. Ada pewangi kereta , pewangi bilik dan sebagainya tapi aku tak beli sebab aku tak suke bau lavender. Gegirl sangat kot bau dia. Mihmihmih.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku buat part by part lah eh , kasi chancelah aku yang malas ni. :D


xoxo



Wednesday, September 24, 2014

NadiaWanSolemnization Review : Baju Nikah , Tudung & Veil

Assalamualaikum & Hello.


BAJU NIKAH

Material untuk baju nikah ni aku beli dekat Jakel je. Yang pakej baju nikah pengantin lelaki dan pengantin perempuan tu. Ala kalau korang pergi Jakel tu , banyak gila pakej yang ada. Tinggal nak pilih je. Tapi silalah pilih ikut kemampuan masing masing. Macam haritu , aku pilih pakej yang RM 400 lebih tapi disebabkan ktorg tukar material untuk baju melayu. Sebab aku taknak lelaki pakai satin , too common. Plus nanti dalam gambar nampak berkilat. So , tambahlah sikit duit. Jadi , dalam RM 550 juga untuk material baju nikah ktorg.


Material baju nikah aku chiffon beaded dengan satin. So tak payah susah susah tailor nak letak manik ke nak sulam ke apa. Semua dah ada dekat situ , tinggal nak buat baju je. Walaupun tailor aku cakap material chiffon beaded ni susah nak jahit sikit sebab material dia lembik. Hehehehe. Tapi naseb jadi juga baju. Material baju nikah Wan aku tak sure apa dia but absolutely bukan satin. ^^


VEIL

Untuk Veil , aku tak beli pun. Aku just guna lebihan material untuk baju nikah je. Minta tailor jahitkan jadi veil sebab aku risau nak beli veil lain sebab takut tak matching. Plus rasa macam membazir je , veil bukannya murah okay ! So cara selamat kita guna je lebihan material baju nikah. Hahahahaha. Senang tak payah nak semakkan kepala kalau tetiba tengok baju tak matching dengan veil. Mihmihmih.

SHAWL

Untuk shawl pula aku beli yang murah je. Tak silap aku RM 25 kot. Aku beli dekat stall dalam AEON Big Wangsa Maju. Aku siap bawa baju nikah lagi untuk cari shawl sebab taknak warna lari sangat. Hihihihi. Ni pun naseb baik terjumpa warna ni. Last one pula tu. Dan kebetulan warna shawl aku tak jauh beza dengan warna sampin songket Wan. ^^

TOTAL DAMAGE : RM 1015
  • Pakej baju nikah : RM 550
  • Sampin songket Wan : RM 190
  • Shawl : RM 25
  • Upah jahit baju melayu : RM 130
  • Upah jahit baju kurung and veil : RM 120


Thanks for your time , love ya people.


p.s : banyak entry dalam draft , semua pun sekerat jalan je siap. T_T


xoxo


Tuesday, September 23, 2014

Nad's Kitchin : Kek Batik Milo

Assalamualaikum & Hello.

Sejak sejak aku jadi isteri mithali ni , apa yang suami nak makan tu kenalah aku adakan juga. Kang merajuk sentap pergi lepak mapley pula. Jenuh. Hahahahaha. Nak dijadikan cerita , Jumaat lepas Wan request nak Kek Batik. Deym. Ai is donno how to bake a kek batik. Aku makan pun tak kek batik tu , lagi nak suruh aku buat. Naseb baik ada Google. Mihmihmih.

Bahan - Bahan 
  • 1 peket biskut Marie
  • 1 peket kecil Milo
  • 1 tin susu pekat
  • 1 bungkus butter/marjerin (aku pakai Buttercup)

Cara - Cara
  1. Patahkan biskut marie kepada empat bahagian.
  2. Panaskan kuali dengan api perlahan.
  3. Masukkan butter , susu pekat dan Milo.
  4. Kacau , jangan biarkan Milo berketul ketul.
  5. Bila dah sebati , tutup api.
  6. Tuangkan campuran tadi ke atas biskut Marie.
  7. Gaul sehingga rata. Mampatkan dalam loyang./tupperware.
  8. Sejukkan dan biarkan 3 hingga 4 jam.
  9. SIAP ! Sedia di makan !!



Kemeriahan berganda sangat Kek Batik Milo aku ni. Hahahaha. Cuak juga kalau tak jadi ke , tak sedap ke. Hish. First attempt kot nak buat ni , phew ! Tapi itulah , kalau kita ikhlas nak masakkan makanan tu untuk ditelan suami -- inshaAllah sedap. Ekekekeke. Suami puji , Ayah puji , Mak Mertua puji. Okaylah lepas ni ai buat berloyang loyang letak dalam peti. Amboi.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : lepas ni apa lagi agaknya suami request ?



xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah