Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, October 30, 2014

Aktiviti tahunan kami - MotoGP 2014 !

Assalamualaikum & Hello.

Okay cerita yang hampir basi. Haha. Maaflah. Banyak sangat pending entry , apa nak jadi tah budak ni. Haha. By the way , siapa yang pergi merentungkan diri dekat Sepang International Circuit weekend lepas ? Sep sikit ! Tapi aku separa rentunglah sebab aku attend hanya pada hari Ahad je , yang rentung sepenuh masa tu Una je. Kahkahkah. Hari Sabtu kan ai ada date dengan blogger blogger kesayangan tu. 


Tepek muka tuan blog dan suami dulu sebagai pembuka bicara. Gitu. Hahaha. Actually ktorg bukan pergi naik kereta pun , ktorg pergi naik moto kawan Wan. Haha. Gigih pinjam motor orang pakej dengan helmet Arai sekali. Lol ! Tahun depan sayang belikan bie motor sukahati siap helmet barai lagi eh eh. Nak tak ? Miahahahaa.





Aku suka naik motor tapi tak suka pakai helmet. Sebab tula. Haaa. Sebab tudung aku tu haaaa. Awat jadi lagu tu. Adoi. Sakit pula hati kita wak , hahaha ! Tahun ni booth dekat MotoGP agak banyak compare dengan tahun lepas. 

Tapi mood aku bila bersesak dan berpanas tu sama je macam tahun lepas. Kahkahkah. Ai is tak suka la lekit lekit , peluh peluh meleleh ni. Eeeeee. Nak selfie pun malas. Hahaha. Kesian laki aku , nak tangkap gambar dekat motor motor tak dapat. Maaflah. ^_^

Parking motor dekat main entrance : RM 10

Dah puas pusing keliling basahkan ketiak dekat main entrance , ktorg pun pergilah ke entrance ktorg. Entrance F nu ha jauh dekat belah belakang , nasib baik naik motor. Kahkahkah. Masuk masuk tak pergi cari port nak duduk lagi tapi sebok pergi isi perut. Tapi. Mahal nak arwah. Rasa tak seberapa pun tapi sebab dah lapar gila. Terpaksa. T_T

Fishball & Nugget Cucuk : RM 2
Mihun Sup : RM 7
Air Mineral 500ml : RM 3
Parking Motor Entrance F : RM 5


Naik naik atas seat semua dah penuh. Naseb baik Wan ternampak ade sederet yang kosong tapi terceruk ke dalam. Kiranya kena lalu depan orang la baru boleh sampai dekat seat tu. But who cares. Bagi jela jalan dekat pengantin baru ni. Hahahaha. Naseb race belum start , kalau dah start mau kepala laki bini ni kena hempuk dengan helmet. Race dah startlah kau nak lalu lalang. Kahkahkah.



MotoGP pun start ! Dan untuk beberapa lap yang awal tu semua orang duk giat bangun dari seat. Pfftt. Tak dapatlah aku nak snap gambar yang clear. Jadi sehalus semut je gambar motor yang berjaya aku snap. Huwaaaa. Dorang tak tahu ke ada blogger nak snap gambar. Lain kali bagilah laluan. Hurh !

And the winner is Marquez , tahniah ! Walau apa pun Rossi tetap di hati. Gitu. Dapat lead satu lap pun bolehlah daripada takde. Kahkahkah. Bukan apa , aku tau Rossi saja bagi chance dekat Marquez tu. Dia dah muak dah asyik menang first place. Eh boleh gitu ? Lol !! :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak beli tshirt Ducati tak dapat dapat lagi ni. T_T


xoxo


Wednesday, October 29, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Kertas Kraft A4

Assalamualaikum & Hello.

Sejak akhir akhir ni aku tengok kertas kraft ni semakin banyak digunakan. Ada yang guna untuk buat kad kahwin , ada yang guna untuk bust guestbook dan sebagainya. Maka dengan itu , aku pun turut sama taknak ketinggalan untuk terjebak dengan kertas kraft ni.

Agak susah sebenarnya nak cari supplier kertas kraft ni. Aku google tapi semuanya jenis yang jual banyak banyak terus. Aku ni nak pakai sikit je , kalau aku beli banyak banyak nak buat apa ? Buat main kapal kertas dekat Tasik Putrajaya ? Kahkahkah.

Tapi rezeki aku agaknya , ternampak satu entry ni dekat reading list aku. Rupa rupanya ada seorang blogger ni jual kertas kraft. Cheh ! Punyalah beriya aku cari last last dekat reading list juga yang aku jumpa boleh beli dengan kuantiti yang aku nak pakai tu. Hehehehe.


Bila dapat je parcel daripada Tasbih Cintaku aku memang dah senyum lebar dah. Hahaha. Sebab aku tahu dalam parcel tu isi dia kertas kraft yang aku cari cari tu. By the way , kertas kraft yang aku order ni size A4 dengan berat 175gsm. Harga sangat sangat murah compare dengan beli dekat kedai alat tulis. Sangat puas hati !


Tadaaaaa ! Inilah dia rupa kertas kraft aku tu. Kenapa aku beli kertas kraft ni ? Nanti aku share dalam entry lain. Sekarang tak boleh nak share lagi sebab aku takut ada 'copycat' ni tiru pula. No no no. Kakak don't like ! Hehehehehe. Untuk siapa yang nak beli kertas kraft ni bolehlah klik klik link dekat bawah ni.

Blog : Puan Mah
Facebook : Tasbih Cintaku
Whatsapp : 017-6626152

Thanks for your time , love ya people.


p.s : dekat sini pun ada jual tasbih , kalau nak beli untuk buat doorgift tu pergilah usha. hehehe.


xoxo


Wordless Wednesday : #NadiaWanWedding

Assalamualaikum & Hello.


#NadiaWanWedding

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nantilah aku review siapa vendor kad kahwin semua. ^^


xoxo


Tuesday, October 28, 2014

Mini gathering dengan bloggers kesayangan hamba !

Assalamualaikum & Hello.

Selepas daripada mini gathering dekat Flora Cafe bulan 5 haritu , akhirnya Sabtu lepas dapat juga jumpa lagi dengan budak budak ni. Itu pun sebab Niesa turun KL , kalau tak ? Harom nak ada gathering. Hahahaha. Apa pun thank you so much Sally selaku tuan rumah yang menganjurkan this second mini gathering. Hehehe.

Menu untuk second gathering ni : Nasi Kerabu & Macaroni Goreng. Since ada yang tak makan Nasi Kerabu si Sally pun buat satu lagi menu tambahan. Sangatlah bertimbang rasa okay tuan rumah nak masak dua menu. Kalau aku ? Siapa tak makan Nasi Kerabu tu sila bawa bekal awal awal dari rumah. Kahkahkahkah. :P



Gambar makanan ni semua ihsan group Whatsapp ! Hahaha. Aku kalau dah nampak makanan memang dah tak ingat apa dah. Hahahaa. Unless masa tu ada keajaiban berlaku , wakakaka. Menu utama Nasi Kerabu bewarna biru , tapi takde sesiapa pun yang snap gambar Nasi 'CNBLUE' tu. Hahaha.


Sedang elok aku , Wan , Qila , Aisya dan tunangnya menjamu selera sampai pula batch kedua which is Bella , Nad & Niesa (orang jauh). Hahahaha. Sampai sampai terus pergi meja makan tau dorang tu , nampak nau lapar. Muahahaha. Memandangkan aku dah kenyang , moh kite selfie tanpa tuan rumah satu kali. Hehehe. 



Tengah ralit layan batch kedua pilih 'souvenir' , si Hana pula sampai dengan Kak Lieya Von Jay. Ampunlah Kak Lieya , kita kalau tak kenal orang lagi memang lambat sikit panas. Hehehehe. Dalam pada tengah makan pun si Hana ni sempat lari semata nak masuk dalam gambar. Bertabahlah nak. Mihmihmih. Eh , baru perasan gambar ni pun Sally takde. Kemanakah beliau menghilangkan diri ?? Hahahahaha. :P


Eh ! Dah ada dah Sally. Kekeke. Selfie dengan tuan rumah kenalah ada juga , kang dia suruh bayar RM 6 pula sebab dah bagi makan dekat ktorg semua. Miahahahaha. RM 6 tu Sally tuntut dengan Hana eh , dia kate dia bayar semua. Wakakakaka. Pening kepala Wan dengan tunang Aisya tengok ktorg ni aku rasa. Maaflah. Hahahaha.


Muka kanak kanak riang dapat souvenir daripada tuan rumah. Hahahaha. Thank you Sally sebab sudi masakkan Nasi Kerabu untuk 'Niesa' and bagi souvenir lagi. Suka suka suka. Masing masing gembira je dapat bawa balik shawl. Hehehe. Aku dah siap rasmikan dah pun shawl tu. Wakakakaka. By the way , thank you Niesa untuk early wedding gift. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : see you guys 2 minggu lagi okay , sila cari baju emerald green tu cecepat. 


xoxo


Monday, October 27, 2014

Aku jumpa Fazura dekat sini lah , LUX Fabulous Contest !

Assalamualaikum & Hello.

Amaran : Jangan cilok gambar eh , tumbuk nanti. 

Tarikh : 24 Oktober 2014 (Jumaat)
Lokasi : Bora Asmara Kg Sungai Penchala , Damansara

Seperti yang aku teaser kan haritu , this is the full entry. Mohon baca sampai habes , kalau rasa rasa macam nak menang dan rebut Perodua Myvi & Vespa dengan Fazura. Hahahaha. Okay tujuan utama event haritu adalah untuk melancarkan LUX Fabulous Contest yang bermula pada 1 Oktober hingga 30 November 2014.


Antara bloggers yang ada pada hari pelancaran LUX Fabulous Contest. Aku yang asalnya nak datang dengan partner akhirnya datang sorang diri. Hahahaha. Bukan apa , aku ni kan pemalu. Pula tu duduk dikelilingi dengan bloggers yang ada nama , rasa kecil sangat diri ini. Amboi.


Cara penyertaan LUX Fabulous Contest adalah sangat sangat sangat mudah. Peserta hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan yang paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.


Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Fazura yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun. Banyak tu stok selama setahun , memang wangilah korang kalau memang tempat ketiga ni. Hehehehe.



Antara wangian LUX yang dipamerkan di ruang kawasan majlis pelancaran. Rasa macam nak rembat je semua , hahahaha. Padahal masa registration masing masing dah dibekalkan dengan satu goodie bag. Meriah okay isi dalam goodie bag tu. Terus rasa macam habes event je nak mandi wangi wangi. Ekekekeke.



Majlis pelancaran pun tidak mengambil masa yang panjang , sekejap sangat. Tup tap tup tap dah habes. Terus disambung dengan masa untuk makan!  Tapi sebelum makan tu , aku dengan bloggers lain sempat juga follow Fazura buat product shoot dalam kawasan Bora Asmara tu. Hehehe. Gigih okay pergi follow walaupun panas terik.


Menu makanan memang A , hahahaha ! Eh kau kalau pasal makanan semua A , tak pernah ada gred lain kau nak kasi kan Nadia. Hahahaha. Sedap weh , especially bila lapar teruk. Hahahaha. Selesai makan and borak borak sikit aku pun gerak balik. Almaklumlah , ai pergi event pun Wan yang hantar. Dahla Jumaat , maka dengan itu marilah kita kejar waktu sembahyang Jumaat. Event pun habes tak sampai pukul 1 petang. Good.



Nah ! Hahahaha. Sekeping muka pelik aku disamping Fazura yang sangat sangat cantik. Pengsan. Tu yang benci bergambar sebelah orang cantik. Mestilah diri ini nampak macam Beauty & The Beast. Tahniah Nadia tahniah. Dan sekeping lagi gambar yoo-yoo-tee-dee tuan blog , sekian mekasih.

Untuk sertai LUX Fabulous Contest : https://www.facebook.com/LuxMalaysia/app_710826762305305


Thanks for your time , love ya people.


p.s : rindu Fazura , tetiba. Hahahaha.


xoxo


Friday, October 24, 2014

Teaser : OMG ! It's Fazuraaaaaa !

Assalamualaikum & Hello.


OMG ! Its Fazura ! Gigih okay aku ambil cuti semata mata untuk event ni. Kalau artis lain maybe aku tak berapa kisah. Tapi bila Fazura , there is no reason to say no to this event. Hari hari stalk IG Fazura , bila ada peluang jumpa depan mata memang taklah ai nak sia siakan. Ehek.

Kenapa aku boleh jumpa Fazura ? Next entry aku cerita okeh ! Stay tuned.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bila pergi event macam ni , dapat buat ramai lagi kawan blogger. Best !

xoxo


Thursday, October 23, 2014

Dilema setem , ada lagi ke setem 30 sen ??

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah , kad kahwin dah siap. Dahla tempah last minute , nasib baik orang yang layan aku tempah kad kahwin tu hebat. Berjaya juga buat semuanya dalam masa yang ktorg minta. Hehehehe. Dahla lambat tempah , request nak cepat pula. Tampar karang. :P

Cerita kad kahwin nanti kita cerita lain eh ? Ni cerita dilema setem. Biasalah , bila dah lambat settle hal kad kahwin , semestinya tak cukup masa nak pergi hantar kad kahwin. Maka dengan itu , terpaksalah aku guna khidmat pos kan ?

sumber : Pos Malaysia

Yang menjadi persoalan aku sekarang ni. Berapa harga sekeping setem untuk hantar kad jemputan dalam KL dan juga luar KL. Sebab aku ni mana pernah pos apa apa. Receive pernahla , tu pun parcel ! Kalau dah parcel tu mestilah kira lain , lagilah mahal. Hahahaha. Tolonglah rungkaikan masalah aku yang tengah dalam dilema nak tampal setem berapa sen untuk hantar kad ni. Huwaaaaa. T_T

Thanks for your time , love ya people.


p.s : I'm in love with my wedding dress , hehehe.


xoxo


Wednesday, October 22, 2014

Meet MasterChef Australia Judge - George Calombaris, Live in Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.


Meet MasterChef Australia Judge, George Calombaris, Live in Kuala Lumpur!

(Kuala Lumpur, 17 October 2014) – Are you a fan of the award-winning cooking series MasterChef Australia? If you are, take this chance to see George Calombaris right here in Kuala Lumpur! Details below:

Date : Sunday, 26 October 2014 
Time : 2pm – 5pm 
Venue : Plan B, Ground Floor, South Court, Mid Valley Megamall! 

Visiting Malaysia in conjunction with the new season of MasterChef Australia Season 6, George will also take part in ‘The Great George Taste-Off’ – to try the top three Malaysian dishes as voted by fans on the Lifetime Asia website – besides showcasing his signature dish with a unique Asian twist!


Don’t miss this chance to have your say – vote which Malaysian dish George should taste on LifetimeAsia.com/GeorgeInMY by 22 October for this once-in-a-Lifetime taste-off! 

For more information, please visit LifetimeAsia.com/GeorgeInMY or check out this video: http://bit.ly/1wOevp9. 

MasterChef Australia S6 airs weeknights at 7pm and 11pm, on Lifetime (Astro Ch 709)
MasterChef Australia S6 is sponsored by INTI International University & Colleges. 

Thanks for your time , love ya people.

p.s : siapa lagi dapat invitation ni ?


xoxo


Friday, October 17, 2014

NadiaWanWeddingPreparation : Penanda Arah

Assalamualaikum & Hello.

Kalau bab bab seni ni memang aku teramat sangatlah tak kreatif ye. Bukan tak boleh buat tapi tak kreatif , idea tu memang tak berkembang. Takat tu je. Maka dengan itu , untuk design penanda arah aku minta Una yang designkan. Hahahahaha. Aku dah hire Una untuk jadi Wedding Designer aku secara tak rasmi. Apa guna kawan kawan yang kreatif kalau kita tak gunakan mereka dengan sebaiknya.




Cantikkan ? Memang kawan kawan aku semua hebat hebat. Hahahaha. Ini first design penanda arah yang Una kasi aku tengok dan aku terus approve. Biasalah , aku ni kalau boleh semua nak simple dan mudah. Buat apa nak banyak kali draft , cepat siap cepat boleh print ! Tak gitu ?

Percaya tak kalau aku cakap ktorg punya discussion untuk penanda arah ni secara online. Aku takde draft pun kasi dekat Una , aku cakap aku nak penanda arah je. Tada. Siap. Hahahaha. Bagus betul ada bee-eff-eff yang memahami camni. Ai lap you lah kakak. Thank you so much kakak !

Thanks for your time , love ya people.


p.s : semalam discuss untuk design name tag , harini discuss untuk guestbook ! hehehe.


xoxo


Thursday, October 16, 2014

Product Review : BeautyOat , Collagen Plus + Oat Drink Formula

Assalamualaikum & Hello.

Nama produk pun dah BeautyOat , kalau tak beauty juga lepas consume tak tahulah aku. Silalah jadi beast je kalau tak boleh jadi beauty. Hahaha. Okay produk BeautyOat ni masih baru lagi dalam pasaran dan actually masih ramai yang tak tahu kelebihan BeautyOat. So meh sini aku share dengan korang apa yang korang dapat bila consume BeautyOat.



Tengok kotak pun dah feeling feeling cute kan ? Warna pink pink gitu. Bila baca Weight Control tu mesti lagi happy kan ? Hahaha. Ai know ai know. Bagi aku yang gila Korea ni , aku sangatlah gembira bila baca Marine Collagen with Sakura Extracts Formulated From Korea. Yeay ! Bolehla dapat kulit macam oppa oppa. Hahaha. Oppa oppa juga yang dia pilih. Gasak. :P


Dalam 1 kotak ni ada 18 sachet. Untuk kotak pertama kena consume 2 sachet sehari. Satu sebelum makan dan satu lagi sebelum tido. Untuk kotak kedua dah boleh amalkan satu sachet sehari. Biasalah awal awal kenalah consume lebih , lepas tu tinggal nak maintainkan je.

4 Amazing Ingredients in BeautyOat :
  • OATS - Oats are a natural superfood , high in fibre and a source of protein and the beta glucan found in oats helps to lower cholestrol re-absorption.
  • MARINE COLLAGEN - To keep skin firm , supple and elastic. It actively boosts collagen synthesis to minimize the signs of aging such as fine lines , wrinkles and dryness.
  • SAKURA - Natural ingredient for anti inflammation , whitening and anti-gylcation. Helps in reduces melanin production for a fairer and brighter skin.
  • POMEGRANATE - Antioxidant-Rich superfood that helps minimize free-radical damage to the body. Pomegranate nutrition benefits are highlighted by its low calorie content combined with its high nutritional value.



Tadaaaaa ! Pagi ni sampai sampai office je aku terus bancuh satu sachet. Alhamdulillah kenyang sampai sekarang. Rasa dia tak manis sangat , so sedap sedap je. Yang penting habes satu mug. Hahahaha. Jimat duit belanja seminggu ni. Kehkehkeh.

Cara membancuh BeautyOat :
  • Tuangkan satu sachet ke dalam gelas.
  • Tuangkan air panas sebanyak 180ml.
  • Kacau sehingga oat kembang , sedia untuk diminum !

Harga BeautyOat : RM 79 (Semenanjung Malaysia) , RM 89 (Sabah/Sarawak)



Muka propa tuan tanah mestilah ada , hahahahaha ! Kemain gigih okay selfie sambil menghirup BeautyOat , lepas tu melecur lidah. Biasalah orang gelojoh , memang boleh hirup BeautyOat tu panas panas camtu. Wakakakaka. Maafkanlah. So kepada yang nak beli BeautyOat ni , nah refer bawah ni.

BeautyOatOfficial

Address : 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Selangor.
Hotline : 0122444014 / 0122444041
Email : Babeskin365@gmail.com
Facebook : BeautyOatOfficial
Instagram : @BeautyOatOfficial
Website : BeautyOat

Thanks for your time , love ya people.


p.s : teringin nak ayam penyet la pula , hish !


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah