Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, November 28, 2014

2014 FIA Formula E Putrajaya ePrix

Assalamualaikum & Hello.

Okay cerita basi datang lagi. Wakakaka. Formula E dah habis lama dah baru kau sibuk nak cerita kan Nadia. Hahaha. Ala kasilah chance , daripada aku tak benda nak update dekat blog ni. Ekekekeke. Sejak menjadi warga Putrajaya ni aku berkesempatanlah tengok pembikinan track Formula E. Lama kot projek buat track Formula E ni ambil masa tapi nak pakai sehari je. Cheh.


Memandangkan Wan dah dapat tiket free , kita pergi jela. Buat syarat nak pakai tiket tu je. Padahal bukan ktorg stay lama pun tengok Formula E tu. Sebab panas terik weh. Kang rentung kulit muka ahkak yang putih macam snow white ni. Erkk. :P



Tiket aku tu untuk Gate 4. Parking yang terdekat pun dekat area Masjid Besi (sempat ootd lagi okay dekat parking. hahaha) , lepas tu wajiblah menapak kan. Dahla panas , sampai sampai dekat Gate 4 tu ingatkan adalah seat untuk duduk ke apa kan sebab masa dorang pasang track semua tu ada nampak kerusi. Hahaha. Rupanya tu untuk tiket yang mahal sahaja. Kakakaka. Maka bertepeklah aku laki bini tepi pagor tu. Pfftt.




Lepas snap gambar untuk dijadikan modal buat entry , ktorg terus gerak balik. Hahahaha. Kejap gila pergi tengok. Dengan panasnya dengan ramai orangnya dengan takde seatnya , memang taklah aku nak stay lama lama. Asal dapat tengok depan mata je sudah. Hehehe.



Masa nak ke parking tu elok pula ada helikopter atas kepala , angin dia kemain meriah. Naseb aku tak melayang je. Kahkahkah. Dapatlah juga aku feeling feeling cerita hindustan dengan Wan bawah helikopter tu. Wakakakakaa. Barulah aku tahu betapa kuatnya angin kipas helikopter tu , pasir pun meriah nak masuk mata. Baju spike tu tak yah tegur , aku memang rockstar. Eh. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : dulu ada orang panggil aku 'Heli' sebab nama aku macam Helikopter Nuri. Bengong.



Thursday, November 27, 2014

NadiaWanWedding : Kad Kahwin 1 Malaysia

Assalamualaikum & Hello.

Antara part yang paling penting tapi paling diambil ringan oleh manusia bernama Nuriesya Nadia dan suami. Kahkahkah! Kad kahwin adalah yang teramat sangat penting , yelah kalau takde kad kahwin macam mana kau nak invite semua tetamu kau kan. 

Even nowadays dah boleh invite through social network such as Facebook , Whatsapp , SMS , Call and Email. But , kita orang Melayu ni kan beradab maka dengan itu seboleh bolehnya kena adakan juga kad kahwin. Faham adik adik ? Takkanlah ekau nak ajak pakcik makcik setaman sekampung korang pakai Facebook. Mujurlah kalau pakcik makcik tu ada Facebook. Kahkahkah !

Again. Jangan jadi macam aku , kad kahwin tempah last minute. Less than 2 months okay ! Usha dah kemain lama , tapi nak tempah tu last minute juga jadi pilihan. Hish. Naseb baiklah ada agen Kad Kahwin 1 Malaysia yang sorang ni , Yana Zati. Thank you so much Yana for your help and sudi layan kerenah kita.


Dekat Facebook Kad Kahwin 1 Malaysia dorang ada letak details agen agen dorang , so korang boleh pilihlah nak deal dengan siapa yang terdekat dengan area korang. Macam aku area Cheras , aku pilih Yana. 

Mula mula tu aku PM Yana dekat Facebook , lepas tu terus deal dekat Whatsapp. Dia share semua jenis pakej yang dia. Aku kemainlah tenung dalam dalam sebab rambang mata. Hahahaha. Lepas tu baru aku set date , time and place. Lepas tu terus discuss nak kad kahwin yang macam mana.







Antara pakej pakej yang Yana bagi dekat aku. Banyak gila weh. Juling biji mata aku. Hahahaha. Kesudahan dia aku pilih Pakej Super Bajed. Almaklumlah poket tak cukup tebal nak pilih pakej yang lain tu. Kita ukur baju di badan sendirilah ye tuan tuan dan puan puan.

Lepas pilih pakej , aku dengan Wan sambung peningkan kepala pilih design. Sebab aku nak theme vintage maka beriyalah laki bini ni pilih design. Dan disebabkan aku tempah last minute maka dengan itu aku tak boleh nak demand for any adjustment. Huhuhu. Less than 2 months kau tempah kad kahwin , nak jadi apa. Hahahaha. So aku pilih design dekat bawah ni je.

Kad Kahwin



Bunting



Thank You Tag 



Design aku puas hati , quality kad kahwin , tq tag and bunting pun aku puas hati. Semua aku puas hati. By the way , bila korang order dengan agen Kad Kahwin 1 Malaysia ni kad kahwin korang akan sampai dekat depan pintu rumah by parcel. Bukan korang pergi jumpa agen tu and kutip kad kahwin korang. Easier kan ?

Dan untuk 1000 keping kad kahwin , 1000 keping thank you tag dan 2 unit bunting aku hanya keluarkan duit sebanyak RM 380 ! Hahahahaha. Teramat sangatlah murah. Worth every penny weh. Sebab tu aku order dengan Kad Kahwin 1 Malaysia , memang 1 Malaysia sangat harga dia. Kalau korang duduk area Cheras dan nak deal dengan Yana bolehla klik link bawah ni. Aku bagi sekali link Kad Kahwin 1 Malaysia untuk korang yang outside Cheras.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : mohon entry ni membantulah korang yang tengah survey kad kahwin tu.



Product Review : Worthy Book FnB Edition

Assalamualaikum & Hello.

Obviously untuk penggemar makanan macam aku ni , aku teramat sangatlah suka untuk dengar pasal discount , pasal vouchers. Sebab with both discounts and vouchers membolehkan aku makan dengan lebih banyak. Yelah , kalau dah discount mestilah jadi lebih murah kan ? Hehehe.

So here it is , Worthy Book FnB Edition.


Masa dapat je parcel Worthy Book FnB Edition ni aku dah telan air liur tengok gambar burger dekat cover tu. Hahahaha. Belum lagi air liur aku hampir meleleh bila tengok satu buku tu penuh dengan vouchers. Kau rasa ? Kusss semangat.


Content vouchers dalam Worthy Book FnB Edition. Yang Halal ada yang Tak Halal pun ada. Kita orang Islam ni tengok yang Halal jela , janganlah gatal sangat nak tengok yang Tak Halal. Babap tangan tu karang. Hehehe. Yang penting vouchers untuk Sushi King ada.

Tak percaya ? Tengok bawah ni.


Nampak tak kemain gebu lagi salmon dalam gambor tu. Haish. Menduga betullah. Seriously banyak gila vouchers , rambang mata weh. Bukannya satu dua vouchers yang dorang kasi untuk satu restaurant. Ada empat vouchers kot. Meriah ! Memang muka aku je kang yang ulang alik Sushi King tu. Mihmihmih.

Kepada korang korang penggemar vouchers yang nak cari Worthy Book FnB Edition ni untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dihadiahkan kepada kawan kawan yang suka makan macam aku ni. Bolehlah usha link yang aku nak kasi dekat bawah ni ! 

Facebook : Worthy Book
Website : Worthy Book

Kalau agak agak korang jenis tak suka nak order online , korang bolehla ke kedai kedai buku yang terpilih iaitu Popular , Kinokuniya , myNews.com , Borders , Times and MPH ! Harga RM 29.90 , kalau beli online shipping cost will be charged. Agak agak bilalah aku boleh pergi rasmi vouchers ni. Huhu. T_T

Thanks for your time , love ya people.


p.s : tengah pikir nak hire blog designer untuk tukar template , ada cadangan ?


xoxo


Wednesday, November 26, 2014

Nuffnang Premiere Screening of Horrible Bosses 2

Assalamualaikum & Hello.

Lama juga aku hiatus daripada join contest untuk Nuffnang Premiere Screening , bukan apa saja kasi chance dekat orang lain pula dapat tengok movie free. Eh ? Hahahaha. Takdela , previously kan aku busy dengan wedding preparation so kekangan masa buat aku tak boleh nak join.

And now ya , I'm back ! Ekekekeke.


First movie selepas hiatus aku , Horrible Bosses 2. Memang sesuai betullah aku pergi tengok cerita ni because I do have horrible bosses. Kahkahkah. Horrible yang tahap setiap hari pergi kerja mesti cakap 'Bilalah nak dapat kerja lain' , 'Yeay ! Harini boss takde'. Haaa nampak betapa horrible tu ?

SYNOPSIS
Dale, Kurt and Nick decide to start their own business but things don't go as planned because of a slick investor, prompting the trio to pull off a harebrained and misguided kidnapping scheme.

REVIEW
Kelakar ! Lucah ! Bodoh ! Bingai ! Hahahahaha. Kalau agak agak yang tak boleh dengar perkataan penis , pussy tu better jangan tengok movie ni. Kang tak enjoy pula. Ekekeke. Tapi bagi aku cerita ni lawak gila , bodoh dia tu tahap aku rasa nak hempuk je kepala dorang dengan magic pan. Pheww ! Untuk korang yang dah penat kerja tu bolehla release tension tengok cerita ni. Sumpah bengong. Hahaha. Lesson to be learnt from this Horrible Bosses 2 , jangan jadi lurus bendul dan gelap mata sebab duit ! Hehe. Aku bagi 4.5 bintang out of 5 bintang. ^_^


Ehem ehem , muka aku dengan Wan keluar dekat Instagram Nuffnang. Ekekekeke ! Tu pun nak berlagak , tumbuk karang. Apa pun kalau korang planning nak pergi tengok movie ni , silalah pergi. Tak rugi. Boleh gelak macam sakai. Aku rasa ada aku beli CD cetak rompak (dibaca beli dekat Speedy) juga movie ni nanti. Mihmihmih.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : aku dapat Penguin cushion sebab gigih beli popcorn combo Penguin. Ekekeke.


xoxo


Tuesday, November 25, 2014

NadiaWanWedding : Guestbook Corner

Assalamualaikum & Hello.

Aku daripada awal kononnya nak DIY sendiri untuk guestbook corner aku , tapi biasalah orang yang suka buat kerja last minute ni. Kahkahkah ! Kesudahan dia , Una yang tolong aku banyak gila untuk guestbook ni. Thank you kakak sayang. Abiyuuuu la ! Aku just cakap kat Una yang aku nak guestbook tu ala ala vintage. Itu sahaja. Lepas tu semua aku campak kat dia , pandai pandai dia la nak pikir untuk aku. Aku kan penantin. Kahkahkahkahkah. :P




Una gigih hantar Whatsapp dekat aku setiap design yang dia buat. Dan setiap kali dia send images tu setiap kali tu juga dia tanya 'Ok ke tak ? Aku tengok tak ok'. Dan setiap kali tu jugalah jawapan aku 'Cantikkkk ! Lawa la kakak'. Untungnya aku sebab aku tak kreatif tapi aku ada kawan yang kreatif , untung untung.



Hari resepsi tu Una datang awal dekat dewan untuk setting guestbook corner , sampai dia pun kena bersiap dekat dewan terus. Sorry kakak sebab banyak susahkan kau. Sobsss ! Alhamdulillah , I am very happy dengan decoration guestbook corner aku. 

Decoration items for guestbook corner :

Frame gambar tu - Kebas yang dalam bilik punya.
Gambar - Print dekat Ampang Park.
Photoprops , Marker Pen , Bekas Pensil - Itu semua Una yang punya ! 
Gula gula - Mama yang punya kerja !


Spot your wishes ! Thanks for all of your warm wishes to us. Yang cakap Selamat Hari Raya tu mesti dah lama tak makan penampor kan ? Kakakakakaa. Nanti aku share gambar guestbook yang daripada OP sebab cerita dia sekarang ni aku lupa nak amek CD gambar tu dekat rumah. Hahahaha. Later ya.

Updated : Bawah ni gambar gambar daripada OP aku.







Thanks for your time , love ya people.


p.s : yaiy ! short escape for the husband and wife. ^_^


xoxo


Monday, November 24, 2014

NadiaWanWedding : MUA - Qaseh Anna

Assalamualaikum & Hello.

Cerita kahwin datang lagi , hahahaha. Okay okay , haritu masa nikah aku pilih MUA - Sentuhan Kirana. Tapi kali ni untuk reception aku pilih MUA - Qaseh Anna pula. Bukan apa , nak la merasa hasil sentuhan pelbagai MUA. Hehehehe. Kahwinkan sekali je seumur hidup , kenalah gunakan dengan sehabes baik. Mihmihmih.


Nah ! Terimalah muka kosong lagi suci dari debu daripada aku untukmu. Hahahaha. Pakai contact lens je siap siap sebelum start makeup , itupun bukan aku yang pakai sendiri. Kak Anna yang pakaikan , ai kan anje anje sikit. Lol ! Gambar tengah make up maaflah tak boleh upload atas sebab sebab tertentu. Hehehe.


Tahu tahu je dah hampir siap kan. Kahkahkah ! Tengok aku ada 2 orang yang siapkan aku. Dah level level artis dah aku ni sebenarnya. Wakakakaka. Lantak kaulah Nadia. Actually akak yang lagi sorang ni datang nak tengok Kak Anna make up je. Tapi tak memasal dah jadi assistant terus. 


Tadaaaaaa ! Siap ! Aku suka sangat makeup untuk reception ni , nampak berseri seri sangat. Padahal kalau tak muka memang basi habes. Hehehehe. Makeup pun tahan lama , sampai ke outdoor malam pun masih kekal macam tu. Teramat sangat puas hati dengan hasil tangan Kak Anna. ^_^

Siapa siapa yang nak usha usha hasil tangan Qaseh Anna bolehla ke : Facebook Qaseh Anna  


Thanks for your time , love ya people.


p.s : a week left !


xoxo


Friday, November 21, 2014

NadiaWanWedding : Reception Henna - Faiza Halim

Assalamualaikum & Hello.

Aku rasa daripada aku nikah sampailah ke reception , aku dah hire 3 henna artist. Kahkahkah! Satu untuk akad nikah , satu untuk honeymoon and finally untuk reception. Biasalah orang tamak. Mihmihmih. Elak aku hire lagi sekali je untuk majlis bertandang bulan 12 nanti. Kahkahkah. :P

So , henna artist yang bertanggungjawab untuk kali ni ialah : Faiza Halim

Aku dapat contact Faiza ni pun sebab baca Sepet punya entry pasal henna artist dia masa wedding dia haritu. Aku book Faiza ni taknak daripada awal tahun pula , sebab Faiza ni quite ada nama juga dikalangan henna henna artist dan bride to be. So , aku mestilah rebut peluang ! Hehehehe.



Kali ni aku berinai sorang diri je , no more cousins yang nak tumpang conteng tangan. Hahaha. Prohibited ! Eh takdelah , cousin cousin aku semuanya tak available on that day. So , Wan jela yang 'teman' aku. Aku berinai pun kejap je. Chit chat chit chat dengan Faiza , tahu tahu dah siap je. Mihmihmih.


Nah outcome masa hari resepsi.



Yang dekat kaki tu maaflah tak berapa nak nampak , hahahaha ! Dress aku tu hah dah macam dress Princess Elsa mane nak nampak kaki semua. Mihmihmih. So , sipi sipi pun bolehla eh. Nampak sipi sipi pun dah tahu cantik kan , eh boleh ke camtu ? Kahkahkah.

Untuk booking bolehla tengok Instagram Faiza : Faiza Halim. Serious aku puas hati , berbaloi dengan harga yang aku bayar. Inai pun long lasting , dekat 2 minggu jugalah baru total inai hilang. Hehehehe. Faiza ni pun friendly and banyak cakap even baru first time jumpa. No awkward moment. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s :  gambar daripada OP dah dapat , mau sawan tak tau mana satu nak upload.


xoxo



Wednesday, November 19, 2014

DIY Penanda Buku / DIY Bookmark

Assalamualaikum & Hello.

Siapa yang suka bila stop baca buku lepas tu lupa nak sambung dekat mana ? Aku tak suka. Siapa yang suka bila nak stop baca buku , kena lipat bucu muka surat untuk tanda kita stop baca dekat situ ? Aku tak suka. Kalau boleh sikit lipat pun aku tak nak nampak dekat buku aku. 

Tapi sakit hatikan , bila kita kasi pinjam buku dekat orang and orang tu tanpa rasa bersalah pergi lipat bucu muka surat sebagai tanda dia stop baca dekat situ. Sakit hati kan ? Sebab tu aku tak suka bagi pinjam buku buku aku. Bukan kedekut , tapi aku sangat particular dengan bende macam ni.

So solution dia , nah penanda buku !





sumber : google

Kalau agak agak kedekut nak keluarkan duit nak beli penanda buku , bolehla DIY sendiri. Apa kau ingat zaman sekarang ni penanda buku murah ke ? Penanda buku pun mahal kot ! Hahaha. Kalau ikut style aku yang pemalas ni , aku guna je kad / tq tag / poskad jadi penanda buku. Kahkahkah. Paling latest penanda buku aku , aku guna tag seluar jeans H&M aku. Miahahahahahaha. Gasak.

Thanks for your time , love ya people.


p.s :  siapa siapa yang buat extra penanda buku ni , hulur hulurlah kat aku.


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah