Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, December 31, 2014

Kita tunjuk yang manis manis jela ye , BYE 2014 - HYE 2015 !

Assalamualaikum & Hello.

2014 , sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dan harini ialah hari yang terakhir dalam tahun 2014 dan hari yang terakhir di dalam bulan Disember. Too many things happen to me this year actually. Sampai tak tahu nak list yang mana satu sebenarnya ! Hehehe. Alhamdulillah most of it baik baik dan indah indah belaka. 

Mahunya tak indah , dapat kahwin dengan jejaka idaaman ! Dah HALAL weh. Hahahaha.




Obviously sampai sekarang aku duk tak percaya lagi yang aku dah ada partner hidup , dah ada suami weh. Hahaha. Gilalah. Sampai sekarang rasa macam tak percaya yang diri aku survive dalam wedding preparation yang menggila tu. Phew !! 

Bila diingat ingat balik , rasa macam nak menangis. Masa tu rasa macam cepat cepat nak habeskan bebanan dalam kepala otak tu. Tapi now , dah mula rindu dengan segala preparation tu. Mihmihmih. Rindu nak pakai wedding dress and feeling feeling princess of the day. Kah! 


Besides that , 

tahun ni aku dapat tambah kawan kawan baru - Bloggers and dapat pergi event best best !!





Kalau sebelum sebelum ni blogging hanyalah untuk melampiaskan rasa marah - benci - meluat dan share benda yang tah apa apa dan yang takde orang nak baca pun. But now , dah pandai dah blogging pasal event - reviews dan ideas. Dan dah pandai dah berkawan kawan dengan bloggers. Hehehe. Improvement. Bagus ! Am proud of myself !! ^^


Dan tak lupa ,

aku dapat jumpa Fazura juga tahun ni , pujaan hati ahkak tu uollss ! Ngeee.


Gila kau ! Aku rasa macam stalker sangat masa dapat jumpa Fazura ni. Serious , minat gila. Sebab dia cantik gila. Bangun tido pun cantik. Susahla macam ni. Hahahaha. Bila dapat bertentangan mata , itu pasallah muka jadi macam hurm hurm ________________ fill in the blank. Kui ! Sampai sekarang tak sangka eh ada pun kita gambar berdua. Lalalalalala.


Tak dilupakan , 

bila si kaki makan dapat makan makanan yang superb





Manalah lemak tak naik mendadak dadak tahun ni , kerja aku macam makan makan makan dan makan je. Tapi takpe ! Tak baik mengeluh , tahun depan kita makan banyak banyak lagi. Hahahahahahaa. Daripada kedai makan dekat KL - Putrajaya sampailah ke kedai makan dekat Utara Malaysia semua aku nak cuba. Hehehehe. 


Apa pun ,

aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada , dengan apa yang aku buat untuk tahun 2014 ni. Moga tahun tahun yang mendatang ni pun akan dapat positive vibe macam tahun 2014 ni juga. Semoga kita semua dilindungi dan terus maju ke hadapan. Majulah blogging untuk negara. Lol ! 

HAPPY NEW YEAR , Jumaat hari kerja ! Kah ! 

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini half day , yess ! balik awal balik awal. :D


ZOLACE Malaysia - The Only Online Shop With Shipping Free !!

Assalamualaikum & Hello.

Looking for muslimah attire tapi malas nak pergi keluar masuk shopping mall ? Good news untuk korang sebab korang boleh dapatkan pakaian muslimah korang secara ONLINE !! Seriously , klik klik je korang dah boleh beli pakaian muslimah. Beli kat mana ? Awak awak beli kat mana ? Kita beli dekat ZOLACE Malaysia Sdn Bhd !!

Bukan setakat pakaian muslimah online je yang dorang ada dekat Zolace ni. Seriously , macam macam benda lagi yang ada. Meh aku listkan untuk korang , supaya korang pun sama sama rambang mata. Hehehe. Tekan je link dekat bawah ni dan korang akan terus dibawa ke website Zolace. Ye aku tahu aku baik sebab nak kasi link ni semua dekat korang , dah jangan puji dah. Mihmihmih.


Nampak tak ? Punyalah banyak kan barangan yang dijual dekat Zolace Malaysia ni. Korang tinggal klik – pilih – order je apa yang berkenan dekat mata korang. Aku ada dah barang yang berkenan ni , haiz ! Aku dah ada satu blouse , satu dress and satu tudung dari Zolace. Now macam nak tambah lagi. Ehem.

Baju Kurung Moden



Aku dah boleh dah bayang diri aku ni pakai baju kurung moden ni and pergi wedding kawan kawan. Eh. Konfem kalah pengantin nanti hoih. Rekaan baju kurung yang ringkas yet nampak exclusive. Sangatlah memenuhi citarasa aku.

Blouse



Memandangkan aku dah ada sehelai blouse daripada Zolace , tak mustahil kalau aku repeat order kan ? Ala , pilihan warna kan banyak. Apa salahnya kalau kita buat koleksi. Lagipun selesa , tak panas , nak gosok pun senang. Tak payah bergado dengan iron sebab nak gosok baju eh. Hehehe.

Bags



Aku ni sebenarnya bukanlah handbags lover yang setiap minggu setiap bulan kalau boleh nak beli handbag baru je kerjanya. Tapi. Bila tengok handbags dekat Zolace ni. Alahaiii. Menduga iman aku yang senipis kulit bawang ni. Hurm. Bayangkan kalau clutch gold ni aku pakai dengan baju kurung moden dekat atas tu. Huih. Tak ke gorgeous tu ? T_T


Apa yang aku berjaya pancing dekat Zolace ?





Blouse : Colour Me Surprise Blouse Muslimah In Pink (warna berbeza sebab filter)
Tudung : Sunburst Chiffon Tudung Bawal In Ivory White

Blouse yang aku pakai ni tersangatlah best ! Sebab tu sampai pergi honeymoon haritu pun aku angkut sekali. Hehehehe. Material 100% polyster so sangat ringan , tak panas. Oh ya , lengan baju ni ada butang so senang untuk singsingkan untuk ambil air sembahyang. Untuk ibu ibu yang breastfeed kan baby pun sesuai sebab collar dia pun ada button , boleh buka untuk breastfeed baby. Best kan !

Tudung bawal yang aku pakai ni (rujuk gambar atas) materialnya chiffon. And this is my first time pakai tudung bawal chiffon. Aku ingatkan susahlah nak bentuk tapi eleh , senang sangat nak bentuk tudung bawal chiffon ni. Tak payah nak buat drama air mata nak pakai tudung. Miahahaha. Bila dah pakai material chiffon ni , takdelah panas. Itu yang aku selesa je pergi jalan jalan Penang dengan tudung ni. Bila kena tiup angin -- sejuk habaq hang. 



Dress : Elyana Dress Muslimah in Fuschia

And this is my last pancingan daripada Zolace , Elyana dress bukan Elyana penyanyi tu eh. Hahaha. Apa yang aku suka dengan dress ni ? Dia tak see through. So , takkan nampaklah kaki dua batang korang tu and dress ni stretchable. Boleh regang regang , kalau tergemuk sikit pun masih boleh pakai. Hehehe. Oh dan ada 3 pilihan warna : Orange , Hitam & Fuschia.

Maka dengan itu , laju lajulah pergi membeli belah dekat Zolace ni hoi. Aku bukan apa , malaslah nak cantik sorang sorang. Aku kenalah ajak kawan kawan aku cantik sekali. Barulah best ! Wakakakaka. Nah aku bagi senarai link terus untuk korang korang datang terjah ;


TIADA CAJ PENGHANTARAN DIKENAKAN UNTUK KESEMUA BARANGAN DAN KE SELURUH MALAYSIA , BRUNEI DAN SINGAPURA !!

Thanks for your time , love ya people.


Tuesday, December 30, 2014

Food Review : Klebang Coconut Shake , Melaka

Assalamualaikum & Hello.

Dah banyak kali dah aku pergi Klebang Coconut Shake ni sebenarnya tapi macam tak pernah ada proper entry pula. Hahahaha. So , kali ini aku akan buat satu entry khas untuk coconut shake yang famous gila dan bak kata dorang - 'Kami Tiada Cawangan Di Tempat Lain'.

Nak dijadikan cerita , kali ni ktorg taknak pergi minum dekat kedai macam biasa tapi ktorg nak tapau and minum dalam kereta. While Wan driving dan aku jadi co pilot memang indahkan dapat sejukkan tekak dengan coconut shake. Tapi. Yang sakitnya adalah untuk QUEUE yang super duper panjang di tengah panas yang membahang. Well. Melaka memang panas. 




Sampai sekarang aku tertanya tanya apa yang best sangat sampai orang sanggup beratur macam ni.

Nampak tak betapa panjangnya queue nak take away coconut shake ni. Aku daripada sejuk dan kering turun kereta tapi bila beratur 5 minit je terus perwatakan berubah kepada panas dan dibasahi peluh. Kuikuikui. Oh ya. Dorang sampai terpaksa gunakan perkhidmatan RELA untuk menjaga jalan since locationnya di tepi jalan besar nak ke Melaka. 





Adalah dalam setengah jam juga aku beratur. Hahahaha. Akhirnya sampai juga turn aku dengan Wan. Maybe sebab yang handle untuk bungkus and cashier tu orang yang sama dan dia sorang je yang buat dua kerja tu. So , agak memakan masa sedikit sebanyak. Tapi daripada proses pecahkan kelapa - kopek isi kelapa - campurkan dengan ice cream dan blend semuanya cepat.


Harga Coconut Shake & Air Kelapa 

Coconut Shake Biasa : RM 2.00
Coconut Shake Special : RM 2.50
Air Kelapa Muda (Cup) : RM 1.50
Air Kelapa (Sebiji) : RM 3.00


And finally , its in my hand. Disebabkan nak rasa berbaloi sebab dah queue lama. Wan terus borong dua coconut shake biasa and dua coconut shake special. Hahahaha. Wan sorang je dah telan 3 cawan , tsssk ! Naseb tak beli 10 cawan , mungkin dia habeskan 9 cawan. Kakakakaka. Mujurlah aku kureng sikit coconut shake ni , dapatlah Wan minum lebih. Kalau tak ? Wajiblah berebut rebut. Kikikiki. :D

Klebang Coconut Shake
Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka (bersebelahan Caltex Petrol Station).


Thanks for your time , love ya people.


p.s : next aku tunjuk satu tempat menarik untuk korang pergi dekat klebang okay !


Nadia Wan Jalan Jalan : Port Dickson !

Assalamualaikum & Hello.

Actually , masa birthday aku lagi aku wish nak pergi laut - takpun Melaka. Entahlah kenapa. Maybe I need a short break kot. Tapi biasalah bila tak dapat tunaikan wish aku yang satu tu , mestilah sentap ! Perempuan psiko kan. Kakakaka. 


But


Haritu dapat juga pergi laut ! Yaiy ! Yeay ! Yaiy ! Tak dapat pergi Bali , Maldives pun takpelah janji boleh pergi laut. Hehehe. Padahal bukan nak mandi laut pun , aku suka pergi main air dekat gigi pantai tu je. Lol ! Sebab aku ni kan perempuan psiko lagi penakut. Mihmihmih.



Bila dapat pijak pasir pantai , bila dapat dengar bunyi ombak. Rasa tenang sangat. Rasa macam nak hangkut je pantai tu bawa balik rumah. Dengan syarat jangan nak berombak ombak pula. Wakakakaka! 


Maafkanlah muka pucat tuan tanah , lupa pakai liptik. 

Kalau tengok gambar atas ni , korang akan nampak pelampung bulat bulat tu kan. Pelampung tu dibuat bentuk kotak untuk mengasingkan tempat untuk mandi dan tempat untuk boat nak berhenti. So , janganlah kau berani mati nak mandi manda dekat tempat boat berhenti. Kang kena sodok dengan boat tu , ai tak jamin apa apa ye.


Sebenarnya aku suka PD ni satu je sebab dia , sebab inilah tempat pertama aku pergi jalan jalan jauh dengan Wan hampir 3 tahun dulu. Itu pun sebenarnya masa pergi jalan jalan tu ktorg belum declare apa apa lagi. Aku masa tu on the way break dengan bf aku and Wan masa tu still on going dengan gf dia lagi. Ekeleh. Apa barang kapel kapel lagi , tengok wa da on the way break kot !! Hahahahaha.

And now , its already 4 months 1 day from our solemnization day. Gilalah. Dah kawen bhai. Ekekeke.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : dasar takde tujuan tapi nak update juga entry , gasak.


Monday, December 29, 2014

Food Review : Ee Ji Ban Chicken Rice Ball , Melaka

Assalamualaikum & Hello.

Hari Sabtu lepas , aku dengan Wan sempat buat short escape ke Port Dickson. Tapi bukan itu yang aku nak cerita dalam entry ni. Aku nak cerita yang ktorg juga sempat lari ke Melaka ! Hahaha. Siapa suruh PD dengan Melaka tu dekat dekat. Kenalah juga pergi. Ekekekeke.

Dan seperti biasa , hari minggu adalah hari yang sesak untuk Melaka. Itu je yang aku tak suka pasal Melaka. Sebab jem - banyak traffic light. Tapi part yang aku suka pula - makanan , makanan , makanan dan makanan ! Hahahaha.

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball 



Sebenarnya its quite sometimes jugalah aku teringin nak makan chicken rice ball ni. Sebab selama ni duk tengok orang pergi Melaka mesti makan chicken rice ball. Maka dengan itu , kali ni aku takkan lepaskan peluang keemasan yang aku ada. Gagah aku Waze dekat mana Ee Ji Ban ni. 

Masa ktorg sampai tu pun dah pukul 2 petang , so memang kedai pun packlah dengan manusia manusia yang nak lunch kan. Termasuklah aku. Aku tak expect langsung sampai kena queue untuk tunggu turn and dapatkan meja. Full house oi. Naseb masa menunggu tak lama , akhirnya ktorg dapat meja. Which is kongsi dengan Aunty & Uncle Cina ni (senaseb macam dekat Bangkok Lane).




Mula mula aku laki bini confuse juga nak order. First time weh. Hahahaha. Tapi bila baca betul betul menu tu barulah okay , kita order. Selain daripada nasi ayam , ada juga tambahan lauk lain untuk digandingkan dengan nasi ayam. Semua pun nampak sedap. Tssskkk.





Nasi Ayam Bulat 10 biji , 1 set ayam steam ,1 set ayam roasted Nyonya Cili Garam Sotong PetaiLemon Ice & Chinese Tea Ice = RM 29.80.

Lumayan kan ! Memang kenyang pun weh , even nampak kecik je rice ball tu tapi bila da sumbat dengan air semua. Haaaa. Memang kenyang. Dekat table dorang dah providekan sudu , garpu , tisu , cili , kicap pekat dan juga kicap cair. So , boleh tuang cili & kicap ikut selera masing masing.




Nampak tak ? Penuh weh ! Memang korang kalau pergi , silalah bersabar queue tu ye. Jangan pula beratur 5 minit lepas tu dah patah hati. Rugi oi. Sedap kot. Pasal sedap itulah yang masuk JJCM - Iqram Dinzly , Mad Market Raya - Hanis Zalikha & Akhmal (Jibam).

Aku suka Ee Ji Ban sebab staff dia semua friendly !!

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
Address : 275 Jalan Melaka Raya 3 Taman Melaka Raya 75000 Melaka
Open : Daily except Thursday at 9 am - 8 pm


Thanks for your time , love ya people


p.s : sesi membantai kismis Ligo sekotak ! Lapor. Hahaha.


Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Aging Series

Assalamualaikum & Hello.

Sejak sejak umur menginjak satu tahun lagi baru baru ni , obviously aku dah mula risau dengan kedut ! Nadia ada kedut , Nadia ada kedut ! Omo. Tak kelakar langsung weh. Kalau tak dijaga from now , later bila dah tua baru menyesal. Oh tidak berguna.

Maka dengan itu , aku consume satu produk ni. Nak cantik punya pasal , taknak kedut punya pasal.


NURRAYSA BEAUTY COLLAGEN WHITENING & AGING SERIES


You see , bukan takat untuk aging series je. Nak putih melepak pun boleh. Hehehe. Tapi aku tak pilih untuk putih sangatlah , tapi kalau kaler kulit ni dapat dilunturkan sikit pun alhamdulillah. Ekekekeke. Tak minta jadi putih macam Adira pun tapi kalau boleh saing saing artis Korea dahla. Mihmihmih.


 Kandungan di dalam Nurraysa Beauty Collagen :

Collagen 
Vitamin C 
Kurma 
Pomegranate (Delima) 
Snow Lotus

Daripada isi kandungan produk Nurraysa Beauty Collagen ini pun kita sudah tahu yang produk ini selamat untuk dimakan. So , takdelah kita nak risau tentang keselamatan badan kita bila consume Nurraysa Beauty Collagen. Betul ? Ohhh ! Dan produk Nurraysa Beauty Collagen ini juga disahkan HALAL dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Antara kelebihan consume Nurraysa Beauty Collagen :

Menjadikan kulit seluruh badan lebih cerah , gebu dan awet muda
Formula Anti penuaan dan awet muda
Mengurangkan kedutan dan garis halus
Membuang toksin dalam badan
Mencuci dan membina usus
Menguatkan akar rambut
Menjaga kesihatan kuku yang sihat
Merawat penyakit kulit

Selain daripada bagi korang putih dan juga nampak kekal muda walaupun umur dah menjangkau 40an satu yang aku suka ialah - mencuci dan membina usus ! Hahahaha. Since , aku ni memang dari azali bermasalah dengan sistem perparitan dalam perut aku ni tapi bila aku consume Nurraysa Beauty Collagen masalah perparitan tersumbat kini tiada lagi. Kekeke. 

Golongan yang sesuai consume Nurraysa Beauty Collagen : 

Lelaki dan Perempuan
Ibu mengandung 6 bulan ke atas
Ibu menyusukan anak
Golongan Veteran

Bukan terhad kepada golongan wanita je ye produk ni. Lelaki dan perempuan , dua dua boleh cuba. So , siapa yang rasa nak bagi laki dia putih melepak , kulit cantik macam dioperate. Bolehlah kasi consume Nurraysa Beauty Collagen ni. Jangan tamak nak bedal sorang sorang. Sama sama cantik dan kachak kan best !

Cara pengambilan Nurraysa Beauty Collagen :

Koyak sachet dan kemam , minum segelas air kosong.
(Untuk dapatkan kesan yang lebih pantas , minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari)


Nampak tak muka aku yang ceria dan glowing itu ! Hehehehe. Kalau korang rasa korang pun nak kulit yang cantik , takde kedut , takde jeragat , takde jerawat. Silalah cuba Nurraysa Beauty Collagen. Best woo ! And rasa Nurraysa Beauty Collagen ni macam gula gula - masam masam manis. Suka !! ^^

Harga : RM 150 sekotak (20 sachet)

Untuk membeli , bolehlah tekan SINI !


Thanks for your time , love ya people.


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah