Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, December 28, 2015

Teaser : Majlis Aqiqah Nadeem Syadeed

Assalamualaikum & Hello.


Teaser je la dulu , mood nak menaip tu macam tak sampai sampai pula lagi. Hahahaha.

Thanks for your time , love ya people.



Monday, December 21, 2015

Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal)

|Sponsored Post|

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang pernah dengar jenama Olay Total Effects ? Aku berani jamin , ramai gilaaaaa yang pernah dengar  , pernah nampak iklan dekat TV dan pernah gunakan produk Olay Total Effects kan ? So here , dalam entry aku kali ni aku nak share dengan korang pasal Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal).



Nampak je botol Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) ni kecik – comel je kan. Tapi jangan ingat Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) ni tak power okay ! Kalau korang rasa botol kecik ni tak power.

ANDA SILAP !!


Apa yang power sangat tentang Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) ni ???

1.       Membantu menyamarkan garis halus di muka.
2.       Membantu menyeimbangkan dan meratakan warna kulit.
3.       Membantu menyamarkan bintik hitam.
4.       Membantu melembutkan dan meratakan tekstur kulit.
5.       Melembabkan dan menutrisikan kulit.
6.       Membantu untuk kulit nampak lebih cerah.
7.       Membuatkan pori-pori kelihatan lebih kecil.


Amacam ? Power gilaaa kan ?


Dengan satu picit je , korang akan dapat rasa kelainan dekat kulit korang. Daripada kulit kering kontang , terus korang akan dapat kulit yang moist. Fuhh ! Lembab lembab gituuuuu. Takdela nampak berkerak je kulit korang tu. Best kan ? Best kan ? Best kan ? Wakakaka.


Nampak tak perbezaan antara gambar sebelum aku ratakan Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) dan selepas aku ratakan Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) ? Nampak lebih cerah dan lembabkan ? Tu baru aku apply dekat kulit tangan. Cuba kalau aku apply dekat kulit mukaaaa ? Kalah Che Ta ai tell youuu. Ehehehe !

Lagi satu , Olay Total Effects 7 in 1 - Day Cream (Normal) ni sangat sangat sesuai untuk orang yang kejar masa macam aku especially pagi pagi bila nak siap pergi kerja kan. Mana nak settle hal Nadeem , mana nak make up pergi kerja. So , Olay Total Effects 7 in 1 - Day Cream (Normal) ni sangat sangat membantu aku. Sekali picit je , selesai masalah aku. Ekekeke. Dapat cantikkan kulit and at the same time dapat jimatkan masa. Ai likeeeee. Ehek ! 

Oh oh ohhh !!

Lupa nak cerita yang Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) ni ada 3 formula eksklusif woo !!

1.       Non – Komedogenik : Tidak menyumbat pori – pori.
2.       Bebas minyak dan cepat menyerap.
3.       Sesuai untuk semua jenis kulit !

Bila pori – pori tak tersumbat , jerawat pun inshaAllah takkan muncul. Woahh. Bebas minyak pula tu , jadi takdelah muka korang nampak berkilat bila selfie selfie. Hehehehe. Mesti suka kan bila aku mention muka tak berkilat tu. Ecececehhh. Jangan tipu ai kata tak suka ok. Muahahaha.


Tengok ni ! Dahla benefit Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) ni banyak gilaaaa , lepas tu harga pula sangat sangat affordable !! Ada discount lagi weh. Maka dengan itu , silalah rebut peluang keemasan ni untuk rembat sebotol dua Olay Total Effects 7 in 1 – Day Cream (Normal) !!

Thanks for your time , love ya people.




Friday, December 18, 2015

Product Review : Darayu - Siri Khas Untuk Wanita

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang sangat pentingkan kecantikan ? Tak kiralah kecantikan dalaman ke luaran sekalipun. Konfem korang akan suka dengan produk yang aku nak kongsikan ni. Hehehe. 

Darayu by Yulaeka - Siri Khas Untuk Wanita.


Apa kandungan dalam Darayu ni sampai boleh jadi best gila and boleh cantikkan luar dan dalam ?

  • Kolagen Ikan Kod
  • Manjakani
  • Akar Serapat
  • Vitamin C
  • Acaiberi
  • Epal
  • Lemon
  • Delima
  • Kurma
  • Madu

Nampak tak ? Kandungan Darayu ni semuanya berkhasiat dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sebab tula bila dicombinekan semua bahan bahan tersebut , Darayu terus jadi kebabooommm ! Ekekeke.

Dan dengan hanya meminum Darayu selama 3 hari , korang dah boleh nampak kesan kesannya. Woahhh ! Tapi dengan syarat , kena banyakkan meminum air. Barulah effective ! 


Golongan mana yang sesuai minum Darayu ? Golongan wanitalah ! Anak dara ke Mak dara ke semua boleh minum. Mihmihmih. Extra point untuk Mak Dara la ye , yang mana rase nak ketat ketatkan yang longgar tu , ehem. Bolehlah try Darayu ! Hehehe. Bukan korang je yang suka dengan hasilnya , suami punnn samaaaaa. Ekekeke. 

Tapi

Darayu ni tidak digalakkan untuk wanita yang mengandung dan juga yang tengah haid. So , masa period tak payahlah minum. Hari tak period boleh consume balik. Okay ?


Kenapa muka ada sinyum ? Hehehe.

Sebabbbb , dengan Darayu aku boleh banyakkan kuantiti susu badan !! Hehehe. Maka dengan itu , Nadeem pun dapat benefit juga bila aku consume Darayu. Plus , dengan consume Darayu aku rasa more energetic. Bila bangun tengah malam untuk susukan Nadeem pun aku steady la. Ehek ! Oh ada lagi , bila consume Darayu ni aku senang buang angin. Almaklumlah beranak czer mana boleh nak bertungku bagai , maka dengan itu Darayu adalah alternatif lain untuk aku buang angin dalam badan. Eh. Nadeem pun turut serta kentut kentut okay ! Muahahaha.

Cara penggunaan Darayu :
  1. Koyak sachet dan minum.
  2. Digalakkan untuk minum sebelum tidur.
  3. Minum air dengan banyak.

Harga sekotak Darayu (20 Sachet) : RM 95.90 SM , RM 99.90 SS

Cukup sekotak kau habiskan Darayu , terus jadi kurus ! Larh , Darayu ni pun boleh buat kita kurus rupanyaaaaa. 


Dekat mana nak beli Darayu ?

Instagram : @yulaekaofficial
Website : www.yulaeka.com

Thanks for your time , love ya people.

Thursday, December 3, 2015

Little NS Journey : Doorgift for Majlis Aqiqah Nadeem Syadeed

Assalamualaikum & Hello.


Setiap kali nak buat majlis je mesti terpikir pikir nak bagi doorgift apa dekat guests. Huhu. Kalau masa nikah haritu aku pilih untuk bagi Kacang Tumbuk & Tart Nenas. Tapi. Kalini aku pilih untuk kasi Madu. Hehe. Mula mula tu tak tahu juga nak order dekat mana honey in jar tu , sampailah aku terjumpa dekat IG Fatin Liyana. Huhu. Laju laju aku usha IG vendor tu. Aleh aleh closed order dah. Sobbbsss.


Tapi aku tetap juga cuba nasib. Hahaha. Manalah tahu ada rezeki Nadeem nak bagi honey in jar as a doorgifts kan. And yes , memang rezeki Nadeem sebab aku tanya vendor tu dan vendor tu kata boleh selit order since quantity yang aku nak tu tak banyak. Lalalala. Gembira. Masalah doorgifts - selesai !!


Vendor : @Nera2Nera




Honey in jar 70 ml : RM 3/botol


Lepas aku order , terus aku bayar separuh daripada total amount. And masa nak pickup order dekat Damansara Damai , aku bayar another half. Huhu. So settle dah doorgifts untuk tetamu. Doorgifts untuk kumpulan marhaban pula aku just add on Buku Doa Doa Harian , Sejadah dan Cash.


Thanks for your time , love ya people.



Tuesday, November 24, 2015

Little NS Journey : Preparation for Majlis Aqiqah Nadeem Syadeed

Assalamualaikum & Hello.

Actually tak pernah plan pun nak buat aqiqah Nadeem bila. Sebab yela , nak buat aqiqah bukannya makan belanja yang sikitkan. Tapi alhamdulillah , rezeki untuk Nadeem ada. So , bolehlah kita buat majlis aqiqah Nadeem awal. Syukur. Hehehe. Lagipun elok juga buat awal , aku pun belum start kerja lagi. Maka dengan itu , banyaklah masa aku untuk handle preparation. Mihmihmih. Rasa macam tengah buat preparation kahwin pun ada juga. Ekekeke.

Mulanya nak buat on 30th November 2015 , sekali celebrate birthday aku. Lol ! Nak juga tu menumpang majlis anak. Kahkahkah. Tapi apakan daya 30th tu jatuh pada hari Isnin. So , tak boleh tak boleh. Kita awalkan on 28th since 29th kezen aku da cop untuk buat birthday celebration anak dia. Huhuhu. Tak kesahlah mana mana tarikh pun janji dapat setelkan majlis aqiqah Nadeem ni sebelum aku masuk kerja Disember nanti. Huhu.

Dan sudah menjadi lumrah seorang blogger dan juga seorang Mommy yang tengah bercuti macam aku ni dengan menghabiskan masa untuk online. Maka dengan itu daripada pelamin - kambing golek - photographer - baju Nadeem - doorgift semua aku book online. Kahkahkah. Senang kerja aku. Hahaha. And alhamdulillah semua preparation pun sudah hampir siap. Tinggal nak packing goodies untuk team marhaban je. Hehehe.


Minta maaf sangat sangat sebab terpaksa xxxxxxxxx venue majlis aqiqah Nadeem. Sebagai langkah berjaga jaga kata orang. Ehek. But to those yang rajin baca entry aku , yang rajin komen entry aku , yang ada dalam radius KL - Putrajaya , yang takde nombor telefon aku. Bolehlah dropkan email cakap nak datang , nanti aku emailkan kad yang ada venue. Okay ? Hehehe. Bukan apa , takut majlis kena serbu kang tak cukup makanan ada pula jari gatal tu menaip umpatan , cercaan dan hinaan. Gituuuuu. :)

Thanks for your time , love ya people.

p.s : kejap je dah nak habis cuti 3 bulan , hurm.


Friday, November 20, 2015

Little NS Journey : 2nd Months Checkup

Assalamualaikum & Hello.

4 November 2015
Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya

Its Nadeem second checkup and second jab. Huhu. Aku macam biasa , still tak boleh nak tengok. Tapi kali ni terpaksa tengok. Haha. Sebab terpaksa pegang peha drumstik Nadeem tu. Alhamdulillah semuanya baik baik aje. Nadeem melalak pun sekejap je. Masa nurse cucuk tu je , lepas tu menyengih balik. Hahaha. Good boy ni ! Muahciked ! :)

Untuk second checkup alhamdulillah berat and panjang semua okay. Huhu. Just berat naik sikit nau. Naik 550 gram je. Sobsss. Baru 4.55 kg , panjang pula 56 cm. Tapi takpelah janji naik daripada tak naik langsung , ye dok ? Just biasalah KK , kalau bawah dari expectation dorang , wajiblah kena bebel sikit. Muahahaha. Takpe Nadeem nanti Mommy bagi minum bergelen gelen okay. Ekekekeke.

Banyak yang aku baca bila baby kena second jab mostly babies akan demam. Huhu. Aku as usual la , mulalah panic attack. Hahaha. Walhal Nadeem elok je , tapi Mommy dia yang propa. Hahaha. Gila kau , nanti kalau demam -- muka akuuuu juga nak kene bangun malam or tak tido malam langsung kan. Huhu. Maka dengan itu , laju laju suruh Mama beli Koolfever dengan Vicks untuk baby. Haha. End up until now tak pakai pun lagi. Muahaha. Takpe , simpan jela untuk masa akan datang.


Alhamdulillah Nadeem second jab went well. Syukur. Cuma dia cranky sikitlah lepas kena jab tu , maybe tak sedap badan sikit or maybe sakit dekat tempat kena jab tu. Tapi biasalah baby , bukan reti cakap. Yang dia tahu nangis - nangis - nangis. Huhu. Dan disebabkan risau aku yang power tu , aku siap siap lap badan dia dengan towel kecik. Siap siap letak towel kecik dekat dahi. Preparation takut demam. Hehehe. Biasalah Mommy dan langkah berjaga jaga tu. Muahahahaha.

Last but not least !


Muka anak beranak , muahahaha !

Thanks for your time , love ya people.

p.s : siapa tahu harga vaksin for pneumococcal and rotavirus untuk tahun ni ?

Monday, November 16, 2015

Aku Yang Cantik , Kau Yang Susah !

Assalamualaikum & Hello.

Aku yang cantik , kau yang susah ! So , kenapa ? Ada masalah ? Bukan aku saja saja nak jadi cantik , dah memang aku cantik. Nak buat macam mana kan ? Hahaha. Ayat kau macam good good je kan Nadia. Mihmihmih.

Kenapa kau yang susah ?

Sebab aku tak suka feeling feeling cantik sorang sorang , maka dengan itu aku akan susahkan korang untuk jadi sama cantik macam aku. Behe. Tapi jangan risau , nak cantik macam aku ni tak payah susah payah. Semudah ABC je. As simple as that. 

Nak tau macam mana ?

Nak tau ?

Nak tau ?

Jawapannya hanyalah dengan............

.
.
.

 BB Cream by Seqy Beauty !

Kan aku dah cakap semudah ABC je.


Apa bestnya pakai BB Cream by Seqy Beauty kalau dicompare dengan BB Cream jenama lain ? Nak tahu apa yang best ? Nah pergi baca bawah ni. Banyak oii kelebihan , kebest-an BB Cream by Seqy Beauty ni. Ini seriousssss.


Dan testimoni aku sendiri , aku suka pakai BB Cream by Seqy Beauty sebab tak bercapuk capuk. Sangat sangat halus teksturnya , muka pun tak melekit dan sangat cepat absorb. Aku sukaaaa. Hehehe. Tak macam jenama yang aku pakai sebelum ni , baru pakai seminit muka dah dilanda banjir. Hahaha. Berpeluh peluh especially atas bibir. Berlongkang kata kauuu.


BB Cream by Seqy Beauty ni ada 3 tona warna weeyyyhh iaitu Fair , Natural dan Brown ! So , siapa siapa pun boleh pakai ikut kesesuaian warna kulit masing masing. Kurlasss keenn. Mihmihmih. Korang tak payahla nak risau kalau muka warna lain , tangan warna lain. Hahaha.

Cara penggunaan ?

Sama je macam korang pakai BB Cream lain. Picit dekat tapak tangan sikit and sapu rata dekat muka. Lepas tu ikut koranglah nak pakai compact powder ke apa. Kalau aku , aku tak pakai pun compact powder sebab da rasa lawa. Hahaha. Kang tambah compact powder , jadi makin lawa pula. Susah hati Wan nanti. Lol ! Hahaha.

Dan yang terpaling penting ialah keselamatan bila memakai BB Cream by Seqy Beauty. Yelah nowadays kan banyak gila produk produk yang membahayakan kan kan kan. Tapi jangan risau bila pakai BB Cream by Seqy Beauty , keselematan pun terjamin weyh ! Sebab BB Cream by Seqy Beauty ni dah pun mendapat kelulusan daripada KKM uollss. So , jangan risau risau. Boleh pakai dengan tenang okeyh ! Hehehe.


Berapa harga untuk sebotol BB Cream by Seqy Beauty ?


Hanya RM 55 sebotol !

Haaa aku konfem ramai yang berminat nak belikan ? Ada banyak cara korang boleh beli BB Cream by Seqy Beauty. Samada direct dari website Seqy Beauty , dari Instagram HQ Seqy Beauty ataupun dari agent agent Seqy Beauty.

Instagram (HQ) : @seqybeauty
Instagram (Agent) : @agentseqybeauty
Whatsapp : 011-21076726

Untuk korang yang nak maklumat lebih lanjut tentang BB Cream by Seqy Beauty ni korang klik je link link yang aku bagi dekat bawah ni. Kalau korang nak tengok testimoni pengguna pun klik je link bawah ni. Aku bagi korang kerja senang , janji korang cantik sama sama dengan aku. Deal ?



Amacam ? Lawa tak ? Muka bulat macam dulang tu tak usahlah ditegur , memang tak boleh nak buat ape dah. Hahaha. Aku nak suruh korang tengok makeup aku je. Nampak smooth and berseri kan. Gasak. Puji diri sendiri. Hahaha. So , siapa siapa yang nak cantik tu , meh follow aku beli BB Cream by Seqy Beauty.

Nak lagi power ??


Nak lagi power pakailah sekali dengan set skincare Seqy Beauty , hehehe ! Barulah terangkat kecantikan tu. Miahahaha. Tapi pasal skincare nantilah aku review , malas nak taip panjang panjang hoii ! Till then.

Thanks for your time , love ya people.


Friday, November 6, 2015

Program Transformasi Minda Siri 9/2015

Assalamualaikum & Hello.

26 Oktober - 30 Oktober 2015
Flamingo Hotel by the lake , Kuala Lumpur

Cuti bersalin dan kena pergi kursus betul betul buat aku berfikir banyak kali , nak pergi ke tak - nak pergi ke tak. Pfftt ! Yelah tengah syok cuti kot. Huish. Tapi atas nasihat suami tercinta dan mengenangkan kursus ni wajib untuk pengesahan jawatan , maka dengan itu okay aku pergi. Huhu. Dahla 5 hari pula tu. Naseb baiklah dekat Ampang je , so setiap malam Wan akan amek aku balik. Still boleh jumpa Nadeem walaupun tiap malam aku balik tu dia da tido. Sobssss.


Dah lama gila kot tak attend ceramah and aktiviti berkumpulan macam ni. Last dulu pun masa zaman belajar je. Lepas tu takde dah. Aku ni dala paling weak bab bab nak kene present atas pentas nu ha. Hish. Mulalah longgar lutut , lecak ketiak semua. Wakakaka. Apa pun I had fun selama 5 hari tu walaupun hampir setiap jam tanya Mama - 'Nadeem watpe tu ma ?' and hampir setiap jam juga Mama anta gambar Nadeem. Sengsara jiwa. Huhuhu.




Jadual ktorg 5 hari tu sangat sangatlah pack. Huhu. Pagi je ada 2 slot kelas ceramah 2 jam. Then continue after lunch satu slot ceramah lagi , pun 2 jam juga. Lepas tu ada aktiviti riadah dan diakhiri dengan another slot ceramah 2 jam pukul 8.30 malam. Pheww ! Pengsan. Begitulah routine aku selama 5 hari. Gila. Penat oi. Malam berjaga pula jaga Nadeem. Meriah. Hahahaha. Esoknya datang kelas dengan mata panda. Kihkihkih.






Tu diaaa muka masing masing kemain seronok berzumba. Huhu. Ikutkan hati aku nak je join tapi bila mengenangkan yang aku baru je lepas czer. Hurm. Kita jadi pemerhati jela. Hahaha. Pun best juga jadi pemerhati , boleh gelakkan orang. Kahkahkah.


Apa pun alhamdulillah , aku berjaya habiskan kursus 5 hari tu. Hehe. Legaaa dah hati ni sebab tak payah pening nak pikir kursus lagi. Huhu. Unless kalau exam sebelum habis kursus haritu aku fail , maka dengan itu tahun depan kena repeatlah ! Hoho. Doakan aku lulus tau tau tau. Tak kuasa dah aku nak berkursus lagi , tak sanggup nak tinggal anak lama lama. Amboi. Mak mak sangat statement. Muahahahaa.

Thanks for your time , love ya people.

Wednesday, November 4, 2015

Little NS Journey : 2 Months !

Assalamualaikum & Hello


Hai kawan kawan Mommy , semalam kita genap 2 bulan. Rasa macam kejap je kita dah besar. Hehe. I'm growing up kawan kawan Mommy. Soon Mommy pun akan start kerja balik. Sobsss. Kita harap kita dapat behave and tak susahkan Nanny (nenek bukan babysitter) kita nak jaga kita. Huhu. Harini kita nak pergi cucuk untuk 2 bulan. Huhu. Mommy mesti macam biasa , taknak tengok kita kena injection. Lol. Hahaha. Kawan kawan Mommy doakan kita tak meragam - tak demam tau bila kena 2nd injection ni. Kita bukan apa , taknak Mommy kita risau. Mommy kita tu overshadow je lebih. Ekekeke.

Thanks for your time , love ya people.


Friday, October 23, 2015

Little NS Journey : Cerita breastfeed dan breastpump

Assalamualaikum & Hello.

Breastfeeding Mommy ! 

Dari masa doctor tengah sibuk jahit perut aku dalam OT , aku memang dah breastfeedkan Nadeem. Alhamdulillah. Ada rezeki untukmu anak. Huhu. Terima kasih banyak banyak dekat nurse yang letakkan Nadeem dekat aku untuk breastfeed masa tu , jasamu akan kukenang sampai bila bila. Gitu. Hehehe.

Seriously masa pregnant dulu aku expect aku takkan ada susu badan. Sobbsss. Bukan apa , sebab aku baca dekat group ibu mengandung mostly ada yang katanya keluar cecair daripada breast while pregnant lagi. Yang aku , nan hado ! Huhuhu. Siap sempat pesan dekat Wan lagi , kalau takde susu badan memang aku nak seludup susu formula masuk wad. Hahahaha. Tapi alhamdulillah , until now aku masih breastfeedkan Nadeem. 

Dahla tak pernah breastfeed , dengan penakut nak pegang newborn , dengan sakit perut sebab czer , dengan pening kepala sebab bius. Kau bayangkan macam mana aku breastfeedkan Nadeem masa tu. Huhu. Memang sampai tahap Mama kena pegang Nadeem untuk aku. Haaa. Nampak tak semangat juang seorang Mommy untuk berikan yang terbaik untuk anaknya. Huhu. Biarlah bersusah , janji anak Mommy dapat yang terbaik. Woah ! Mesti speechless kalau Nadeem baca ni. Kahkahkah.

Dan disebabkan aku breastfeedkan Nadeem , maka dah jadi satu kewajipan untuk aku ada sebiji breastpump. Huhu. Tak kisahlah single pump or double pump , tak kisahlah manual or electric pump. Janji ada sebiji breastpump. Huhu. Bukan apa , senang aku nak buat stock EBM sebelum masuk kerja nanti. Bukan untuk siapa , untuk Nadeem juga. Hehehe.


Breastpump thingy !

First breastpump aku pakai cousin aku punya tapi dia tak pernah pakai. Brand Snowbear (nama sekarang Malish Lifestyle). Dan disebabkan masa cousin aku bagi tu , tube connecting dia hilang - maka aku dengan gigih pergi order dekat website Malish sendiri. Alhamdulillah , dapatlah merasa pakai breastpump. Tapi jodoh aku dengan breastpump ni tak lama. Bayangkanlah bila kau pam hampir 1 jam tapi nak dapat 2oz pun susah sebab suction breastpump tu macam something wrong somewhere. Memang sakit hatilah kan. Hohoho. Nak menyusukan baby ni mana boleh stress , nanti susu pun taknak keluar. Maka , aku bertahan - positifkan diri - paksa juga pakai breastpump tu sampai habis pantang.

Habis je pantang , esoknya aku terus ajak Wan pergi beli breastpump baru dekat PumpOnTheGo Ayer 8 Putrajaya. Hehehe. Alhamdulillah , ada rezeki aku untuk pakai breastpump baru. Hehehe. Second breastpump aku , Malish Mango. 

Alhamdulillah sepanjang aku guna Malish Mango ni daripada beli haritu , semuanya okay ! Suction okay ! Jumlah susu yang aku berjaya pam pun alhamdulillah , boleh tahan. Hehehe. Maka dengan itu bila Mommy gembira , Nadeem pun untung juga. Hehehe.


Doakan aku berjaya breastfeedkan Nadeem sampai umur 2 tahun tau korang ! Or atleast sampai Nadeem 6 bulan. #SupportBreastfeed !

p.s : siapa siapa yang ada idea untuk milkbooster bolehla share dengan aku. Sharing is caring kaaaann. Hehehe.

Thanks for your time , love ya people.



Thursday, October 22, 2015

Little NS Journey : 1st Injection & 1 Month Checkup

Assalamualaikum & Hello.

9 Oktober 2015
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9

Alhamdulillah , dah sebulan dah aku lahirkan Nadeem. Rasa macam baru je lagi aku pakai gown operation tu. Ehehehe. Tahu tahu je anak dah besar , dah banyak ragam. Wuhuu ! Dan dah berjaya upgrade mata Mommy jadi mata panda. Lulzzz. 

Since aku berpantang dekat Cheras , so memang early morning dah kena gerak pergi Putrajaya. Tapi takdelah early sangat , terbabas tido aku oi. Haha. So around 8.30 pagi baru sampai KK. Mujur tak ramai orang , kalau tak ? Memang keringlah nak tunggu turn. Sempatlah agaknya Nadeem melalak beberapa round. Hohoho.

Sampai sampai terus ambil nombor giliran and register. Dapat dua kad , satu aku punya satu Nadeem punya. Then aku continue dengan urine test and check HB aku. Settle tu semua tak lama lepas tu nombor aku naik untuk masuk bilik nurse. Perghh. Nervous nak masuk jumpa nurse tu sama macam nervous masa jumpa nurse time checkup mengandung sebelum ni. Muahahaha. Padahal bukan apa , aku just tak rela nak tengok Nadeem kena inject. #MommyTaKuad. Sobbssss. 

Mujurlah Wan boleh masuk sekali , kalau tak memang kalutlah aku. Hehehe. First thing masa masuk bilik nurse. Nurse check blood pressure. Aleh aleh tinggi pula reading. Hahaha. Ni semua gara gara kalut Nadeem mengamuk nak susu. Hahaha. Settle check blood pressure aku , then start dengan checkup Nadeem pula. Mula mula timbang berat , tu diaaa 4kg ! Continue ukur panjang dia pula , tu diaaa 53cm. Lepas tu barulah saat yang dinantikan. Hahaha. Saat Nadeem Syadeed kena injection. Hohoho. Aku masa ni nurse tengah check tempat czer. Huhu. So , Wan la yang pegang Nadeem time injection. Settle je check parut czer tu aku mengintai dekat belakang tirai sebab taknak tengok Nadeem kena inject. Hahaha. Dah settle injection , barulah aku keluar. Hehehe. Habis merah padam muka Nadeem menangis punya pasal. Alahaiii kesiannya hero kecik Mommy ni. Huhuhu.

Alhamdulillah tak lama pun checkup dengan nurse then continue jumpa doctor pula. Huhu. Doctor explain situation ape yang perlu bawa baby pergi klinik , apa yang perlu dirisaukan - apa yang tidak (biasalah first time parents) dan physical checkup. Alhamdulillah semuanya baik baik aje , anak Mommy kan good. Hehehe.

So , next checkup and injection - 4 November. Huhu. Still , aku akan suruh Wan pegang Nadeem. Hahaha. Ai tak rela u nak tengok anak kene inject. Hohoho.


Thanks for your time , love ya people.

Tuesday, October 20, 2015

Little NS Journey : Nadeem Syadeed Bin Syazwan

Assalamualaikum & Hello.


Hai kawan kawan Mommy , nama kita Nadeem Syadeed Bin Syazwan. Maksud nama kita Nadeem : Teman , Syadeed : Yang Berani/Kuat/Tegas. Kita dilahirkan pada 3 September 2015 pada pukul 2.57 petang dengan berat 2.8kg secara caesarean.

Baru sekarang Mommy nak kenalkan kita dekat semua orang sebab Mommy kita dah habis pantang. Hehehe. So , selamat berkenalan kawan kawan Mommy semua. Lepas ni mungkin blog Mommy akan penuh dengan cerita cerita kita. Semoga kawan kawan Mommy tak boring ye. Mihmihmih.

Doakan kita jadi anak yang soleh untuk Mommy Daddy kita tau kawan kawan Mommy. Doakan kita sihat sentiasa supaya Mommy Daddy kita tak susah hati. Hehe. Sebab Mommy tu kan kalut sikit. Ekekeke. Dan doakan kita dapat girlfren comey macam Nora Danish tau. Eh. Tetibaaa. Lol !


Jumpa lagi nanti kawan kawan Mommy , muahciked !

Thanks for your time , love ya people.


Friday, October 9, 2015

Product Review : Malaika Oil

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang pernah dengar pasal Malaika Oil ? Actually aku pun baru dengar pasal Malaika Oil ni. Biasalah bila tengah pantang ni , macam macamlah yang aku terjumpa - terbeli - tercuba dan sebagainya. Salah satunya ialah Malaika Oil. 


Apa itu Malaika Oil ?

Malaika Oil ialah sejenis produk berasaskan minyak yang mampu membersihkan kulit muka secara mendalam sekaligus menghilangkan jerawat dan jeragat. Haaa , power tak ? Power kannn ! Selain daripada membersihkan kulit , Malaika Oil juga mampu menanggalkan kotoran di muka yang berpunca daripada penggunaan alat solek dan pendedahan kulit muka terhadap bahan kimia hampir setiap hari. Malaika Oil juga berfungsi sebagai serum untuk menghilangkan parut jerawat hanya dengan menyapu rata Malaika Oil di kawasan yang bermasalah.

Perghh power gilaaa Malaika Oil ni , macam macam kegunaan dia. Tu yang laju je nak try tu. Hahaha.

Kandungan Malaika Oil ?

  • Extra Virgin Olive Oil
  • Lemon Oil
  • Castor Oil
  • Temulawak Powder
  • Herba
  • Bunga Bungaan

Cara penggunaan Malaika Oil

  • Sapukan Malaika Oil ke seluruh muka dan urut beberapa minit kemudian basuh muka dengan menggunakan pencuci muka.

Kelebihan Malaika Oil

  • Menghilangkan Jerawat : Membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengecilkan liang pori sekaligus membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat.
  • Menghapuskan Jeragat : Meresap jauh ke dalam liang kulit dan mampu membuang bintik hitam dan bintik putih.
  • Memudarkan Parut : Membuang tisu mati dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang baru dan menyebabkan parut menjadi semakin pudar.

Adakah Malaika Oil selamat digunakan ?

Semestinya ! Malaika Oil disahkan selamat dengan kelulusan KKM dengan nombor pendaftaran NOT150403152K.

Best ke Malaika Oil ?

Kalau tak best , takkanlah aku nak promote kan. Ekekeke. Mestilah best. Sebab Malaika Oil ni buat kulit muka aku rasa lembap je. Lagi best bila Malaika Oil boleh jadi makeup base dan juga serum. So , takdelah membazir duit nak beli makeup base and serum sebab semuanya korang boleh dapat dengan pakai Malaika Oil. Wuhuu !


Tadaaaaa ! See I told you , kulit bersih jadinyaaa. #nofilter. Hahaha. Tapi mata panda tu memaxng tak boleh nak buat ape. Iollss berjaga malam susukan anak. Ehek ! 

Nak beli Malaika Oil dekat mana ?

Instagram : MalaikaOilOfficial
Whatsapp : 'Malaika' ke 0112-5721213

Testimonial Malaika Oil



Thanks for your time , love ya people.


Friday, September 25, 2015

Little NS Journey : Sebelum dan Selepas Jadi Mommy !

Assalamualaikum & Hello.

25 September 2015

Harini hari yang ke 22 aku berpantang , gilalah another 22 days left for confinement. Tssskk ! Tak sabar nak habis pantang tapi tak suka pula bila memikirkan nak kena masuk office balik nanti. Alahai. Boleh tak lepas habis pantang je masa terus bergerak perlahan. Hahaha.

Perasaan aku menjadi seorang Mommy ?

To be exact mestilah happy , apa ke gila pula tak happy jadi Mommy. Lagi menambah kegembiraan aku bila tiap kali pandang cermin mesti ternampak eyebag berkilo kilo. Kahkahkah. Terima kasih anakku untuk hadiah yang terbaik ini. Mihmihmih. Mommy happy sangattt ada eyebag ni , rasa diri ini dihargai sesangat. Wakakaka!

Perbezaan sebelum jadi Mommy and selepas jadi Mommy ?

Banyak ! Banyak gilaaaaa bezanya. 

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , aku takut gila nak pegang newborn baby. Huhu. Mana taknya , newborn baby kan lembut , aku takut je kalau aku salah pegang kang ada patah riuk pula baby tu. Hihihi. Tapi bila dah ada anak sendiri , nak taknak aku kena berani juga. Kalau tak , siapa yang nak dukung anak aku kalau tetiba anak aku menangis and Wan takde dekat sebelah nak tolong dukung.

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , aku paling yuckssss bab tukar pampers baby especially baby yang poo poo. Geli weh ! Hohoho. Kalau kencing tu takpela lagi , small matter. Tapi sekarang bila dah ada anak sendiri , nak taknak kenalah belajar juga. Kenalah juga hadap poo poo yang yellowish itu. Ekekeke. And now , aku dah master okay tukar pampers - lap poo poo kat montot anak. Kahkahkah.

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , tido malam memang lena gila. Even masa tengah sarat pregnant haritu pun aku takde masalah tido. Tapi sekarang ? Dah jadi Mommy ni , anak pula dah jadi macam alarm clock. Every 1 hour bangun nak susu. Kalau nasib aku baik , kadang kadang 2 3 jam sekali dia bangun nak susu. Tapi bila mengenangkan sejam sekali kena bangun , sakit kepala oii. Sampai migrain migrain kepala. Hahaha. Mata lagilah tak payah cakap , nak buka mata pun tak larat. Tssskk. 

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , rasanya macam aku tak lepa langsung nak Whatsapp or Message Wan. Tapi sejak ada anak ni , hahaha ! Maafkanlah diri ini wahai suami. Memang asyik terlupa je nak reply Whatsapp or Message Wan , kalau reply pun mesti lambat gila. Hahaha. 

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , time makan memang aku gunakan betul betul. Sekarang ? Asal anak berbunyi sikit , panik. Kelam kabut angkut pinggan mangkuk and duduk dekat tepi anak. Hahaha. Konon konon supermak sangat sambil makan sambil tepok anak. Wakakaka ! Tapi mujur aku pantang kat rumah Mama , Mama la yang attend cucu dia kadang kadang while aku mencekik. Huhuhu.

Kalau dulu sebelum jadi Mommy , mandi relax je tapi sekarang asal mandi ternampak parut czer pastu rasa cuak. Takut pedih kena air. Wakakaka ! Padahal masa haritu nak keluar hospital doctor dah spray opsite yang water resistant dekat tempat jahitan czer tu. Lol ! Tapi biasalah , penakutkan. Hahaha. Nak mandi pun rasa tak aman tahu. Beheeee. 


Muka puas hati dapat mengelat pantang di hari ke 21. 
HAHAHAHA

Yang dekat car seat belakang tu , maafkan Mommy sebab kena Oops kan muka awak.
Nanti when the right time comes , Mommy tepek muka awak banyak banyak kat blog ye. 


Thanks for your time , love ya people.




Tuesday, September 8, 2015

1st Anniversary , 29 August 2015

Assalamualaikum & Hello.

29 August 2015

Alhamdulillah , its our 1st Anniversary ! 

Alhamdulillah , we made it for the first year walaupun banyak kekurangan here and there. Many years to come and go. Semoga kita terus kuat demi perkahwinan kita , inshaAllah. And May Allah bless our marriage until Jannah. 

And 

Hey its your birthday too ! 

Happy birthday my beloved husband. Hehehe. Selamat menambah usia dan inshaAllah selamat menjadi Daddy in few more days. Semoga diberikan umur yang panjang - dimurahkan rezeki - diberikan kesihatan yang baik. Me and Little One lovesss you.


And

Memandangkan masa 1st anniversary ni aku sedang sarat mengandung , so our planning on going to short vacation pun terpaksa dibatalkan. Hohoho. Bukan apa , buatnya sedang elok bervacation tetiba contraction datang attack. Hahaha. Apa pun tak boleh. So kita tunda next year okay , kita celebrate with our little one sekali. Ehek !

So ke mana kita masa 1st anniversary ?

Aku pilih untuk dinner date je. Place pun ikut tekak aku juga sebab yela tak lama pastu nak pantang dah kan. Ekekeke. So kenalah makan yang sedap sedap dulu sebelum makan makanan orang pantang. Mihmihmih.

Khrua Thai , One City USJ

Wan pilih untuk have a dinner date dekat rooftop One City USJ , so aku pilih untuk makan dekat Khrua Thai. Hehehe. Orang dinner date selalunya makan makanan western tapi aku pilih asian. Wakakaka.



Tu diaaaa makanan mak buyong dan suaminya. Hahaha. Konon konon nak dinner sekali makanan sampai awal , memang terus bedal. Hahaha. Siapa suruh nampak sedap sangat kannn. Memang laju jela laki bini ni kerjakan. Tapi , memang sedap ! Sotong stim lemon tu powerrrrr. Lulz.


Alhamdulillah , our 1st anniversary celebration went well. Walaupun dalam tengah sedap makan boleh pula kena false contraction. Hahaha. Maafkanlah isterimu ini wahai suami. Tak memasal kena balik awal. Muahahaha.

To husband , 
Now you may redeem your anniversary and birthday present ya !

Thanks for your time , love ya people.


p.s : anniversary dah basi baru aku sempat buat entry. Wakakaka.




Monday, September 7, 2015

Little NS Journey : Pengalaman Bersalin Caesarean , Fuhh !

Assalamualaikum & Hello.

Seperti entry aku yang sebelum ni , hujung hujung pregnancy baru aku tahu yang Little One dalam ni kemain syiok duduk dalam keadaan songsang. Dan nak dijadikan cerita , last checkup aku dekat O&G Hospital Putrajaya pun kedudukan Little One still sama. Huhuhu. Maka dengan itu , doctor terus book date untuk dewan bedah and terus bagi date untuk admit since aku kene buat blood transfusion dulu sebelum proceed dengan Czer !


Angan angan nak beranak normal -- musnah ditengah jalan. Kahkahkah. 


Tapi takpela , janji aku dengan Little One selamat sudahla kan.


1st September 2015 

Aku dah diminta untuk menyerah diri dekat Hospital Putrajaya sebab nak buat blood transfusion keesokan harinya. Pheeww. Maka bermulalah hari hari yang membosankan untuk aku. Zzzzzz. Tapi alhamdulillah sebab dapat bed yang selesa compared dengan first time aku kene admit haritu tu. Hahahaa. So , tido lenalah sikit. Kuikuikui. Rasa macam tengah vacation ok. Lulz. :P


2nd September 2015

Seawal 05.10 pagi aku dah kena kejut dengan staff nurse untuk blood transfusion session. Huhu. First time weh masuk darah , selama ni asyik kena ambil darah je. Wuhuu. Untuk blood transfusion ni doctor arahkan untuk masukkan 2 bag darah since HB aku memang tak pernah cantik daripada awal pregnancy. Ekekeke. Dan memandangkan aku nak kena czer so reading HB kena cantik. So , nak taknak silalah bertahan untuk dimasukkan darah. Huhu. Alhamdulillah , lepas 2 bag darah dimasukkan HB aku pun naik jadi 11.7 instead of 8.5 sebelum ni. Syukur. Walaupun sakit urat aku sebab masuk darah tapi aku survive. :)


Pukul 12 tengah malam aku dah kena start puasa tapi sebelum tu staff nurse sempat bagi aku ubat gastrik and tahan muntah. Yelah sebab nak kena puasa lama kot. Kalau esoknya turn aku kene operate tu petang , memang berkurunlah aku kena puasa. Huhuhu. Tapi demi nak jumpa Little One , Mommy rela. Hikhikhik.


3rd September 2015

Seawal pagi lagi Wan dah datang hospital nak temankan aku but obviously , kalau bukan waktu melawat memang akan kena halaulah kan. So , bertabahlah seorang Nuriesya Nadia menghadapi detik detik untuk ditolak ke dewan bedah seorang diri. Tapi nasib aku agak baik sebab aku tak kena operate lagi sesi pagi tu sebab ada emergency case. So , nama aku queuelah lagi dan yang paling best bila nama aku adalah nama terakhir untuk dibedah haritu. Sobsss. Dalam hati dah tak sabar dah nak tengok anak sendiri. Huhu. Tapi takut nak kena operate pun tak boleh blah juga. Kahkahkah.

Sedang elok aku bergelak ketawa dengan Mama , Wan , MIL and SIL aku tetiba ada sorang staff nurse datang bagi injection. Aku ingatkan lama lagilah kan turn nak masuk dewan bedah. Aleh aleh tak lama tu datang dua orang staff nurse tolak katil. 


Jyeahhh !


Jantung hampir luruh !


Masa ni memang aku tak prepare apa. Hahaha. Bila dah nampak katil barulah menggelabah tu datang. Hoilah. Bila da kena tolak nak turun ke dewan bedah tu lagilahhhh , memang betul betul rasa nak terkeluar jantung. Cuak. Tapi nasib baik juga even aku tengah cuak nak mampos time tu , aku tak lupa dengan zikir nabi yunus. Mulut ni da terkumat kamit duk mengulang sebut zikit nabi yunus tu. Dengan harapan dipermudahkanlah segala urusan aku time tu. Huhuhu.


Masuk je dewan bedah , aku teruja. Hahaha. 

'Kenapa dewan bedah ni tak scary macam dalam TV'.
'Kenapa dorang semua ni cam relek je'.
'Kenapa aku sorang je yang nampak macam tengah menggelabah'.

Boooo Nadia Boooo. Hahaha. Sempat lagi kot untuk aku pikir sampai ke tahap macam tu. Hahaha. Rasa nak lempang diri sendiri je bila ingat balik. Tssskk. 


First thing yang dorang buat dekat aku masa dalam dewan bedah tu semestinya inject bius. Inject bius dekat lapisan tulang belakang. Tak lama lepas dah kena inject tu , daripada pusat sampailah kaki aku semua dah tak rasa apa. Haha. Sampaikan dorang nak masukkan saluran kencing dekat Miss V pun aku tak rasa apa dah. Just rasa ada orang pegang pegang. Hohoho.

Bila saluran kencing semua dah siap pasang. Masa yang dinanti nanti telah pun tiba. Tirai putih dipasang supaya aku tak nampaklah apa yang berlaku dekat perut aku. Tapii , sebenarnya boleh je nampak thru pantulan lampu dekat mesin bedah tu. Hahaha. But being me , yang penakut ni. Semestinya aku bagitahu dekat doctor yang aku boleh nampak bayang bayang dekat pantulan lampu tu. Maka dengan itu , the doctor helps me. Dia tolong adjust baik punya supaya aku tak nampak apa apa. Hehehe.


Dan


Pembedahan pun bermula !!

Daripada aku rasa macam ada orang gosok gosok perut - gonyoh gonyoh perut - sampailah tetiba aku rasa senak sebab dorang tengah nak keluarkan baby dan uri. Automatically , perut pun rasa kosonggggg. Masa tu tak tau pun lagi yang Little One dah selamat keluar.


Dan


Tak sampai beberapa minit , aku dengar Little One menangis. YaAllah syukur. Alhamdulillah. I'm a mother !


Then staff nurse yang ada dalam dewan bedah tu pun bawa Little One untuk dibersihkan. And aku masih lagi dengar suara Little One yang fresh dari oven tu menangis nangis. Sejuk agaknya. Hehehe. Tak lama lepas tu datang sorang staff nurse ni bawa Little One and tunjuk dekat aku. Siap suruh sebut lagi lelaki ke perempuan. Hahaha. Mestilah lelaki sebab daripada masa scan lagi dia dah tunjuk jantina dia. Hehehe.

Selesai sesi memberi first kolostrum dekat Little One , staff nurse tadi pun bawa Little One keluar jumpa Daddy dia. But aku masa ni dalam dewan bedah lagilah. Tengah kena jahit - tengah kena sedut segala darah dan air ketuban semua. Selesai je jahit , aku pun ditolak ke satu tempat untuk pemantauan sebelum ditolak naik ke wad. Fuhh !

Alhamdulillah masa dekat tempat pemantauan tu dorang tengok aku okay (blood pressure okay , suhu pun okay). Walaupun aku sangat sangatlah mamai masa tu. Pening pun ye juga , semuanya kesan daripada bius tu. Bila tengok semua dah okay , aku pun ditolak naik ke wad. 

Dan bila nampak je muka Wan terus rasa sihat walafiat. Hahaha. Boleh gitu ?


5th September 2015

Alhamdulillah , aku dengan Little One pun dibenarkan discharge. Yeay ! Dah boleh balik rumah Mama , tak payah duduk hospital lama lama. Weehuu !


And


Today , 7th September 2015

Now , dah masuk hari ketiga aku berpantang. Lulz. Baru hari ketiga ooi. Berpuluh puluh hari lagi nak kena berpantang. Luka czer pun nampaknya dah semakin baik walaupun takdela completely baik. Hehe. Jalan pun dah tak bongkok bongkok sangat. Hehehe. Minta minta cepatlah baik luka luar dan dalam ni. Huhu. Doakan aku cepat sembuh dan Little One pun takde masalah kesihatan. Aamiin. :) 


Thanks for your time , love ya people.


p.s : eh baru perasan mood blogging datang balik , ekekeke. :P 





Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah