Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 8, 2015

10 Tanda Kehamilan Yang Popular !

Assalamualaikum & Hello.

Amboi , kemain sangatkann komen korang dekat previous entry aku tu. Haip. Biasaaaaa dia ni. Hehehe. Okay !! Since , korang mendoakan aku ni supaya cepat ada isi. Moh kita tengok tanda tanda kehamilan sebelum korang betul betul disahkan mengandung (dibaca : untuk yang dah kahwin je ye , jangan nak mengandung sebelum kahwin , aku cepuk laju laju).

1. Mengidam 

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. Kalau korang tengah lapar lepas tu kemain mengidam bukan bukan , itu tak kira eh. Ngade.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara korang secara tiba tiba menjadi lebih gelap , ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah pun berjaya. Walau bagaimanapun , ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. Kalau korang tak perasan , bolehlah tanya partner. Lol ! :P


3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi , korang mungkin mengalami pendarahan implantasi , iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat , serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Korang juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. Jangan confuse confuse ye !

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. So , bilik air dengan korang memang akan jadi bestfriend forever. Hahahahaaaa.

5. Keletihan

Berasa letih ? Bagaimana kalau sangat letih ? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan , walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. Kalau malas tu simptom lain eh. Ekekeke.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid , payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan , dan jika anda hamil , perkara yang serupa akan berlaku , tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini , kesakitan akan hilang. Ni kalau orang tersiku ni , mau berdarah hidung orang tu nanti. Kakakakaka. 

7. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut , dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi , teh atau makanan yang biasanya mereka suka. Agaknya macam manalah kalau terbau durian ? Perghh ! Pergh !


8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. Kalau muntah sebab perut masuk angin akibat lambat makan lunch ke dinner ke. Tu kira lain eh. Mihmihmih.

9. Tidak datang haid

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Kalau yang dah menopos tu , jangan sibuk nak kira. Babap kanggg ! Hiksss.

10. Ujian kehamilan yang positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji , anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Jangan pula korang saja selfie dengan pregnancy kit orang lain. Cepuk kang. Kuikuikui.

(sumber : Baby Center)



Tahniah !! Yeahhh !!




Selamat menunggu perut korang membesar macam gambar ni la ye kepada semua yang dah lepas tanda tanda kehamilan yang aku kasi dekat atas tu. Selamat mengharungi pahit getir 1st trimester , 2nd trimester dan 3rd trimester. Semoga korang semua kuat ye ! Aja aja fightingggg. 

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

(Nyanyi lagu Untukmu Ibu - Mamat Exist seround)

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kepada yang mendoakan untuk aku tu , thank you bebeh ! i love you lah. gitu.


54 comments:

  1. ehemmmmmm. kita tak dak tanda tanda dekat atas. bhahaha :P

    ReplyDelete
  2. emmmmm aku ada tanda2 tu tapi tak ngandung2 lagi ni cmne ni? hahaha insyaallah ada rezeki ammmiinnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn ! Nanti ada rezeki , wat masa ni kau kandung lemak dulu la eh. Prektis kata orang. Hahahaha.

      Delete
  3. Kite haritu memang 9/10 dari tanda ni. Cuma muntah2 tu lewat skit dapat. dah 7 ke 9 weeks baru la mabuk terukssss gila sampai nasik tak bole bau, sabun basuh pinggan, segala sabun uwekkk.. Berhenti mabuk2 masa kandungan dah 4 bulan. Skang dah nak masuk 8, mual semula bau tumis2.

    Satu tips dari doctor, dia kata kalau period kita selalu datang tepat pada waktunya, tetiba bulan tu lewat. Ha jaga2. Jgn lasak2 sbb kadang2 tak sedar kita ngandung.

    Smoga ada rzki awak lepasni. Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woah ! Banyaknya takleh bau , mohon kalau kita ada rezeki yang satu ni. Janganlah takleh makan takleh bau takleh itu takleh ini. Huwaaaaaa. Takleh tulis blog takpela kot. Hahahaha.

      Amiinn. :D

      Delete
    2. memang banyak. terpaksa tukar sabun basuh kain, minyak wangi sendiri pun takleh. sanggup pakai uberman hahaha. kadang kita tak bajet pon kita takleh bau. tetibe je idong menyengat, pastu asyik muntah je uwaa. lembek badan tapi takpe. bagus kalau muntah2 ni. maknanya badan kita ada tindak balas ngan baby. perubahan hormon hehe

      Delete
    3. Tapi seriaulah pula nak muntah muntahnya pun , takpelaaaaa kita minta selera makan naik je. Muntah taknak. Eh boleh minta minta. Hahahahahahaha. :P

      Delete
    4. selera mkan naik tu memang adaa. tunggu trimester kedua. Cergas bertenaga mkn kuat tak hengat hahaha berat kite skang 80kg hahahaha berisi

      Delete
  4. alamak,ada tanda mengidam,acane ni wei..tak kawen lagi ni?muahahahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkkk awaaaaa , awaaaaa bawa baby cacing ni ! Hahahaha. :P

      Delete
  5. Assalamualaikum nad, heee bestnya. rindu nak bawa perut. sheila doakan nad cepat timang baby... hihiii sheila perasan mengandung dulu sebab selera mkn bertambah-tambah dengan kadar drastik. hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Amiinn ! Hehehe. Makan bertambah tambah takpe , tolonglah jangan muntah muntah. T_T

      Delete
    2. kena be positif masa mengandung. in shaa Allah, badan kuat takde muntah2. hehehe ehh tak sabau nak tunggu nad ada baby sendiri. leh kawan dengan Muhammad Adam Husni :)

      Delete
    3. Yeayyy ! Amiinn. Doakan ye Sheila. Nanti kita bagi Adam langgar langgar pipi. Gitu. :P

      Delete
  6. Tanda 4 & 5 pernah dpt, tpi mungkin tk de rezeki lgi.. tk hamil lg.. hehe

    ReplyDelete
  7. waaahhhh suka kak nad kan... hurmmm ina sekarnag tengah senak dan ketat perut.. tapi xsure la preggy ke tak sebab takut ni angin lebihan gugur yang dulu... but, tak nak fikir sangat takut hampa... semoga ada rezeki kita semua ye... :)

    ReplyDelete
  8. Saya merasa ke semua di atas.. Cuma no 3 je takde.. :)

    Lepas ni turn awak pulak makcik. Amin Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn ! Hehehe. Jumpa awak weekend nanti. ^_^

      Delete
  9. Akak masa mengandung anak pertama dulu tak boleh bau lavender dan daging rebus..sampai dah anak dua,sampai hari ni terbaring tergolek gini dua benda ni sampai sekarang akak tak boleh bau..terus nak pitam..hehehe..

    ReplyDelete
  10. tanda paling ketara kencing banyak..hahahaha.. paling kecewa takde mengidam.. sobss sobbs... nak juga buli suami cari makanan peliks dalam dunia ni.. cis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha ! Niat tak baik sebab tu tak dapat. Lol.

      Delete
  11. dulu..pengalaman masa pregnantkan dania...akak xde alahan...muntah awal pagi tu awal kehamilan je...mengidam semua dapat..benda pertama mengidam ialah Buah koko yang masak ranum....alhamdulillah dapat...hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ! Lain daripada lain mengidamnya , naseb baik mengidam nak makan bende boleh makan ye kak. Hehehe. Dania pun dah besar panjang dah sekarang. ^_^

      Delete
  12. harap-harap dapat dengar berita baik tak lama lagi ^_^

    ReplyDelete
  13. tahniah dikk...yeayyy...ehhh...kekekeke..

    ReplyDelete
  14. hurmm kita single lagi, okay bye

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, ada 8/10 :)
    Baru 5 weeks. Cuma tak lagi rasa morning sickness.
    Selepas kahwin, elakkan makanan tajam..sbb taktau dlm masa terdekat nak mengandung ke kan.
    Good luck dear :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. Enjoy ur pregnancy journey ye. Hehehe. Thank you Waa. :)

      Delete
  16. ada jugak tanda2 mcm kat atas tp still negative...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin baru lagi kot kak. Kita doakan yang baik baik ye. ^_^

      Delete
  17. yeay.. tapi macam mana nak tahu kucing tu mengandung.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha ! Ade kene belasah ni kang. Kucing mengandung tanya vet. :P

      Delete
  18. jENG JENG JENG JENG!!!

    Apakah?
    from korea with love

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jeng jeng jeng sangat kak ! Hahahaha.

      Delete
  19. amboi hihih kak nurie cepat cepat tau hehe biar cpt cpt jd good mother :p tlg jgn lawak sgt dgn baby tu nanti hahahahaahahaa.

    Qila alhamdulillah belum ngandung lagi. Eh hahahhahahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lawak sangat dengan baby tu dah kenapa ? Okaylah nanti akak lawak sangat dengan Qila je. Hahahaha.

      LOL !

      Delete
  20. Salam Nad..... Wah dah ada ke Nad... Awak ganti akak la ye... Akak dah nak bersalin Awak baru lekat... Ok la tu.... Anak nanti sebaya dengan Rina & akak...hehehehehe... Apa-apa pun akak doakan sihat-sihat selalu.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kak , wah dah nak bersalin dah ? Kejapnyaaaa masa berlalu. Hehehe. Amiinn. Thank you kak. ^_^

      Delete
  21. Fiza pun lalui Trimester 3 skrg nie.. alhamdulillah tak kene morning sickness spjg pregnant...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bagusnyaaa. Wah dah final stage la. Weeee. Semoga selamat semua ye Fiza. :)

      Delete
  22. hehehhe belom lagi la muahahha kawen pun dok lagi =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha , takpe sikit masa lagi mesti rasa. :)

      Delete
  23. Bila ai nak kawen ni? doakan pehlishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn. Soon , sikitttt je lagi kahwinlah tu pasni. Hehehe. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah