Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, January 13, 2015

Kebaikan Folic Acid / Asid Folik !

Assalamualaikum & Hello.

Bagi wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil memang akan mula mengambil folic asid sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah korang korang semua akan kepentingan folic asid ini ? Kalau tak tahu meh jemput baca entry ni sampai habis. Ilmu ni ilmu , gitu ! Yang baik kita kongsi , yang tak baik korang nak skip baca pun boleh. Miahahaha.



Inilah dia rupa tablet Folic Asid yang aku beli dekat Watsons haritu. Sepapan (10 biji) : RM 0.85. Actually ada je Folic Asid ni dijual dekat tempat lain dan yang lagi murah. Tapi disebabkan haritu Watson's je yang ada depan mata. So ,  aku sapu jela. Hehehehe.

Apa itu Folic Asid ?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa Folic Asid penting ?

  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi , antaranya : Sumbing Lelangit (Cleft Palate) , Kecacatan Pada Jantung (Congenital heart disease) , Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (Limb Reduction) dan Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (Urinary System).

Bila Folic Acid perlu diambil?

  • Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. 
  • Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. 

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Siapa yang memerlukan Folic Acid ?

  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Folic Acid yang diperlukan ?

  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

Sumber makanan yang mengandungi Folic Acid ?

  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Folic Acid untuk kesuburan lelaki dan wanita ?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum , akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum , pembentukan placenta dan ketika janin ditanam ke dalam rahim.

Sumber : Dr.Zubaidi

So , korang korang yang dah kahwin tu - yang tengah merancang untuk hamil tu why not korang start makan folic acid ni. Bukan untuk kebaikan orang lain , untuk kebaikan bersama. Gitu. Hehehe. Untuk yang tengah hamil tu pula , jangan gatal gatal skip makan folic acid. Sedap , tak sedap - telan juga ! Pesanan khidmat masyarakat ini khas daripada blogger picisan - Nadia Radzif. Lulz.


Thanks for your time , love ya people.


p.s : sebenarnya aku takde idea nak update blog , aku share jela apa yang aku baca. ^^


52 comments:

  1. sy x mkn pn asid folid ni...masa mula preggy mkn tp selang seli bila rjn hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha , kena rajin rajin rajinn. Gitu. :P

      Delete
  2. Kita pun baru bace pasal asid folik..hihi.. kita beli yg jenama Appeton..pharmacist tu suggest sebab dos ntok planning 4mcg saje..hehe..kita malas nak update blog symptom apakah ini...(T_T) all the best Nad:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebab ada thalesimia , so memang dari first detect time kecik kecik dulu lagi dah amek dosage yang besar. :)

      Delete
    2. Owh kita carrier thalesemia..masa nak kawen dulu kecoh gaklah takut2 husband ada carrier juga..
      sebab nanti effect kat anak kan..alhamdulillah dia xde lega..hehe..eh bole buat blogpost ni..idea2..

      Delete
    3. Ehhh same la kite !! Hahahaha. Neves kot. Pergi buat entry cepat. Nak baca ni. :D

      Delete
  3. berganda pengetahun dapat datang sini hari ni. tapi tak layak lagi nak ambik acid folik. bhahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kalau nak ambil buat supplement pun tak salah. Hehehe. :D

      Delete
  4. wah banyak nya kebaikan asid folic ni kan... ^_^

    ReplyDelete
  5. Betul tu nad.. biasanya doktor akan sarankan wanita yang ingin hamil perlu ambil folic asid 6 bln sebelum..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. So , telanlah juga folic acid tu walaupun tak sedap. Padahal bila telan bukan ada rasa pape pun. Hahaha. :D

      Delete
  6. Kite mkn asid folik masa sebelum kawen. lepastu stop jap sebab muka berjerawat. Lepas kawen baru makan semula. Dah preggy lagi kene makan dari tahu pregnant sampai la skang. Kadang terskip gak hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia.. tempah header blog kat mana.. haha.. lupa la tang mana komen ari tu

      Delete
    2. Eka : Yeke ? Naik jerawat itu scary !! Hahaha. Biasalah terskip tu. Tapi sebaik mungkin janganlah skip. Tak gitu ? :D

      Mama Leen : Azhafizah. Boleh cari dalam previous entry. Ada review pasal template blog.

      Delete
    3. ha ah naik jerawat. masa tu 3 bulan sebelum kawen. naik yg jerawat halus2 tu. Tula tapi skang ni nak telan iron tablet termasuk acid folik tu uhhh bercinta sebab iron tablet berbauuu

      Delete
  7. bagus ni tuk yang merancang nak mengandung dah boleh makan awal2 lagi..tapi dkna tak ambik folic acid waktu pregy mikhail sebab dkna fully ambik shakle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke ? Tula baca Shaklee pun macam okay. Tapi tak sempat lagi nak try. Hehehe. :D

      Delete
  8. Assalamualaikum nad, yee. penting acid folic ni. kalau dah pregnant, kena makan dengan b-complex! hehehe sheila masa awal2 kawin dulu takda makan pun. lepas setahun lebih baru terfikir nak amik, rupanya dah mengandung masa tu. hehehhe sheila amik set shaklee juga. kalau nad nak beli, contact sheila tau. harga kasih sayang muah muah kita bagi dekat nad. ekekeeee ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila. Oh kita pun jadi ahli shaklee tapi dah tak aktif. Hahaha. Takut nak consume sembarangan sebab nad ada thalesimia. Huhuuu ! Kasih sayang sangat tau Sheila ni. :D

      Delete
    2. ekekeeee, sheila pun kurang aktif. ahahhaha beli untuk diri sendiri je buat masa ni. tak reti nak promo2 kat member, ahahhahaha. thalesimia sakit camni ye? sheila tak pernah tahu secara terperinci..

      Delete
    3. Hahaha cuba google. Nampak tak dasar pemalas. Nak explain pun kang makin tak faham. Hahahaha. Maafkanlah diri ini. :D

      Delete
  9. OOoo..dah start makan asid folic ye..bagus..bagus!!..kami tunggu berita gembira nih..:P

    ReplyDelete
  10. cikji dedulu beli asid folik yg brand Appeton tu. dlam sekotak tu byk giler. Memula rajin je telan evryday. Lelama tu makin malas lah pulok. Lps tu rs give sbb berkurun telan tp still tak peknen lagi T_T. Huhu. Tapi sekarang telan b-complex shaklee je. sbb dlm tu ada asid folik jgk lps tu blh tambah selera mkn. Nk gemuk punya psl kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gemuk ke kalau makan b-complex ? Hahaha. Kita makan sama je. Lol. T_T

      Delete
  11. Replies
    1. Kakak #muahciked dengan tahniah nampak gayanya berpisah tiada. Hahahaha.

      Delete
  12. fuh complate explanation.. tak de doc nak amik Nad jadi assistant? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jyeahh ! Tula ada keje kosong tak jadi assistant doctor ? Hahahaha.

      Delete
  13. Saya lepas keguguran pertama hamil, sedih dan down..maybe saya akan try consume folid asid ni, utk merancang next preggy..doakan kehamilan kali ke 2 saya berjaya 😂

    ReplyDelete
  14. Pengambilan asid folok sgt penting di awal kehamilan... better makan as precaution...:)

    ReplyDelete
  15. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid folik untuk ibu hamil

    ReplyDelete
  16. Kena makan ni hari2 ke..mean masa priod pon boleh makan..??maaf saya baru nk try..sape2 yg tau bleh share x..hihi

    ReplyDelete
  17. Kena makan ni hari2 ke..mean masa priod pon boleh makan..??maaf saya baru nk try..sape2 yg tau bleh share x..hihi

    ReplyDelete
  18. Zaty ezaty..igt nak tanya psl ni juga..rupany awk da tnya dlu...hihi

    ReplyDelete
  19. Sy pon nk tnye soklan mcm zaty ezaty dan ferro angel jgk..spe yg blh jwb soklan kitaorg...

    ReplyDelete
  20. Mkn je walaupun period

    ReplyDelete
  21. tablet asid folic perlu ambil berapa kali dalam sehari ye . ^_^

    ReplyDelete
  22. Itulah cari entry , nak tau cara pengambilan dia macam mana, brape biji satu hari? Time period bole makan ke tidak? Tapi yang pastikan lagi elok minum dengan susu dari minum dengan mineral water, tak giteww, hehehe

    ReplyDelete
  23. saya nak ty...minggu lepas sy ada makan pil subur amik dari klinik, klinik cuma bagi 5 tablet sahaja dan makan semasa period kelima...hari ahad lepas saya dah habis makan pill tersebut...sekarang ini, boley tak saya makan @ amik acid folic?

    ReplyDelete
  24. firts time makan acid folic hari..kenapa boleh muntah muntah ya after 15 minit makan

    ReplyDelete
  25. salam awk, mmg satu papan harganya 80sen gitu je ke.. murahnya.. sy dh kahwin 2 thun tp blm ade rezeki dpat baby lagi.. bru tergerak hati nk cuba asid folik ni..huhu

    ReplyDelete
  26. Ada yg cakap elok consume ubat tu minum dgn susu.. Ada yg ckp tak elok. So yg mana betul ye ?? Elok minum dgn susu atau air biasa je.. And makan ubat tu selepas makan atau sebelom makan ??

    ReplyDelete
  27. kalau dh mgandung, brpa biji kena mkn erk? elok 1 biji or 2? kita kena makan folid asid brand yg berkualiti, atau mana2 brand pun buley.... curios sikit

    ReplyDelete
  28. Kte kwn sy yg bru mengndung..dia amalkn mkn asid folik sblum mengndung lagi..tu pun kte nya doktor yg sruh..ktenya lg doktor sruh mkn seari 1 biji,selpas srpn...sy pun bru2 nk try...doakn tuk sy..mudah2an hamil

    ReplyDelete
  29. Kte kwn sy yg bru mengndung..dia amalkn mkn asid folik sblum mengndung lagi..tu pun kte nya doktor yg sruh..ktenya lg doktor sruh mkn seari 1 biji,selpas srpn...sy pun bru2 nk try...doakn tuk sy..mudah2an hamil

    ReplyDelete
  30. Lelaki pun kena mkn sma sekiranya nk mgdung eh ?

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah