Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, January 12, 2015

Ketidakselesaan badan ketika hamil !

Assalamualaikum & Hello

Mana mana wanita yang suddah berumah tangga semestinya menunggu detik detik untuk mendapatkan uijan air kencing yang positif hamil. Tetapi , ramai yang tidak tahu tentang ketidakselesaan kepada badan korang apabila korang hamil.

So , nah aku kongsikan dengan korang contoh perubahan badan , ketidakselesaan badan yang biasa timbul ketika hamil , puncanya serta apa yang korang boleh korang lakukan untuk menangani masalah ketidakselesaan ketika hamil yang aku baca sebelum ini. Bukan untuk korang je , tapi untuk aku sekali. Sharing is caring kata orang. Hehehehe.

Sakit belakang

  • Berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Hormon-hormon kehamilan mengendurkan ligamen sebagai persediaan untuk kelahiran. Ini menjadikan pelvik tidak stabil dan sakit. Lagipun, uterus yang berat mengubah pusat gravity anda, membuatkan badan anda menyendeng ke belakang dan dengan itu otot belakang anda terpaksa bertindak menahan lebih kuat daripada biasa.
  • Pakailah kasut bertumit rendah. Jangan angkat barang yang berat dan jaga postur anda.


Sembelit

  • Berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Progesteron melambatkan fungsi usus. Pengambilan suplemen zat besi turut menyumbang kepada sembelit.
  • Ambillah diet tinggi-serat dalam roti bijian penuh, bran, buah-buahan dan sayur. Minum banyak air dan bersenamlah lebih sedikit.


Pening kepala

  • Berlaku pada bulan-bulan awal dan akhir.
  • Disebabkan tekanan darah rendah akibat pembuluh darah yang mengendur dan tahap rendah zat besi.
  • Ambillah suplemen zat besi. Jangan pakai pakaian ketat dan jangan berdiri terlalu lama. Elakkan daripada keadaan yang panas dan bilik yang pengap.
  • Keinginan dan rasa mual terhadap makanan
  • Boleh berlaku pada mana-mana waktu sewaktu hamil.
  • Hormon memberi kesan kepada deria rasa di lidah.
  • Sentiasa pastikan diet tetap seimbang, tak kira betapa kuatnya keinginan atau rasa mual anda terhadap mana-mana makanan. Pilih hidangan yang kecil-kecil. Alihkan minda anda daripada memikirkan tentang makanan dengan melakukan aktiviti seperti berjalan atau membaca. Jika keinginan timbul terhadap perkara yang pelik-pelik, contohnya mengidam untuk makan tanah, maklumkan kepada doktor.


Kerap kencing

  • Berlaku pada bulan-bulan awal dan akhir.
  • Disebabkan perubahan hormon dan tekanan uterus pada pundi kencing.
  • Elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jika anda merasakan sakit perit, beritahu doktor.


Pedih hulu hati atau senak

  • Biasanya berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Progesteron dan uterus yang telah membesar menyempitkan perut, yang akibatnya asid gaster tertolak ke atas.
  • Jagalah diet anda dengan mengambil makanan yang sedikit dengan kerap, serta minumlah banyak susu. Elakkan makanan berempah. Tatkala berbaring di atas katil, tinggikan bahagian atas badan anda bagi mengelak asid daripada naik ke dada. Ambil antasid sekiranya perlu.


Gatal

  • Dirasa pada mana-mana peringkat kehamilan.
  • Mungkin disebabkan masalah perubatan seperti jangkitan kandida, trichomoniasis dan diabetes. Kurang penjagaan kebersihan juga boleh mengakibatkan gatal.
  • Maklumkan kepada doktor anda untuk memastikan penyebabnya bukan masalah perubatan.  Mandi dengan air dingin dan pakai pakaian daripada kain kapas. Jaga kebersihan.


Kejang kaki

  • Timbul pada bulan-bulan akhir.
  • Boleh disebabkan tekanan pada pembuluh darah atau pengambilan banyak kalsium oleh bayi.
  • Lenturkan jari-jari kaki ke atas dan urut perlahan-lahan pada otot yang terlibat.


Rasa mual di pagi hari (Morning sickness)

  • Berlaku pada bulan-bulan awal.
  • Akibat tindak balas badan anda kepada hormon.
  • Jaga diet anda dan makan sedikit-sedikit dengan kerap. Anda juga boleh cuba makan makanan yang ringkas, seperti biskut kering atau roti bakar pada waktu pagi, sebelum memulakan hari anda. Jika keadaan bertambah buruk, beritahu doktor anda.


Buasir

  • Terjadi pada bulan-bulan terkemudian.
  • Berat badan hamil dan sembelit meningkatkan tekanan pada rektum.
  • Ambillah langkah untuk mencegah sembelit. Gunakan krim atau supositori preskripsi. Sedikit ais dibalut dengan kain lembut jika diletakkan di bahagian yang terlibat boleh mengurangkan sakit dan bengkak.


Masalah tidur

  • Berlaku pada bulan-bulan awal dan akhir.
  • Penyebabnya banyak, termasuk rasa risau, gatal, kejang, pedih hulu hati, kerap kencing dan pergerakan bayi.
  • Tenangkan diri dengan teknik-teknik menghilangkan stres atau minum susu suam. Anda juga boleh berbincang dengan pasangan anda tentang kerisauan anda.


Inkontinens urin

  • Timbul pada bulan-bulan terkemudian.
  • Disebabkan tekanan uterus pada pundi kencing.
  • Pakailah pelapik pelindung dan lakukan senaman lantai pelvik.
  • Bengkak pada tangan dan kaki atau edema
  • Biasanya berlaku pada bulan-bulan terkemudian.
  • Akibat retensi cecair disebabkan hormon. Mungkin juga disebabkan masalah perubatan seperti praeklamsia.
  • Rehat di atas katil dengan meninggikan kaki anda. Jangan pakai pakaian yang ketat dan pakailah kasut yang selesa.


Lelehan vagina

  • Boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan, dan bertambah banyak pada peringkat terkemudian.
  • Disebabkan sekresi yang bertambah banyak daripada dinding uterus dan serviks.
  • Jaga kebersihan diri anda. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Elakkan daripada memakai pakaian dalam dan seluar yang ketat. Jangan gunakan sabun untuk mencuci bahagian kemaluan. Lelehan boleh jadi disebabkan jangkitan yis, dengan itu rujuklah kepada doktor anda.


Vena varikos

  • Muncul pada bulan-bulan pertengahan hingga hujung.
  • Progesteron mengendurkan pembuluh darah yang mungkin menyebabkan vena menjadi berpecah-pecah. Tambahan pula, uterus yang telah membesar memberi tekanan pada pembuluh darah dan ini membawa kesan rumit yang menular ke vena kaki.
  • Elakkan daripada berdiri lama-lama. Tinggikan kedudukan kaki ketika duduk. Pakai stoking panjang khas yang membantu dalam keadaan ini.


sumber : Mama Baby World


Thanks for your time , love ya people.


p.s : bila baca artikel ni , teringat dekat mama. macam manalah dia mengandungkan aku dulu. sobsss.


36 comments:

  1. Thanks nad sharing info.. preparation utk jd mommy ke nad? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly ! Ala , info yang bagus apa salahnya kongsi kan. :)

      Delete
  2. fuh cepatlah nadd u pregnant. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh !! Macam jampi dah kak hanida oii. Amiinn. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah nad. Terbuka pintu hati nak share benda baik. Insha Allah, ko nak merasa lah tu juga kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak nau selama ni share bende karut lagi mencarut kan. Hahaha. Ehhh , gila ke taknak rasa. Hahahaha. :P

      Delete
  4. banyaknyaaa rasa tak selesa masa ngandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Nani , kita yang dah kahwin ni. Get ready jelah. Huhu. ^^

      Delete
  5. ya aww ya aww..mommy to be is cominggggg!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya aww aww , amiinn ! Doakan yang terbaik ye kak. Eh. :P

      Delete
  6. Semua ada. Kecuali buasir. Hukhuk. Paling best tgh2 malam kena simpul mengkarung. Kejang kaki sakit sangat. Skang ni gatal2 teruk kat perut tapi takleh garu. Nanti naim strechmark. Tapi tak garu pun naik.

    Skang baru faham makna pengorbanan seorang ibu. Kite doakan awak pun cepat2 preggy nad. Jaga makan. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Adoi ! Sakitnyaaaa. Mau nak menangis masa kena simpul mengkarung tu. Jangan garu ! Hehehe. InshaAllah. Awak pun jaga diri juga ye. ^_^

      Delete
    2. yess sakit gila. dahla masa tu husband jauh. Memang nanges la perut buncit dah nak lurus kaki pun tak sampai. Ni kemaruk nak garu tapi tahannnn je. hehehehe mekaseh.

      Delete
    3. Bertahan ye dear , moga selamat semuanya.

      Delete
  7. cabaran buat mereka yang mngandung and jutaan pahala menanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ! Alhamdulillah syukur jika diberikan peluang untuk mengandung. Tak gitu ? :)

      Delete
  8. xpe..susah2 dulu..senang2 kemudian..btw tahniahhh awk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk ! Tahniah terus. Hahahaha. Kita jawab thank you la kalau camni. :D

      Delete
  9. Pengalaman yg beri seribu makna...walau sakit giler...tp mesti nak tambah lagi lepas tu....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii ! Tapi betullah tu kan , kadang yang sakit tu yang best. Hehehe. Adventure uollss. :P

      Delete
  10. macam dah pregnant je ni!!! kan kan!! best nye!!! on planning lagi walaupon x selesa badan semua tu, tp best kot!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha , amboii dia punya best ni. Bahayanya. Mau boleh selori anak nanti. Kekeke. :P

      Delete
  11. Sembelit tu seksa makcikkkkkkkkkkk T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan banyak sayur , banyak buah makcik ! Awak tu kannn. Hurm. Hahaha. :P

      Delete
  12. Menagndung anak kedua akak start sakit2 sejak bula pertama lagi..sampai la beranak..masa bulan last tu sakit tangan sampai ke leher..lepas je beranak hilang semua penyakit tu..sakit gatal ka,sakit punggung,sakit belakang,sakit kaki..kiranya dari hujung rambut sampai hujung kaki sakit memanjang..semua sakit tu hilang lepas beranak..tinggal satu je sampai sekarang yang tak hilang..kurang darah..entah nak buat cemana lagi nak bagi naik darah ni..kena marah selalu gamak nya,baru darah nak naik..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Wahhh ! Kira cam satu kelegaan la eh kak ? Kita ni lagilah ada thalasemia. Entah camne ghopenya entah. Hahahaha.

      Delete
  13. follow balik http://cikanggur10.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. boleh bookmark page nadia ni. sonang nak refer. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bookmark untuk rujukan di masa akan datang , gitu ! Hahaha. :D

      Delete
  15. Jangan buat kerja berat2 taw kak nad... hehehe shuka...shuka.. mom to be... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk ! Hahahaha. Hurm. Konfius. Hahaha.

      Delete
  16. okay. Bookmark dulu nanti dah kawen boleh refer entry ni kalu orang rumah ada simpton di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ! Bookmark cepat cepat BBL , sambil sambil boleh tambah ilmu. Gitu. :D

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah