Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, January 14, 2015

Khasiat Buah Delima / Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum & Hello.


Buah Delima / Pati Delima

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). 

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar , manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya , delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan , kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam zaman Nabi Musa as , delima sudah ditanam di Palestin , Syria dan Lebanon. Rimmon , kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini , terkenal kerana pengeluaran delima atau rumman , sempena namanya.

Delima dipercayai berasal dari Iran , kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean , disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter , atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula , pokoknya malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Khasiat Buah Delima / Pati Delima

Menstabilkan Paras Kolestrol

Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
Tahap Antioksidan Yang Tinggi

Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
Melawan Penyakit Jantung

Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi flavonoids dan polyphenols yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Merangsang Tenaga Batin

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai natural viagra dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik : Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.
Menghalang Kemasukan Virus HIV-1 Dan Mocrobicide

Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
Mengelakkan Kanser Kelenjar Prostat

Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
Melawan Kanser Payudara

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
Merendahkan Tekanan Darah

Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia muda. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah , faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Menguatkan Kesihatan Gigi

Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
Mencegah Penyakit Alzheimer / Nyanyuk

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi decitan pada pengidap asthma dan lelah.
Mengandungi Pelbagai Vitamin

Delima mengandungi potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
Khasiat Delima Untuk Ibu Ibu Hamil

  • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan morning sickness
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan bayi )
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan pergerakan bayi yang dikandung)
  • Menjadikan kulit bayi sihat , gebu dan cantik
  • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur

Melindungi Otak Bayi

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan , kebaikan jus delima adalah mengandungi potassium di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Kepentingan Delima Untuk Wanita

  • Menegangkan payudara
  • Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
  • Membuang lemak berlebihan terutama di perut
  • Merapat dan mencegah kanser rahim
  • Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
  • Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
  • Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
  • Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse
  • Merawat keputihan dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
  • Menghalang pembentukan sel barah payudara
  • Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

sumber : Hannah Sytieh

Haaa nampak tak betapa banyaknya khasiat yang tubuh badan kita boleh dapat daripada sebiji buah delima ataupun dengan hanya memakan sesudu pati delima. Banyak kan. So , apa lagi rajin rajinkanlah diri makan buah delima ni. 

Macam aku , aku makan Pati Delima Gulsan je sebab macam takde masa nak cari buah delima. Hahaha. Tapi takpe , nanti nak kerah tenaga Wan pergi cari buah delima. Ekekeke. Pati Delima Gulsan ni pun aku rembat mama punya. Hahahaha. Siapa suruh buat hiasan. Daripada rosak macam tu je , baiklah anakanda mu ini yang rembat. Miahahahaha.



Kalau korang pergi window shopping - pergi dating - pergi cuci poket tu kalaulah ternampak sebotol Pati Delima Gulsan ni , pergilah beli. Bukan manfaat dan khasiatnya dapat dekat orang lain. Dapat dekat korang juga apa. Hehehehe. Harga pun mampu milik weh ! Kalau guna duit BR1M tu , berbondong bondong korang boleh beli. Miahahahaha.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : dapat message from MOH , ingatkan panggil interview. rupanya. T_T


55 comments:

  1. Nad da preggy eh??..wahh direct taye ekeke...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tssskkk ! Dah kenapaaa soalan ? Hahahaha.

      Delete
    2. hahaha...takpelah same2 la berusaha cewahhh...

      Delete
    3. Hahahaha ! Go go chaiyok ye Nurul. :D

      Delete
  2. nak beli buah delima sebijik pun mahal kann. minum jus dia pun bolehh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Nani , makan pati dia pun okay apa. Hahaha.

      Delete
  3. ina pun minum.... best, sedap tak terkata.. walaupun sikit masham!!!!!!!!!.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pula memang suka masam masam , lagilah laju. Rasa nak gogok je sebotol terus. :P

      Delete
  4. ehemmmm sedapppp sedappp masam air ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ! Sedap sebab masam masam tu. Layaaaannnn. :D

      Delete
  5. ko jangan kejap makan kejap tak kejap makan kejap tak.. haishhh marah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahahahaha ! Kalau aku lupa aku tak makan la. Eh boleh gitu. Dah nama pun lupa.

      Delete
  6. Kite minum pati delima ni secara konsisten sejak tahu preggy. Awal2 mabuk tu, minum airnya bancuh. Tapi skang ni minum direct gitu je setiap pagi sesudu. Kalau bancuh mak aii masam giler. Tapi bagus. HB pun maintain je dr awal. Nad, rajin makan buah delima tau. Saye suka beli delima dari Spain. Sedap.. Kalau dari Egypt kekadang dapat yg masam walaupun warnanya merah menyala2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah nanti kita cari buah delima dari Spain tu. Hehehe. Padahal nanti bila nampak je delima terus sauk. Hahahahha.

      Delete
    2. Pon boleh. Sauk je kalau nampak buah delima kat memana Nad. Hehehehe.

      Delete
  7. Assalamualaikum nad, huwaaa sedapnya. sheila masih lagi minum tiap kali pening2 lalat. hahahhaha fav ni, ubat mujarab mual2 masa pregnant dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Sheila , amboii betul berkesanlah tu sampai dapat nama ubat mujarab. Hehehe. :D

      Delete
  8. ermm banjer kak lily sebotol, ko dapat duit BRIM banyak kan.... hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanyaaaaaa tak dapat ! Hahaha. Kak Lily la lanje camtu. :P

      Delete
  9. Bagus ni ambil...Nad ambil juga waktu preggy dulu...
    now nak kena carik balik la...dekat pasar mlm or kedai arab byk juga yg jual pati delima ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari Nad jangan tak cari , banyak khasiatnya. :D

      Delete
  10. masa akak kurang darah dulu hari2 makan buah ni..memang berkesan..:) tak de pitam2..tapi kalau lama tak makan datang la pitam2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Kalau tu kita nak borong dengan tokey tokey delima la. Eh. :P

      Delete
  11. der! kalau nak yg lg best...g kat KLCC punya Cold Storage...kat situ dia perah situ lu minum...mmg pure gila...sedap...dan pastinya harga tak mampu milik! mahal! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Der ! Cakap pun tak guna , kasi belanja la satu botol. Hahahaha.

      Delete
  12. Iye tau dik. Tak nak update cerita jalan-jalan ke? Haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takde jalan jalan dah , sedih ! Hahahaha.

      Delete
  13. Hohohoho akak ni kerja ape eh? Sbab macam banyak gilerrr time nak update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keje makan gaji buta je dik. Wakakakakak!

      Delete
  14. Akak suka...sedap sangat...banyak khasiatnya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ! Sedaaaapppp. Yang sedap tu la yang best kan. :D

      Delete
  15. Replies
    1. Apa lagi , beli banyak banyak bagi kat Nad. Hahahaha.

      Delete
  16. pati delima gulsan sebotol rm15
    whatsapp :0174600076
    cod:kl

    ReplyDelete
  17. salam kak nad..sye bru beli pati delima tu..sbb sye ada cyst(3cm)...ramai kata pati tu elok utk kecut kn cyst...tpi cmne cara makan dia ye...sbb sye pon ada beli pil habbatussauda argan oil..tu nk tau cmne sye nk jarakkan makan pati delima tu..tq kak nad... ��

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Saya menjual pati gulsan
    rm13.50 sebotol
    rm65 untuk 5 botol
    rm125 untuk 10 botol
    COD sekitar putrajaya

    Hubungi reen 019-5498859

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Akk pun minum...sedap..rasa masam2 manis..kdg tak cukup sesudu..hihi

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..
    Harga terbaru untuk tahun 2016.
    1- rm13
    5 botol keatas rm12

    Pos sabah/sarawak rm25 untuk 3 botol
    Pos semenanjung rm13 untuk 3 botol

    Berminat boleh call/whatsapp 0174600076

    ReplyDelete
  24. tengah google psl jus delima gulsa,jumpa entry ni.btw beli mana ni?murah RM12 sebotol.td kita baru beli RM14.hihi

    ReplyDelete
  25. As salam.. Saya br try..
    Tp mmg ada rase la badan mcm rasa segar je..
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  26. salam...pati delima gulsan sesuai untuk bayi x? umur setahun..hb anak rendah sikit

    ReplyDelete
  27. Mmg pati gulsan tbaik, sy dh amalkn stahun lebih. Sy ade hypotension teruk, sjak amalkn gulsan sy rsa sakit to hilg. Bl sy lama xmkn sy rsa pyakit dh maii dh, ape lgi lju2 p farmasi cri gulsan. Lepas minum gulsan baru la lega. N sy ade mslah asthma, rsa mcm nk semput try telan gulsan. Tgk2 esk pgi bgn trus rsa sihat. Ape2 ubat klinik o doctor sy xmkn dh. N paling penting dulu gemok skrg slim. lemak hilg. Huhuhu

    ReplyDelete
  28. Salam... kak nad sye pn nk tnye nie.. sye bru dgr gak pati delima nie bley wt ubt cyst than sye tros bli n mnum.. tp cyst sye dah 6cm agak2 akk die bley mengecil lg x.. mudah2an bley jd ubt pd sye ye..
    # ina #

    ReplyDelete
  29. Saya pon minum jgk.. dlu ank tiri sy slu asma ... demam truk .. sy cuba bg dia minum pagi sesudu mlm sesudu.. asma hilang trus.. jrg2 dmam.

    Sy pon minum utk stabilkn tekanan drah.. dan bgus la klu utk sembelit.

    Lg 1 kalau batuk2 truk tu x yah minum ubt batuk.. pati delima jer yg mujarab

    ReplyDelete
  30. Saya pon minum jgk.. dlu ank tiri sy slu asma ... demam truk .. sy cuba bg dia minum pagi sesudu mlm sesudu.. asma hilang trus.. jrg2 dmam.

    Sy pon minum utk stabilkn tekanan drah.. dan bgus la klu utk sembelit.

    Lg 1 kalau batuk2 truk tu x yah minum ubt batuk.. pati delima jer yg mujarab

    ReplyDelete
  31. Sye tgok isteri sye mnum..sye pon mnum...siyes perut da kempis...brat pon trun 3kg..mcm trkjut pon ada

    ReplyDelete
  32. Saya minum juga.serius sedap sgt.kak follow my blog.blog rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete
  33. Promosi terbaru rm14 sebotol untuk COD sekitar putrajaya. Diskaun untuk pembelian melebihi 5 botol. Hubungi reen 019-5498859



    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah