Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, January 22, 2015

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing !

Assalamualaikum & Hello

Kebaikan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. 

Antara kebaikan lain susu kambing ialah:

  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu :
  > Protein 2.1 kali ganda
  > Kalsium 2.2 kali ganda
  > Zat Besi 2.0 kali ganda
  > Potasium 2.1 kali ganda
  > Vitamin A 3.8 kali ganda
  > Garam Galian 2.0 kali ganda
        > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

Khasiat Susu Kambing
 
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh). 

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. 

Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan sebagainya. (sumber : Khasiat Susu Kambing)


And nowadays aku tengok dah banyak dah pun produk susu kambing ni dijual dipasaran. Baik susu kambing yang segar mahupun susu kambing yang perlu dibancuh. Pendek kata , bukan dekat mapley je ada jual sekarang ni. Miahahaha.


Tapi yang aku macam berminat sangat nak try rasa , Nubian Goat Milk. Sebab bila aku baca review , ramai yang kata Nubian ni sedap. Dengan rupa botol susu kambing Nubian yang comel gilaaaa. Lagilah tambah tambah keinginan aku nak try.

Tapi itulah , bila dah terlampau famous pun. Susah juga. Sebab susah nak dapat stock. Lulz. Haritu Wan pergi cari dekat Alamanda pun dia kata - peti ais Nubian tu je yang ada. Susu kambing Nubian tu nan hado - out of stock. But , tadi aku sempat jelajah website Nubian , oh dorang buat home delivery dekat KL , JB and Penang. Mihmihmih. Nanti nak suruh Wan call Nubian delivery terus - senang kerja aku. Lalalalala.


Website Nubian Goat Milk : http://nubiangoatsmilk.com/

Thanks for your time , love ya people.


p.s : awal pagi lagi mood nak balik dah sampai , apa citaaaaaaa.


25 comments:

  1. tekak kita tak dapat terima susu kambing. Eheh :p ohhh itu petanda awal nak suruh kerja separuh hari. hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tak tahulah boleh terima ke tak , wakakaka ! Tapi gedik nak try , tak habes nanti suruhla Wan minum. Miahahahahaa.

      p.s : kan best kalau hari hari keje separuh hari. :P

      Delete
  2. Replies
    1. Yeay ! Tepat sekali. 5 markah untuk anda. ^_^

      Delete
  3. Kite dah tak bole telan susu lombu dah sejak minum susu kambeng bek bek. Hihi. Kite minum susu kambing WILDAN perisa vanilla. Fuhh sedappp. Lemak. Org pregnant bagus mnum susu kambing,jengjeng. awak minum tau :p

    kita minum start 4 bulan. Katanya mengelak anak kena jaundis. Tapi kite berdarah O+. Kebarangkalian anak kena kuning sgt tinggi. Sob sob. Smoga baby takde kuning le nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke , ada nampak juga Wildan punya brand tu. Nanti kita beli semua la. Hahahaha. Jeng jeng jeng sangatla Eka pun. Doakan yang terbaik , awak dah usaha. Yang lebihnya semua kerja DIA. InshaAllah baik baik aje. ^_^

      Delete
    2. ha ah kite nk try lak Nubian ni. Punye comel website dia. hihihi.

      Tula. Doa yg terbaik. Semoga selamat semua. I is tatuttt hehehe

      Delete
    3. Hahaha moh kita try dua dua. Tamak. Hahaha. Website dia cute gila kan. Hahaha. Jangan takut takut sangat. InshaAllah okay je tu. ^_^

      Delete
  4. eehhhh nak muntah dengar susu! tp ape pun kambing tu comel mcm aku! hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak merasa jadi kambing gaknye kau ni. Hahahaha.

      Delete
  5. Salam singgah kembali :)

    Alahai, ada pulak gambar kambing comel-comel kat sini. Akak ni tak minat kambing makanya susu kambing memang tak pernah cuba. Asal nak cuba je teringat kat si Timmy, character kambing dalam rancangan kartun kat Disney channel tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakaakaka ! Pun bolehla kak teringat character katun kambing si Timmy tu. Kita ni , susu pun susah telan - susu kambing ? Doakan jela. Hahahaha. :D

      Delete
  6. me tak suka susu.... tp terpaksa time preggy je.. kalau nk minum pon yg berperisa..coklat ke, vanilla ke..boleh laa teman.. pastu kena sejuk.. baru boleh telan..btw comel website susu nubians ni..aalaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh ! Sama , nak minum susu sejuk je. Hahahaha. Kalau panas panas suam tu memang ajak muntah la tu. Kakakaka. Comel kannn. :D

      Delete
  7. haritu ada jugak org mintak susu kambing dkt abah untuk baby dia.
    mmg menjadi lah kot alhamdulillah hihik.

    tapi qila tak suka bau nya TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke ? Nak susu kambing gak ! Hahahaha. Alhamdulillah kalau menjadi Qila.
      Eh bau susu semua pun akak tak suka. Wakakakaka. :P

      Delete
  8. akak tak pandai minum susu kambingggg tapi utk mommy to be ni boleh telan kire okey la ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak try pun lagi kak , silap hari bulan bagi kambing tu balik minum susu dia. Hahahaha.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah